Tuesday, April 17, 2012

Sepintas lalu WHR 2012

WHR Summit 2012, program yang dianjurkan kali ini dapat saya sertai. Alhamdulillah, bukan senang nak menempatkan diri dalam program dua hari ini. Saya perlu korbankan cuti rehat saya. Walaubagaimana pun, inilah penyertaan tahunan saya.

Jika dilihat pada tajuk pembentangan pada WHR 2012 ini, saya begitu tidak sabar untuk mendengar mengenai pembentangan tentang berkaitan Muamalat seperti Halal & Islamic Finance: The Rise And Need For A Global Legal Approach oleh Prof Laurent Marliere dari Islamic Finance Lawyers, Belgium dan Islamic Financial Instituation: Remedies For The Current Economic & Financial Crisis oleh Dr Magda Ismail Abdel Mohsin dari International Centre for Education In Islamic Finance, Malaysia. Sangat menarik dan penyampaian cukup berkesan. Ikutkan pada masa yang diberikan, saya agak kurang berpuas hati dek terasa seperti hanya sebuah ‘introduction’ sahaja.

Walaubagaimana pun, saya cukup berpuas hati ke atas semua kertas yang dibentangkan. Pembentang yang merupakan pakar kepada tajuk dan bidang masing-masing menjadikan pembentangan bukan sekadar merujuk terus menerus pada slide tetapi ilmu itu dikongsi hasil dari pengalaman dan penghayatan mereka dalam bidang yang diceburi.

Adalah menjadi kewajipan untuk kita sebagai muslim dan mukmin untuk mencari yang “halal dan baik” ( Halalan Toyyiban ). Ini yang sebenarnya dianjurkan didalam Islam. Makanan contohnya, bukan sahaja dari sumber pembelian dan penghasilan yang halal, tetapi ianya baik, manfaat, berkhasiat untuk dimakan bagi menjana tenaga dan kemampuan diri. Bukan sahaja makanan didalam konteks kewangan juga memerlukan elemen halalan tayyiban. Dimana mungkin diantara kita mengatakan kewangan Islam yang melibatkan perbankan tidak memperlihatkan keadilan seperti mana yang ada didalam Islam.

Tidak malukah kita ‘mengkritik’ sesuatu tanpa sebarang ilmu dan pengetahuan? Dari aspek manakah kita memahami konsep kewangan dan perbankan Islam itu? Sejauh manakah kita mengetahui undang-undang yang ada di Negara kita termasuk kekangan yang dihadapi dalam melaksanakan undang-undang? Lebih baik kita berdiam dan menyerahkan kepada mereka yang sedang berjuang untuk “memindahkan” segala yang merupakan hak yang patut berada ditempat yang sebenarnya. Jadi, apa peranan kita sekarang ini? Adalah lebih baik kita menjadi seorang yang “demand” dan “support” keatas Islam. Ianya termasuklah aspek Undang-undang Keluarga, Jenayah, Perbankan, Kewangan dan lain-lain lagi. Peratusan permintaan dan sokongan kepada kewangan Islam contohnya terlalu kecil jika dibandingkan dengan konvensional. Mana mungkin, peratusan kecil dalam soal perbankan Islam contohnya hendak “menyibuk” untuk dikeluarkan didalam ‘kongkongan’ sivil jika tiada permintaan yang tinggi dan penyokong yang ramai menyokongnya.

Maka, saya menyeru kalian semua agar mengambil sikap “demand” dan “support” supaya perjuangan kita akan mencapai kemenangan yang mutlak yang menjanjikan segala bentuk kemudahan yang “Islam itu Mudah”. Perbankkan Islam ni negara kita mudah didapati. Bank Muamalat, Bank Islam, Ar-Rajhi, Kuwait Finance dan Tabung Haji. Bank seperti yang disebutkan tadi bukan sahaja memberikan produk kewangan Islam tetapi ianya sebuah bank Islam. Tiada percampuran produk yang ditawarkan baik konvensional dan Islam.

jadi, fikir fikirkan lah....