Tuesday, November 29, 2016
Wahai anakku
Wahai anakku, Fateh al-Zuhaily
Dirimu adalah anugerah
Anugerah terindah
Juga adalah ujian
Oleh Maha Esa
Satu pemberian yang begitu berharga
Begitu bernilai
Begitu sempurna
Wahai anakku
Dirimu adalah kasih pertama ibu dan ayah
Sayang pertama ibu dan ayah
Penghibur cilik pertama ibu dan ayah
yang tiada pengganti
Peneman pertama ibu dan ayah
dikala sunyi
Pertama menghuni rahim ibumu
Ayah sentiasa ingat
Ketika ibumu tiada pergi bekerja
Engkau menemani ayah
Wahai anakku
Dirimu punyai pelbagai kerenah
Dirimu punyai pelbagai telatah
Dirimu punyai pelbagai akal
Dirimu punyai pelbagai ragam
Dirimu punyai pelbagai kehendak
Wahai anakku
Ketahuilah ayahmu ini
Kasih padamu
Sayang padamu
Tidak mahu menghukummu
Tidak mahu mendendamu
Tidak mahu mencubitmu
Tidak mau berkasar padamu
Kerana kamu wahai anak,
adalah amanah ayah
pinjaman untuk ayah
kurniaan pada ayah
Wahai anakku
Jika engkau mengetahui isi hati ayahmu ini, engkau akan tahu betapa dirimu begitu istimewa didalam kehidupan ayah, kehidupan ibu&ayah. Tiada istilah dirimu akan jatuh ke tangga kedua sekiranya ayah dan ibu mempunyai adikmu. Kamu adalah pertama.
Sempena Tahun Baru - Lompong
Alhamdulillah, saya memanjatkan rasa syukur kepada Yang Maha Esa diatas segala nikmat yang dianugerahkan, dipinjamkan yang bersifat sementara kepada saya. Yang saya pasti dan yakin DIA akan menariknya bila-bila masa jika saya mengkufuri nikmatnya. Sudah jelas peringatan DIA berkenaan nikmat yang diberikan sepertimana yang disebutkan didalam Al-Quran.
Masuk tahun baru Islam, masa terlalu pantas dirasakan oleh saya. Usia pun menambah dengan angka baru. Amalan? saya tidak tahu hendak bercakap tentang kunatiti amalan sedangkan kualiti amalan masih lagi tidak memenuhi senarai semak untuk mendapat penarafan amalan gred A+. Setiap kali muhasabah diri, koreksi diri dengan sedalam dalamnya, kelompongan masih terasa dipelbagai sudut. Diri saya membuntu. Seperti menemui jalan mati. Apa harus saya lakukan Ya Allah?
Allah berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Hasyr: 18).
Saya melihat kelompongan yang ketara itu, maka saya sedar disitu. Bahawa saya yakin Allah masih sayangkan saya. Mungkin!. Jika tidak bagaimana saya menyedari kelompongan itu, Ya! Allah masih sayangkan saya. Alhamdulillah. Jika tidak saya menyedari kelompongan itu, mungkin saya antara calon yang akan dibinasakan Allah. Mohon dijauhkan.
وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا سَنَسْتَدْرِجُهُمْ مِنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ
“Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, nanti Kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur (ke arah kebinasaan), dengan cara yang tidak mereka ketahui.” (Al-A’raf: 182).
Tetapi adakah saya menyesal melihat kelompongan yang ada? sedangkan ianya telah terjadi. Maka saya teringat akan mafhum sabda Nabi Muhammad s.a.w bahawa menyesal adalah taubat. Saya tidak boleh berpatah balik, melainkan saya tidak lagi memgulangi dan membuat lompongan yang sama sedangkan kelompongan yang ada saya telah benar-benar menyesal, TAUBAT!. Ya, kerana taubat mampu menghapuskan dosa. Mampu memberi aura ketakutan kita kepada Allah S.W.T. Saya mesti takut pada Allah. tidak boleh tidak. Kerana saya tidak mahu setiap nikmat yang di anugerahkan, yang pinjamkan dan yang dikurniakan kepada saya hanyalah samata-mata ISTIDRAJ!!!. Allahu rabbi. Saya cukup takut pada perkataan ISTIDRAJ, seolah-olah ianya senada seperti pepatah melayu BIAR PAPA ASALKAN BERGAYA!..Papa bukan beerti miskin, tiada duit, tetapi lebih kepada biar berharta tetapi dibenci, dan pelbagai lagi yang saya tidak suka menghuraikanya kerana tiada kebaikan padanya.
Tersedar saya dari memikirkan kelompongan yang ada. Saya hanya perlu bermuhasabah. Koreksi diri sedalam-dalamnya. Mana mungkin saya sebagai anak adam yang melakukan solat, puasa, zakat dan pelbagai amalan yang diperintahkan Allah boleh melihat dosa. Sedangkan kejahatan, kemungkaran , dibuat walaupun disedari atau tidak. Ya, hanya muhasabah, RECALL semula saya kedalam diri saya untuk SERVICE secara berjadual hati ini. Aib saya, saya mampu membuka dan melihatnya serta menghapuskanya. DELETE.
Mahu menjadi orang yang berjaya perlu muhasabah diri. Persiapkan diri untuk kehidupan abadi. Itu visi yang perlu dicapai. Jika tidak mempunyai visi tersebut, saya akan menjadi orang yang akan ditelan oleh dunia dan seisinya. Saya tidak mahu menjadi orang yang berangan-angan bahawa dosa saya telah diampunkan.
Tuesday, September 8, 2015
Tetap Lepak Selepas Kahwin(TLSK)-I
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah..
Usia perkahwinan saya mula melepasi angka 3 tahun. Orang kata pejam celik-pejam celik cepat masa berlalu..maka berlalulah masa-masa yang biasa dibuat ketika sebelum kahwin ditinggalkan begitu sahaja. Mana tidaknya, jika dikira masa sekarang, dengan urusan anak, isteri jadual sendiri perlu dipadamkan. Begitulah sebaliknya jika saya berada ditempat isteri saya.
Jika sebelum kahwin masa lepak dengan kawan-kawan boleh dikatakan berlaku saban hari dek kerana satu pejabat, diatur bila-bila pun, hari ini selepas berkahwin lepak tetap seperti biasa. Cuma, bezanya lepak bersama Isteri dan anak. Tidak kiralah dirumah mahupun di kedai makan. Waktu? seperti juga ketika bersama kawan-kawan dahulu. Tidak kira waktunya, baik tengah malam dan sebagainya. Kadang-kadang bila esok hari cuti, malam tersebut rasa nak tidur lambat.. Jadi bila perut mula berkeroncong, walaupun sudah jam 12 malam, Si Isteri on sahaja bila diajak keluar minum-minum. Si anak, bila dengar perkataan 'keluar' setuju sahaja..
Begitulah saya, walaupun berkahwin tidaklah ketika usia muda sangat, tetapi angka 25/26 itu dan ketika sedang seronok dengan 'muda' itu saya cuba menjangkakan inilah juga apa yang isteri rasa dalam dunia dia juga. Saya masih ingat ketika mula berkahwin, saya mula berkira-kira adakah saya masih berpeluang mendaki bersama-sama kawan pada hujung minggu, bermain futsal tidak kira pa jua hari dan waktu, pergi ke sana sini bersama mereka. Tiada halangan ketika itu! Sekarang?
Sekarang masih lagi tiada halangan. Tiada siapa menghalang. Saya masih boleh lagi 'hiking', malah setiap bulan saya akan sertai Marathon/Larian sekitar Lembah Klang, masih boleh lagi melepak. Bezanya waktu dan anggotanya sahaja. Saya perlu sedar bahawa masa saya bersama keluarga diperlukan. Apatah lagi ketika ini anak saya memerlukan saya dan isteri bersamanya. Waktu yang ketika anak saya sedang melalui proses pendidikan yang diperlukan sewajar. Masakan tidak saya mahu lepaskan peluang ini? ohh..tidak.
Jika saya mahukan anak yang jauh lebih baik dari saya dan memiliki ciri-ciri seperti insan super (Sultan Muhammad Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayubbi, Zaid Bin Harithah, Tariq Bin Ziyad, dan ramai lagi pemuda-pemuda Islam) maka saya mesti pastikan keperluan menjadi watak insan super melalui proses sewajarnya...
Bersambung..
Thursday, May 14, 2015
hari ini untuk esok..
Alhamdulillah..Sudah lama agaknya menyepi dari dunia blog. Dunia penulisan. Masakan tidak, sibuk dengan urusan dunia. Urusan dunia yang tidak akan pernah tamat. Tambah pula dengan isu-isu semasa negara yang telah menelan saya untuk mengetahui lebih mendalam. Isu-isu politik negara yang telah mengheret saya untuk mencampuri sedang saya bukan seorang ahli politik. Saya ditelan oleh dunia ekonomi dunia dan negara walhal saya tidak langsung mengemudi hal itu. Hal-hal berkaitan sukan adalah hal yang saya dengan rela menyertai kerana saya suka bersukan. Isu soal remeh temeh dalam agama yang sering dipersoal dan didebatkan adalanya menjadikan saya seorang yang agresif dan adakalanya saya bertindak pasif. Cukup memenatkan. Tetapi apabila fikirkan soal ummah, saya terduduk diam kerana cuba mengingati apa kerja saya untuk ummah.
Apa perlu gambar kasut di atas? itulah kasut yang sering digunakan sehingga diri ini sibuk dengan dengan aktiviti.. Jika tidak Hiking, akan mencari peluang berlari (Marathon). Ada banyak Marathon kat negara ni. Daftar sahaja..hihi
Saya tidak tahu bagaimana hendak mula menulis disini. Tetapi post pertama ini memungkin saya untuk terus menulis disini. Berkata apa-apa yang penting itulah yang diketahui saya. Menulis sebanyak mana yang mampu untuk dikongsi. Asalkan ianya ada manfaat dan kebaikan. Itulah yang sepatutnya.
Berjumpa lagi untuk post seterusnya...
Thursday, February 21, 2013
tiada alasan untuk putus asa
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, saya masih ingat lagi bahawa ini blog saya. Saya tercari-cari jugak masa untuk menulis kembali. Dek kerana penghujung tahun lepas kekangan masa yang agak mendesak saya. Maklum sahajalah, bekerja dalam bidang kewangan dan akaun ini apabila tiba suku terakhir tahun kesibukan pasti ada. Itu yang dikatanya fitrah kerja kewangan dan akaun.
Dan pengajian saya mulai dengan semester yang bar, dan kini sedang bergelut menduduki peperiksaan akhir. Pelajaran sepanjang hayat, itu lah program saya. Selagi mana, saya diberi kesempatan dan peluang untuk belajar, saya akan terus belajar. Tidak kira la peringkat M.A, Phd, atau Diploma/Ijazah/Sijil di bidang lain pun, mencari ilmu itu wajib bagi saya. Masakan tidak, menjadi orang jahil tanpa berusaha untuk mencari pengetahuan tentangnya adalah satu musibah bagi saya untuk diri saya. Kerana makin saya belajar, makin tidak tahu itu bertambah. Bermakna, saya perlu belajar lagi.
Tesis perlu disiapkan dalam tempoh empat bulan dari sekarang. Saya perlu kuat dalam mengharunginya. Kemudahan sudah ada, apalagi alasan untuk saya tidak menyempurnakanya. Selalu saya berdoa kepada Maha Esa agar diberi kekuatan dan kefahaman dalam kehidupan dan pengajian saya.
Tuesday, October 30, 2012
Suatu Bingkisan....
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Agak kekok rasanya menaip semula. Kerana terlalu lama jari jemari ini bercuti dari aktiviti disini. Masakan saya mahu mematikan begitu sahaja blog ini hanya kerana sudah lama tidak 'update'.
Begitu lama, saya berehat. Selepas Aidilfitri sehingga berlalu sudah berlalu Aidiladha. Pelbagai episod sepanjang Syawal menuju Zulhijjah. Persediaan yang perlu dilakukan untuk pendakian ke-2 Gunung Kinabalu selepas Syawal dan perjalanan ke sana yang tika itu sakit menimpa diri selama seminggu berada disana. Tiada farmasi di Gunung Kinabalu, apatah lagi Hospital, Klinik dan kemudahan perubatan. Kelewatan mengambil ubat, rawatan menyebabkan sakit yang dialami bertambah teruk. Saya hanya mampu melihat sebahagian rakan menawan puncak tertinggi itu walaupun saya sudah berjaya menawanya dalam keadaan yang jauh lebih mencabar tahun lepas. Itulah kata-kata saya bagi memujuk hati agar tidak terlalu kecewa disebalik kegagalan menawan Gunung Kinabalu. Balik dari Kota Kinabalu, Sabah sakit yang dialami masih lagi berlarutan selama sebulan lamanya.
Setia seorang isteri disamping suaminya. Selama sakit dan pelbagai makanan yang harus dielakkan, dengan kepayahan untuk membersihkan diri, isteri yang saya pilih sebagai teman hidup di dunia dan hingga ke syurga membantu meringankan kepayahan yang dialami. Bilamana berada didalam keadaan seperti ini, saya teringat pada Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah, Ayub a.s. Bukan hanya kerana ketaatan yang tinggi kepada Allah tatkala Baginda sakit dan pelbagai cubaan yang datang menimpa. Tetapi setianya isteri Baginda a.s iaitu Siti Rahmah terhadap Baginda a.s. Bersama-sama Baginda a.s menjalani kehidupan yang amat perit dan getir. Sehinggalah, Allah SWT menyembuhkan penyakit suaminya.
Opss..jadi apa yang saya hendak sampai ni? begitulah aturan hidup yang direncana. Allah swt adalah sebaik-baik perancang. Mana mungkin menidakkan perancangan-NYA. Kepayahan, kesulitan, kesukaran yang dialami bukanlah satu tiket untuk mengeluh, apatah lagi berasa kecewa dengan perkara yang menimpa diri dan tidak dinikmati. Walhal, kesyukuran wajib dipanjatkan atas keadaan yang diberikan Allah swt walau ianya dianggap sikit. Mana ditahu yang sedikit itulah pembuka kepada yang banyak.
Ya Allah, adakalanya aku lupa ENGKAU, adakalanya aku sering berburuk sangka terhadap ENGKAU sedangkan ENGKAU sudah memberi kesenangan sebelum datangnya ujian terhadap diri aku.
Thursday, August 16, 2012
Beda Aidilfitri kali ini
Firman Allah swt bermaksud :
"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNYA, dan supaya kamu bersyukur"
al-Baqarah 183
Daripada Abu Aiyub al-Ansari r.a, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
" Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian ia ikuti pula dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, nescaya ia mendapat ganjaran puasa setahun"
Riwayat Muslim
Lagu raya mula kedengaran dicorong radio. Termasuklah di pembesar suara dekstop saya di pejabat. Hanya gara-gara saya ada koleksi lagu raya(dulu2) dan pembesar suara, saya diminta oleh rakan-rakan agar "kuat"kan supaya mereka dapat mendengarnya sekali...lagu "cahaya aidilfitri" antara lagu yang mesti dengar. Mahu atau tidak, bagi saya tiada salahnya permintaan itu ditunaikan walaupun masih ada Ramadhan hari ini.
Kegembiraan untuk menyambut kedatangan Syawal itu mesti dijelmakan dan dalam masa yang sama matlamat Ramadhan masih lagi ditempatnya untuk digapai. Tidak bermakna Syawal jika Ramadhan ditinggalkan dengan seribu satu persoalan yang "kurang baik".
Saya tidak sabar menanti malam raya, kerana kita disuruh untuk bertakbir bukan kerana esok raya. Tetapi melahirkan puji-pujian atas keagungan Allah, kebesaran Allah dan bersyukur kerana masih lagi berada dalam Islam. Berjaya berada dalam nikmat Islam dan Iman yang berjaya mengharungi puasa dengan sebaiknya. Kerana Aidilfitri bukan sahaja satu perayaan yang disambut setiap tahun atau satu budaya tetapi ianya lebih kepada anugerah Allah swt sebagai tanda kasih dan rahmat ke atas hambanya yang taat dan ikhlas dalam menjalani ibadah puasa.
Walaubagaimana pun, jelmaan kegembiraan itu
Oleh itu, sambutlah kedatangan Syawal sepertimana kita menyambut kedatangan Ramdhan dalam keadaan iman, tunduk bertaqwa sebagai seorang hamba yang bersyukur. Dimana, kita menghiasi kegembiraan Syawal dengan penuh rasa 'izzah dan memuji serta membesarkan Allah swt (tahmid dan takbir).
Saya tidak sabar menanti malam raya, kerana kita disuruh untuk bertakbir bukan kerana esok raya. Tetapi melahirkan puji-pujian atas keagungan Allah, kebesaran Allah dan bersyukur kerana masih lagi berada dalam Islam. Berjaya berada dalam nikmat Islam dan Iman yang berjaya mengharungi puasa dengan sebaiknya. Kerana Aidilfitri bukan sahaja satu perayaan yang disambut setiap tahun atau satu budaya tetapi ianya lebih kepada anugerah Allah swt sebagai tanda kasih dan rahmat ke atas hambanya yang taat dan ikhlas dalam menjalani ibadah puasa.
Walaubagaimana pun, jelmaan kegembiraan itu
Oleh itu, sambutlah kedatangan Syawal sepertimana kita menyambut kedatangan Ramdhan dalam keadaan iman, tunduk bertaqwa sebagai seorang hamba yang bersyukur. Dimana, kita menghiasi kegembiraan Syawal dengan penuh rasa 'izzah dan memuji serta membesarkan Allah swt (tahmid dan takbir).
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Dunia penjara orang mukmin dan syurga orang kafir"
Riwayat Muslim
Hari ni, Insyaallah...selepas berbuka saya akan bertolak untuk pulang beraya di kampung halaman di utara tanah air, Sungai Petani. Kedah. Dari Bandar Seri Putra Bangi, saya menghala Shah Alam terlebih dahulu untuk menjemput adik. Kepulangan kami dinanti keluarga. Tahun ini, Aidilfitri saya disambut bersama Isteri tercinta. Kami akan beraya dirumah keluarga saya dan isteri..Jarak antara Bertam dan Sungai Petani seolah "pejam mata" sudah boleh sampai ke sana.
Cuti tahun ini saya peruntukkan seminggu sahaja. Mungkin agak sedikit. Tapi, itulah kemampuan perancangan saya. Saya perlu bercuti lagi pada bulan September selama seminggu untuk pendakian ke dua dalam tempoh setahun ke puncak Gunung Kinabalu...
Salam Aidilfitri 1433H..taqabbalullah minna wa minkum..
Salam Aidilfitri 1433H..taqabbalullah minna wa minkum..
Wednesday, August 15, 2012
Muhasabah Ramadhan
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu dari kamu, moga-moga kamu bertaqwa"- Al-Baqarah 183
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, dimana Allah telah memfadhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu-pintu syurga dan ditutup padanya pintu neraka dan syaitan dibelenggu. Pada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikanya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak" - Ahmad dan Nasai'e
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.
Dah masuk fasa terakhir di Ramadhan 1433H. Saya sentiasa berdoa agar dipanjangkan umur. Biarlah dapat saya cukupkan Ramadhan kali ini kerana mana ditahu adakah Ramadhan 1434H nanti memihak pada saya lagi atau tidak.
Saya mula mencongak di akhir 10 Ramadhan ini, agar matlamat puasa yang ditetapkan itu tercapai. Walhal saya sendiri tidak mampu untuk memberi merit adakah saya ini bertaqwa atau tidak. Kerana taqwa adalah hadiah utama jika saya benar-benar berpuasa. Matlamat agung yang dicatatkan didalam ayat 183 surah al-Baqarah. Adakah saya menjunjung perintah Allah dan mencari redha-NYA sepanjang bulan Ramadhan ini dengan melakukan amalan fardhu dan sunat? Jika saya berjaya memiliki taqwa, saya mempunyai kekuatan dalam mengawal hati dari merosakkan ibadat dengan berbuat maksiat walaupun maksiat yang berbisik didalam hati. Jika saya tidak berjaya memiliki taqwa, bermakna ibadat puasa saya yang menjadi alat untuk mencapai taqwa tidak sempurna.
Ramadhan datang dan pergi dan bagaimana Ramadhan tahun hadapan? terfikir saya kenapa tidak letakkan slogan sambutan Ramadhan agar ianya menjadi satu "target point" dalam ibadat di bulan Ramadhan. Setidaknya mempunyai matlamat yang jelas dalam perlaksanaan ibadah di Ramadhan. Tidak hanya menumpukan bilakah lailatul qadr? tidak hanya menumpukan konsisten pada fasa-fasa tertentu untuk mencari ganjaran. Kerana Ramadhan merupakan madrasah tabiyah yang mendidik diri untuk meningkatkan diri, mendekati Allah swt. Seterusnya kita akan merasai konsep Hablun Minallah dan Hablun Minannas.
Begitulah indahnya Ramadhan dan terlalu bernilainya ganjaran yang ditawarkan didalam Ramadhan. Bagaimana pula episod Ramadhan selepas ini?adakah ceritanya sama dengan episod semalam dan sebelumnya?
Ya Allah, aku mohon agar ENGKAU berikan keampunan sepanjang Ramadhan ini
Ramadhan datang dan pergi dan bagaimana Ramadhan tahun hadapan? terfikir saya kenapa tidak letakkan slogan sambutan Ramadhan agar ianya menjadi satu "target point" dalam ibadat di bulan Ramadhan. Setidaknya mempunyai matlamat yang jelas dalam perlaksanaan ibadah di Ramadhan. Tidak hanya menumpukan bilakah lailatul qadr? tidak hanya menumpukan konsisten pada fasa-fasa tertentu untuk mencari ganjaran. Kerana Ramadhan merupakan madrasah tabiyah yang mendidik diri untuk meningkatkan diri, mendekati Allah swt. Seterusnya kita akan merasai konsep Hablun Minallah dan Hablun Minannas.
Begitulah indahnya Ramadhan dan terlalu bernilainya ganjaran yang ditawarkan didalam Ramadhan. Bagaimana pula episod Ramadhan selepas ini?adakah ceritanya sama dengan episod semalam dan sebelumnya?
Ya Allah, aku mohon agar ENGKAU berikan keampunan sepanjang Ramadhan ini
Monday, July 23, 2012
Perisai diri
Maksud Hadith ; Daripada Sahl Bin Sa'ad, Nabi s.a.w bersabda." Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya. - Riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim
Alhamdulillah, sudah masuk hari ke-3 Ramadhan, bermakna sudah tiga hari saya berpuasa. Ibadah yang merupakan salah satu daripada lima rukun Islam. Bermakna Ibadah Puasa ini adalah perkara pokok yang mesti diambil dengan perhatian yang cukup teliti. Bila sebut mengenai perkara pokok, ianya akan menghubungkan sejauh mana keperibadian seseorang itu dalam melaksanakan tuntutan Puasa itu. Puasa itu mampu membentuk peribadi seorang Muslim menjadi seorang beriman seterusnya mencapai darjat taqwa.
"Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda : " Puasa adalah pelindung daripada nerka. Sekiranya seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, maka janganlah bercakap kotor dan janganlah menengking. Jika seseorang mencela atau ingin bergaduh denganya, katakanlah ' Sesungguhnya aku berpuasa'."-Riwayat al-bukhari dan Muslim
Anehnya ibadah puasa kerana terpaksa melalui detik menahan lapar dahaga, keletihan dan lesu, tidak dibenarkan makan di siang hari dan perkara yang membatalkan puasa itu selama sebulan. Mahu atau tidak, itulah Puasa, satu perintah yang wajib dilaksanakan sebagai seorang hamba. Mana mungkin Allah SWT itu mahu menyeksa hamba-hambanya. Sedangkan DIA telah menciptakan hambanya itu dengan sebaik-baik kejadian.
Puasa adalah medan mengukur diri sejauh mana kesabaran kita dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Sejauh mana ketaatan kita yang mengaku sebagai seorang yang beragama Islam untuk melaksanakan segala tiah perintah yang diperintahkan terus melalui wahyu Al-Quran dan Hadith. Medan yang menguji kesabaran yang tinggi juga mempunyai pulangan ganjaran yang tinggi. Percaya? atau Yakin? Semuanya terletak pada permulaan menghadapi puasa itu. Hanya yang ingin puasanya dikategorikan sebagai puasa biasa sahaja bagi saya, mereka hanya melihat Ibadat Puasa in sebagai satu yang bersifat adat tatkala tiba Ramadhan. Mereka tidak makan disiang hari, tapi malangnya perasaan mereka sama sahaja seperti biasa-biasa sahaja. Mereka seperti orang tidak berpuasa kerana puasa mereka sia-sia yang hanya mendapat lapar dahaga sahaja.
" Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi s.a.w bersabda : " Bersahurlah! Sesungguhnya terdapat padanya keberkatan."- Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Allag SWT terhadapat hambanya, walaupun dikala keletihan berpuasa dek kerana tidak makan dan minum seperti biasa diwaktu siangnya, perkara fardhu yang dilakukan di gandakan sehingga 70 kali ganda ganjaranya dan perkara sunat itu digandakan seperti melakukan amalan fardhu. Itulah kasih sayang Allah SWT kepada kita sehingga tidur disiang hari pun akan mendapat pahala. Walhal, jika kita tidur sebagai hamba dunia sekalipun, satu sen pun kita tidak peroleh.
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda : " Binasalah hamba kepada diinar dan dirham, dan hamba kepada kain tebal yang berbulu dan kain bercorak (ghairah kepada kemewahan dan kesenangan); sekiranya kepadanya ia meredhai, sekiranya tidak diberikan ia tidak meredhai" - Riwayat al-Bukhari
Dari Anas r.a, Nabi s.a.w bersabda : " Seandainya anak Adam mempunyai dua lembah harta tentu dia masih menginginkan yang ketiga. Padahal yang memenuhi perut anak Adam hanya tanah-tanah(kuburnya) dan Allah tetap menerima taubat orang yang ingin bertaubat."-Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Tuesday, July 17, 2012
Diari Cinta
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Alhamdulillah, sudah sebulan genapnya saya melangsungkan perkahwinan. Pernikahan saya dengan isteri tercinta dipermudahkan Allah swt dalam segala urusan. Saya sekarang memiliki seorang isteri yang saya cintai, wanita solehah yang saya dambakan cintanya. "Aku terima nikahnya Farhana Binti Mohamad Suhaimi dengan mas kahwin **** tunai", masih segar 15.06.12 diingatan lafaz sakinah-ku dihadapan ayah mertuaku sebagai wali nikah, kadi dan disaksikan oleh saksi serta ahli keluargaku dan isteriku, kerabat terdekat. Moga kehidupan kami berjalan bagaikan perjalanan sebuah keluarga yang mengharap keampunan, petunjuk, kerahmatan dan keredhaan Allah swt. Perjalanan sepasang kekasih yang sama-sama mencintai Allah dan Rasul-NYA. Cinta saya sebagai suami kerana Allah dan juga Isteri saya. Firman Allah swt yang bermaksud :
Alhamdulillah, agak lama saya menyepi dalam blog sendiri. Dek kerana kekangan masa dan tuntutan yang mesti saya dahulukan.
Alhamdulillah, sudah sebulan genapnya saya melangsungkan perkahwinan. Pernikahan saya dengan isteri tercinta dipermudahkan Allah swt dalam segala urusan. Saya sekarang memiliki seorang isteri yang saya cintai, wanita solehah yang saya dambakan cintanya. "Aku terima nikahnya Farhana Binti Mohamad Suhaimi dengan mas kahwin **** tunai", masih segar 15.06.12 diingatan lafaz sakinah-ku dihadapan ayah mertuaku sebagai wali nikah, kadi dan disaksikan oleh saksi serta ahli keluargaku dan isteriku, kerabat terdekat. Moga kehidupan kami berjalan bagaikan perjalanan sebuah keluarga yang mengharap keampunan, petunjuk, kerahmatan dan keredhaan Allah swt. Perjalanan sepasang kekasih yang sama-sama mencintai Allah dan Rasul-NYA. Cinta saya sebagai suami kerana Allah dan juga Isteri saya. Firman Allah swt yang bermaksud :
"Sebaik-baik kamu ialah orang yang berbuat baik terhadap isterinya" al-tirmizi
Meneladani Rasulullah SAW sebagai seorang suami adalah cita-cita saya ketika era angan-angan menjadi suami suatu ketika nanti. Hari ini, saya adalaha seorang suami, dan cita-cita saya itu adalah matlamat saya sekarang. Baginda SAW adalah contoh suami terbaik. Mencintai isteri dan sentiasa menghiburkan isteri dengan peribadi cukup mulia.
"Jika Allah mencintai seorang hamba, maka Allah memasukkan kecintaan ini ke dalam hati para malaikat. Jika Allah membenci seorang hamba, maka Allah memasukkan kebencian ini kedalam hati para malaikat, kemudian memasukkanya pula ke dalam hati manusia" - anas
Kami meniti hari-hari dengan penuh rasa bahagia dalam diri, saya membeli sebuah rumah untuk kami membina keluarga yang sakinah. Disitu adalah "site" bagi Projek Generasi Soleh&Solehah yang akan kami sama-sama harungi..
sambungan...
Tuesday, May 29, 2012
buku oh buku
Read Malaysia Book Fair 2012, MIECC, Mines Resort City 25 Mei - 3 Jun.
Saya baru sahaja melangkah keluar dengan membeli buku seperti di atas. Agak lama juga saya tidak membaca buku sejarah. Lebih menumpukan kepada buku akedemik yg melibatkan pengajian saya di UKM sekarang. Saya sempat selak beberapa helaian sebelum membuat keputusan untuk membeli buku ini. Menarik dan cukup info untuk diperkatakan mengenai tajuk dua buku ini. Mungkin agak keterlaluan membuat kesimpulan walhal saya belum lagi mulai baca, tetapi keilmuan mengenai sejarah yang ada pada dua penulis ini, saya tidak ragu untuk mengatakan tidak menarik. Banyak buku karangan Abdul Latip Talib contohnya berjaya menarik ramai diantara kita untuk membaca sejarah. Cara penyampaian dan lenggok bahasa yang mudah ditelan adalah kunci bagi kejayaan buku tulisan beliau menarik perhatian pembaca.
Soal harga? usah berkira jika setiap tulisanya adalah mengnai sejarah Islam. Tidak malukah jika ada diantara kita yang tidak tahu siapa khalifah Islam? cukuplah ditanya siapakah 10 sahabat Nabi s.a.w yang telah dijamin masuk syurga, dimana adalah sunat untuk kita mengetahuinya.
Subscribe to:
Posts (Atom)






