Wednesday, October 5, 2011

Asiff Jiddan@Maaf@Sorry@Mianhamnida@Het Spijt Me

Manusia adakah makhluk ciptaan Allah SWT yang sempurna dan istimewa serta yang paling indah. Wajah yang Dia ciptakan dengan indah, padanya ada dua mata yang mampu melihat puluhan, ratusan, bahkan ribuan gambar dan apa jua yang terhidang didepan mata. Begitu juga dengan nikmat mendengar, nikmat berkata-kata, rasa dan deria-deria yang yang diciptakan semuanya berfungsi dalam sedetik untuk kemanfaatan dan ibadat kepada-NYA serta membuktikan Maha Kuasa-NYA. Penciptaan yang sempurna ini seharusnya dijadikan kayu ukur dalam perhubungan sesama manusia. Oleh sebab semua manusia diciptakan sempurna, antara sifat semulajadi manusia itu bersifat penyayang dan kasih kepada manusia dan makhluk. Dengan sifat ini, manusia akan saling menyayangi antara satu sama tanpa perlu wujud permusuhan, persengketaan dan benci walaupun manusia kadang-kadang terjerumus ke dalam pujukan hawa nafsu dan perasaan sehingga menenggelamkan rasional dan tidak dapat membuat pertimbangan yang betul kerana kelemahan juga adalah sifat semulajadi manusia.

Kemaafan atau memaafkan bererti menghapuskan. Jadi, seseorang itu boleh dikatakan memaafkan orang lain jika dia telah menghapus kesalahan orang lain kemudian tidak menghukumya walaupun dia mampu berbuat demikian. Dalam bahasa mudahnya, kita adakalanya akan membalas kejahatan atau perbuatan negetif orang lain terhadap kita sedangkan kita mampu untuk bersabar atau mampu menahan marah. Kerana mafhum sabda Nabi Muhammad s.a.w pernah mengatakan bahawa orang yang kuat itu bukan kuat bergusti(bergaduh) tetapi yang kuat menahan marahnya. Apabila marah dan sifat tidak sabar menguasai diri, akan terhapuslah kemaafan dalam diri. Makanya, kita akan terus-terusan menyakiti diri sendiri dan orang lain. Dari Muaz r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud :

“Barangsiapa menelan/menahan kemarahanya sedang ia berkuasa untuk membalas kemarahanya itu, maka pada hari kiamat kelak Allah akan memanggilnya dihadapan seluruh makhluk dan dia diberi peluang untuk memilih bidadari mana sahaja yang dia sukai.” ( Riwayat Abu Daud )

Kemaafan perlu disertai dengan dorongan untuk memaafkan orang lain. Dorongan agar kita mahu memaafkan orang lain telah disebut oleh Allah s.w.t berulang kali didalam AL-Quran;(al-A’araf ayat 199,al-Hijr 85 dan as-Syu’ara 43. Ini kerana, manusia diciptakan untuk saling kenal-mengenali dan saling berkerjasama antara satu sama lain serta bantu-membantu demi membina kehidupan yang sejahtera dengan di dokong iman dan takwa kepada Allah SWT.

Dari Atta bin Abdullah Khurasani r.a meriwayatkan bahawa, Rasulullah saw bersabda: “Berjabat tanganlah di antara kamu kerana ia akan menghapuskan kebencian, dan berilah hadiah antara satu sama lain kerana ia akan menimbulkan kasih sayang dan menjauhi permusuhan.” (Riwayat Imam Malik)

Sifat suka memaafkan satu perbuatan yang terpuji. Ia menzahirkan kebersihan hati yang suci murni. Orang yang suka memaafkan orang lain adalah hasil dorongan keredhaan hatinya terhadap Allah SWT. Dia memahami tentang dirinya sendiri sebagai insan yang bersifat serba kekurangan dan tidak sunyi dari melakukan kesalahan sama ada cara sedar atau tidak sedar. Siapakah kita untuk tidak memaafkan orang lain sedangkan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang terhadap hambaNYA?

Adalah tidak menjadi kehinaan jika kita menjadi seorang yang pemaaf kerana ianya menggambarkan bahawa kita telah menunjukkan kebijaksanaan dalam mengawal emosi dan nafsu. Selain itu seorang yang pemaaf itu menunjukkan dia bersih dari sifat kesombongan, dendam, hasad dan mempunyai keimanan yang tinggi. Sifat-sifat ini merupakan ikatan yang sangat kukuh dalam memantapkan persaudaraan Islam.

Islam adalah agama persaudaraan. Kerana itulah setiap mukmin itu adalah bersaudara. Dan persaudaraan ini tercetus kerana kasih sayang antara semasa manusia yang lahir daripada sifat saling berbaik-baik, bermaafan, memaafkan, sabar, tolak ansur dan saling menghormati. Jesteru nilai-nilai murni ini menjadi tunjang di dalam kehidupan kita dan kehidupan bermasyarakat. Oleh itu, tuntutan berbuat baik atau melakukan kebajikan tidak terbatas kepada ibu bapa, adik beradik, ahli keluarga atau orang-orang yang ada pertalian darah dengan kita sahaja. Bahkan kita dituntut berbuat baik atau melakukan kebajikan kepada kawan-kawan, jiran tetangga, rakan sepejabat bahkan kepada orang-orang yang kita tidak kenali termasuk juga terhadap haiwan dan makhluk-makhluk yang lain. Firman Allah SWT didalam Surah al-Fusilat ayat 34 bermaksud :

Maksudnya:“ Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan yang jahat. Tolaklah kejahatan dengan cara yang baik; apabila tiba-tiba orang yang di antara kamu dan antara dia ada permusuhan, seolah-olah dia seorang sahabat karib”

Kemaafan adalah sifat yang terpuji didalam Islam. Saling bermaafan akan mengeratkan lagi hubungan persaudaraan Islam. Kerana manusia tidak boleh hidup bersendirian. Oleh sebab itu, manusia tidak dapat lari dari hidup bermasyarakat yang saling perlu memerlukan dan saling bergantung antara satu sama lain. Tuntutan untuk saling bermaafan merupakan satu tuntutan dalam menunaikan tanggungjawab sesama umat Islam atau melaksanakan hak mereka yang juga merupakan salah satu dari cabang iman. Sesiapa yang melaksanakan tuntutan ini akan mendapat ganjaran pahala serta dikasihi Allah SWT dan RasulNYA. Makanya, akan terbinalah semangat bantu membantu dan hidup berkasih sayang serta bertolak ansur dapat membentuk perpaduan yang jitu. Disamping ia dapat menghindarkan dari anasir-anasir yang tidak sihat, perbuatan khianat, fitnah dan sebagainya yang boleh mengancam persaudaraan dan perpaduan sesama Islam. Firman Allah SWT didalam Surah ali-Imran ayat 110 yang bermaksud :

‘Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik’.

Ibnu Qayyim Rahimahu Allah menyatakan bahawa sesiapa yang berbuat baik dengan orang lain. Allah akan berbuat baik kepada dirinya, dan sesiapa yang bersifat rahmah kepada orang lain, Allah akan bersifat rahmah kepadanya, dan sesiapa yang memberi manfaat kepada orang lain, Allah akan memberi manfaat kepada dirinya, dan sesiapa yang menutup keaiban orang lain, maka Allah akan menutup keaibannya, dan sesiapa yang menegah kebaikan orang lain, maka Allah akan menegah kebaikan kepadanya dan sesiapa yang berhubung kepada yang lain dengan sifat tertentu Allah akan bermuamalah denganya sama dengan sifat itu di dunia dan di akhirat.

Sunday, October 2, 2011

The Last Stand - Hiking G.Kinabalu

Tak habih cerita sebenarnye episod sebelum ni. Jadi kene tambah baik la sikit.

Persiapan

Kene tengok jugakla keadaan cuaca di sana. Kalau kene time sejuk+hujan+angin ni memang pkaian sejuk yang mampu tahan sejuk dengan baik kena ada. Termasuk sarung tangan, stokin yang tebal, baju, seluar, sarung kepala yang padan dengan kita. Disebabkan saya pertama kali ke G.Kinabalu, dan keadaan cuaca sana sejuk, sarung tangan saya memang tak mampu nak tampung kesejukan yang ada di sana. Alhamdulillah, saya hanya bergantung pada kekuatan fizikal dan dalaman yang dikurnikan Allah untuk hadapinya. Bayangkan anda bermula dari suhu dibawah 10 darjah dan terus turun seiring bertambah tinggi tempat anda di sana.

Baju hujan perlu, head lamp perlu, ubat-ubatan sangat perlu kerana anda akan alami Acute Mountain Sickness (AMS) contoh macam tak de selera makan, sukar bernafas, susah nak tido, nak muntah, sakit kepala. Ini disebabkan perubahan altitude.. Makanya kene selalu berhenti ketika mendaki sekiranya terdapat simptom AMS pada diri. Kecederaan fizikal dan dalam seperti dalam anggota kaki seperti lutut, buku lali, betis dan peha kemungkinan akan dialami sekiranya cara pergerakan dan ketahanan anggota terbabit tidak mampu menahan dan tidak mempunyai kekuatan. Kene pakai knee guard, angkle guard sekiranya nak tampung dan lindungi kecederaan. Rumusanya anda perlu memiliki kecerdasan dan kekuatan fizikal dan mental yang maksima.

Walaupun trek hanya bolh dikatakan "boleh ni!" tetapi jika tidak mempunyai ketahanan dan kecerdasan yang maksima, tewaslah jawapanya. Kelengkapan peribadi sangat perlu dan kene pandai uruskan agar beg yang dibawa tidak berat dan mengganggu perjalanan dan kemampuan diri walaupun anda boleh mengupah orang untuk galaskan beg anda. Makanan? mesti bawa seperti power bar, glokus dan minnuman tenaga dan air mineral. Tongkat? perlu sebab nak menongkat anda sekiranya penat dan sakit. Ianya penting bagi saya ketika itu sebab kecederaan lutut saya yang sudah sebulan sakit ni makin terasa sakitnya.

Kelengkapan lain perlu rasanya anda boleh layari laman web yang saya tuliskan dibawah. Ianya cukup membantu.


"bergambar di Timpohon Gate"


" Dah rupa macam angkasawan, sejuk. Jam baru pukul 1 pagi "


" Berhenti rehat. Tak tahan sejuk, dan kandungan oksigen berkurang dengan cuaca yang sejuk. Sejuk boleh menyerang otot kaki terutamanya "


" Nak turun dah "

Ya Allah! Selamatkanlah Perjalanan Mereka



KL - Christchurch
2 Oktober Jam 08.40 am ( departure ) 18.55 pm ( arrive )


Christchurch - KL
8 November Jam 04.10 pm ( departure waktu NZ ) 22.25 ( arrive )


لاَاِلَهَ اِلاَّاللهُ الْعَظِيْمُ الَحَلِيْمُ، لاَاِلَهَ اِلاَّاللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، لاَاِلَهَ اِلاَّاللهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ الأَرْضِ
وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيْمِ

Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Agung Lagi Maha Pemurah, Tiada Tuhan Melainkan Allah yang merajai A'rasy Yang Agung, Tiada Tuhan Melainkan Allah yang merajai Langit, Bumi dan A'rasy yang mulia.

بِسْمِ اللهِ مَجْريهَا وَمُرْسَاهَا إِنَّ رَبِّي لَغَفُوْرٌرَحِيْمٌ

Dengan menyebut nama Allah diwaktu belayar dan berlabuh, sesungguhnya Tuhanku benar benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

يآحَيُّ يآ قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ

Ya Allah Yang Maha Hidup dan Maha Kuasa, aku memohon pertolongan dengan kasih sayangMU.

Saturday, October 1, 2011

Hiking Kinabalu, Sabah

Dah hampir seminggu baru pulang dari mendaki Gunung Kinabalu, Sabah. Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik selamat, dan dipermudahkan. Kesihatan yang dikurniakan, sihat wal'afiat.

Hari pertama
Hari Rabu 21hb bertolak dari KLIA ke Kota Kinabalu dengan menaiki pesawat Firefly, FY 528 pada pukul 7.10 petang. Sampai Airport KK lebih kurang pukul 9.30 malam. KK dah mula golap, sebab sana awal berbanding di semenanjung. Kami tunggu kereta projek untuk pick-up ke hotel di Kampung Air. Sampai di Hotel, kami check-in dan terus cari kedai makan. Sangat mudah sebab hotel berada betul-betul dengan kedai makan. Tapi bukan makan sangat pun, banyak menyembang sampai awal pagi.

Hari Kedua
Sarapan dan terus ke tapak projek. Kereta projek awal lagi dah stanby depan hotel. Selesai sahaja di tapak, terus balik hotel mengemas barang. Sebab pukul 1, van yang disewa khas untuk hantar kami ke Kinabalu Park akan jemput. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kinabalu Park, Ranau mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Ini pun bergantung pada bilangan kenderaan ke sana. Sebabnye jalan pun tak berape nak besar, mendaki pulak tu. Macam lalu jalan Gerik nak ke Kelantan pulak. Jadi, kalau ada lori, treler ke makanya kene la slow dan cari peluang nak potong. Sepanjang perjalanan ke sana, Gunung Knabalu dah kelihatan. Sangat cantil. Subhanallah. Pemandangan sekitarnya pun sangat indah. Keadaan cuaca mulai rasa nyaman dan sejuk.
Sampai di Kinabalu Park, kami daftar di bahagian pendaftaran. Check-in. Cantik tempatnya. Suhu dah berada dibawah 10 darjah. Sejuk. Ada la yang bertukar jadi angkasawan dah masa tu. Saya tak mo lagi, sebab nak cuba tahan sejuk semampu mungkin. Sebabnye? nanti kat atas lagi sejuk. Jadi, belaja untuk tahan sejuk.
Sempat jugak berjalan-jalan kawasan sekitar. Tengok bunga, pokok2. Cantik. Mulut tak berenti memuji kebesaran Allah. Memang cantik. Tak macam Cameron Higlands.
Malam, kami siap untuk makan, lepas makan kami berkumpul di ruang tamu yang dipasang unggun api sebagai pemanas badan. Sambil tu, main UNO Card.

Hari Ketiga
Pukul 8 pagi kami dah mula bergerak ke Timpohon Gate, di mana tempat untuk bermulanya mendaki. Kami di kawal emm bukan jugak, selia kot oleh 2 orang guides. Jadi bermulalah episod perjalanan kami mendaki. Kilometer pertama masih lagi dalam kumpulan ( 9 orang ), lepas tu apa lagi, pecut la. Macam F1 keluar dari Pit Stop. Penat, letih, itulah yang mesti dirasai. Suhu semakin sejuk, kabus mulai turun menutupi kawasan pendakian. Tapi bergambar, tetap bergambar. Hihihi..Berbekalkan Power Bar, bukan Power Root, tenaga terasa dikembalikan semula. Macam bateri kene charge la.
Alhamdulillah, lebih kurang 5 jam perjalanan, kami sampai di Laban Rata. Rest House. Ketika itu kami berada pada ketinggian 9 ribu kaki lebih la. Suhu dah berada dibawah paras 5 darjah. Sangat sejuk. Saya masih lagi berpakaian seperti awal pendakian, walaupun kawan yang lain dah macam angkasawan nak ke ISS.
Malam, Laban Rata dah dipenuhi pendaki, baik dari dalam Msia mahupun luar Msia. Tapi yang ramai adalah dari luar Msia. Jepun, Korea, Poland, Oman, Syria, Belanda, England, Jerman, China dan banyak lagi. Sempatla tanya dan berkenalan. Bergambar pun ada. Nak tengok? mai rumah la. Disitu kami makan, rehat sebab kami akan bangun pada 1 pagi untuk mulakan pendakian ke puncak. Malam tu difahamkan suhu sudah berada pada bawah 3 darjah.

Hari Keempat
Pukul 1 pagi bangun dengan penuh rasa menggigil. Sejuk. Almaklumlah, tak penah hadapi keadaan sejuk macam ni. Kami diberikan makan dulu, lepas tu bersiap untuk mulakan pendakian. Gelap, angin tiup dengan kuat. Huh, sejuk. Lidah tidak berhenti memohon kekuatan dari Allah agar dapat bertahan menahan sejuk dan berjaya. Boleh dikatakan hampir setiap 10 langkah, mesti berhenti. Dengan keadaan oksigen yang semakin berkurang, suhu ketika itu dibawah 1 darjah, angin lagi, gelap, tawakkal kepada Allah sahaja. Ada jugak timbul nak berhenti, letih, macam dah beku pun ada.
Hampir 2 jam 45 minit pendakian, sampai jugak di Low Peak, iaitu puncak tertinggi di Gunung Kinabalu. Alhamdulillah. Masa tu keadaan masih lagi gelap walaupun jam sudah menunjukkan hampir pukul 6 pagi. Angin kuat, badan ni terasa seperti diselaputi ais. Keras. Bergambar lebih kurang, kami turun. Sebab dah tak tahan sejuk. Kami mendiri solat Subuh di atas gunung, di permukaan batu. Allahu Akbar. Allah Maha Besar, segala pujian hanya padaNYA.
Bila dah cerah sikit, baru kami nampak rupa Gunung Kinabalu. Masyaallah! macam ni rupanya? mental-mental. Menggerukan. kalau waktu siang ni, conform tak naik dah. Mujur naik tengah gelap.
Kami turun semula ke Laban Rata untuk sarapan. Selesai bersarapan kami cepat-cepat turun ke kaki. Sebab? kepala, hati dah ada kat hotel. Nak mandi air panas, nak rehat, tido. Masa tu macam-macam jenis enjin la. Ada yang pasang turbo, intercooler, dah macam marathon pulak. Berdesup turun.
Alhamdulillah, sampai di kaki kami diberikan sijil pengiktirafan, kami makan tengahari dan bertolak balik ke KK. Kami menginap di hotel yang sama ketika tiba dahulu. Malam tu, kami berjalan-jalan di Pasar Malam Kampung Air. depan pintu hotel je. Beli la ape yang boleh.

Hari Kelima.
Nak balik dah. Penerbaangan pesawat Firefly pukul 12.50. Pagi tu sempat ke Pasar Pilipin dan Pasar Basah. Beli udang segar dan besar punya. Saya suka makan udang. Udang disana segar dan isinya manis.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah..kami selamat tiba di KLIA..penat, letih itulah yang dirasai. Itu pun tak termasuk dengan pakej sakit kaki, sengal badan, lenguh kaki.


" Bergambar bersama kontraktor Projek Loji Rawatan Kumbahan Kota Kinabalu Fasa 1, Salcon Engineering Sdn Bhd...amacam, dah macam jurutera dah. Jurutera Islam. Generasi Al-Jazari "


" Siap sedia untuk mendaki, Gunung Kinabalu akan ditawan! "


"Ni, baru jalan sikit, bergambar. Macam mana nak sampai"


"Alhamdulillah, dalam keadaan suhu mencecah 1 degree, berjaya jugak sampai di Low Peak. err..sejuk"


"Maha Suci Allah. Doa dipanjatkan tanda rasa syukur. Memang terasa kerdil bila bersujud diatas gunung ni"


" Bergambar kenangan ketika tiba di KLIA dari Kota Kinabalu"

Wednesday, September 21, 2011

Kinabalu



"Mukmin yang sihat adalah dikalangan Mukmin yang kuat"

Hari ni saya akan bertolak ke Kota Kinabalu dalam misi nak menawan Gunung Kinabalu, Sabah.
Alhamdulillah, barang-barang rasanya dah cukup.
Doa harap kesihatan dalam keadaan baik dan sihat.

Thursday, September 15, 2011

Renungan bersama

Daripada Abu Said al-Khudri r.a, Nabi s.a.w bersabda :
"Janganlah kamu mencela sahabatku. Demi yang diriku ditangan-NYA, jika salah seorang daripada kamu membelanjakan emas sebanyak bukit Uhud, nescaya tidak menyamai secupak daripada apa yang mereka belanjakan, malahan setengah cupak juga tidak menyamainya."

Riwayat Muslim

Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi s.a.w bersabda :
"Daripada kalangan umatku: Abu Bakar adalah paling mengasihani umatku; Umar adalah yang paling kuat di dalam agama Allah; Uthman adalah yang paling benar bersikap malu; Ubai bin Ka'ab adalah yang paling mengetahui membaca al-Quran; Zaid bin Thabit adalah yang paling mengetahui ilmu faraidh(mawarith); Muaz bin Jabal adalah yang paling mengetahui perkara halal dan haram. Sesungguhnya bagi setiap umat terdapat orang jujur; manakal daripada kalangan umat ini Abu Ubaidah binal-Jarrah adalah yang paling jujur."

Riwayat al-Tarmizi

Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi s.a.w bersabda :
"Tanda orang munafik ialah membenci orang Ansar; tanda orang Mukmin ialah mengasihi orang Ansar."

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

# MasyaAllah, sungguh besarnya kedudukan untuk para sahabat Nabi s.a.w. Hatta mengingati 10 sahabat yang dijanjikan Syurga adalah sunat muakkad. Tidak mahukah kita mengekori cara kehidupan, tingkah laku dan akhlak mereka?

Wednesday, September 7, 2011

Keuntungan Pelaburan Singkat

" Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, mereka diberi petunjuk oleh Tuhan mereka kerana keimanan mereka , di bawah mereka mengalir sungai-sungai syurga yang penuh kenikmatan"

Surah Yunus ayat 9

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar..walillah ilhamd.

Berlalu Ramadhan sebulan berpuasa, tiba Syawal diraikan menyambut Hari Raya. Salam Eidul Fitri dari saya Mohd Shafiq Bin Bakar

Berlalunya Ramadhan, bulan yang di sertai dengan pelbagai amalan dalam untuk merebut ganjaran yang dijanjikan Allah swt terhadap hambaNYA yang ikhlas dalam mengerjakan ibadah pada bulan Ramadhan. Dengan melakukan Solat Sunat Taraweh pada malam harinya, Sunat Witir, Qiamullail, bertadarus membaca Al-Quran, bersedakah, memperbanyakkan amalan sunat pada Bulan Ramadhan yang kita tinggalkan beberapa hari lepas.

Walaubagaimana pun, berlalunya Ramadhan, tidak bermakna berlalunya kesungguhan kita dan ketaatan kita yang selama sebulan ini kita lakukan hanya semata-mata mengharapkan kerahmatan, keredhaan dan keampunan dari Allah swt. Kerana, bulan yang dianggap sebagai madrasah tarbiyah ini mampu menjadikan kita sebagai mukmin yang bertaqwa sejajar dengan matlamat pensyariatan puasa itu. Makanya, kita perlu meneruskan segala kebaikan dan kebajikan yang dilakukan sepanjang bulan yang mulia pada bulan-bulan yang mendatang sehingga kita bertemu kembali Ramadhan ditahun hadapan. InsyaAllah. Kerana orang yang beriman itu, akan terus menerus melakukan amal soleh dalam mendapatkan tempat di dalam syurga Allah dan mencari keredhaan Allah swt didunia untuk kebaikan didunia dan diakhirat. Ini termaktub didalam firman Allah swt didalam Al-Quran pada Surah Yunus ayat 9 yang dinyatakan diatas.

Dalam meneruskan amalan soleh, kita diperuntukan setahun keuntungan dengan hanya membuat pelaburan selama 6 hari yakni berpuasa enam hari di Bulan Syawal. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud daripada Abu Ayub Al-Ansari r.a :

" Sesiapa yang bepuasa Ramadhan dan diikuti dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka ia seumapama berpuasa selama setahun"

Hadith Riwayat Ibn Hibban

Menarik bukan? inilah janji Allah swt dan RasulNYA kepada mukmin yang bertekad dalam melakukan amal soleh selepas Ramadhan dan bulan-bulan seterusnya. Bermakna, kedatangan Syawal, hari kemenangan, hari yang dihiasi dengan kegembiraan tidak bererti ibadat yang dilakukan selama sebulan di bulan Ramadhan akan dilupakan, tetapi amalan kita akan bertambah dan berterusan sepertimana yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan. Apa yang hendak diketengahkan disini adalah, amalan yang dilakukan akan memberikan kesan pada diri k agar kita istiqamah dalam melakukan ibadat dan amal soleh.

Malangnya, jika pada bulan Ramadhan kita hiasi dengan perkara-perkara yang kurang bermanfaat, kurang baik seperti bulan-bulan sebelumnya kita tidak akan sama sekali merasakan manisnya kedatangan Ramadhan itu. Seterusnya Ramadhan datang dan pergi begitu sahaja. Ianya sama juga seperti menjalani ibadat didalam bulan Ramadhan dengan tidak ikhlas, tidak konsisten, tidak kusyuk, tidak bersungguh-sungguh ataupun tidak sempurna. Hasilnya, kebaikan yang semamangnya ada di dalam Bulan Ramadhan tidak memberikan kesan dan tidak dihayati dengan sebaiknya.

Firman Allah swt didalam Surah Al-Hadid Ayat 21 yang bermaksud :

"Berlumba-lumbalah kamu(mengerjakan amal-amal yang baik), untuk mendapatkan keampunan Tuhanmu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulnya yang demikian ialah limpah kurnia Allah diberikanya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar"

Oleh itu, kedatangan Ramadhan adalah sebagai satu bulan tarbiyah untuk melahirkan insan yang bertaqwa yang sentiasa taat kepada suruhan Allah swt. Bulan yang dikhaskan untuk mereka yang sungguh-sungguh untuk mendidik jiwa agar lebih tenteram dan tenang dengan kesuburan iman didalam diri. Proses yang akan memberikan kesan agar setiap kebaikan dan amal soleh itu dilakukan dengan berterusan seperti air sungai yang sentiasa mengalir. Dalam membentuk diri menjadi manusia yang menepati piawaian ahli syurga, setiap amalan itu perlu dilaksanakan juga mengikut piawaian kesempurnaan amalan tersebut. Allah swt menyediakan sejuta satu macam bentuk perkara untuk dijadikan sebagai ibadat. Terpulanglah kepada kita, samada untuk mengikuti, beramal dan istiqamah dalam setiap apa yang dilakukan. "Orang yang berilmu itu susah untuk beramal dan orang yang beramal itu susah untuk istiqamah". Bagi yang tiada ilmu bagaimana pula?

Sunday, August 28, 2011

kpi Puasa kali ini?

Alhamdulillah wa syukrulillah..

Puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah swt. Sedar atau tidak sekarang kita berada dipenghujung Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang penuh keberkatan, kerahmatan dan keampunan akan meninggalkan kita. Yang mana, adakah kitaa dapat atau tidak menjamin akan bertemu lagi bulan ini ditahun hadapan.

Firman Allah swt didalam surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud:

" Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ketas kamu berpuasa sepertimana kaum terdahulu dari kamu, moga-moga kamu bertaqwa"

Sejauh manakah prestasi kita pada penghujung Ramadhan ini? Kerana taqwa adalah matlamat puasa seperti didalam kalam Allah swt. Bermakna, kita mesti mencapai darjat taqwa ini apabila sehabisnya bulan mulia ini.

Jika kita melihat ayat-ayat Allah swt yang bermula dengan "Wahai orang-orang beriman" sedar atau tidak terdapat 3 komponen yang menjadi panduan untuk kita. Iaitu terdapatnya komponen "Input","Proses" dan akhirnya "Output atau Outcome". Ini berlaku pada ayat dimana puasa di fardhukan.

" Wahai orang-orang yang beriman" - Input
"diwajibkan ketas kamu berpuasa sepertimana kaum terdahulu dari kamu" - proses
"moga-moga kamu bertaqwa" - Output/Outcome

Input dimulakan untuk kita tahu siapakah yang berhak berpuasa. Dan ini adalah golongan sasaran yang mesti menunaikan perintah Allah swt. Siapakah orang-orang yang beriman? Didalam surah Al-Mu'minunn ayat 1-9 diceritakan ciri-ciri orang beriman, iaitu;

1 - Iaitu orang-orang yang kusyuk didalam solatnya
2 - Iaitu orang-orang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang tidak berguna
3 - Iaitu orang-orang yang menunaikan zakat
4 - Iaitu orang-orang yang memelihara kemaluanya kecuali terhadap suami/isteri
5 - Iaitu orang-orang yang menjaga amanah-amanah dan janjinya
6 - Iaitu orang-orang yang memelihara solatnya

Ini adalah pengetahuan(input) untuk kita apabila hendak berpuasa. Perlunya mempunyai ciri-ciri orang beriman dalam menjadikan puasa itu sempurna. Bermakna kita mesti memiliki solat yang kusyuk terutaman pada solat fardhunya. Dan solat yang kusyuk itu mampu diperolehi sekiranya kita mendirikan secara berjemaah, tidak melewatkan walaupun urusan dunia menghimpit. Jangan sekali kita segaja membuat tuli semasa azan berkumandang kerana sibuk dengan pekerjaan. Apabila petang meninggalkan solat asar kerana pulang dari pejabat. Seterusnya pada malam hari kita berjalan-jalan sehingga letih dan akhirnya meninggalkan solat Isya'. Keesokkan paginya, kita tidur sehingga siang dan subuh berlalu meninggalkan kita. Tiada kebasahan wudu' pada wajah kita. Adakah kita seperti itu?

Dan ciri-ciri yang lain itu adalah "panduan" untuk menjadi seorang yang beriman kepada Allah swt. Mana mungkin kita berpuasa dalam keadaan kita melakukannya hanya disebabkan untuk memenuhi tuntutan sebagai seorang Muslim. Tetapi bagi seorang Mu'min, puasa itu dilaksanakan sebagai tanda cinta, patuh dah taat kepada perintah Allah swt dan mencari keredhaan Allah swt.

Tatkala kita hendak berinfak, kita merasa terlalu berat melakukanya. Samalah ketika hendak memberi kita berkira-kira untung rugi. Dan hanya kerana Zakat Fitrah setahu sekali kita laksanakan dengan rasa ragu-ragu dan akhirnya pada saat akhir baru dijelaskan, itupun kerana takut dikatakan miskin.

Saya tidak akan menghuraikan kesemua ciri-ciri yang disebutkan diatas kerana ianya sudah cukup jelas untuk dijelaskan. Dan tedapat lagi ciri-ciri orang yang beriman yang disebutkan didalam Al-Quran. Mahu atau tidak ciri-ciri ini perlu dimiliki oleh kita sekiranya kita mengakui bahawa kita beriman kepada Allah swt. Jika tidak, kita hanya dikenali sebagai seorang Muslim sahaja. Itu pun kerana dilahirkan sebagai Muslim.

Prosesnya adalah Puasa disyariatkan juga terhadap umat terdahulu dari kita. Seperti juga puasa kaun Nabi Daud a.s yang sehari puasa sehari berbuka, Puasa Nabi Nuh a.s pula selama tiga hari sebulan sepanjang tahun, Nabi Musa a.s berpuasa 40 hari 40 malam, begitulah cerita puasa kaum dan Nabi terdahulu. Persamaanya adalah puasa dan perbezaannya umat Islam hanya berpuasa selama sebulan dalam setahun, dan ianya berlaku pada bulan Ramadhan. Bulan yang penuh dengan kemulian dan diliputi dengan anugerah-anugerah yang dikurniakan Allah swt.

Menurut Dr. Syeikh Wahbah Az-Zuhaily, puasa adalah alat untuk memerangi hawa nafsu, juga puasa dapat mendidik diri agar bersabar, berdisplin, jujur dan menjernihkan fikiran. Didalam konteks manusia, puasa dapat memupuk rasa kasih dan sayang serta persaudaraan yang tinggi.

Dan apabila dengan berpuasa itu kita memiliki pengetahuan dan bagaimana perlaksanaan puasa itu disyariatkan, maka hasilnya(Outcome/Output) semestinya darjat Taqwa itu berjaya dicapai. Bermakna hari ini kita bertanya pada diri, adakah kita mencapai matlamat puasa seperti yang dikhabarkan didalam Al-Quran? adakah Taqwa itu berjaya kita perolehi dengan dipersiapkan pada sebelum memperolehinya dengan sifat-sifat orang beriman?

Ingatan untuk saya dan perkongsian kalian yang membacanya.....


Saturday, August 27, 2011

Shopping?

"Tak shopping raya ke shafiq?" tanya kawan sepejabat saya.
"Raya? shopping? emm..kurang sket la. Nak standby untuk mendaki ni. Bajet raya kene cut-off." jawab saya.
"Betul ke. Tapi takkan tak dak benda baru kot?" tanya lagi sorang lagi.
Banyak songeh betul korang ni. Bajet raya tu ada. Tapi untuk minyak keta aku, smart-tag aku..hehehe" jawab saya sambil sengeh sebabnya conform lepas ni diorang tak tanya banyak dah.
"Menyesal pulak aku tanya shafiq ni.ee..geram betul" ngomel yang bertanya tadi.
"Nanti-nanti la menjawab. Tak kene masa ni. Nak pergi taklimat projek dan turun site ni." jawab ku memujuk sambil melangkah laju keluar.

Inilah akibatnya bila melintas dihadapan sekumpulan orang-orang perempuan bila diorang tengah dok riuh sembang tentang raya. Sebagai jalan pintasnya, saya akan memberikan jawapan yang "conform" tak tanya dah lepas ni. Minggu akhir kerja dan cuti ni memang "direct" 4 hari ada taklimat dan lawatan tapak. Satu hari ada satu projek berstatus Kelas A nak ditenderkan. Ada 3 orang yang ditugaskan. Sorang amik satu. Tapi saya, dapat 2. Satu untuk Rangkaian Paip dan satu lagi Loji Rawatan Kumbahan. Soba je la. Pergi pagi balik petang. Kerja hakiki kat atas meja dok tergendala macam tu. Cara yang terbaik untuk selesaikan, lepas habih solat jemaah subuh terus masuk pejabat.

Semalam sempat saya curi sedikit masa untuk ke Uptown Cheras. Mencari barang untuk ke KK lepas raya ini. Untuk raya pulak? Tengahari tadi saya ke Parkson, One Utama berdekatan dengan rumah. Ada la satu dua barang je dapat saya capai. Tak berkenan banyak sangat, itu yang dapat 2 je. Target 3, tapi dapat 2. Sememangnye sebelum nak keluar membeli, saya akan pastikan barang yang saya perlukan. Sampai je, saya akan terus mencari barang tersebut, dan wat tinjauan harga dan kualiti dulu. Dah dapat, apa lagi? balik la. Tak jalan-jalan ke? emm..sorang-sorang membeli ni, kalau jalan sorang dah macam orang mencari jalan pulang je. hehe...Lagi pun time macam ni, orang ramai, bukan ramai dah, bersusun-susun. Tak boleh tahan.

Esok, baru saya akan bertolak balik kampung. Cuti dah mula dari jumaat lepas, tapi lewat balik kampung. Tunggu akak sorang tu habih kerja. Yang lain, ayah, mak, akak2, abg ipar dah mula gerak hari jumaat lagi. ...harap perjalanan esok lancar dan cuaca pun ok. Kereta kalau kurang kat Lebuhraya pun lagi bagus!harapnya gitu la. Firasat mengatakan itu.

Citer raya? nanti raya baru cerita. masih lagi Ramadhan ni. Ada bebarapa hari berbaki ni, kene all out segala macam ibadah. Kene pulun sehabis maksima. Sebab apa? jawapanya "entry" esok pagi...tunggu..

Thursday, August 18, 2011

Update

Kesihatan

"Nak MC dik?" tanya pembantu klinik.
"Boleh jugak la, doktor pun cakat tadi suruh amik MC" jawab saya.
"RM40 semuanya. Jangan lupa makan ubatnya. Bulan puasa ni, air mungkin kurang. Tu yang panas" terang Pembantu Klinik sambil menyerahkan ubat.
"Terima kasih Puan, InsyaAllah" jawab saya ringkas sambil memberi 4 keping notes RM10.
"MC ada pun kena datang jugak pejabat. Half day je la esok" ngomel saya sendiri sambil melangkah keluar dari Klinik Taman Tun Dr. Ismail, Dr Hamidah.
Esok pagi kene kerja jugak. Ada kerja yang tak siap dan perlu disiapkan jugak esok.

Trip - Gunung Kinaballu

21 Sept dah diputus akan berangkat ke Kota Kinaballu, Sabah. Program mendaki Gunung Kinaballu. Untuk sebulan ini, senaman @ bersukan memang tak ade. Cuma mengharapkan Solat Teraweh sebagai terapi menyihatkan badan. Dan saya yakin itu. Dengan bernafas ketika bersujud sahaja akan membuatkan buah pinggang kembali kepada kedudukan asal.

Banyak persiapan kene dibuat, termasuk ketahanan fizikal. Tahap suhu disana sangat sejuk. Jadi memungkinkan perlunya saya ada "fitness" yang terbaik. Ada sebulan dari sekarang.

Kelengkapan? kasut sukan dah tercabut tapaknya. Bunga pun dah haus. Gara-gara memanjat Bukit Tabur yang berbatu. Makanya kene ganti yang baru. Glove? kene cari. Baju sejuk? pun kene cari. Yang semua ini, akan dibereskan selepas raya ini. Persediaan sebelum mendaki, Gunung Nuang sekali lagi akan jadi vanue terakhir untuk persediaan. Dengan ketinggian 4800 kaki, rasanya mungkin membantu untuk mendaki Gunung Kinaballu yang setinggi 13300 kaki.

Kerja

Sangat mendesak pada Bulan Ramadhan ini. Ada 7 projek yang perlu ditenderkan sebelum raya. 2 sudah, ada lima lagi menanti bermula Isnin. Kene turun la gi tapak. Semuanya berstatuskan Kelas A. Ini semua adalah projek dibawah Greater KL (GKL). Kos? itu rahsia. Tapi bila sebut rangkain paip pembetungan, dan pembinaan loji rawatan kumbahan sudah semestinya angka sangat besar. Baru-baru ini seharian sehingga lewat petang dalam pembukaan dokumen tender. Sebutharga untuk perpindahan pejabat pun minggu ini. Itu kerja sebagai urusetia bukan kerja hakiki lagi. Pemberian bonus kepada staff lagi...

Study - UKM

Lepas raya baru bermula semula kelas. Alhamdulillah, keputusan pun naik walaupun sikit. Yang penting naik. Itu sasaran saya. Biar melangkah perlahan, asalkan tujuan dan bergerak menuju destinasi itu jelas.

Akhir sekali

Alhamdulillah, program perkongsian ilmu selama 5-10 minit sebelum bekerja berjalan seperti dijadual. Terima kasih bos! sebab bagi saya handle aktiviti ni. Terutama staff wanita yang dok bising sebab takut nak bercakap, akhirnya dapat jugak yakin nak bercakap. Insyaallah, bila mahu menjadi baik dan bersedia menjadi lebih baik, maka akan baik la perjalananya.

* dah nak masuk fasa terakhir Ramadhan. Para Sahabat r.a akan bersedih sebab Ramadhan nak ke penghujungnya. Qiam jangan ditinggal dalam sepuluh terakhir termasuk iktikaf. Sebabnya? lailatul qadr matlamatnya

Friday, August 12, 2011

Iktikaf

Allah swt berfirman yang bermaksud:

" Dan pada sebahagian daripada malam, maka sujudlah kepada-NYA dan bertasbihlah kepada-NYA pada sebahagian yang panjang pada malam hari"
(Surah al-Insan Ayat 26)

Bila sebut Bulan Ramadhan, maka iktikaf adalah salah satu sunnah yang digalakkan dilakukan pada bulan yang baik ini. Iktikaf beerti mendampingi masjid dengan tujuan membersihkan hati dengan mengingati Allah swt dan bertaqarrub(berdamping) dengan Allah swt dengan hati yang bersih dan ikhlas. Jika kita fikirkan dan ingat kembali amalan yang disukai Allah swt adalah amalan yang mampu mendekatkan diri kepada Allah swt.

Iktikaf adalah sati keadaan dimana seorang hamba itu mampu menikmati amalan dengan tenang dan khusyuk. Iaitu dengan melakukan ibadat sunat seperti membaca Al-Quran, solat sunat, bertasbih, bertahmid, beristighfar, berselawat, berdoa dan membaca kitab-kitab. Mudah bukan?

Mungkin masa yang ada dikala waktu kebiasaanya melakukan aktiviti lain pada bulan sebelum Ramadhan patut digantikan dengan melakukan iktikaf. Ini kerana, sebagai contohnya waktu tengahari yang diisi dengan menjamu selera dan rehat digantikan dengan beriktikaf di masjid seterusnya bersama-sama mendirikan solat fardhu secara jemaah. Begitu juga pada malam harinya. Terutamanya pada malam minggu dan sepuluh malam terakhir.

Nabi saw bersabda yang bermaksud :

"Hendaklah kamu bersolat malam, Sesungguhnya ia amalan soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa"
(Riwayat Muslim)

Inilah ganjaran yang besar yang di tawarkan kepada seluruh muslim didalam Bulan Ramadhan. Tawaran yang tiada tolok bandingnya dengan tawaran-tawaran yang kita nikmati di dunia. Justeru itu, bersabarlah dalam melakukan amalan sunat pada bulan ini. Dan bersabar dalam membiasakan diri mengerjakanya.

Mana mungkin, seorang pekerja ditawarkan gaji yang lumayan tetapi tugasnya begitu mudah dan senang. Dan mana mungkin seseorang yang mahukan ganjaran yang lebih tidak melakukan perkara yang setanding dengan ganjaranya. Begitulah dalam kita dalam menjalani tugas sebagai seorang hamba Allah. Makanya, janganlah kita mensia-siakan peluang keemasan ini yang diberikan kepada kita. Mahu atau tidak mahu Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terbaik dalam sejarah Ramadhan yang pernah dilalui oleh kita sepanjang hidup ini. Kerana mungkin juga "andai Ramadhan ini adalah yang terakhir buat kita". Mampukah kita menjaminya akan berjumpa lagi? wallahu 'alam


*alhamdulillah, sudah 12 hari di bulan mulia ini. Dan aku, baru sahaja memasuki semester kedua (keampuanan). Bagaimana pula semster pertamaku? adakah benar-benar aku mencari dan mendapat rahmat-NYA?

Sunday, August 7, 2011

Mukjizat Agung


وَ نَّجْمِ اِذَاهَوى مَـاضَلَّ صَاحِبُكُـمْ وَمَاغَـوى وَمَا يَــنْطِـقُ عَنِ الْـحَـوى اِنْ هُوَ اِلاَّوَحْـيٌ يـُّوْحى عَـلَّمَـه شَدِيْـدُالْـقُو ى ذُوْمِرَّ ةِ فَاسْـتَــو ى

Demi bintang. Bila Terbenam. Muhammad tidaklah sesat dan tidak pula keliru. Dan diucapnya tidaklah menurut hawa nafsu.Ucapanya adalah apa yang telah diwahyukan kepadanya. Diajarkan kepadanya oleh Jibrail yang kuat (ingatanya), cerdas sekali, Maka ia menampakkan dirinya.
Surah An-Najm Ayat 1-6

Kemuliaan Al-Quran, jika dibandingkan dengan setiap apa yang dituturkan manusia dan makhluq ciptaan Allah, tidak dapat menyamai keindahan Al-Quran yang merupakan kalam Allah swt. Tidak sama sekali kalam manusia dan makhluqnya.. Maka, Al-Quran adalah mukjizat yang begitu agung yang kekal sehingga hari ini dan hari kiamat sepertimana digambarkan oleh Allah swt didalam Al-Quran.

Mukjizat agung ini, adalah sebagai bukti kepada Muhammad s.a.w sebagai Rasulullah s.a.w. Dengan cabaran yang dihadapi oleh Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan dakwahnya, dalam memperkembangkan Islam, tentunya pelbagai rintangan yang bersifat negatif dan pasif menghinggap menyerang Rasulullah s.a.w. Al-Quran membantu dalam memperlihatkan kelemahan orang arab yang menentang risalah Islam. Al-Quran itu bersifat kekal dan atas sifat itu, maka musuh-musuh Islam menjadi lemah dan kehilangan senjata untuk memerangai Islam. Ini termasuk kelemahan untuk musuh-musuh Islam baik semasa zaman Muhammad s.a.w dan sesudahnya sehingga hari kiamat.

Kemuliaan Al-Quran ini digambarkan oleh Allah swt didalam firmanya :

يَـآاَ يـُّـهَاالــنَّاسُ قَـدْجَآءَ تْـكُمْ مَـوْعِظَـةً مِّنْ رَّ بـِّكُـمْ شِـــفآءٌ لِّــمَا فِى الصُّدُوْرِوَهُدً ى وَّرَحْـمَـةٌ لِّـلْـمُؤْ مِـنِـيْـنَ

"Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu (Al-Quran yang menjadi) pelajaran dari Tuhan-mu. Penyembuh bagi (sifat-sifat buruk) yang ada didalam dada, Dan petunjuk dan rahmat bagi orang-orang beriman"
Surah Yunus Ayat 57

وَ اِ نَّــه لَــتَــذْكِــرَ ةٌ لِّـلْـمُــتَّــقِــيْــنَ

"Sesungguhnya Al-Quran adalah benar-benar satu peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa"
Surah Al-Haqqah Ayat 48

Kemulian Al-Quran ini dimuliakan lagi dengan penurunanya pada Bulan Ramadhan. Iaitu bulan yang penuh dengan kerahmatan, keberkatan dan kemulian

شَـهْـرُرَمَضَانَ الَّـذِى اُ نْــزِلَ فِـيْـهِ الْـقُـرْآنُ هُـدًى لِّـلــنَّاسِ وَ بَــيِّــنَاتٍ مِّنَ الْــهُـدًى وَ الْـفُـرْ قَـانَ

"Bulan Ramadhan, bulan yang diturunkan padanya Al-Quran sebagi petunjuk kepada manusia, Dan memberi penjelasan terhadap petunjuk-petunjuk yang diberikan dan menjadi pemisah (antara Haq dan batil )"
Surah Al-Baqarah Ayat 185

Manusia dari zaman dahulu sehingga hari ini mengalami putaran hidup dan perubahan hidup yang sempurna. Pada zaman serba canggih ini, manusia mapu mereka dan mencipta pelbagai gaya kehidupan yang diiginkan. Ini tidak bermakna ianya tidak termaktub didalam Al-Quran. Keadaan yang serba canggih ini mampu diubah oleh manusia dengan sepantas masa. Dan ianya akan terus berkembang dan berkembang. Berubah dan terus berubah. Dan fasa kehidupan ini sebenarnya adalah aturan Allah swt. Allah swt Maha Menghendaki segala yang ada dibumi dan dilangit. Dimana Al-Quran menjadi "standard" pada kesemua perkara yang terjadi di dunia. Standard ini menjadi penyelamat keatas manusia dari kehinaan dunia dan dari azab di akhirat kelak. Kerana kemodenan zaman hari ini mampu menjadi hina sekiranya manusia gah dengan hasil ciptaannya sedangkan petunjuk (Al-Quran) adalah jawapanya, solusi hasil penciptaan mereka!

Inilah Al-Quran, mukjizat agung yang dijamin Allah swt akan kekal sehingga Hari Kiamat. Mukjizat yang menjadi petunjuk kepada manusia. Ianya sebaik-baik petunjuk. Kerana Al-Quran adalah kalam dari Allah swt, Tuhan Sekalian Alam. Jaminan ini dibuktikan bahawa manusia dan Malikat sekalipun tidak mampu untuk menyaingi kehebatan Al-Quran.

Firman Allah swt :

اَ مْ يـَـقُـوْ لُـوْنَ افْــتَــرـهُ ط قُـلْ فَــأْ تُــوْ بِــعَــشْـرِسُـوَ رٍمِّــثْــلِـــــــــــه مُـفْــتَـرِ يتٍ وَادْعُـوْا مَنِ ا سْــتَـطَــعْــتُــمْ مِّنْ دُوْنِ الـلّـــــــهِ اِنْ كُــنْــتُــمْ
صـدِ قِــيْـنَ

"Bahkan mereka yang ingkar mengatakan : Bahawa Muhammad telah membuat Al-Quran itu. Katakanlah : Cubalah kamu buat sepuluh ayat seumpama Al-Quran dari ciptaanmu. Silalah panggil orang-orang yang sanggup mengadakanya selain Allah. Jika kamu sungguh orang yang benar"
Surah Huud Ayat 13

قُـلْ لَّــئِنِ اجْـتَـمَـعْتِ اْلاِ نْسُ وَ الْجِنُّ عَلى اَنْ يَّـأْ تُـوْا بِـمِثْـلِ هذَا الْـقُرْآنِ لاَ يـَأْ تُـوْنَ بِـمِثـلِـه وَ لَـوْكَانَ بـَعْضُـهُمْ لِـبَـعْـضٍ ظَـهِـيْـرً ا


"Katakanlah : Jika manusia dan jin berkumpul untuk menyusun seperti Kitab Al-Quran ini, Pasti mereka tidak dapat membuat serupa dengan Al-Quran, Sekalipun mereka bergotong royong untuk membuatnya"
Surah Al-Israa Ayay 88


فَـاِنْ لَـمْ تَــفْـعَـلُوْاوَ لَـنْ تَـفْـعَلُـوْافَـاتَّــقُوْاالـنَّارَالَّـتِى وَ قُـوْدُهَاالـنَّاسُ وَ الْـحِجَـارَ ةُ اُعِـدَّ تْ لِـلْـكــفِـرِيْـنَ

"Jika kamu sanggup berbuat seperti (Al-Quran), Dan pasti kamu tidak mampu, Maka peliharalah dirimu dari azab api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia, batu yang disediakan bagi orang-orang yang ingkar"
Surah Al-Baqarah Ayat 24

وَ اِنْ كُــنْـتُـمْ فِيْ رَ يـْبٍ مِّـمَّا نَــزَّ لْــنَـاعَـلىَ عَــبْـدِنَـافَـأْ تُــوْا بِـسُـوْرَ ةٍ مِّنْ مِّــثْــلِـه وَادْعُـوْ شُـهَـدَآءَ كُـمْ مِّنْ دُوْنِ الـلّـــــهِ اِنْ كُــنْــتُــمْ صـدِ قِــيْــنَ

"Dan jika kamu masih ragu-ragu tentang kebenaran Al-Quran, yang kami turunkan kepada (Muhammad), maka cuba kamu membuat satu ayat sahaja seperti Al-Quran, Dan ajaklah pembantu yang cerdik pandai selain Allah. Jika kamu dari orang-orang yang benar"
Surah Al-Baqarah Ayat 23

Demikianlah kemulian Al-Quran, mukjizat agung. Agungnya pada kemulian yang ada dan sekiranya manusia menghendaki kemulian darinya, maka hendaklah menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk dan pedoman hidupnya. Sebagai pendamping, menjadi teman kemana sahaja, segar dalam ingatanya, tersemat kukuh didalam hatinya dan menghayatinya dengan penuh rasa tawaddu'. Ianya tidak kira masa, keadaan dan kedudukanya.

قُـلْ مَنْ كَانَ عَـدُوًّالـِجِـبْـرِ يْـلَ فَـاِنَّــه نَـزَّ لَــه عَـلى قَــلْـبِـكَ بِــاِذْنِ الـلّــــــــــــهِ مُصَـدِّقً لِّــمَا بَــيْـنَ يَـدَ يـْـهِ وَ هُـدًى وَّ بــُشْرى لـِلْـمُـؤْ مِـنِـيْـنَ

"Katakanlah! Barangsiapa memusuhi Jibrail yang menurunkan Al-Quran kedalam hatim (Hai Muhammad) dengan izin Allah. Dan Al-Quran itu membenarkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Dan ia menjadi petunjuk dan khabar gembira bagi orang-orang yang beriman"
Surah Al-Baqarah Ayat 97