Tuesday, December 7, 2010

Hijrah - Jangan Pandang Belakang

Sesungguhnya orang-orang Yang beriman, dan orang-orang Yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang Yang mengharapkan rahmat Allah. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah Al-Baqarah Ayah 218

6.45 petang semalam saya dan ayah sudah menenmpatkan diri kami di Masjid Al-Ghufran, Kompleks Balai Islam Pinggir Taman Tun Dr.Ismail. Mana tidaknya, kami tidak mahu ketinggalan bersama-sama jamaah lain untuk turut serta untuk mengaminkan doa akhir tahun 1431H dan doa awal tahun 1432H. Ini tahun baru untuk umat Islam. Ini kenyataan dari diri saya.

Cuba anda kira, jika satu masjid mampu "menjana" 300 orang untuk sama-sama berdoa dan menyambut datangnya tahun baru dengan suasana penuh keberadaban dan islamik, bayangkan jika 2000 buah masjid di Malaysia berbuat demikian? bilanganya mencecah 0.6 juta yang beragama Islam dan semestinya mereka adalah orang-orang yang beriman. Angkanya kecik jika dibandingkan dengan bilangan penduduk Islam di Negara kita. Kuantiti tidak menjamin kualiti. Tapi dalam aspek ini, kuantiti menjamin kualiti yang akan dipasarkan. Kenapa saya berkata
demikian? kerana mana mungkin sejumlah ini "senang-senang" hadirkan diri ke Masjid hanya untuk berdoa bersama-sama dan menyambut tahun baru Hijrah yang mana rata-rata lebih cenderung memilih untuk menyambut tahun baru Masihi. Betul atau tidak, saya kata "betul dan anda terserah pada anda menilainya.

Bagaimana kita dalam sejumlah 0.6 juta benar memahami Muharram itu? jawapan saya adalah pengisian yang akan dibuat selepas kita berdoa. Tetapi tidak keterlaluan jika saya katakan 0.6 juta itu memiliki kefahaman tentang tahun hijri ini....fikir-fikirkanlah.

Saya tinggalkan petikan saya ini dengan sedikit persoalan, jawapan, tanggapan mahupun kritikan.

Selesai sudah solat Maghrib, Para jamaah duduk dengan penuh tertib. Anak-anak yang ramai membarisi barisan dibelakang. Penceramah yang tidak asing lagi, hari Isnin sememangnya hari beliau akan menyampaikan kuliah selepas maghrib, kali ini dijemput untuk memberi ceramah dalam slot malam pertama tahun Hijrah. "Apa yang sering kita lupa pada Muharam ini" tajuk tang akan dikupas oleh Ustaz Hanafiah. Saya tertanya-tanya dan persoalan timbul sejak minggu lepas lagi berkenaan tajuk ini. Mungkin juga saya lupa tentang ada apa dengan Muharam..Hijrah Nabi s.a.w, itu sudah semestinya saya ingat. Tetapi yang lain?

Satu letupan kuat kedengaran didalam Masjid yang dipenuhi para jamaah yang sedang "khusyuk" dalam memberi tumpuan pada penceramah. Ustaz Hanafian baru sahaja selesai menyampaikan salam dan selawat keatas junjungan Muhammad s.a.w, para ahl bait, para sahabat, tabiin...."boom!" seorang jamaah bangun untuk keluar melihat dan diiukuti jamaah lain. "ada kebakaran di tingkat atas masjid" jerit seorang jamaah. Langsung semua jamaah termasuk pihak masjid keluar untuk kosongkan dewan solat. penyewa-penyewa kamar musaffir juga. Api ditingkat atas yang menempatkan kamar musaffir terbakar. Alhamdulillah, keadaan tidak panik ataupun kelam kabut walaupun ini satu kejadian yang sememangnya menghidangkan kecederaan ataupun kematian.

Api marak ditingkat atas. agak lambat api marak, mungkin unsur api kurang disitu, kain langsir ke, kayu yang boleh menyebabkan kemarakan api. Tetapi api makin kuat kerana dibiarkan membakar segenap penjuru tingkat atas masjid. Timbul sedikit kekecewaan dalam diri saya kerana tidak membantu. Sedangkan saya tahu bagaimana hendak membantu. Bila memikirkan banggunan masjid tidak memiliki hos pemadam api yang sepatutnya ada, saya sedikit lega. Tetapi masih besar kekecewaan lagi. Kerana jika dapat tangani pada awalnya, ianya dapat mengurangkan keadaan api. Itu yang saya dapat pada ceramah keselamatan oleh pihak bomba tempoh hari. Timbul lagi kekecewaan kerana banggunan masjid tidak memiliki alat mengesan kebakaran. Jika masjid memiliki alat tersebut langkah lebih awal dapat dibuat kerana siren keselamatan berbunyi.

Ini ada satu ikhtibar. Kepada semua Masjid di Malaysia dan seluruh dunia mesti ada sistem keselamatan. Masjid bukan dinilai dengan indahnya banggunan dan besarnya, tetapi keselamatan perlu. Ini fizikal sebuah Masjid. Malah boleh jadi wajib kerana masjid adalah tempat beribadat, selain mendirikan solat-solat fardu, solat sunat Masjid memainkan pelbagai peranan sebagai sebuah institusi umat islam. One Stop Centre. Dan ini satu kewajipan kita sebagai umat Islam. Bukan sehaja tetamu Allah yang datang itu tenang untuk beriktikaf dan beribadat, tetapi ada rasa selamat dari aspek keselamatan fizikalnya. Ini ada anugerah yang Allah kurniakan kepada kita iaitu akal. Mampu berfikir untuk kemanfaatan yang baik untuk disumbangkan kepada yang lain. Musibah yang datangnya dari Allah swt, adalah diluar kemahuan kita. Kebakaran adalah satu perintah dari Allah swt. Semuanya datang dari Allah swt dan kembali pun kepada Allah swt.

Bila masuk tahun baru, nescaya soalan tentang azam baru ditanya. Pencapaian yang ingin dilakukan untuk tahun ini. Jangan pula ada suara-suara sumbang pada hati yang mengatakan "macam biasa je, tak tau lagi la, emm..jap fikir dulu, azam tu apa?.alaa ape2 je la yang ok..".Bab susah itu pasti ada dan senang itu juga pasti ada. Sebab itu kita kena susah senang. Mana yang dulu, dua-dua itu pasti ada. Kerana ini adalah "tanggungjawab" kita. Selagi kita didunia, itulah yang ditanggungkan untuk kita, atas kita dan pada kita. Dan bilamana tiba hari perhitungan, diwaktu itulah "jawab" itu memainkan peranan. Kita akan men"jawab" apa yang dipertangunggkan kepada kita sewaktu dahulu, di dunia. Sebagai contohnya solat 5 waktu yang fardhu itu adalah satu tanggungan kita. Sejauhmana kita menanggung itu terpulang pada rasa "iman" kita. Dan rasa yang menyebabkan kita kejap solat kejap tinggal itu kita akan "jawab" dihadapan Allah swt atas tanggungan kita. Bersiapkah kita? saya? jom fikirkan jawapanya..(azam la, lepas ni tak nak bawa kereta melebihi had laju kat highway. Dah kena saman baru nak beringat..ish..ish)

Bulan ini agak ketat jadual saya. Saya perlu siapkan diri Final Exam yang menanti pada awal Januari. Ape pun saya mesti pastikan diri dalam keadaaan terbaik. Sihat. Hujung bulan ini ada janji dengan Doktor di PPUM. Sabtu lepas saya sempat menyertai Treasure Huntut. Perjalanan sepanjang 180km yang menjanjikan pelbagai soalan yang diluarkan "senang". Minggu depan dua hari saya di Melaka Bandaraya Sejarah. Sejauhmana saya manfaatkan setiap waktu dan penyertaan, itu yang membuat saya "susah hati" takut-takut ianya membuat saya jauh dari Allah swt. Kerana setiap detik dan kesempatan itu adalah tempoh dan peluang untuk kita sentiasa ingat pada Allah swt walau bagaimana caranya.

Ada lagi, mungkin tidak untuk sekarang. Saya berhenti dulu disini.....disini Aku Hamba-NYA

Tuesday, October 26, 2010

MehnahMU


" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?- Surah Al-Ankabut Ayat 2

"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri".-Surah Al-Hadid Ayat 22-23

Hampir sebulan tak keluarkan entry. Kotak email pun baru dibuka. Selepas raya datang pelbagai ujian dari Allah SWT kepada hamba ini. Mana mungkin saya yang mengakui beriman kepada Allah SWT sedang saya tidak diuji. Walhal umat terdahulu, dan orang - orang selain saya diuji..entry kali ini sekadar ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada teman-teman yang menghantar undangan perkahwinan, ada juga yag sekadar email dan sms. Tidak kisah la yang mana pun. Ada yang baru lepas dan akan menyusul cuti sekolah ini.. Alhamdulillah, kalian dipilih oleh Allah SWT untuk terus melaksanakan perjuangan dalam agama Allah melalui perkahwinan. Moga ianya direstui dan diredhai.

Saya teringat kisah hidup Nabi Ayob a.s bilamana baginda sakit. Diuji Allah SWT sedemikan rupa. Bila sakit terlantar sakit begini, yang tidak seteruk Nabi Ayob a.s, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana ini mungkin satu mehnah. Mehnah yang saya mengharapkan dapat menghapuskan dosa saya, sebagai ganti hukuman di akhirat. "Setiap musibah yang datang menimpa mukmin, baik berupa wabah, rasa lelah, penyakit, rasa sedih, sampai kekalutan hati, pasti Allah jadikanya pengampun dosa-dosanya" Bukhari&Muslim. Sejak dari awal bulan dalam keadaan begini. Hanya pelbagai jenis ubat diberi doktor. Moga ianya cepat sembuh. Ianya datang bertimpa. Ini perancangan dari Allah SWT untuk saya. Mana ditahu akan hikmah dari ujian ini. Hikmahnya akan cuba saya cari. Bila pulih? mahu secepatnya sebab ianya hampir sebulan. Walhal ianya mungkin mengambil masa berbulan atau bertahun. Tetapi Nabi Ayob a.s bertahun lamanya menanggung dengan penuh sabar.

Dari Abu Hurairah R.A, dari Rasulullah SAW bahawa beliau menzirahi seseorang yang sedang sakit demam, yang disertai Abu Hurairah. lalu beliau bersabda :
”Bergembiralah, kerana Allah Azza wa Jalla berfirman, ‘Inilah neraka-Ku. Aku menganjurkannya menimpa hamba-Ku yang mukmin di dunia, agar dia jauh dari neraka pada hari akhirat.” (Ditakhrij Ahmad, Ibnu Majah, dan AL-Hakim. Menurut Syaikh Albani: isnadnya shahih)

* tidak tahu bila lagi boleh keluarkan entry. melihat kepada tahap kesihatan dahulu yang mengizinkan. InsyaAllah..




Wednesday, September 29, 2010

iklan sebentar..?


(42:20) sesiapa Yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah Yang dikehendakiNya; dan sesiapa Yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar Yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.

(4:114) tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang Yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. dan sesiapa Yang berbuat demikian Dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala Yang amat besar.

....perjuangan tidak mengenal erti keletihan..letih yang bagaimana dimaksudkan itu?.diri bertanya dan "koreksi diri" supaya tidak terlalu terikut dek buaian nafsu..bagaimana pula dengan imanku hari ini?..bukan untuk menilik dan meneroka kelemahan diri tetapi mahu memperbaiki kelemahan diri..apa maksud kata-kataku ini?..Allahu Akbar,.terasa penat rupanya aku sehingga banyak "iklan" keluar sebagai ingatan untuk aku..

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."
Al-Imran : 139


Wednesday, September 8, 2010

cerita hati


rindu betul....rindu untuk menulis seperti sebelum ini. tulisan-tulisan yang adalah hasil dari garapan fikiran, hati dan kitab-kitab serta kuliah di kampus sebagai rujukan...bukan hasilnya dari khayalan dan nafsu yang sering mencengkam..hari ini seperti nya sudah hilang...hilang dalam "rebah" dan "hanyut"....

hujan lebat diluar seperti tidak menampakkan hendak berhenti..keadaan sunyi dek hampir semua sudah pulang beraya. cuti.

Ramadhan sudah hampir menyentuh garisan penamatnya. tetapi terbit 2 rasa hati yang sangat rahsia. rasa khauf. takut!. takut bila fikirkan selama 3 semester (rahmat,keampuan dan dijauhkan dari api neraka) berada di Universiti Ramadhan ini, adakah ibadah, doa, taubat dan segala amal diterima Allah? adakah masih berpeluang lagi bertemu Ramadhan pada tahun hadapan?..........maka timbulah rasa kedua ini dalam diri, thoma'an. ada harapan. masih ada "peluang" segala ibadah, doa dan amal diterima Allah. masih ada harap bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan. bukan untuk menghambakan diri pada Ramadhan, tetapi menghambakan diri pada Allah yang menciptakn Ramadhan.

Berakhir satu episod bukan tanda tamat sebuah cerita, tetapi episod seterusnya menanti dengan kesinambungan dari episod sebelum ini. adakah ada kesan yang diharapkan selepas berakhirnya Ramadhan? adakah episod seterusnya seolah-olah sebuah cerita baru yang tiada kesanya pada episod Ramadhan. Maka sia-sialah bertemu Ramadhan tahun ini jika selepasnya diri seperti "syaitan yang dilepaskan dari dibelenggu/dirantai". Dan beruntunglah bagi diri kerana berjaya menjadikan Ramadhan satu medium untuk mentarbiyah diri dengan wajah yang lebih sempurna....................muhasabah Ramadhan


Sunday, August 8, 2010

Anak Bulan


Assalammualaikum..

Alhamdulillah wa syukr lillah..

Ramadhan kembali lagi. Kembalinya Ramadhan bukan untuk didatangi seperti biasa. Tetapi jauh dari luar biasa. Masakan Ramadhan kali ini disambut seperti Ramadhan yang lepas. Mungkin ini Ramadhan yang terakhir bagi kita yang mana mungkin kita tahu masih adakah lagi "kita" di Ramadhan tahun hadapan. Jika ianya terakhir bagiku.

Saya ingat lagi nota yang saya catitkan ketika saya didalam penerbangan dr KLIA-Langkawi. Saya memikirkan tentang Ramadhan di Malaysia. Kerana disini negara saya dilahirkan dan dibesarkan. Kebudayaan dan mungkin juga "respon" bagi mereka ketika datangnya Ramadhan. Apabila datangnya bulan yang sangat sarat dengan keberkatan ini, ada tiga macam golongan dengan setiap golongan ini dengan reaksi yang pelbagai. Pertama apabila datangnya Ramadhan golongan ini akan zahirkan "Bulan pose, biase je"..yang kedua pula" pose dah dekat? aduhh..mesti letih. Tak larat la macam ni". Study yang bg study. Keje yg bg keje. Yang ketiga pula adalah gologan yang lain2. Lain-lain disini adalah mungkin mereka ternanti-nanti Ramadhan (alhamdulillah), ada yang bila datang Ramadhan, boleh buat duit! dan tak lupa pula bila datang Ramadhan "Bang, kena tukar langsir baru la bang"...inilah macam-macam cerita bila datangnya Ramadhan di Malaysia.

Sebenarnya bilamana kita melihat pada kedatangan Ramadhan itu dari cara kita, maka kita akan raikan Ramadhan dengan cara tersebut. Kalau biasa, biasa la. kalau letih, letih la. Kalau kita melihat kedatangan ini suatu yg dinanti, dan Ramadhan ini penuh dengan tawaran menarik, ganjaran yang lumayan, maka persiapan dan penerimaan Ramadhan juga akan disempurna dengan lebih baik.

Inilah yang dikatakan puasa biasa, puasa pertengahan dan puasa sempurna. Dimanakah saya dan kalian berada?, kita yang tentukan sebenarnya...

Saya tidak mahu menghurai dengan panjang tentang Ramadhan ini kerana penghayatan tentang Ramadhan banyak terdapat di ruang-ruang media bercetak mahupun eloktronik, dengan ceramah Ramadhan, buku-buku berkenaan Ramadhan. cukuplah dengan saya katakan bulan Ramadhan ini satu proses untuk tarbiyah diri. satu bulan yang sangat-sangat kena manfaatkan dengan sebaik mungkin...InsyaAllah...

Saya tidak tahu bila lagi boleh keluarkan entry diblog saya. Jadi dikesempatan ini saya ucapkan Selamat menyambut kedatangan Ramadhan, selamat mengisi peluang-peluang yang ada di Ramadhan. Sama-sama kita lakukan. Maaf zahir dan batin dari saya Ibn Bakr Al-Syarqawi..

Salam Ramadhan Al-Mubarak. Bulan Ramadhan Bulan Al-Quran

*nak balik kedah. berpuase disana. lama tak balik kampung. kena balik la. kalau jadi urusan disana mohon dipermudahkan(keberkatan Ramadhan). Aamiin....-:)

Thursday, July 15, 2010

Sorotan di IKIM...

Seminar : "Model Baru Ekonomi : Tinjauan Dari Perspektif Islam "
Tarikh : 1-2 Syaaban 1431H / 13-14 Julai 2010
Tempat : Dewan Besar, IKIM

Sesi I : Pendekatan Kepada Penyusunan Ekonomi Baru
Perantara : YBhg. Datuk Dr. Hamzah Kassim
( Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara,MPEN)
Kertas 1 : "Pendekatan Tamadun Kepada Model Baru Ekonomi Negara"
Pembtg : YBhg. Datuk Nik Mustapha Hj. Nik Hassan
( Ketua Pengarah IKIM )
Kertas 2:"Model Ekonomi Baru:Halatuju Baru Dalam Menyusun Ekonomi Negara"
Pembtg : YBhg. Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob
(Pengerusi Lembaga Kemajuan Perindustrian Msia,MIDA)
Kertas 3:"Mampukah MUDI(Msia Ummah Dev.Index) Mjadi Pengukur Kemajuan Ekonomi?"
Pembtg : YBhg.Prof Dato' Dr. Hj. Jamil Osman (Rektor Kolej Uni.Insaniah,KUIN)

Sesi 2 : Isu Utama Kemantapan Ekonomi Semasa
Perantara: YBhg. Dato' Dr. Mahani Zainal Abidin
(Ketua Eksekutif, Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa, ISIS)
Kertas 4:" Cabaran Liberalisasi Thdp Memperkasakan Kedudukan Ekonomi Umat: Peranan
Institusi Waqaf "
Pembtg:YBhg.Tan Sri. Dato' Muhammad ALi Hashim (Presiden&CEO Johor Corporation)
Kertas 5:"Pentingnya Mmbangun Ekonomi Domestik Untuk Memacu Kestabilan Eko Negara"
Pembtg : YBhg. Dr. Zakariah Abdul Rashid
( Pengarah Eksekutif, Institut Penyelidikan Ekonomi Msi,MIER)

Sesi III:Liberalisasi Dalam Model Ekonomi
Perantara:YBhg.Prof Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi
(Ahli Lembaga Pengarah IKIM)
(Ketua Akademik Pusat Pend. Kewangan Islam Antarabngsa, INCEIF)
Kertas 6 : "Liberalisasi Kewangan Dan Pertumbuhan Negara:Prospek Dan Cabaran"
Pembtg : En. Hizzad Baharuddin
(Pengarah Jab.Perbankkan Islam Dan Takaful, Bank Negara Malaysia,BNM)
Kertas 7 : "Perpindahan Buruh Dan 'Brain Drain' Serta Kaedah Menanganinya?"
Pembtg : YBhg.Prof.Madya Dr. Zulkifly Osman
( Pusat Peng.Ekonomi,Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan UKM )

Sesi IV : Mutu Modal Insan Untuk Model Baru Ekonomi
Perantara : YBhg.Dato' Aidit Ghazali ( Pengerusi Eksekutif Akademi Aidit Sdn Bhd )
Kertas 8 : Pendekatan Terbaik Dlm Mmbangun Modal Insan Bersesuaian Dgn Keperluan
Ekonomi Semasa"
Pembtg : YBhg. Prof. Dr. Abdul Ghafar Ismail
( Pengarah, Pusat Kajian Ekonomi Dan Kew Islam UKM )
Kertas 9 : "Preventing Financial Crises Under Msia New Economic Model:The Need Eliminate
To The Riba Industry"
Pembtg : YBhg. Prof. Dr. Nazari Ismail
(Ketua Unit Perancangan Korporat, Fakulti Perniagaan Dan Perakaunan UM )
Kertas 10 :"Implikasi Liberalisasi Ekonomi Kesan Kepada Bumiputera"
Pembtg : YBhg. Dato' Mohd Salleh Abdul Majid ( Mantan Bursa Saham Malaysia )

Alhamdulillah, saya sempat menyertai seminar ini. Satu seminar yang baru untuk saya. Kenapa? Mungkin jawapan awal saya, ekonomi bukan bidang saya. Bila peluang itu sudah ada, aspek "ilmu" saya ambil untuk memberanikan diri mendaftar sebagai peserta. Nak dengar cerita disebalik isu ekonomi ini, tambah pulak dunia sekarang sedang "aktif" mengalami kemelesetan ekonomi. Spain yang baru menang Piala Dunia pun sebenarnya satu kemenangan yg tidak bermakna untuk diraikan. Spain dalam menuju kepada kemelesetan ekonomi. Portugal pun dan beberapa negara lain yang akan turut serta. Amerika yang angkuh ini berhutang berbelas TRILLION usd. Rakyat yang diberhentikan kerja tidak dijamin akan mendapat kerja. Bebanan hutang yang terlalu tinggi membuatkan rakyat tinggal di dalam khemah-khemah ditepi jalan. Saya melihatnya sebagai Eropah mula menuju "Zaman Gelap"nya semula. Malaysia? mungkin ye atau tidak? jawapan ada pada seminar yang saya sertai ini.

Seminar bermula dengan perasmian oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Peserta yang menyertai seminar ini adalh mereka-mereka yang cukup hebat. Ahli ekonomi kecuali saya (paling muda+bukan ahli ekonomi..ish.ish), saya rasa takut berada dalam suasana itu. Lantas saya teringat jawapan Imam Abu Hanifah tatkala usianya remaja, dia berdebat dengan seorang yang angkuh, yang mahir dalam ilmu mantiq. Imam Abu Hanifah menberi jawapan bila dia diperlekehkan kerana masih masih muda utk berdebat dengan orang yang tidak pernah kalah dalam berdebat,"ilmu Allah itu bukan untuk golongan ternama, mahupun tua, berserban tebal, berjanggut banyak, tetpi ilmu Allah itu luas untuk semua. Jadi jawapan ini dijadikan jawapan untuk saya supaya merasakan berada didlam majlis ilmu dan majlis bersama orang-orang yang alim(berilmu). Sebelah saya Dato' Seri (kecut perut saya... :( .. )... Saya kurang arif berbicara tentang ekonomi. Dan saya tidak mahu mengulas tentang subjek ekonomi. Hanya sekadar untuk menceritakan "cerita" sepanjang seminar ini. Saya terkejut bila panel-panel yang saya labelkan mereka ini sebagai ahli yang berhak untuk ekonomi, tidak diajak untuk menurut serta dalam merangka ekonomi negara. Mereka adalah arif tentang ekonomi. Kenapa yang bukan ahlinya merangka ekonomi negara?

Semua pembentang mengatakan bahawa ekonomi dan kewangan mestilah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Ikut Islam. Ini diakui dan diperkuatkan dengan penyelidikan dan kajian mereka, dimana faktor utama kejatuhan ekonomi adalah dari sistem kapitalis dan liberalisme. Dan Islam adalah jawapan terbaik untuk masalah ini dan sistem ini mesti diguna pakai selamanya. Persoalanya, adakah ekonomi yang berlandaskan common law hari ini, Msia bersedia menukarnya dengan ekonomi yang berlandaskan Al-Quran Dan As-Sunnah? Mampukah Msia mengubah Perbankan Islam daripada hanya menjadi replika semata-mata yang sekadar mengekori dibelakang Perbankan Convensional? Bersediakah Msia menjadikan Perbankan Islam dan Takaful sebagai perbankan utama negara dan memiliki roh Islam? perlbagai persoalan ditimbulkan bilamana Islam adalah jalan terbaik untuk ekonomi dan kewangan. Ini kerana adakah "tangan-tangan" itu bersedia untuk merelakan ISLAM dijadikan panduan? sama-sama doakan.

Saya cukup kagum bilamana mereka yang bukan berlatarbelakang Islamic Study ini sangat-sangat mengharapkan Ekonomi Islam mesti dijadikan model ekonomi negara. Ini jelas mereka katakan dan diperkuatkan dengan ayat-ayat dari Al-Quran. Selagi mana sistem barat diguna pakai dalam ekonomi Msia, Msia tidak mampu menjana ekonomi yang lebih baik. Ekonomi yang bersifat Al-Adl Wal Ihsan. Penambahbaikan dari segi pengurusan Baitulmal, Waqaf dan Zakat sebenarnya adalah aset utama bagi Ekonomi Islam dan Kewangan Islam. Pelbagai pandangan, buah fikiran yang terbaik dibicarakan dalam untuk mewujudkan Model Baru Ekonomi yang lebih baik dan miliki roh ISLAM. Roh yang dijana bermula dari pembentukan syahsiah individu yang solah dan solehah. Moga kalian dan saya termasuk sekali.

Saya rasa cukup disini sahaja, saya suka bercakap berkenaan dengan seminar ini dari menulis disini....

Friday, July 9, 2010

Kontrak Hidup


“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (dengan berfirman kepada mereka): ‘Bukankah Aku ini Tuhanmu?’. Mereka menjawab: ‘Betul, (Engkaulah Tuhan kami), kami bersaksi’. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan; ‘Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini’”. (al-A’raf: 172)

Hampir sebulan lamanya menyepi dari berkongsi sesuatu disini. Mana tidaknya, saya perlu berjuang dengan musim peperiksaan akhir semester saya. Sebelum semester saya dihujani dengan ujian semester. Ini kebiasaan sebagai seorang pelajar. Baik di universiti, Kolej Universiti, Kolej, Maktab dan mana-mana tempat IPT. Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Mohon agar diberi kejayaan sepertimana diharapkan dan setimpal dengan apa yang diusahakan. Kerana mana mungkin balasan yang "terbaik" yang saya akan dapat jika usaha saya hanya pada tahap "baik" sahaja. Begitulah seterusnya.

Saya agak leka dibuai kontrak sesama manusia. Janji-janji antara manusia lebih dipentingkan. Sedangkan ada janji lain yang jauh lebih penting dan jauh lebih awal dan adalah perjanjian terawal manusia. Saya dan kalian semua mengikat janji pertama yang sama. Bukan sesama kita. Tetapi perjanjian kita dengan Allah. Seperti dinyatakan didalam surah al-a'raf ayat 127. Mungkin saya dan segelintir dari kita lupa akan perjanjian ini. Kontrak yang pertama ini. Terma dan syarat yang sudah ditetapkan mungkin sudah dilupai oleh manusia.

Atas perjanjian ini kita dilahirkan ke dunia ini dan atas perjanjian itu juga kita akan bertemu Allah s.w.t dalam keadaan kita mengikut "term and condition" yang ditetapkan dan dipersetujui. Malangnya, ramai yang melupai perjanjian ini, syarat perjanjian ini dan merugikan diri mereka sendiri.

Inilah perjanjian yang telah dimeterai, satu hakikat yang perlu manusia maklum, dalam keadaan suka atau tidak. Benarlah kebenaran itu suatu yang pahit bak hempedu. Yang sebenarnya mesti ditelan oleh manusia. Dan atas dasar itulah kita wajib memberikan keutamaan pada Islam. Tidak mengira aspek mana. Tidak ada istilah hidup didunia ini, perbuatan kita didunia ini 50% kerana manusia/harta/seronok dan 50% kerana Allah s.w.t. Ini bukan perjanjian perkongsian antara syarikat dan pemaju yang berkongsi-kongsi. Perjanjian antara Allah s.w.t dan manusia adalah 100% kerana Allah. Tiada yang lain.

Lupakah kita pada pencipta tangan kita, kaki, anggota yang ada pada tubuh kita, akal yang membezakan kita antara binatang. Udara yang dihirup sebagai satu sumber untuk kita bernyawa yang tidak pernah Allah s.w.t sekat dan tidak perlu membayarnya. Waktu siang dan malamnya. Ya Allah yang memiliki zat yang agung!, benarlah firman-MU, andai dihitung nikmat-MU, dakwat tinta sebanyak selaut luasnya tidak mungkin cukup menghitung nikmat-MU. Ya Ghaffar, ampunilah aku yang lupa akan perjanjian hidup ini.

Jauhnya aku dari-MU,Ya Allah. Sedangkan dalam keadaan hanya berjalan aku kepada-MU, ENGKAU akan datang kepadaku seolah berlari.

*sekadar untuk berkongsi dalam mengingati diri. moga ianya memberi manfaat.



Saturday, June 26, 2010

Pesan Umar Al-Khattab R.A


• Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut
• Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya
• Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan
• Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku
• Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat
• Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu

Friday, June 4, 2010

Kisah Untuk Pemimpin - sempena Keputeraan DYMM

PADA satu hari, Abu Dzar al-Ghifari meminta Rasulullah SAW melantik dirinya menjadi pegawai, tetapi Rasulullah menolaknya.Sambil menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu, Baginda bersabda: ''Tidak, Abu Dzar, engkau orang lemah. Ketahuilah, jawatan itu amanah.

Ia kelak di hari kiamat merupakan kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi orang yang mendapatkannya dengan betul dan melaksanakan tugas serta kewajipannya dengan betul pula.''

Imam Nawawi menyebut hadis di atas merupakan pedoman dasar dalam berpolitik. Politik mampu menjadi sumber petaka bagi orang yang tidak bertanggungjawab.

Namun kata Nawawi, politik juga boleh menjadi ladang pengabdian dan amal soleh yang subur bagi orang yang mampu dan bertanggungjawab. Politik (kekuasaan) bukan sesuatu yang buruk. Ia ibarat pisau bermata dua; ada baik dan buruknya.

Ia menjadi baik dengan tiga syarat - seperti dalam hadis di atas - iaitu berada di tangan orang yang berkemampuan, diperolehi dengan cara yang betul dan dipergunakan untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

Malangnya, dalam percaturan politik kini, orang kerap hanya bercakap satu perkara, iaitu bagaimana merebut kekuasaan. Bukan bagaimana mempergunakan kekuasaan itu serta melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan lebih daripada itu kepada Allah SWT.

Sesiapa pun tidak dapat menafikan bahawa kuasa sememangnya sesuatu yang menggiurkan kerana dengan kuasa, individu berkenaan membayangkan dia boleh mencapai apa juga impiannya. Menurut Imam Ghazali, dibandingkan dengan harta, kuasa jauh lebih menggoda.

Ia berasaskan kepada tiga alasan iaitu, pertama, kuasa mampu menjadi alat untuk memperbanyakkan harta. Dengan kuasa, seseorang boleh mengayakan dirinya.

Keduanya, pengaruh kekuasaan lebih kuat dan lebih lama. Harta, kata Imam Ghazali, boleh hilang kerana dicuri atau berkurangan.

Namun itu tidak berlaku kepada kekuasaan kerana ia bererti pengaruh seseorang pemimpin di kalangan pengikut dan penyokongnya. Ketiga, kekuasaan menimbulkan kesan populariti yang sangat luas.

Bagaimanapun apa yang harus difahami menjadi pemimpin tidak hanya menerima amanah rakyat, tetapi juga menerima amanah Allah. Pemimpin adalah 'hamba' kepada rakyat. Pemimpin yang mengkhianati dan menodai hak rakyatnya, bererti menggugat dan mengabaikan amanah Allah.

Hakikatnya, menjadi pemimpin bukan mencari kekayaan, tetapi pengabdian. Menjadi pemimpin bererti melaksanakan ibadah yang paling berat untuk melunaskan amanah rakyat dan Allah.

Seorang pemimpin yang baik sentiasa membersihkan batinnya kerana dia sedar niat yang tidak baik boleh menjadikan kekuasaan yang dimiliki sebagai sesuatu yang boleh dijual beli.

Akibatnya, dia mungkin akan tergoda untuk menipu dan membohongi rakyat. Rasulullah bersabda: ''Tiada seorang hamba yang diberi amanah Allah untuk memimpin rakyat kemudian menipu mereka, melainkan Allah mengharamkan syurga baginya.''

Apabila masyarakat lebih mementingkan kebendaan sehingga segalanya harus dibayar dan kemuliaan seseorang hanya diukur oleh berapa banyak harta yang dimilikinya, maka godaan yang paling besar bagi para pemimpin, birokrat dan mereka yang berada dalam lingkaran kekuasaan ialah harta.

Para pemimpin atau wakil rakyat yang lemah imannya, nescaya akan mudah terperangkap dalam penjara hawa nafsu yang dibungkus dengan kata-kata indah, iaitu korupsi, kolusi dan nepotisme.

Oleh itu seorang pemimpin tidak harus terpengaruh dengan kekuasaan yang dimiliki, sebaliknya berusaha menjadi pemimpin yang dihormati dan melaksanakan amanah dengan sebaik-baik.

Dalam soal ini apa yang dilakukan ialah Khalifah Umar Al Khattab seperti mana yang dipaparkan dalam cerita berikut boleh dijadikan teladan.

Satu hari, selepas selesai mengimamkan solat Asar, Khalifah Umar bertanyakan mengenai seorang sahabatnya yang tidak datang.

Dia diberitahu bahawa sahabat tersebut sedang sakit. Umar segera meluangkan masa menziarah sahabatnya itu.

Sampai di rumah sahabat yang sakit tersebut, Umar mengetuk pintu memberi salam. Dari dalam sahabat berkenaan menjawab salam dan bertanya: ''Siapa di luar?'' Umar menjawab: "Umar bin Khattab." Mendengar yang datang adalah Amirul Mukminin, sahabat tersebut terus bangun dan segera membuka pintu.

Melihat keadaan sahabatnya itu, Umar bertanya: ''Kenapa engkau tidak bersolat berjemaah bersama kami? Sedangkan Allah telah memanggilmu dari langit yang ketujuh, tetapi engkau tidak menyambutnya! Sedangkan panggilan Umar bin Khattab membuatkan kau gelisah dan ketakutan?"

Hikmah di sebalik peristiwa ini ialah, pertama, seorang pemimpin yang baik bukan semata-mata berasa cukup dengan kesolehan dan ketakwaan dirinya, tetapi dia juga berasa bertanggungjawab untuk mengajak mereka di bawah tanggung jawabnya untuk menjadi soleh.

Kedua, pemimpin yang soleh tidak akan pernah berasa bangga dengan penghormatan yang diberikan oleh orang bawahannya. Dia tidak mahu mereka hanya mengikut apa sahaja katanya biar pun apa yang dilakukan adalah salah.

Jika itu berlaku maka terjadilah apa yang disumpahkan Allah dalam surat Al-Ashr bahawa mereka semua akan berada dalam kerugian. Itulah sebabnya ketika seorang sahabat melarang sahabat lainnya kerana terlalu sering menegur Khalifah Umar dengan ucapannya: ''Takutlah kepada Allah, hai Umar''. Ternyata teguran itu justeru disokong Umar sendiri. Umar berkata: ''Biarkan dia mengatakannya. Kalau orang-orang ini tidak menegurku sedemikian, maka mereka menjadi tidak berguna dan jika aku tidak mendengarkannya, maka aku bersalah.''

Oleh itu kepada mereka yang bergelar pemimpin dan keluarga mereka sedarilah tanggungjawab yang ada di bahu mereka. Janganlah ingat apabila kita berkuasa dan berpengaruh kita boleh melakukan apa sahaja.

Janganlah memperdayakan rakyat dengan mainan politik kita kerana akhirnya kebenaran pasti akan mengatasi kebatilan. Mungkin demi kepentingan politik dan berebut kekuasaan, kita rela melakukan apa sahaja tetapi percayalah hasrat untuk berkuasa dengan menggunakan kepalsuan sebagai senjata tidak akan bertahan lama.

Akhirnya, pemimpin seumpama itu pasti akan kecundang, kesudahannya dia bukan sahaja akan mengalami kerugian di dunia tetapi juga akhirat.

Begitulah juga dengan keluarga mereka, janganlah kerana ada ahli keluarga kita pemimpin yang berkuasa, kita berasaskan boleh melakukan apa sahaja.

Ingatlah seseorang pemimpin itu berada di tampuk kekuasaan berikutan sokongan rakyat dan sokongan tersebut diberikan demi kesejahteraan mereka bukan untuk diri pemimpin atau keluarga pemimpin berkenaan.

Rasulullah SAW bersabda: ''Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu cintai dan mereka mencintai kamu dan kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Dan, seburuk-buruknya pemimpin adalah mereka yang kamu benci dan mereka membenci kamu, dan kamu melaknat mereka dan mereka pun melaknat kamu.''

Monday, May 10, 2010

Hari hari, hari ibu

Seorang lelaki datang kepada NAbi s.a.w dan bertanya : Siapakah manusia yang berhak aku layan dengan sebaik-baiknya? Nabi s.a.w menjawab : Ibu kamu. Lalu lelaki itu bertanya : kemudian siapa? Nabi s.a.w menjawab : Ibu kamu. Lalu lelaki itu bertanya : kemudian siapa? Nabi s.a.w menjawab : Ibu kamu. Lalu lelaki itu bertanya : kemudian siapa? Nabi s.a.w menjawab : Ayah kamu
( sahih bukhari)

ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah surah al-Ahqaf 46

(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!” surah maryam ayat 19


"Jadi tak balik kedah"? emak bertanya pada saya. " tak tau lagi. ada kelas minggu ni. penuh la jadual. nak balik, tapi tu la.." saya menjawab. "emm.." emak sekadar meng'iya'kan sahaja. "insyaAllah, awal bulan depan. nak rehat. bulan depan exam" saya beri harapan pada emak.

"tau dah, mesti minta balik kedah punya. memang nak balik, jadual penuh pulak. cuba jugak la balik. lagi pun memang nak balik la. lama tak balik rumah. hari sabtu dan ahad bulan mei memang penuh dengan kelas. kalau ada janji pun, lepas kelas je boleh jumpa. minum dengan kawan2" monolog saya sendiri.

itu semua bagi saya komitmen yg perlu diberi perhatian serius. ya! sebagai anak, tanggungjawab kepada ibubapa adalah satu kemestian! tambah pulak saya la satu-satunya anak lelaki. rasa terpukul jika memandang sebelah mata soal ini. "salah satu amlan yang dibawa pada kematian kelak, doa anak yg soleh. bagaimana hendak berdoa jika tiada rasa tanggungjawab dalam diri" saya cuba berbahas dengan diri sendiri.

emak seorang yang tidak banyak "kerenah"nya dengan saya. mungkin saya sebagai seorang lelaki. dan saya bukanlah anak manja kepada emak mahupun ayah. tiada istilah anak emak atau anak ayah. soal tanggungjawab sebagai anak lelaki kena saya mesti study untuk itu.. "anak emas" mungkinlah..hehe..hero sorang. dari kecil lagi emak, perwatakan emak banyak menunjukkan satu keperluan yg kena buat. jarang emak mengarah pada saya. emak lebih suka menunjukkan perbuatan yang akhirnya akan mendorong saya untuk lakukan sesuatu. ini " strategi" emak dari dulu. garang? biasa la. sikit je la. buat salah pun kadang ada garang, tak salah pun ada jugak garangnye. buat tak betul pun macam tu jugak. bagi saya ini praktikal untuk anak-anak. tegas seorang ibu. jagn garang/tegas sahaja ketika si anak melakukan salah. cukup saya katakan dia, emak terbaik saya. yang itu je la emak saya.

ingat saya lagi, masa sekolah dulu..bila dh belajar itu ini dalam Islam, timbul pulak rungutan. "aduih, sorang anak lelaki pulak ini. banyak pikul" garu kepala saya. tapi itu mungkin lbh10thn dahulu. " teruklah kalau aku merungut. parents wat macam-macam, nak merungut apa lagi. kena jaga je pun. tanggungjawab. kalau anak aku tak jaga aku, itukan akibatnya aku mengabaikan ibubapa sendiri. lagi pun syurga aku ada pada ibu, selamanya. tak ade pindah tmpt hatta dah punya isteri sekalipun. tak de sebab untuk aku tak boleh jaga mereka. THIS IS MY JOB!" saya motivasikan diri saya suatu ketika dahulu. dan sehingga ini, itu tag line yang saya lekatkan dalam diri sebagai bukti saya sebagai seorang anak. Ya, semua itu adalah satu proses tindakan. proses yg memerlukan saya ada rasa tanggungjawab.

Unutk emak, terima kasih dari saya untuk dari mula saya "menginap" diperutmu sehinggalah hari ini. terima kasih segalanya. sebagai anak, adalah menjadi matlamat saya untuk sentiasa melengkapkan dan menzahirkan tanggungjawab saya kepada emak. ini perintah dari Allah dan RasulNYA. terima kasih jugak pada abang2 hijjaz sebab amik emak saya sebagai ibu untuk lagu Belaian Ibu. boleh jugak buat "ole-ole" dengar selalu masa driving ke. automatik ingat dia....jom pakat berbakti pada ibubapa kita

Monday, April 26, 2010


يا أباذر اعبد الله كأنك تراه فان كنت لاتراه فلنه يراك

Wahai Abu Dzarr, Sembahlah olehmu akan ALLAH seolah-olah engkau melihat-NYA, apabila kamu tidak melihat-NYA, maka sesungguhnya DIA melihat Engkau

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat ALLAH Yang Maha Pemurah, atas taufiq, hidayah, rahmat dan kurnia-NYA, saya dan anda semua masih lagi diberi kesempatan untuk terus menghirup udara dan segalanya yang ada di dunia ini yang sebenarnya adalah satu pinjaman sementara. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w, para ahl bait dan para sahabat, para tabi’in dan tabi’ tabi’in seluruhnya.

Takut saya membaca tajuk-tajuk di akhbar. Buang bayi dah jadi satu kemestian dan kita mesti mengakuinya. Hari-hari mesti ada kes pembuangan ini. Nak tak nak, kita mesti akuinya. Ada hospital rekod 1 hari 16 orang, badan lain siasat 1 hari 50 orang, purata perangkaan mengatakan 1 hari 120 orang anak yang “berjaya” dilahirkan luar nikah oleh pasangan melayu yang kita sedia maklum orang melayu ini beragama Islam.

Saya tidak tahu dimana silapnya. Ulama kita meletakan bahawa ilmu adalah senjata yang ampuh untuk mengelak dari berlakunya maksiat. Tetapi ilmu itu mesti disertai dengan iman yang mantap dalam diri. Setelah itu baru amalnya dilaksanakankan. Ya! Saya sokong dalam pendapat ini. Ilmu itu penting. Tapi mesti disertai dengan iman seterusnya dengan amal. Tidak ada guna memiliki sebanyak ilmu jika kehidupan penuh dengan dosa dan maksiat. Tetapi jika memiliki ilmu dan diselaputi iman nescaya amalnya adalah amalan yang baik dan terbaik. Amal soleh. Dan bila amalanya itu menjadi “istiqamah” maka akan wujud taqwa didalam dirinya. Itu yang kita cari. Itulah pencarian dan sasaran orang beriman. Menjadi hamba yang bertaqwa.

Orang kita ada yang meletakan ilmu agama itu hanya sampingan. “ala ustaz, petang saya hantar anak mengaji+fardhu ain cukupla. Ada juga basicnya. Yang penting cemerlang akademiknya”. Allahu rabbi, jika inilah yang digarapkan didalam cara kehidupan kita, “conform” kelahiran anak luar dan pembuangan bayi akan terus berada didlam kedudukan teratas carta “liga social anak muda”. Dan sebenarnya inilah yang berlaku pada hari ini. Suka saya katakan peranan ibubapa adalah yang utama. Ilmu cukup penting dalam merealisasikan kejayaan manusia. Ibubapa perlu tegas dalam soal agama.

Bagaimana nak jadi ibubapa yang hebat?, jadikanlah ibubapa diluar sana terutama Nabi Muhammad s.a.w sebagai role model kita. Akan lahirlah anak yang berkualiti. Yang menepati acuan Islam.. Saya tak boleh nak bicara panjang lebar, sebab saya pun tak miliki anak.hihi.

Akhir bicara, saya cukup terkesan bilamana setiap hari kes-kes yang membabitkan moral anak muda seolahnya kelihatan “tenat”. Mungkin saya juga salah seorang anak muda hari ini, tempias itu dirasai. Cukup hangat. Seolah saya terlibat sama. Perasaan saya ini timbul dek kerana mungkin tidak menjalankan “nahi mungkar” yang sememangnya perlu dilakukan. Kerana saya tahu itu salah tapi tidak menegurnya. Ya Allah, ampunilah aku. Lemah aku rasakanya. Ingin melihat anak muda @ syabab hari ini adalah termasuk dalam 7 golongan yang mendapat naungan Allah bilamana pada hari yang tiada naungan melainkan naungan Allah. Termasuk juga saya yang serba kerdil dan lemah ini. Yang sentiasa cuba dan cuba untuk memperbaiki diri. Wahai semua anak muda, jom sama-sama kita berubah ke arah kebaikan sepertimana yang di tetapkan kepada kita. Kita sama-sama jadikan Al-Quran dan As-sunnah itu panduan utama dalam kehidupan kita. Mohon petunjuknya.

Friday, April 9, 2010

Masih ada waktu

Alhamdulillah.

Dapat jugak "mencuri" masa untuk masuk blog sendiri. Nak kata ada kekangan masa, masa selalu tak cukup jika kewajipan memenuhi setiap ruang masa. Malah kewajipan itu melangkaui masa seperti yang pernah saya katakan pada entry sebelum ini. busy tu tak de la. sbb saya tak set busy dalam kamus hidup saya, akan ikhtiarkan untuk memenuhi. busy nanti org lari. Hanya persinggahan sebentar di sini. Sekadar nak sampaikan ucapan kepada kawan2 yang akan melangsungkan perkahwinan. Tau-tau je minggu ni saya free. Kena la dengan keadaan saya. Kena-kena pun ada yang tak dapat saya hadir dek kerana dari hujung ke hujung tempat yang perlu saya hadiri. Jeram (tak pernah sampai pun, yg tau jauh ler) satu lagi di Melaka (bertam malim)..ada yang perlu dikorbankan jika pilihan mesti dibuat..(itu yg boleh, yg tak boleh pilih tue, aduh mesti tak tau nak pilih. tak pun yang tak d pilihan tetapi hilang yg satu itu. tue pun kena hadapi)..inilah kehidupan. adakalanya apabila ruang nafsu itu timbul kerana "kesilapan" diri sendiri, pilihan mula menjelma. Iman vs Nafsu...(itu pun jika iman itu sebagai calon pilihan. jika "kesilapan" itu teruk dan ketara nescaya hanya nafsu sebagai panduan. Conform dah iman tolak ketepi." takut bila memfikirkan soal ini. cepat2 mulut dan hati berkata " Subhanallah wa bihamdihi astaghfirullah waatubu ilaih" di ulang-ulang dan dihayati seterusnya diselami agar ianya mendidik jiwa.

Kepada teman-teman yang akan melangsungkan perkahwinan, tahniah saya ucapkan. moga pernikahan dan perkahwinan kalian mendapat rahmat dan barakah dan Allah s.w.t dan hidup dalam keluarga yang bahgia. keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmat.

Allah berfirman didalam surah ar-rum : "dan tanda-tandanya telah ku ciptakan untukmu pasangan-pasanganmu agar kamu hidup tenang bersamanya dengan bahagia dan cinta (mawadda wa rahmah) . dan itu tanda-tanda bagi orang yang berakal"

ada entry yg masih belum di postkan. dok dalam peti simpanan lagi. kena audit dulu sebelum keluar.

saya perlu undurkan diri. ada perkara lain yang menanti untuk dilakukan. saya rindukan pengajian kelas di ukm. tak de kelas mggu ni. mggu depan br ada semula. InsyaAllah, jumpa lagi. kepada yang menghantar email bertanya, saya ucapkan terima kasih kepada kalian semua. moga diberikan keampunan dan kerahmatan dari Allah s.w.t.

Sunday, March 21, 2010

tEropoNg HaluaN


Hampir sebulan tak masuk "new post" blog saya..sibuk ke?

.kewajipan itu memang melangkaui masa yang ada. tetapi adakah masa yang ada itu dipenuhi dengan kewajipan untuk diri atau dalam ertika yang lain sebagai seorang hamba, khlaifah, pelajar, pekerja, penduduk, masyarakat, tetamu dan sebagainya...cumanya adakah apa yang disibukkan itu benar-benar satu kewajipan?...jadi kena check list la. ini kerana "sia-sia" satu yang cukup yang merugikan. tidak ada istilah manfaat pada "sia-sia".

saya terima beberapa email dari teman-teman diluar. yang baru sahaja terima keputusan SPM. alhamdulillah, semuanya baik. cemerlang. walaupun keputusanya baik dan cemerlang, persoalan yang timbul apakah perjalanan mereka selepas ini. "akh, saya tak tau nak ambil kos ape?" "ntah la, isi je upu. dapat u masuk je" "market sekarang nak pakai graduan lepasan mana bang?" dan macam-macam lagi yang saya terima. sekadar berkongsi, suka saya katakan belajarlah untuk meminati sesuatu dan cipta dari sesuatu. saya ketika form 4, saya mula mencongak haluan saya selepas SPM. saya mencari sesuatu yang saya mahu kerana saya tahu dimana kemampuan tak seberapa ini. " kaunseling, psikologi, pentadbiran @ pengurusan islam @ awam dan sejarah tamadun islam. tak ade " syariah, al-quran as-asunnah, dakwah dan dlln"..Alhamdulillah saya dah dapat bidang Pentadbiran Islam saya. kini Syariah, bidang yang saya highlight kan ketika saya diploma. selepas Syariah? dah ada dah. tunggu habih dulu Syariah ni.. untuk email-email yang dihantar saya ucapkan terima kasih. hanya untuk berkongsi dan memberi mana yang mampu dan ada. Tetapi jauh dalam sudut hati nak sangat ke Timur Tengah. Tempat dimana kemasyuran pelbagai ilmu ada disana. khususnya Pengajian Islam. saya tak tahu apa perancangan Allah pada saya, untuk kehidupan saya. cuma sabagai hamba, saya perlu ikut garis panduan sebagaimana tercatat didalam Al-Quran dan As-Sunnah. semampu mana ikut, mesti kena ikut dan buat., yang tak mampu bukan beerti kena tinggal, tapi usahakan untuk ikut dan buat. walau hari-hari dilalui penuh mencabar dan menduga.

saya tak akan berceloteh panjang untuk entry kali ni, ada entry yang akan saya siapkan untuk kalian semua. adakalanya kita perlu memberi peringatan dan dalam masa yang sama peringatan itu mesti salah satu sasaranya kepada diri kita dan serentak dengan itu kita lakukan.

p/s= sekarang tengah berlangsung Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. saya nak pergi ni. emm, cadang hari ni, tak jadi pulak. InsyaAllah, esok lps kelas nak kesana. ada sesuatu yang nak dicari. emm..dok tggu sms nie.....

Tuesday, February 23, 2010

Pembela Agama

"Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, selama kamu berpegang kepada keduanya iaitu Kitab Allah dan sunnah Rasul-NYA"-Imam Malik-

Tanggal 12 Rabiulawal
Lahirlah nabi
Ke dunia membawa rahmat
Untuk semua manusia....
(Lambaian Kasih-Dunia oH Dunia-Pembela Agama)

Selalukan selawat ke atas Nabi s.a.w. Jumaat ni 12 Rabiulwal 1431H. jika disingkap kembali secara ringkas, lahirlah Nabi Muhammad s.a.w..Seorang yang diutus Allah s.w.t yang mana di dalam Al-Quran banyak menceritakan "watak" Muhammad s.a.w ini. Adapun kita sebagai umat Muhammad s.a.w, kita disuruh Allah s.w.t untuk sentiasa berselawat ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w sepertimana disebutkan dalam Al-Quran

"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat ke atas Nabi, Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atas Nabidan ucaplah salam penghormatan kepadanya" surah al-ahzab ayat 56.

Suka saya berpesan pada diri saya dan kalian yang membaca tulisan saya diblog ini, "dimestikan" rasa cinta kepada Rasulullah s.aw ada pada diri kita. Saya guna kalimah "mesti" ini kerana Rasulullah s.a.w itu kekasih Allah. Mana mungkin kita mentaati Allah tetapi tidak mencintai kekasihnya, Muhammad s.a.w. Adalah penting untuk kita rasakanya, rasa cinta. Jika dengan kekasih sendiri yang tidak ada "halal"nya kita cukup ambil berat, sayang dan cinta. tu tak masuk rindu lagi. Jadi bagaimana dengan Nabi? nak nyatakan pengorbanan nabi cukup banyak. kita tak lahir lagi nabi dah risaukan kita, dah minta kepada Allah segala kemudahan untuk kita. Baginda pembela agama. . Jika kita takutkan Allah, sudah pasti kita cintakan Rasul-NYA. Disini saya gariskan beberapa cara untuk hati kita sentiasa ada rasa cinta pada Nabi Muhammad s.a.w
  • Banyak mengingati Nabi Muhammad s.a.w
  • Banyakkan Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w
  • Selalu sebutkan kemulian, keutamaan seperti sifat Nabi s.a.w, akhlak dan perilaku
  • Berharap dan rasa rindu untuk bertemu Nabi s.a.w
  • Mencintai orang yang Nabi s.a.w cintai (ahl bait, para isteri, para sahabat)
  • Membenci sesuatu/orang yang dibenci oleh Nabi s.a.w(maksiat, orang yg memusuhi agama Allah)
Katakanlah: "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga dan harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaam yang kamu khuatiri kerugianya, dan harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugianya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNYA dan dari berjihad dijlanNYA, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-NYA. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq" surah at-taubah ayat 24

Katakanlah : " Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutlah aku, nescaya Allah akan mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang " ali-imran 31

Sempena Mauld Nabi, pada yang ada kelapangan, boleh la ke Masjid Al-Ghufran Pinggir Tmn Tun Dr Ismail. Ahad-Rabu ada diskusi kitab "Mukhtasar Syamail Muhammadiah" Al Hafiz Muhammad Ibn Isa Ibn Saurah Al-Tarmizi. Ada pun ada dua versi yang kita boleh dapatkan. Keluaran dari Telaga Biru dan Sofa Production. Mana-mana pun sama. Yang penting kita ambil manfaat apa yg ada dalam kitab tersebut. Manfaat untuk kita hadirkan cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w..

Balik kedah cuti minggu nie. tak de di KL la cuti hujung minggu ni. next month baru ada. Dah lama tak balik sana. nak prepare diri untuk menghadapi bulan mendatang.

Sunday, February 14, 2010

Jauh perjalanan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Pemilik sekalian alam..

huh..penat jugak badan nie. perjalanan dari KL ke Jerangau, Dungun Terengganu memang dirasakan jauh. mana taknya, sepanjang perjalanan kenderaan penuh. maklumlah, cuti panjang. Tahun Baru Cina pula tu. Sesak tu memang sesak. Sejuk? memang sejuk. Bas yang disewa khas dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya memang sejuk. Merengkok-rengkok jugak saya. Balik dari sana pun, alhamdulillah, semuanya lancar. semalam sampai KL. Hari ini jalan sunyi sepi. Biarlah. hari-hari asyik melihat kesibukan jalan dan menyertai kesibukan. sebagai pengguna jalanraya, dok KL nie memang kena pasrah je la kalau jalan sesak. tak nak sesak, kena ucap selamat tinggal kat KL nie. hihihi..Hari ni nak dok umah je. rehat tu tak de la sangat. cuaca pun panas...

Kena siapkan diri untuk hadapi kelas. kena "warming up" la dulu. saya teringat akan cerita Prof. Sidek Baba pada hari selasa lepas. "anak-anak saya enam orang dah ada PhD. 2 orang lagi akan ambil PhD. saya suruh anak-anak belajar sampai ke tahap itu. " cukup disitu saya paparkan ceritanya. Nak cerita sepanjang ceramahnya memang panjang dan cukup bermanfaat. Itu motivasi bagi saya. Belajar sampai ke liang lahad. Ini buat saya tak sabar nak ke kelas. InsyaAllah, tidak kira ianya mengambil masa bertahun pun, lama mana pun, istilah belajar kena sentiasa ada dalam diri sampai mati. Ye! sampai ke liang lahad.

Bila bercakap soal belajar ni, pelbagai tujuan untuk belajar. Apa yang penting, ilmu yang dituntut mesti ilmu yang bermanfaat untuk segenap aspek. Termasuklah agama, diri sendiri, keluarga, masyarakat dan seluruhnya. Sebab dengan ilmu kita akan jadi senang dan jadi susah. Bagaimana istilah jadi senang dan jadi susah kena tanya la saya nanti. :)

Nak buat apa petang nie? emm..gi taman la. Lama tak gi. malam ni Ust.Rani bg kuliah. Pengajian Al-Hikam.....