Thursday, March 31, 2011

teNgaH susaH hati...

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imanya) iailah mereka apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNYA) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatnya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Allah jualah mereka berserah" [Al-Anfal ayat 2]

"Ketahuilah, bahawa didalam jasad terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasad itu, dan bila ia rosak maka rosaklah pula seluruh jasad itu. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati" [ Bukhari dan Muslim]


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzil ah Kamsah.

1.. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tido– Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhuwaallah” sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tido, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).

-ada lagi pesananya. yang ini je saya titipkan.

Monday, March 28, 2011

Mana poei?


“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim).

Dah dua hari tangan ni dok rasa ringan je. Mana letak jam Casio ni? conpius betul!..Allah, Subhanallah. Jarang sangat tanggalkan jamni. Biasanya 24 jam dok melekat kat tangan ni. Kalau ditanggalkan pun sebab nak lap-lap bagi bersih, kilat ke..Aduh, gawat ni..Satu rumah dah cari. Tak jumpa jugak. NI la kelemahan yang tak berapa nak ketara saya ni. Jam, matrik card, access card akan lupa letak mana kalau ditanggalkan atau ditinggalkan. Sedar jam ni tak de pun sebab basuh tangan tempoh hari. Rasa pedih pulak, 1,2,3,4,5,6 eh? banyak pulak calarnya kat tangan. Tadi tak terasa pulak masa buat kerja. Mana poei jam den? hilang pulak?... Masa saya berpandukan jam tu. Tak banyak kelebihan yang ada. Tapi tetap ada jugak. Ada No. tel semua family saya dan sorang yg penting dalam hidup saya, world time, alarm+snooze yang gerakkan saya setiap pagi. Nak cari yang jauh lebih canggih tak boleh, sebab semuanya besar dari tangan saya. Kena la cari yang sepadan. Mana la duhai jam..

Ada satu benda yang saya sampai hari ni cari tak jumpa lagi adalah buku akaun Bank Islam. Tahun lepas masa nak update buku, baru sedar letak mana la. Dok perasan letak sekali dengan Tabung Haji, Geran Kereta, Surat kereta, resit2 byr keta..musykil betul. Lupa aje. Setiap bulan saya akan upadate buku akaun. Banyak ke sikit ke bakinye tetap kena update. Bila dah hilang ni, tak ber-update la. Walaupun guna kad, tetapi disebabkan buku akaun ni merupakan satu dokumen / daftar keluar masuk duit, ianya menjadi penting.

Macam mana nie? kena ingat balik shafiq..cuba ingat dan ingat. Istighfar banyak-banyak...

Saturday, March 12, 2011

Aku Jatuh Cinta

" Jika kami taat menjalankan perintah Allah, Allah akan kurnikan kepada kami balasan yang baik ( di dunia dan di akhirat ), dan jika kamu ingkar dan berbuat jahat seperti dahulu, kamu akan diseksa dengan seksaan yang tidak terperi peritnya "
maksud Surah Al-Fath ayat 16

Untuk apa kecintaan pada manusia itu jika ia mengundang murka Allah. Ilmu itu bukan untuk ditunjuk kepandaian malah adalah untuk diamalan dan dimanfaatkan.

"Aku cintakan kamu". Itu ungkapan yang selalu dilafazkan oleh pasangan bercinta baik dari terbit seorang lelaki atau perempuan. Jika tiada ungkapan itu, maka cinta itu belum mampu membuktikan isi hati sebenar. Rindu pula sangat asyik dek kerana tiada berjumpa lamanya. " Rindu awak la" jawapan Sang Kumbang bila ditanya Si Bunga. Kehidupan seolah sempurna dan terisi bila angin rindu membadai. Kehidupan seumpama miliki sejuta ketengan bila cinta ada dihati.

"Tak boleh keluar la minggu ni. Aku dah janji dah dengan my love aku" itu kenyataan sang kumbang bila kawan-kawanya mengajak keluar hujung minggu. " Maaf la, hujung minggu ni abang ajak keluar. Nak beli barang katanya " Jawapan Si Bunga pada teman bilik. Komitmen yang diberikan kepada pasanganya mengatasi komitmen terhadap kawan-kawanya. Katanya dia adalah masa depanku. Masa depan kami. Siang malam detik kehidupan diisi dengan "call", "video call", " sms ", "mms", "3G" dan pelbagai kemudahan termasuklah " dating". Kewajipan yang tidak pernah ditaklifkan ke atas manusia yang mahu mencari kesempurnaan dalam iman. Cinta Sang Kumbang bagaikan Si Bunga adalah isterinya. Komitmen yang diberikan jauh melebihi komitmenya sebagai Muslim mahupun Mukmin. Komitmen sebagai seorang hamba jauh ditinggalkan. Tanggungjawab pada Si Bunga dipikul semahu mahunya seolah itulah kewajipanya, begitu juga Si Bunga, ketaatanya pada Sang Kumbang seolah dia mahu menjadi salah seorang isteri yang dapat cium bau syurga. Kesibukan menjaga hubungan, menjaga perasaan pasangan diutamakan tanpa melihat kesibukan yang jauh lebih penting dan menjamin kehidupan di dunia dan di akhirat.

Alangkah indahnya komitmen yang dirasakan sangat besar itu, alangkah beruntungnya jika tanggungjawab yang dirasakan penting itu diletakkan kepada Maha Pencipta Sang Kumbang dan Si Bunga. Cinta Allah seolah dilupakan kerana hamba ini tahu Allah Maha Penyayang. Walhal cinta kepada Allah swt itu adalah cinta yang abadi. Tidak ada ruginya jika mencintai Allah, malah akan beruntung akan diperolehi baik di dunia dan juga di akhirat. Jika derhaka, kerugian yang amat besar ditanggung selamanya. Mana yang mahu? mengejar ketaatan kepada Allah atau melawan perintah Allah?

"Tak kan tak boleh bercinta kot?"
"Ni kan fitrah manusia. System lelaki ni hanya ada software perempuan."
" Dah nama pun manusia. Normal la"

Tidak dilarang sama sekali percintaan itu didalam Islam. Tetapi garis panduanya wajib dipatuhi. Setiap perintah Alah itu, mana mungkin boleh dikatakan "tidak" melainkan ada ayat yang menasakhkanya.

" Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan Rasulullah, dan melampui batas-batas syariatnya, akan dimasukkan ke dalam api neraka, berkekalan ia di dalamnya dan baginya azab yang menhinakan "
maksud Ayat 41 Surah An-Nisa

Siapakah kita jika tiada ada rasa cinta kepada Allah? DIA yang menciptakan bumi, jika tidak mana mahu diletaknya kaki ini? jika tidak kerana Allah yang mencipta khazanah bumi, mana mungkin ada kemewahan dunia. Tunjuk kepada diri sendiri, jika kerana Allah yang mencipatakan manusia, maka adalah kita didunia ini. Maka, Allah itu layaklah dengan selayaknya untuk dicintai melebihi segalanya. Allah, tuhan yang menciptakan sekalian alam. Hanya cinta pada Allah itu cinta yang hakiki. Jika tidak ada rasa itu, maka pada makhluk dan dunia rasa cinta itu disuburkan. Ingat! cintakan dunia dan isinya adalah ibu kesalahan.

Boleh bercinta wahai Sang Kumbang dan Si Bunga, tetapi janganlah kamu melampaui batas syariat yang ditetapkan oleh agama. Nikah itu adalah kebaikan yang telah menyempurnakan separuh iman kalian. Tinggal lagi separuhnya lagi untuk diselesai sepanjang pernikahan itu. Setiap larangan itu ada hikmahnya. Begitu juga setiap apa yang diperintah-NYA. Percayalah dan yakinilah bahawa sesungguhnya setiap manusia itu dibebani dengan atas kemampuanya. Bukan beban yang tidak tertanggung oleh manusia. Allah itu Maha Penyayang, Maha Berkuasa dan Maha Perkasa. Mana mungkin fitrah manusia itu dinafikan. Dan mana mungkin perasaan itu ditolak tepi. Sesungguhnya Allah itu bersama orang yang sabar. Sabarlah dengan perasaan cinta kalian, rindu kalian, kasih dan sayang kalian.

Taatlah kepada Allah dengan ketaatan yang sebenar. Promosikanlah dalam diri kalian dengan keindahan dan kenikmatan yang dijanjikan Allah terhadap hamba-hambanya yang mentaati perintahnya dan menjauhi laranganya. Disitu akan terbit rasa cinta. Maka jatuh cinta kepada Allah itu timbul. Dan akan kekal selagi nafsu dan dosa tidak diberikan kesempatan untuk menjajah diri dan kehidupan. Matlamat kehidupan ini hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah swt. Ini yang mesti saya kena ingat dan tahu.

Cukuplah. Panjang pulak. Ini hanya peringatan untuk diri saya dan perkongsian bersama. Saya tertarik menulis isu ini dek kerana statistik yang dikeluarkan Jakim yang menyatakan setiap 15 minit satu pasangan bercerai. Makanya setiap jam ada 4 pasangan dan sehari sebanyak 96 pasangan. Setahun? banyak!. MasyaAllah. Samada statistik itu tahun sudah atau tahun ini, ini adalah masalah umat. Masalah kita sebagai orang Islam. Saya sangat terkejut dan takut. Bagaimana orang yang lemah ini mampu menolong keadaan yang timbul sekarang. Kebanyakan perceraian adalah terdiri dari pasangan muda. Cantik-cantik, hensem-hensem. Allahu Akbar, Dimana letaknya institusi keluarga hari ini? Dimana kepercayaan dan kefahaman sebelum nikah dan sepanjang perhubungan? Dimana letaknya peranan yang dipertaruhkan? Jangan salahkan modul kursus perkahwinan jika perceraian berlaku jika masih ada lagi perlanggaran syariat dibuat dan dilakukan dalam kehidupan. Saya cukup risaukan pasangan muda bercerai. Kerana mereka adalah generasi pewaris. Ya Allah, aku berlindung dengan-MU dari perkara demikian.

# Baru dapat netbook. si kecil ni baru lepas kena format. Guna Windows 7 ultimate. Ok la setakat ni. Harap ok macam ok nya sebelum ni. Tak de meragam la setakat ni. Tukar windows ni pun sebab lama dah dok guna XP. Minggu depan dah start kuliah. Tapi dok pening lagi nak selesaikan masalah kerja yang datang menimpa. Ya Allah, berilah aku kekuatan. Kawan-kawan suruh nikah, baru ada ketenangan dan penyelesaianya. Macam mana ek? Ya Allah, berilah aku kemudahan dan kelapangan dalam kehiupan.

Wednesday, March 2, 2011

Misi

"Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong agama Allah, Nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedududkanmu"
surah Muhammad ayat 7

Sampai rumah awal jugak hari ini. Habih urusan di Putrajaya pukul 4ptg. Elok-elok azan Asar, ada dah di Masjid Al-Mujahideen Damansara Utama. Lepas solat balik umah gi siap nak joging, nak panas badan. Ada misi esok. Esok nak final futsal. Ni kali kedua dapat masuk final. Last masa tahun 2008. Kejohanan Futsal UDM kali pertama. Tapi tersungkur kat team yang kami kalahkan pada peringkat kumpulan. Mana tidaknya, pemain kami cukup-cukup orang. Sorang je simpananya. Walhal, satu team kouta 8 pemain. Maknanya ada 3 simpanan. Tapi dek kerana nak puas main, amik cukup-cukup je. Last-last sorang dah injured, maka bermainlah dari suku akhir sampai akhir 5 pemain je. Mana larat. Tumbang juga akhirnya. Kalau tak, jadi juara sulong la. Kali ni punya kejohanan liga futsal pun edisi pertama. Jd, nak target jadi juara sulong lagi. Tahun 2008 dah terlepas, InsyaAllah
tahun ni tak nak bg lepas. Kasut merah tu dalam keadaan baik lagi. Baru je gam, sbb tapak tertanggal sikit. Nak beli baru elok lagi, makanya gam dan jahit terus je. Dok berkira-kira nak gantung kasut futsal ni, kesnya kaki ni asyik tak selesa je. Bila
main je, mula nak merengek. Tapi tu la, bola ni macam dah jadi kawan. Dari sekolah rendah sampai hari ni.ermm....fikir shafiq, fikir..fikir..

Pertengahan bulan ini, dah mula kelas. Kena pastikan diri ni sedia nak menghadapinya. Result semester lepas, Alhamdulillah, naik banyak. Harapnya akan naik untuk baki semester seterusnya. UKM, tunggu..
.

Dalam psikologi, warna ni memainkan peranan jugak. Merah ni dikatakan bersifat membara, tegas. Adakalanya sifat "pemilik"nya pun macam merah. Sebab tu saya akan "kawan"kan merah dengan biru, hijau dan putih. 4 warna tu, memang saya suka. Itu bab warna, tapi bab yang penting yakni kita sebagai seorang muslim mesti kena ada iman. Baru jadi orang yang beriman(mukmin). Lepas iman kena ada taqwa. Baru jadi Muttaqin..Misi yang wajib dicapai bila hidup kat dunia ini.

Saya agak risau keadaan umat hari ini. Ntahla, mungkin dek kerana politik di negara sebelah "sana" bergolak dan tak lupa juga negara sendiri. Dengan negara lain ditimpa musibah dan bencana lagi. Terasa sangat diri ini sangat kerdil dan hina. Ya Allah, menggunung dosa ini, tapi aku tak sanggup menahan seksaan api neraka-MU...




Sunday, February 27, 2011

Penat sudah

Saidina Ali r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Didiklah anakmu attas tiga sifat, cintakan Nabimu, cintakan keluarganya dan membaca Al-Quran. Ini kerana pembawa Al-Quran berhak mendapat bayangan lindungan arasy Allah pada hari tiada sebarang lindungan kecuali lindunganNYA bersama para Nabi dan orang-orang terpilih."

Rasanya belum terlambat nak ucapkan Salam Maulidur Rasul. Alhamdulillah, sekurangnya dapat jugak ingat pada Nabi Muhammad s.a.w, dan sambutan ni setidaknya dapat mendidik generasi anak-anak yang masih kecil untuk tahu siapa Nabi mereka. Kena bawa watak Nabi Muhammad s.a.w dalam diri kita sepertimana para sahabat. Maka, barulah kita boleh tiru gaya hidup Nabi Muhammad s.a.w dalam ertikata yang lain sebagai manusia.

Sesungguhnya Allah dan Malaikatnya berselawat ( memberi segala penghormatan dan kebaikan ) kepada Nabi ( Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
( Maksud ayat pada surah Al-Ahzab ayat 56 )

Banyaklah program sempena Maulidur Rasul. Tahun ni, saya berjaya tempatkan diri dalam kontijen perarakan. Dari Masjid Putra ke Masjid Besi. Jauh jugak tu perjalananya. awal pagi dah kena drive ke Putrajaya. Nak kena solat subuh disana. Pagi2 dah kena berjalan jauh. Parking kereta jauh tempatnya. Jalan banyak kena tutup dah. Jadi pagi lagi dah berarak. Ceramah pun macam tu. Satu minggu sarat dengan ceramah di Masjid berhampiran. Sempat menyelahkan diri dengar ceramah yang disampaikan oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, pensyarah USIM di Masjid Taqwa. Sebelum ceramah, Adik Muhammad memperdengarkan bacaanya. Tenang je dengar bacaan yang penuh tartil tu. Di Masjid Mujahideen Damansara Utama, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor dari Aqsa Syarif. Sempat jugak shopping barang yang dibawa oleh pihak Aqsa Syarif. Al-Ghufran, macam-macam program dibuatnya sempena Maulidur Rasul. Alhamdulillah, pengisian yang mantop-mantop. Harapnya iktibar dan hikmah dapat kita koreksi dan zahirkan dalam diri.

Bermula dari Maulidur Rasul hingga hari ini, agak ketat juga program dan aktiviti. Jumaat, sabtu dan ahad minggu lepas pergi program di Excel Training Consult, ala tempat Dato' dr. Fadzilah Kamsah. Bagus traineernya. Macam Dato' juga. Outdoor ke Indoor, sama hebat pengisianya. Tak lupa, kena jadi Imam solat 5 waktu sepanjang 3 hari program disana. Satu amanah dan tanggungjawab tu. Besar tu. Nak ketuai solat jemaah yang seramai 150 orang. Harap solat diterima Allah, dan yang penting saya sebagai imam diterima makmum selapangnya. Baru ni dapat juga menempatkan diri dalam Program Majlis Penjelasan Fatwa ESQ 165 oleh Pejabat Mufti W.P, Majlis Fatwa W.P di Dewan Muktamar, Pusat Islam. Hari ini pun baru lepas balik dari bercuti. Kat Nur Laman Bestari, dekat dengan Ulu Yam. Bermalam disana. Abang ipar punya permintaan, akak-akan pun nak riadah katanya. Kena aturkan la program keluarga. Alhamdulillah, semuanya selmat dan selesai dengan baik, moga bertambah lagi kekuatan dalam keluarga, moga dirahmati Allah s.w.t.

Mata pun dah mengantuk ni. Sebelum tu "organizer 2011" yang dihadiahkan oleh agensi pelancong, saya kena isi dulu sebelum tido.

Ya Allah, KAU tahu isi hati hambaMU yang sunyi ini, perkenankanlah dan rahmatilah.

Ibn Qayyim berkata :" Hari kelahiran baginda adalah pada Tahun Gajah. Perkara Gajah merupakan hadiah yang diberkan Allah swt bagi Nabi dan rumahNYA. Ini kerana tentera bergajah merupakan tentera dari kelompok Nasrani Ahli Kitab, dimana agama mereka lebih baik dari agama penduduk Makkah pada waktu itu. Ini kerana mereka adalah orang-orang yang menyembah berhala, maka Allah swt memberikan pertolongan kepada mereka untuk mengalahkan ahli kitab denga pertolongan yang tidak pernah diberikan untuk manusia lain. Hal ini merupakan mukjizat dan hadiah yang diberikan kepada Nabi Muhammad saw yang telah dilahirkan di Makkah dan juga untuk mengagungkan Bait al-Haram."

Tuesday, February 22, 2011

Huh..


Nak kena study sikit hari ni. Tapi ntah la bila masa nak mula. Kerja masih lagi "meriah". Petang ni ada pertandingan Futsal. Esok pagi dah kena ada di Dewan Muktamar, Menara Pusat Islam, KL. Berkenaan Program Majlis Penjelasan Fatwa:-

Penjelasan Fatwa ESQ 165

Perasmian dan ucaptama oleh S.S Datuk Mufti Wilayah Persekutuan

Tajuk : "Asas-asas Fatwa Pengharaman ESQ
165 Berdasarkan Kajian Penyelidikan
Oleh : Prof. Zakaria Bin Stapa (UKM)

Tajuk : "Penyelewengan ESQ 165"
Oleh : Ustaz Farid Bin Okbah

emm.. Ya Allah berilah kekuatan..Ya 'Aziz.Ya Jabbar.Ya Mutakabbir

Monday, February 14, 2011

Ya Habiballah


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
'Kan pasti mengalir air mataku
Karena pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma sholli 'alaa Muhammad
Ya Robbi sholli 'alaihi wassalim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada ummat
Umati umati
Kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafa'atkan kami

Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kurniakanlah syafa'atmu
( Raihan - Ya Rasulullah )

Friday, February 4, 2011

Sebuah Pertemuan

Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.
An-Nisaa Ayat 1

"Ini mesti suara Ustz.Halizal nie. Deras macam ni, conform dah ni". Teka saya tatkala melangkah masuk ke dalam masjid Penghulu Him. "Kan betui" jawab saya sendiri sambil tersenyum. Senyum dek kenalan yang saya kenal kerana kami sama-sama masih lagi menuntut di Fakulti Pengajian Islam, Jabatan Syariah UKM. Pelajar dari KUSZA. Saya kurang tahu tahun berapa ketika beliau tamat. Kira senior KUSZA la ni. Yang pastinya, saya kagum dengan beliau. Bersyukur kerana dapat mengenalinya. Sangat suka berdamping dan cintakan orang alim, dan ulama. Moga Allah swt memberikan kemudahan dan ruang serta ilmu dalam perjuangan untuk menegakkan agama Islam. Beliau aktif memberi tazkirah, kuliah-kuliah di sekitar negeri Kedah ni. Kalau kena hari jumaat, khutbah sekali la. Maknanya hari ni dua kali la saya dengar beliau menyampaikan ilmu. Itu cerita tentang beliau.

Satu lagi,

Bilamana nak mulakan langkah kaki setelah selesai sudah Solat Jumaat, diiringi solat sunat selepasnya, ada "makhluk" "menangkap" saya. Terkejut dek tak sempat lagi nak mulakan langkah dan bangunkan kepala ni. "Assalamualaikum, Allahu Akbar" Zainal memberi salam. "Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, Allahu Akbar" jawabku. Kami berpelukan seperti sudah lama tak bertemu(memang lama pun..hihi). Masing-masing bertukar khabar. Sempat saya bertanyakan khabar mengenai Mesir. Alhamdulillah, sahabat sorang ni tak ada apa-apa. Selamat katanya. Jauh tinggi dari saya, kena melangut saya kalau nak memandangnya. Tak seperti di SMAI dulu, Zainal pelajar yang pintar, cerdik, baik orangnya. Sangat baik. Bukan hendak apa-apa, tetapi itulah yang selayaknya pujian dia dapat. Alhamdulillah, nak bernikah katanya tahun ni. Seronok saya mendengar berita baik, niat baik teman sorang ini. Classmate di Mesir katanya. Moga dipermudahkan urusan. Kami tak sempat berbual panjang dek Zainal pun sebenarnya baru 24jam tiba di sini, dan ayahnya dan adik-adik dah menanti untuk balik ke rumah. Jadi kami berpisah dengan saya panjatkan rasa penuh syukur kepada Allah diatas pertemuan hari ni. Doa mengiringi agar Zainal dirahmati dan diredhai Allah serta ahli keluarganya. Pertemuan hari ini, yang dalam tempoh kurang 2 jam sedikit sebanyak mengubat duka yang melanda hati ini.

Itulah kemanisanya dalam bersaudara. Ya, orang beriman itu bersaudara. Atas dasar Iman dan Islam maka lahirlah ukhuwah islamiah. Makanya, tidak hairanlah salah satu golongan yang mendapat naungan Allah swt pada hari yang tiada naungan melainkan naungan Arasy Allah swt iaitu dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah swt. "Moga aku juga seperti itu." bisik nuraniku ini. Mana ditahu aku juga termasuk didalam golongan itu. Jika hendak dikira amal ibadat, hanya sedikit itu yang agak nampak atau tidak sahaja, jauh lagi kelayakan untuk masuk syurga Allah swt.

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
An-Nisaa Ayat 58

Saya tak mahu bercerita mengenai Mesir. Kerana bukan sahaja Mesir, Yaman, Jordan, Tunisia dan beberapa negara lain turut sama keadaanya. Cuma tidak "sehebat" Mesir, Hoosni berjaya menjadi pemimpin yang menzalimi rakyat. Dikala dia bermewah-mewah, rakyatnya melarat. Ada yang tinggal di jalanan, kubur, pondok, dlln . Indonesia pun akan mengalami perkara yang sama. Kerna sejak Pak Suharto bukan lagi memerintah, modul Liberal mula merebak dan dipertonjol di Negara Indonesia. Sangat bahaya. Malaysia? masih lagi dalam zon selesa walaupun didalam "diri" sedang mencongak agenda masing-masing. Bercerita tentang politik ini agak letih dibuatnya. Letih bilamana kalau berpandukan Yahudi yang dianggap "kuasa besar dunia, polis dunia". Siapa mereka sampai nak "menyibuk" hal ehwal negara lain? Apa haknya mereka ini nak menentukan siapa yang akan naik jadi pemerintah? sudahnya, lihatlah hari ini. Inilah pertembungan barat dan timur. Yang sebenarnya pertembungan antara Yahudi laknatullah dengan Islam. Mereka lupa, di timur itu orang-orang Islam. Moga Allah memberi kemenangan ke atas kaum muslimin. Islam sudah memberikan panduan untuk mencari pemimpin. Hatta, sejarah juga telah mencoretkan kepimpinan Islam itu. Cukuplah jika hendak mengambil pemimpin Islam sebagai contoh yang paling sebelum ini iaitu Sultan Al-Fateh. Dia adalah sebaik-baik pemerintah, dan memiliki sebaik-baik tentera.

Khabarkanlah kepada orang-orang munafik bahawa mereka akan mendapat seksaan yang pedih. (iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah.
An-Nisaa ayat 138-139

Kiranya sampai disini sahaja dulu. Untuk entry akan datang, InsyaAllah ada menyusul dalam tempoh terdekat ini.

Thursday, January 20, 2011

Racun

Dari Ibnu Mas'ud berkata: Sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda kepada sahabat-sahabatnya:"Malulah kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar malu". Lalu mereka berkata :"Kami malu wahai nabi Allah dan bersyukur kepada Allah. Lalu Nabi s.a.w berkata:"Bukan begitu, tetapi orang yang malu kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar malu hendaklah menjaga kepalanya dan apa yang terkandung di dalamnya, menjaga perut dan apa yang terkandug di dalamnya, mengingati mati dan kehancuran yang berlaku akibatnya, dan sesiapa yang mahukan akhirat hendaklah meninggalkan perhiasan dunia. Sesiapa yang berbuat demikian, maka ia telah malu kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar malu.-Riwayat Imam Bukhari.hadith No. 1662-

Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah swt, Tuhan sekalian alam. Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Dapat jugak buka blog ini sekali lagi, cuti pula hari ini. Hajatnya hari isnin lagi. Tapi ada batas yang menyebabkan tak boleh nak buka. Nak cerita la sikit pada hari Isnin lalu. Ceramah yang disampaikan oleh Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. Ceramah bulanan yang diadakan di Al-Ghufran. Bulan depan tak tahu la siapa yang dijemput oleh pihak masjid. Lama dah Al-Ghufran tak panggil orang hebat. Kali terakhir rasanya tahun lepas, Syeikh Sa'ad Nomani, keturunan Imam Hanifah. Masih lagi ingat pesananya. Syeikh Nuruddin menyampaikan tajuk " Bahaya Liberalisme dan Pluralisme". Satu tajuk yang sebenarnya bagi saya penting diketahui umum terutama bagi kita, seorang muslim dan beriman.

Saya tidak mahu mengulas apa yang disampaikan pada ceramah tersebut, akan tetapi Liberalisme dan Pluralisme adalah satu serangan yang mudah untuk meracuni diantara kita. Tatkala kita masih tercari-cari indentiti, masih meraba-meraba dalam mencari makna iman, saya risau jika takut-takut kita memahami Islam mengikut ideologi yang bukan sebenarnya datangnya dari Islam. Mohon kepada Allah swt agar dijauhkan..

Bagi mereka yang mempunyai ilmu dan pengetahuan, ini adalah tanggungjawab kalian dalam konteks dakwah. Ada diantara kita yang mampu menampal lubang-lubang yang ada, maka tampalah dengan sempurna. Kerana keadaan seperti ini saya secara langsung alaminya. Agak sedih bilamana ada dikalangan rakan pejabat menceritakan kekeliruan mereka bilamana meraka ada mendengar itu dan ini berkenaan soal akidah, hukum hakam dan muamalat. Saya agak sedih mendengarnya dan hanya mampu memohon kepada Allah agar saya diberi kekuatan dan mereka diberikan sesuatu yang terbaik dan petunjuk. Bagi saya, perkara-perkara furu' hanya perlu diperbahaskan diantara mereka-mereka yang "ahlinya", ahli fiqh. Kenapa perlu di beritakan kepada umum sehingga menyebabkan ada merasa kesal atas amal yang dilakukan selama ini. MasyaAllah.

Dan di antara manusia ada orang yang berkata: "Kami beriman kepada Allah", maka apabila ia disakiti (karena ia beriman) kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab Allah. Dan sungguh jika datang pertolongan dari Tuhanmu, mereka pasti akan berkata: "Sesungguhnya kami adalah besertamu." Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada semua manusia? - Al-Ankabut Ayat 10 -

Didalam konteks Islam di Malaysia, saya melihat ada satu perkara yang kurang yang kelihatanya penting sebenarnya. Kita tidak ada seorang tokoh agama yang kita semua "respect"nya, yang boleh kita sepakat, dengar dan hormatinya. Saya ambil contoh, kalau pada zaman Nabi s.a.w, umat Islam ada seorang tokoh agama yang mereka semua sepakat. Begitu juga Khalifah Abu Bakar, Khalifah Umar, Khalifah Uthman, Khalifah Ali, Khalifah Umar Ibn Aziz, Khalifah-khalifah dizaman Abasiah sehingga Uthmaniah. Jika kita ambil seorang tokoh agama seperti Tuan Guru Nik Aziz, hanya yang hijau sahaja terimanya, biru? merah?, begitu juga jika kita ambil Mufti Perak, ada yang mengata dia seperti ini, ada itu. Tidak berlaku seperti di Iran (hanya contoh sahaja) iaitu Ayatollah, tidak kiralah berapa banyak puak di Iran, pergaduhan antara puak itu dan ini, tetapi bilamana Ayatollah ini berkata, maka semua puak, pihak di Iran akan terima dan tunduk. Begitu juga di Mesir, ada Syeikhul Al-Azhar. Kepatuhan dan taat kepada khalifah/imam dalam konteks negara kita, tidak ada. Mungkin kita nak tunggu Imam Mahadi atau Nabi Isa a.s. Kita tiada tokoh. Perlu ada dan mesti ada. Sebanya, kita tidak mahu ada anasir-anasir yang memecah belahkan umat Islam kita di Malaysia. Samada dari aspek ideologinya, methodnya, kefahamanya, apa-apa unsur yang mampu merosakan aqidah, kefahaman dan identiti umat Islam.

Hanya sekadar pandangan, untuk entri kali ini. Saya hanya melahirkan rasa risau dek masalah umat hari ini. Tetapi siapa saya yang hanya insan kerdil serba punya kurang dan lemah ini. Hanya taubat sebagai pengubat duka perjalanan hidup ini.

Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta - Surah Al-Ankabut Ayat 2 -

Thursday, January 13, 2011

UsiA YanG PendeK

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan sungguh-sungguh." (Surah at-Tahrim, ayat 8)

Akhirnya sempat jugak saya ambil masa nak post di blog ni. Sambil dok tengah update antivirus netbook kecil ni, saya cuba-cubalah luang sikit masa yang sangat terhad untuk post kali ni.

Masih lagi bertarung dengan peperiksaa akhir di ukm. Dah lepas separuh, ada separuh lagi menanti Jumaat, Sabtu dan Ahad ni. Mujurlah pihak sana susun jadual bagi yang "berat" dulu exam. Yang nak mari ini tak bermakna "ringan". Tetap dipandang berat jugak. Sama sahaja sebenarnya. Mohon dipermudahkan.

Agak cepat masa berlalu. Rasanya baru sahaja temu janji dgn doktor di PPUM. Bulan depan ada lagi. Awal bulan dgn doktor PPUM mata ( mana tau makan ubat ada kesan pada mata-colour blind) dan hujung bulan dengan doktor yang merawat saya. Harap keputusanya lebih baik dari sebelum ni. Tak nak dah makan ubat yang banyak tu. Besar lagi. Kecergasan pun tak berapa nak baguih lagi. Main bola pun dah kurang pick-upnya. Sampai gear 3 je boleh. Masuk je gear 4, mula la rasa macam-macam. Mac pulak dah start kelas semula. Dan juga kena "get ready" sebab opis berpindah kat Cyberjaya pula. Ini yang buat jadi pening-pening lalat ni. Nak kena plan betul-betul, macam-macam aspek dan perkara kena kaji, teliti dulu. Nak berulang atau nak kena cari rumah kat sana. Tapi kalau ada yang lain dr duanya, itu lebih baik sebenarnya. Apa dia? shhh..shhh..

Orang sibuk memperkatakan azam baru di tahun baru 2011 ni. Padahal yang dok merisaukan saya adalah usia saya makin pendek, makin sikit dan makin dekat. Mana tidaknya, bila memikirkan soal mati, bermaksud usia makin pendek. Sekarang hidup lagi la, esok? lusa? tak tahu lagi. Dengan amal yang tak seberapa ni, fikiran jadi runsing, andai yang sikit ni tak berapa ada nilainya disisi Allah s.w.t.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."

al-baqarah ayat 277

Saya teringat kisah seorang sahabat Nabi s.a.w yang tertinggal satu rakaat solat Asar dalam jemaah dek kerana sibuk menguruskan hartanya yang banyak. Lalu dia rasa menyesal dan bagitau Nabi s.a.w macam mana nak cover balik tertinggal satu rakaat jemaah tu. Dia offer nak bagi sebahagian hartanya pun Nabi s.a.w kata tak cukup nak tampung. Hatta seluruh hartanya sekalipun masih lagi tak cukup......huh. Jadi kat mana saya dan kalian? Sahabat r.a ni sangat-sangat peka dalam soal "silap" ni. Padahal mereka mati dalam keadaan meraka ini dijamin Allah s.w.t. Ada cop mohor lagi. Apa? Radhiallahu anhu ( R.A ) . Meraka mati dalam redha Allah s.w.t. Tu dh jamin masuk syurga tu. MasyaAllah....saya dan kalian?. Kenapa para sahabat? Sebabnya ada diri Rasulullah s.a.w pada diri meraka. Kita ? ada tak dalam diri kita ni Nabi s.a.w ? Kita tahu sejarah hidup Nabi s.a.w dari A hingga Z. Tapi apa yang kita tak tahu adalah " How To Do?". Bagaimana nak jadikan kehidupan Nabi s.a.w itu sebagai "itulah cara hidup saya". Dari falsafahnya, orang tak nak berubah bkn sahaja sebab diri sendiri tetapi ada lagi satu sebab utama adalah tak tahu macam mana nak berubah. Jadi, andai ada diantara kalian yang berilmu tahu bagaimana, isilah ruang-ruang yang ada yang sesuai dengan kemampuan kalian..

"Sesungguhnya kemaksiatan itu berjalan menuju kekufuran. Manusia berpindah dari satu bentuk kemaksiatan kepada kemaksiatan berikutnya, sampai akhirnya dia keluar dari agamanya."

Tahun 2011 ni, Ust Mohd Faisal dari UM bagi kuliah kat Masjid Al-Ghufran. Pihak masjid panggil, terima kasih la kepada pihak Al-Ghufran. Pensyarah subjek sejarah UM ni. Sebelum ni di At-Taqwa, TTDI. Pernah sekali dia di Al-Gufran tahun lepas, seminggu berkuliah dalam membicarakan tentang kitab Syamail Muhammad karangan Imam Tarmizi. Tahun ni dia datang untuk kuliah setiap hari ahad. Memang best la. Ahad lepas, Ust bagi intro la untuk kuliahnya. Nak guna pendekatan baru katanya. Intronya sahaja dah buat para jemaah senang dan bagi tumpuan yang sangat baik. Lalu tegurlah sorang "Uncle" sebelah saya ni. " Ust macam ni la kita mahu, ada pemikiran dan sentiasa berfikir"..saya senyum. Sambungnya " You kena jadi macam ust tu sebab you masih muda"..saya senyum.." Saya ada jugak ikut pengajian Ust faisal ni. Memang bagus. Saya setuju apa Pak Cik kata tu" saya membalas ringkas. Pak Cik ni yang saya tau memang costumer tetap saf pertama disini. Pak Cik ni asal orang Penang. Butterworth kalau tak silap. Dia India Muslim. Memang baik orangnya. Lebih fasih berbahasa Inggeris dari melayu, jd saya pun kena cakap la Inggeris jugak walaupun "balaghah" dan "nahu" saya tunggang terbalik.

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

at-taubah ayat 71

" Ya Allah, berilah naugan-MU pada hari yang tiada naugan melainkan hanya naugan ArasyMU Ya Allah "

Tuesday, December 7, 2010

Hijrah - Jangan Pandang Belakang

Sesungguhnya orang-orang Yang beriman, dan orang-orang Yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang Yang mengharapkan rahmat Allah. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah Al-Baqarah Ayah 218

6.45 petang semalam saya dan ayah sudah menenmpatkan diri kami di Masjid Al-Ghufran, Kompleks Balai Islam Pinggir Taman Tun Dr.Ismail. Mana tidaknya, kami tidak mahu ketinggalan bersama-sama jamaah lain untuk turut serta untuk mengaminkan doa akhir tahun 1431H dan doa awal tahun 1432H. Ini tahun baru untuk umat Islam. Ini kenyataan dari diri saya.

Cuba anda kira, jika satu masjid mampu "menjana" 300 orang untuk sama-sama berdoa dan menyambut datangnya tahun baru dengan suasana penuh keberadaban dan islamik, bayangkan jika 2000 buah masjid di Malaysia berbuat demikian? bilanganya mencecah 0.6 juta yang beragama Islam dan semestinya mereka adalah orang-orang yang beriman. Angkanya kecik jika dibandingkan dengan bilangan penduduk Islam di Negara kita. Kuantiti tidak menjamin kualiti. Tapi dalam aspek ini, kuantiti menjamin kualiti yang akan dipasarkan. Kenapa saya berkata
demikian? kerana mana mungkin sejumlah ini "senang-senang" hadirkan diri ke Masjid hanya untuk berdoa bersama-sama dan menyambut tahun baru Hijrah yang mana rata-rata lebih cenderung memilih untuk menyambut tahun baru Masihi. Betul atau tidak, saya kata "betul dan anda terserah pada anda menilainya.

Bagaimana kita dalam sejumlah 0.6 juta benar memahami Muharram itu? jawapan saya adalah pengisian yang akan dibuat selepas kita berdoa. Tetapi tidak keterlaluan jika saya katakan 0.6 juta itu memiliki kefahaman tentang tahun hijri ini....fikir-fikirkanlah.

Saya tinggalkan petikan saya ini dengan sedikit persoalan, jawapan, tanggapan mahupun kritikan.

Selesai sudah solat Maghrib, Para jamaah duduk dengan penuh tertib. Anak-anak yang ramai membarisi barisan dibelakang. Penceramah yang tidak asing lagi, hari Isnin sememangnya hari beliau akan menyampaikan kuliah selepas maghrib, kali ini dijemput untuk memberi ceramah dalam slot malam pertama tahun Hijrah. "Apa yang sering kita lupa pada Muharam ini" tajuk tang akan dikupas oleh Ustaz Hanafiah. Saya tertanya-tanya dan persoalan timbul sejak minggu lepas lagi berkenaan tajuk ini. Mungkin juga saya lupa tentang ada apa dengan Muharam..Hijrah Nabi s.a.w, itu sudah semestinya saya ingat. Tetapi yang lain?

Satu letupan kuat kedengaran didalam Masjid yang dipenuhi para jamaah yang sedang "khusyuk" dalam memberi tumpuan pada penceramah. Ustaz Hanafian baru sahaja selesai menyampaikan salam dan selawat keatas junjungan Muhammad s.a.w, para ahl bait, para sahabat, tabiin...."boom!" seorang jamaah bangun untuk keluar melihat dan diiukuti jamaah lain. "ada kebakaran di tingkat atas masjid" jerit seorang jamaah. Langsung semua jamaah termasuk pihak masjid keluar untuk kosongkan dewan solat. penyewa-penyewa kamar musaffir juga. Api ditingkat atas yang menempatkan kamar musaffir terbakar. Alhamdulillah, keadaan tidak panik ataupun kelam kabut walaupun ini satu kejadian yang sememangnya menghidangkan kecederaan ataupun kematian.

Api marak ditingkat atas. agak lambat api marak, mungkin unsur api kurang disitu, kain langsir ke, kayu yang boleh menyebabkan kemarakan api. Tetapi api makin kuat kerana dibiarkan membakar segenap penjuru tingkat atas masjid. Timbul sedikit kekecewaan dalam diri saya kerana tidak membantu. Sedangkan saya tahu bagaimana hendak membantu. Bila memikirkan banggunan masjid tidak memiliki hos pemadam api yang sepatutnya ada, saya sedikit lega. Tetapi masih besar kekecewaan lagi. Kerana jika dapat tangani pada awalnya, ianya dapat mengurangkan keadaan api. Itu yang saya dapat pada ceramah keselamatan oleh pihak bomba tempoh hari. Timbul lagi kekecewaan kerana banggunan masjid tidak memiliki alat mengesan kebakaran. Jika masjid memiliki alat tersebut langkah lebih awal dapat dibuat kerana siren keselamatan berbunyi.

Ini ada satu ikhtibar. Kepada semua Masjid di Malaysia dan seluruh dunia mesti ada sistem keselamatan. Masjid bukan dinilai dengan indahnya banggunan dan besarnya, tetapi keselamatan perlu. Ini fizikal sebuah Masjid. Malah boleh jadi wajib kerana masjid adalah tempat beribadat, selain mendirikan solat-solat fardu, solat sunat Masjid memainkan pelbagai peranan sebagai sebuah institusi umat islam. One Stop Centre. Dan ini satu kewajipan kita sebagai umat Islam. Bukan sehaja tetamu Allah yang datang itu tenang untuk beriktikaf dan beribadat, tetapi ada rasa selamat dari aspek keselamatan fizikalnya. Ini ada anugerah yang Allah kurniakan kepada kita iaitu akal. Mampu berfikir untuk kemanfaatan yang baik untuk disumbangkan kepada yang lain. Musibah yang datangnya dari Allah swt, adalah diluar kemahuan kita. Kebakaran adalah satu perintah dari Allah swt. Semuanya datang dari Allah swt dan kembali pun kepada Allah swt.

Bila masuk tahun baru, nescaya soalan tentang azam baru ditanya. Pencapaian yang ingin dilakukan untuk tahun ini. Jangan pula ada suara-suara sumbang pada hati yang mengatakan "macam biasa je, tak tau lagi la, emm..jap fikir dulu, azam tu apa?.alaa ape2 je la yang ok..".Bab susah itu pasti ada dan senang itu juga pasti ada. Sebab itu kita kena susah senang. Mana yang dulu, dua-dua itu pasti ada. Kerana ini adalah "tanggungjawab" kita. Selagi kita didunia, itulah yang ditanggungkan untuk kita, atas kita dan pada kita. Dan bilamana tiba hari perhitungan, diwaktu itulah "jawab" itu memainkan peranan. Kita akan men"jawab" apa yang dipertangunggkan kepada kita sewaktu dahulu, di dunia. Sebagai contohnya solat 5 waktu yang fardhu itu adalah satu tanggungan kita. Sejauhmana kita menanggung itu terpulang pada rasa "iman" kita. Dan rasa yang menyebabkan kita kejap solat kejap tinggal itu kita akan "jawab" dihadapan Allah swt atas tanggungan kita. Bersiapkah kita? saya? jom fikirkan jawapanya..(azam la, lepas ni tak nak bawa kereta melebihi had laju kat highway. Dah kena saman baru nak beringat..ish..ish)

Bulan ini agak ketat jadual saya. Saya perlu siapkan diri Final Exam yang menanti pada awal Januari. Ape pun saya mesti pastikan diri dalam keadaaan terbaik. Sihat. Hujung bulan ini ada janji dengan Doktor di PPUM. Sabtu lepas saya sempat menyertai Treasure Huntut. Perjalanan sepanjang 180km yang menjanjikan pelbagai soalan yang diluarkan "senang". Minggu depan dua hari saya di Melaka Bandaraya Sejarah. Sejauhmana saya manfaatkan setiap waktu dan penyertaan, itu yang membuat saya "susah hati" takut-takut ianya membuat saya jauh dari Allah swt. Kerana setiap detik dan kesempatan itu adalah tempoh dan peluang untuk kita sentiasa ingat pada Allah swt walau bagaimana caranya.

Ada lagi, mungkin tidak untuk sekarang. Saya berhenti dulu disini.....disini Aku Hamba-NYA

Tuesday, October 26, 2010

MehnahMU


" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?- Surah Al-Ankabut Ayat 2

"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri".-Surah Al-Hadid Ayat 22-23

Hampir sebulan tak keluarkan entry. Kotak email pun baru dibuka. Selepas raya datang pelbagai ujian dari Allah SWT kepada hamba ini. Mana mungkin saya yang mengakui beriman kepada Allah SWT sedang saya tidak diuji. Walhal umat terdahulu, dan orang - orang selain saya diuji..entry kali ini sekadar ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada teman-teman yang menghantar undangan perkahwinan, ada juga yag sekadar email dan sms. Tidak kisah la yang mana pun. Ada yang baru lepas dan akan menyusul cuti sekolah ini.. Alhamdulillah, kalian dipilih oleh Allah SWT untuk terus melaksanakan perjuangan dalam agama Allah melalui perkahwinan. Moga ianya direstui dan diredhai.

Saya teringat kisah hidup Nabi Ayob a.s bilamana baginda sakit. Diuji Allah SWT sedemikan rupa. Bila sakit terlantar sakit begini, yang tidak seteruk Nabi Ayob a.s, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana ini mungkin satu mehnah. Mehnah yang saya mengharapkan dapat menghapuskan dosa saya, sebagai ganti hukuman di akhirat. "Setiap musibah yang datang menimpa mukmin, baik berupa wabah, rasa lelah, penyakit, rasa sedih, sampai kekalutan hati, pasti Allah jadikanya pengampun dosa-dosanya" Bukhari&Muslim. Sejak dari awal bulan dalam keadaan begini. Hanya pelbagai jenis ubat diberi doktor. Moga ianya cepat sembuh. Ianya datang bertimpa. Ini perancangan dari Allah SWT untuk saya. Mana ditahu akan hikmah dari ujian ini. Hikmahnya akan cuba saya cari. Bila pulih? mahu secepatnya sebab ianya hampir sebulan. Walhal ianya mungkin mengambil masa berbulan atau bertahun. Tetapi Nabi Ayob a.s bertahun lamanya menanggung dengan penuh sabar.

Dari Abu Hurairah R.A, dari Rasulullah SAW bahawa beliau menzirahi seseorang yang sedang sakit demam, yang disertai Abu Hurairah. lalu beliau bersabda :
”Bergembiralah, kerana Allah Azza wa Jalla berfirman, ‘Inilah neraka-Ku. Aku menganjurkannya menimpa hamba-Ku yang mukmin di dunia, agar dia jauh dari neraka pada hari akhirat.” (Ditakhrij Ahmad, Ibnu Majah, dan AL-Hakim. Menurut Syaikh Albani: isnadnya shahih)

* tidak tahu bila lagi boleh keluarkan entry. melihat kepada tahap kesihatan dahulu yang mengizinkan. InsyaAllah..