Saturday, December 26, 2009
akan datang
Sunday, December 13, 2009
mEnCorak KaiN PutiH
Cuti sekolah dah..paling seronok adalah anak-anak yag bersekolah. Dah nama cuti sekolah. murid-murid, pelajar –pelajar mungkin sesetengah mahasiswa ipt juga tengah hangat bercuti. Saya lebih suka berbicara mengenai pelajar/murid ini. Mungkin keadaan mereka sudah pernah diharungi saya suatu ketika dahulu. Dan inilah waktu yang terbaik bagi saya untuk mula mengenal diri. Mana mungkin saya melupakan keadaan seperti ini. Bagi saya masa disekolah menengah adalah satu waktu yang saya akan pilih sekiranya saya diberi peluang untuk kembali.
Tatkala solat dimasjid ghufran kelihatan anak-anak mula menampakkan ramai dek cuti sekolah ini. Alhamdulillah, saya bangga bila melihat anak-anak ini. Mereka perlu dididik dengan hadir ke masjid. Dengar kuliahselepas maghrib. Melihat situasi ini, saya teringat masa saya kecil dahulu. Disebabkan saya hanya seorang sahaja anak lelaki didalam keluarga, kemana ayah saya pergi disitula saya ada. Tidak kira la sehingga lewat malam dan awal pagi sekalipun, saya tetapi ada disisi ayah saya. Dengar perbualan org-org tua ni dah biasa sangat la. Macam-macam isu. Tu yang banyak cakap bila besar. Banyak menjawab pun ada.hihi. bila dalam lingkungan umur begini, nak pupuk diri agar sehati bersama masjid nie agak sukar. Mungkin saya boleh katakan “tak sah” la jika budak2/kanak2 akan tidur time kuliah maghrib. Sbbnya saya pun macam itu dulu. Saya tak tahu itu adalah permulaan mendidik hati agar terpaut pada masjid. Bila dah besar nie baru mula sedar akan hikmah disebaliknya. Itu pun jika cuba mencari kebaikan disebalik setiap yang berlaku yang akhirnya ianya sampai hari ini. Ada bapa2, ibu2 membawa anak ke masjid. Bila dah besar nie rasa seronok melihatnya. Hati mengusik “bila eh dapat bawa anak sendiri” hehe.. saya suka lihat dari surah al-luqman kerana pesan luqman kepada anaknya itu perlu dijadikan subjek pertama, modul pertama dan pelajarn pertama untuk anak-anak.
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan Yang mungkar, dan Bersabarlah atas Segala bala bencana Yang menimpamu. Sesungguhnya Yang demikian itu adalah dari perkara-perkara Yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
Inilah yang perlu anak-anak kita didedahkan. Saya tak pandai nak bercerita secara langsung tentang didikan anak-anak ini. Tapi saya cuba dedahkan melalui perjalanan saya menjadi seorang anak yang mungkin sama perjalanan dengan anak2 yang lain. Mungkin cara corakan agak berbeza.
Kenalkan anak dengan Allah. Bagi saya ini penting. Sebelum anak-anak ini dikenalkan dengan yang lain, adalah lebih baik kenalkanya dengan Allah s.w.t. bagaimana? Pertamanya kita kenalkan pada anak-anak tentang wujudnya Allah. Perkara tauhid. Saya ad baca dalam tafsir ibnu kathir dimana ada menyebutkan bahawa anak-anak ini yg masih kecil ini kita bawa mereka dalam perjalanan dakwah Nabi Muhammad s.a.w kita di Makkah. Yakni anak-anak ini diperkenalkan dengan surah2 yang diturunkan di Makkah. Surah makkiah. Jika kita lihat pada surah2 tersebut, anak-anak akan didedahkan dengan siapa yang mencipta bintang, bulan, matahari iaitu segala apa yang menyatakan kebesaran Allah s.w.t. “bintang kat langit yang cantik nie, Allah yang cipta. Cantik tak” si ayah menunding jari ke langit sambil mendukung anaknya. Anak kecil itu hanya melihat. Ternganga mulutnya dek meungkin belum petah bercakap. “tue bulan pun sama. Allah yang cipta” si ayah tunjuk lagi ke arah bulan.
Ceritakanlah segala bentuk macam kebesaran Allah s.w.t. tak payah la kerahkan kudrat nak ceritakan apa itu “qawaid fiqhiah” ke yang mampu buat ibubapa pening dan anak pun tak tahu apa nak mengerti. Hari ini anak-anak diperkenalkan dengan teknologi yang memakan diri. Hiburan lah makanan, dan kawan pertama anak-anak kini. Letak kat depan tv, diamla anak itu. Anak-anak diperlihatkan dengan adegan2 yang tidak kena pada peringkat umurnya. Peringkat matangnya. Peringkat ilmunya.
"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman Yang besar" surah luqman ayat ke-13
Anak-anak hari ini tidak diberitahu dimana sebenarnya asal manusia. Siapa pencipta segalanya. Termasuk siapa yang yang menciptakan manusia. Anak-anak tidak di “maklumkan” bahawa Allah itu sentiasa berada bersama makhluknya. Bagaimana anak ini akan mengingati Tuhan jika dia sendiri tidak diperkenalkan. Bagaimana anak ini tahu bahawa dia adalah hamba. Dia ini ber Tuhan. Dekatkan lah anak-anak dengan Al-Quran. Kerana bilamana kita jauh dengan Al-Quran bermakna kita sebenarnya jauhkan diri dengan Allah. Sedangkan Allah itu bilama kita datang kepadanya dalam keadaan kita berjalan, DIA akan datang kepada kita dalam seumpama berlari. Allahu Akbar. Al-Quran sebenarnya adalah pengisian untuk rohani yang terbaik yang mampu mewatakkan pada zahir manusia itu.
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."
Siapkah kita jika nanti besar anak-anak bertanya “kenapa nak kena pakai tudung?” “solat 5 waktu” dan pelbagai soalan lagi berkait dengan aqidah. Saya teringat pada drama “cinta sempurna” . huh, berpeluh jugak saya fikirkan jawapan pada soalan yang timbul pada dialog dalam drama tersebut. Tetapi itulah hakikat. Dan itulah juga realiti hari ini. Reality sehingga terpapar didada akhbar “anak ugut bunuh ibu”, “anak dera ibu”, “anak tikam ibu kerana marah” dan macam-macam lagi. Wal’iyazubillah. Mohon dijauhkan. Doa seorang anak itu adalah yang diantara 3 perkara yang jamin utk dibawa & kekal bersama sepanjang berada di alam barzakh nanti. Begitu juga saya, saya tidak mahu menjadi manusia di alam sana yang merangkak2 mengutip pahala dari manusia diluar sana yang bersedekah. Sedangkan doa anak-anak mampu menjadikan saya hanya duduk tanpa mengutip “belas” dari orang lain. Dan saya juga tak mahu kedua ibubapa saya juga merangkak-rangkak mengutip pahala “belas” sedangkan saya sebagai anaknya mampu berdoa setiap hari. Paling kurang pun ketika waktu berdoa selepas solat.
“Ya Allah, Ya Tuhanku, jadikanlah aku anak yang soleh. Ampunilah dosaku, doa kedua ibubapaku, kasihanilah mereka sepertimana mereka menjagaku sejak kecil lagi. Ya Allah kurniakanlah padaku isteri dan anak-anak yang soleh/hah, penyejuk mata penenang dihati dan bertaqwa kepadaMU. Jadikanlah aku sebagai seorang suami yang menjadi sahabat kepada isterinya didunia dan diakhirat. Aku mohon Ya Allah, agar sentiasa berjalan menuju ke arah kebaikan dalam mencari keredhaanMu. Ya Allah, kurnikanlah“
Masih belum lewat untuk kita hisab diri. Masih belum terlambat untuk kita u-turn untuk bermula semula. Manusia yang dekatkan diri kepada Al-Quran adalah manusia yang inginkan kebaikan. Dan manusia yang berfikir untuk kebaikan adalah manusia yang telah memberikan peluang dan membuka ruang untuk dirinya kearah kebaikan.
# yang baik itu dari Allah s.w.t, dan yang buruk itu datang dr saya yang serba lemah dan kurang ini. Perkongsian ini hanya untuk peringatan diri saya yang mungkin juga mampu dikongsi untuk kalian. Agar ianya bermanfaat.