Monday, April 18, 2011

Salamfone

Salamfone adalah pengendali mudah alih pertama yang menawarkan produk dan perkhidmatan dengan perkhidmatan berteraskan prinsip-prinsip Syariah dan lima rukun Islam untuk ketenangan jiwa dan minda anda.

Yang saya tahu liputanya sama banyak dengan liputan produk lain. Perkhidmatanya pun sama. Jadi saya rasakan tiada sebab kenapa kita "liat" nak guna produk ini. Siap ada infaq satu sen pada panggilan yang dibuat. 0.25sen panggilan untuk semua rangkaian dan 10sen sms untuk semua rangkaian. Mahal ke murah? biasa aje. Dan ada yang bestnya, ada talian hidayah. Pengguna boleh guna talian ini untuk bertanyakan soal agama. Yang jawabnya orang agama jugakla. Ianya merangkumi Tele-Ustaz, Tele-Fatwa dan Direktori Halal. Nak tanya fatwa boleh, nasihat agama boleh, nak tahu pasal halal pun boleh. Dan pada setiap hari Jumaat dan hari kebesaran Islam, pengguna akan dapat tazkirah melalui sms. Bonus pulak akan diberikan mengikut hari-hari kebesaran Islam. Menarikan? nak tau lebih lanjut kena la masuk website Salamfone di http://www.salamfone.my/ atau klik je pada icon salamfone di sidebar blog saya.

Itulah serba sikit intro Salamfone. Saya terkejut jugak bila tahu produk ini. Masa di WHR 2011, Salamfone adalah penaja utama program berkenaan. Saya ingatkan handphone ke, ape ke. Rupanya talian prabayar mudah alih. Terbit rasa bangga juga sebab ada juga produk orang Islam. Dah lama dok tunggu, timbul juga. Lepas ni ape pula? saya kalau boleh berharap ada pembuat kapal terbang yang ber"company" orang Islam. Dok guna Boeing, Airbus, Airspeed, ATR, Fokker, Douglas dan macam-macam lagi bila nak pergi menunaikan haji dan selainya. Sebabnya, kalau diingatkan kembali pada zaman Islam di Madinah dulu, ekonomi Nabi Muhammad s.a.w cukup pentingkan. Perkara pertama yang dibuat oleh baginda s.a.w adalah dengan membeli telaga air untuk diwakafkan bagi kegunaan orang Islam di Madinah. Sebabnya, masa tu puak-puak bukan Islam yang jadi pemegang utama sektor air. Kena beli air tiap kali nak guna air. Lama kelamaan, bankrup puak-puak ni punya, dan akhirnya sektor air madinah semua orang Islam punya. Jadilah JBAIM ( Jabatan Bekalan Air Islam Madinah ) ini jabatan saya reka sendiri, tak de dalam fakta pun, hehe...kui.kui. Dan bila keadaan sekarang ini, umat Islam kena menguasai kembali ekonomi dunia semula. Ada sorang Prof saya cerita, dia ada dapat maklumat, antara faktor utama 11 September 2001 adalah orang yahudi laknatullah 'alaih tengok kewangan Islam makin hari makin naik. Kerisauan timbul. Macam firaun bila mana mimpi buruk, habih semua anak lelaki dibunuh. Macam tu la, kira kalau dibiarkan, habisla sistem kapitalis mereka tu. Bila saya fikir, ada jugak kebenaranya. Risau-risau. Ya Allah bantulah Islam.

Minggu ni ada kelas. Ada sebulan setengah lagi nak final exam. Bulan Jun dijadualkan. Tapi semester ni kira ok sebab antara nak kelas terakhir dan final tu ada masa yang agak lama untuk buat pecutan. Boleh la dok bertapa kat Kedah macam dua semester yang lepas. 18-20hb ada di Cyberjaya. 21hb ada temujanji. 27-29hb ada di Kuantan, Pahang. Semalam dapat jugak turun main futsal dengan kawan-kawan. Cuma minggu lepas terlepas trip daki gunung. Next trip tak nak bagi lepas lagi. Rugi2.

Saya cuma harapkan pada Allah swt mohon semuanya baik-baik aja keatas kedua ibubapa saya, ahli keluarga saya, sedare mare dan semua muslimin dan muslimat. Dijauhkan dari sebarang hal berkaitan maksiat. Sihat wal'afiat dan dipermudahkan segala urusan didunia untuk menuju ke akhirat. Takut-takut saya jadi hamba kepada dunia, sedangkan dunia adalah ladang untuk ke akhirat.