Monday, October 31, 2011

Transformasi Zakat

TRANSFORMASI ZAKAT
Daripada Zakat Saradiri Kepada Zakat Produktif

Disunting oleh :
Muhammad Syukri Salleh
Mohamad Salleh Abdullah
Zahri Hamat

Terbitan :
Pusat Urus Zakat (PUZ)
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia (USM)

Buku ini ngandungi pemikiran tentang bagaimana keadaan zakat yang berbentuk saradiri sekarang boleh diubah menjadi bentuk produktif. Secara mudah, zakat saradiri di sini bermaksud zakat yang habis digunakan asnaf untuk memenuhi keperluan sebaik sahaja diagihkan kepada mereka. Zakat produktif pula sebaliknya ialah zakat yang boleh berkembang setelah diagihkan kepada asnaf.

"...beliau dapati bahawa institusi pengurusan di institusi zakat masa kini berkecenderungan memakai kaedah Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM). Namun berdasarkan penelitian yang telah dilakukan terhadap sifat-sifat TQM, beliau dapati kaedah ini kurang sesuai untuk dipakai ke atas pengurusan institusi zakat......Ketidaksesuaian pemakaian ini berdasarkan ketidakselarian sifat-sifat TQM dari perspektif Islam."

"....transformasi zakat yang ingin dilakukan mestilah dalam bentuk baharu, iaitu membuat pelaburan, bukanyakaedah berbentuk pemberian wang ringgit yang dilihat kurang berkesan dalam membasmi kemiskinan...."

* saya baru mendapatkan buku ini ketika mencari-cari buku di MPH Books Store. Saya tertarik dek perkara yang diketengahkan disini hasil daripada pembentangan kertas oleh pakar-pakar yang dipanggil. Mengadungi 14 bab termasuk 1 bab pengenalan. Dalam keadaan hari ini, kewangan Islam di Malaysia perlu berdiri pada paksinya sendiri dan bukan hanya menjadi sebagai satu produk yang "melepas batok di tangga". Ini termasuk jugak dalam entiti zakat, wakaf dan sebagainya. Ini tidak timbul soal kemiskinan yang tidak terbela dan dibela serta terus menerus miskin. Perlu ada perlaksanaan dalam kewangan Islam umumnya yang benar-benar mempunyai roh islam itu sendiri yang langsung tidak mempunyai unsur-unsur konvensional yang jelas-jelas tidak menepati syarak. Bermakna roh pensyariatan ini akan menepati dua asas utama kehidupan insan iaitu hablumminallah dan hablumminannas.

Tuesday, October 25, 2011

Ubat Kuat !!!

"Aku tengok kau rileks je dengan gaji sekarang?"tanya kawan saya.
"Rileks dah la. Habih tu nak memberontak kot" jawab saya dengan pertanyaan.
"Kalau tolak itu ini, mana nak cukup fiq ooi" terang kawan saya.
"Bersyukur itu adalah yang terbaik. Itu cara aku bila gaji masuk je. Satu lagi aku akan sentiasa rasa cukup tanpa ada sedikit mengeluh dan merungut. yang penting, sedekah walau sedikit sebab gaji kita ni ada bahagian untuk kita dan ada bahagian yang bukan untuk kita, sebab tulah kena bayar zakat pendapatan, harta, sedekah" jawab saya.

"Fiq, hang background Pengajian Islam, Syariah pulak tu, tempat hang kat pejabat agama ke, sekolah agama ke bukan dok kat akaun" tanya seorang kawan
"Ye ke? aku tak lihat pun macam tu, mungkin bakat aku kat sini kot..hehehe" jawab saya tersengeh. " Ada hikmah tu, kene carila" sambung saya lagi.
"Mungkin" ujar kawan ringkas
"Agaknya nak kena sampai tahap PhD baru aku ditakdirkan Allah dalam bidang aku. Mana tau. Boleh jadi penyambung perjuangan Almarhum Ahmad Ibrahim" Seleroh saya tetapi serius.

"Hai manusia, ingatlah nikmat Allah kepada kamu. Adakah pencipta selain Allah dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?"
Surah Fatir ayat 3

"Katakanlah; Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan dari bumi? Katakanlah Allah"
Surah Saba ayat 24

Begitulah cara saya mendidik diri. Mendidik diri agar sentiasa ada rasa syukur dengan segala kurniaanNYA, nikmat yang diberikanNYA baik berupa wang ringgit, harta, kelapangan waktu, kerjaya, kemahiran juga ilmu. Kerana sebagai seorang muslim dan mukmin yang mengaku bahawa Allah adalah Tuhan sekalian alam dengan atas Asma ul Husna NYA, wajib ke atas saya untuk yakin dan beri'tiqad sepenuhnya tanpa ada sedikit ragu pun.

Untuk apa merungut jika rungutan itu sedikit pun tidak mampu mengubah keadaan agar menjadi lebih baik. Walhal rungutan lebih mampu mengubah kepada untuk merungut lagi. Lebih baik berusaha untuk mencapai yang dihajati dan berserah.

"Apa sahaja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun dapat menahanya, dan apa sahaja yang ditahan oleh Allah, maka tidak ada seorang pun yang sanggup melepaskanya sesudah itu. dan DIA lah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"
Surah Fatir Ayat 2

Memang tidak dinafikan kos sara hidup hari ini begitu tinggi jika dibandingkan dengan pendapatan yang rendah yang diperolehi oleh kebanyakan orang hari ini. Tetapi apakan daya jika itu sahaja yang diterima pada ketika ini. Dan saya juga melihat kerani-kerani dikalangan kakitangan awam bukan sembarangan orang. Berlatar belakang akademik yang paling "koman" pun Diploma. Lagi hebat yang ada Ijazah Sarjana Muda pun. Tetapi disebabkan panggilan untuk kerja bergredkan SPM diterima, maka terpaksa akurlah dek kerana bercita-cita tinggi nak tempatkan diri dalam sektor awam ni. Bukan senang nak rebut tempat, lagi susah kalau nak dapatkan tempat di Agensi Kerajaan, Badan Berkanun. Walaupun istilah "susah"kena buang dari kamus hidup, hakikatnya itulah yang diterima. Begitulah yang berada disektor Swasta mahupun yang bekerja sendiri.

"Sesungguhnya Allah melapangkan rezeki kepada sesiapa yang DIA kehendaki dan menyempitkanya,SesungguhNYA DIA Maha Melihat dan Maha Mengetahui akan hamba-hambanNYA"
Surah Al-Isra ayat 30

Ibnu Katsir mentafsir ayat diatas sebagai Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan maha Melihat manakah hamba-hambaNYA yang layak untuk kaya dan miskin. Melihat suasana seperti ini, saya lebih cenderung untuk mendidik diri supaya merenung, Allah Maha Pemberi Rezeki. Ye, Allah itu Maha Pemberi Rezeki.

"Wahai Hamba-Ku, seandainya orang-orang terdahulu dan orang-orang yang belakangan serta semua jin dan manusia berdiri di atas bukit memohon kepada-KU, kemudian masing-masing aku penuhi permintaanNYA, maka hal itu tidak mengurangi kekuasaan yang ada disisi-KU, melainkan hanya seperti benang yang menyerap air ketika dimasukan ke dalam lautan"
Hadis Qudsi Riwayat Imam Muslim dari Abu Dzar Al-Giffari

Usaha itu mesti ada. Meletakkan sesuatu keputusan dan matlamat dalam hidup adalah mesti. Kalau tidak, masakan diri hendak melangkah dari selemah-lemah langkah ke sekuat-kuat langkah. Saya tidak melihat kenapa saya perlu berungut sedangkan dalam firman Allah swt sudah jelas menyatakan dan juga yang terdapat didalam sunnah Nabi saw bahawa rezeki itu adalah dariNYA. DIA adalah sebaik-baik perancang dan penentu.

Saya teringat ketika saya mengharungi laluan pendakian Gunung Kinabalu, Sabah. Walaupun persediaan fizikal agak cukup membantu, hakikatnya saya hampir tewas dek pertengahan jalan. Kecedaraan dibahagian lutut yang dialami sebulan sudah menganggu kembali tumpuan saya ketika perjalanan baru melewati 2 kilometer, yang ketika itu sudah berada pada ketinggian 3 ribu kaki. Mustahil untuk meneruskanya kerana kesakitan seperti dicucuk duri tajam. Akan tetapi, bila diingat kembali matlamat dan tujuan kehadiran saya di sana, saya gagahkan juga langkah kaki dengan bantuan seluruh tenaga yang ada. Saya ketika itu tidak berhenti-henti menyebut "Ya Qawi, Ya Hayyun, Ya Qayyum". Begitu juga ketika seawal pagi kami dari Laban Rata hendak ke Low Peak, dalam keadaan suhu dibawah 2 darjah, angin yang kuat, setiap lima langkah saya perlu berhenti untuk mendapatkan nafas semula dan makan sedikit power bar untuk bekalkan semula tenaga. "Dah 'all out' ni, main bola sepak 90 minit pun tak sepenat ni, futsal lagi la. Ya Allah, beri aku kekuatan." Alhamdulillah, saya berjaya sampai di Low Peak dan solat Subuh di atas sana dengan sempurna.

Begitulah dalam misi kehidupan. Saya tidak mempunyai pengalaman dalam kerjaya yang panjang, begitu juga dalam kehidupan. Tetapi setiap yang saya temui sepanjang 26 tahun saya hidup ini, saya cuba kutip dan manfaatkan dalam kehidupan walaupun ianya sedikit. Saya tidak mahu jadi orang yang sia-sia, yang dibekalkan kepanjangan dalam umur tetapi tidak manfaatkan, yang dipertemukan dengan pelbagai keadaan dan cara tetapi tidak sedikit pun diambil pengajaran.

Saya merasakan tidak layak untuk menulis tajuk ini dengan lebih panjang, cukuplah sekadar saya katakan bahawa ayat-ayat Allah swt cukup memotovasikan saya dalam meniti setiap laluan kehidupan ini. Begitulah tentang soal ketentuan yang bukan berupa wang ringgit, keselesaan dalam kehidupan, teman-teman sekeliling, kerjaya, jodoh, semua itu ada didalam ayat Allah, sunnah Nabi saw. Dimana hendak datangnya kekuatan itu, saya meletakkan syarat pada diri agar mengerjakan apa yang diperintahkan terutama menjaga hal-hal yang wajib dan seterusnya perkara sunat. Adapun yang lain menjalani kehidupan yang selayaknya dan seharusnya sebagai seorang manusia yang mengaku beriman kepada Allah swt. Serta sentiasa berbaik sangka dengan apa yang diterima dan singgah dalam perjalanan kehidupan kita. Saya cukup takut jika saya bersangka yang buruk terhadap apa yang diterima dan ditakdirkan didalam kehidupan saya.

Saya pernah terfikir, jika saya diberikan kekayaan mampukah saya mengekal rentak saya seperti hari ini atau saya akan jadi seorang yang kaya yang menolong orang atau lebih teruk saya tidak mahu seperti Qarun( na'uzubillah )?

" Sesungguhnya diantara hamba-hambaKU, keimanan barulah menjadi baik jika Allah memberikan kekayaan padanya. Seandainya Allah membuat ia miskin, tentu dia akan kufur. dan sesungguhnya diantara hamba-hambaKU, keimanan barulah jika Allah berikan dia kemiskinan, seandainya Allah memberikan dia kekayaan, tentu dia akan kufur"
Mafhum Surah Asy Syura ayat 27

"Adapun manusia apabila Tuhanya mengujinya lalu memuliakanya dan memerikanya kesenangan, maka dia akan berkata; Tuhanku telah memuliakan ku. Adapun bila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata; Tuhanku menghinakanku"
Surah Al-Fajr ayat 15-16

Begitulah percaturan langkah dalam kehidupan yang entah bila penamatnya dan apakah kesudahanya. Juga seiring dengan keimanan yang dimiliki ketika mengharunginya.

Seorang sahabat yang bernama Anas Bin Malik r.a selalu berdoa;

"Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami dalam agama-MU. Sahabat bertanya; Adakah hati ini boleh dibolak balikan? Jawab Nabi; Ya, sesungguhnya hati-hati itu berada diantara jari-jari Allah dan DIA membolak-balikkann sebagaimana DIA dikehendakiNYA"
Hadith Sahih riwayat Imam Tarmizi

"Berkatalah Tuhanmu; berdoalah(mintalah) padaKU, nescaya akan AKU perkenankan permintaan kamu"
Surah Al-Ghafir ayat 60

"Bersabarlah serta tempatkan dirimu bersama-sama orang yang sering berdoa kepada Tuhan mereka"
Surah Al-Kahfi ayat 28



Sunday, October 23, 2011

Ada Hikmahnya

"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupanya"
Surah Al-Baqarah ayat 286

"Al-hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka dimana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya"-hadith riwayat Tirmizi


Alhamdulillah dan Syukur dipanjatkan kepada Allah swt

Minggu ni tak de kelas, dalam kondosi diri sekarang ini, agak kurang yakin menguasai diri untuk berhadapan dengan umum. Maka pertemuan maya ini membantu saya untuk berhadapan dengan kalian. Ini kerana bengkak akibat hentakan semasa kemalangan kereta yang sudah menjengah seminggu lamanya masih ketara dibahagian bawah mata. Sekarang dah rupa macam bisul dah.

Cream yang dibekalkan oleh Farmasi PPUM ketika pertemuan baru-baru ini sedikit membantu. Walaubagaimana pun saya mencari kaedah lain untuk menyembuhkan kesakitan ini. "Plaster Katak@kok yok katak" yang boleh didapati di kedai ubat cina langsung kehabisan. Lalu "tauke" menyarankan menggunakan serbuk herba bagi mengantikan plaster katak itu. Kene cuba jugaklah, kalau tak macam tu la rupanya.

Bercerita tentang kemalangan yang menimpa seminggu yang lalu, cukup memenatkan. Ini kerana saya baru sahaja keluar dari UKM setelah habih mengikuti kuliah hujung minggu. Dalam keadaan diri yang penat yang mana penat selama seminggu bekerja tidak habis-habis, tiba di bulatan dan saya memandu untuk keluar dari bulatan tiba-tiba dentuman kuat menyinggah. Gen-2 yang kelihatan sudah berada dihadapan tadi dan bergerak seperti biasa berhenti secara tiba-tiba kerana kereta kompak dihadapanya melencongkan kenderaan secara tiba-tiba. Saya keluarkan dari kereta terus mengeluarkan pertanyaan yang bernadakan tegas dan keras "yang brek secara tiba-tiba ni kenape!? " sambil melihat keremukkan kereta yang bagi saya teruk. Mungkin ini pertama kali saya kemalangan melibatkan orang lain. "Maaf bang, kereta depan tu tiba-tiba aje cross, saya tak sempat nak ambil no. kereta" terang pemuda yang gelarkan diri saya sebagai abang."Tak pe, bawa kereta ke tepi, nanti sesak pulak" saran saya dah macam polis traffik. Namun begitu, itulah langkah yang disarankan oleh pihak PDRM ketika berlaku kemalangan. Kalau tak alih, maka sesaklah jalan raya, sebabnya polis akan ambil gambar kereta ketika kereta tiba di balai. Cumanya, umum tidak mengetahui perkara ini, akibatnya bila kemalangan di jalan raya, dibiarkan kereta ditempat kejadian sehingga sesak yang teruk. Tambah pulak rakyat Malaysia ini sangat prihatin tak kena gaya, bila lalu dilokasi kejadian maka gear kereta ditolak menjadi satu untuk melihat kejadian, mengupas kejadian yang berlaku dan membuat andaian.

InsyaAllah, dua atau tiga hari lagi Saga Blm saya akan siap sepenuhnya. Saya mengharapkan ada hikmah disebalik kejadiaan yang menimpa dan hikmah disebalik kesibukan tugas harian. Kerana banyak perkara yang berlaku saban hari. Ada yang kecil, besar, serius dan tidak serius. Namun begitu, sejauh manakah saya dan kalian memanfaatkan setiap kejadian atau peristiwa itu bagi mempelajari mengenai kehidupan. Sejauh manakah saya dan kalian menggunakan pengalaman sebagai sempadan. Pokoknya, sejauh manakah juga saya dan kalian mempelajari hikmah disebalik peristiwa yang berlaku disekeliling yang ditunjukkan Allah SWT kepada saya dan kalian. Tidak kira la samada ianya berlaku keatas selemah-lemah manusia sehingga sehebat seorang Perdana menteri, Maharaja mahupun Presiden.

Semuanya mampu membantu memberikan pengajaran dan hikmah. Persoalanya, sejauh manakah kita manfaatkan hikmah itu untuk diterjemahkan kepada perancangan kehidupan seterusnya dan selepas ini?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selainya. Hanya kepadaNYA aku bertawakkal"
Surah At-Taubah ayat 129

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,
Dia datangkan petir dan kilat,
Kita menangis dan tertanya-tanya,
Kemana hilangnya sinar,
Rupa-rupanya,
Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah."

Thursday, October 20, 2011

Selamatkan Aqidah Umat-Jadilah seperti Abdullah Bin Huzafah Al-Sahmi


Jom, hadirkan diri ke sana!!!

Isunya sangat besar bilamana ianya berkait dengan aqidah. Jika seseorang itu mahu keluar dari Islam dengan kerelaan setelah tidak berpuas hati dengan Islam, itu tak pe. Yang menjadi isunya disini adalah kerana mereka murtad dek kerana ketidakfahaman mereka mengenai Islam, tiada penghayatan dalam agama, kesempitan hidup, kesenangan hidup, kebebasan hidup dan beberapa faktor yang sangat lemah sehingga seolah-olah keadaan telah memaksa mereka dan mereka ini tidak mampu menghadapi keadaan itu mungkin. Pokoknya disini, adalah keyakinan kita sebagai muslim dan mukmin kepada Allah swt. Mana mungkin seorang muslim itu mampu mencapai tahap seorang mukmin jika dia tidak beriman kepada Allah swt. Islam jika hanya pada nama dan keturunan tidaklah boleh dibanggakan jika tidak disertai dengan perbuatan sebagai seorang mukallaf yang hatinya sentiasa bertaut pada "Tali Allah". Musuh Allah menanti dengan penuh tawaran yang menggunung.

Samalah kisahnya dengan seorang sahabat Nabi s.a.w yang kurang meniti dibibir kita tetapi keunggulan mempertahankan aqidahnya sangat terpuji. Bilaman beliau ditangkap hidup-hidup oleh tentera Rom, maka ditawarkanya oleh Pemerintah Rom ketika itu;-

"Jika kamu keluar dari Islam dan memeluk agama Nasrani(Kristian), kamu akan dibebaskan dan aku berikan hadiah yang besar.
Jawab Abdullah dengan tenang, " Jika aku hidup dan mati seribu kali pun, nescaya aku tidak akan keluar dari Islam".

"Jika aku tawarkan kepada engkau segala kekuasaan dan negeri jajahanku kepadamu?"
Jawab Abdullah," Sekiranya engkau berikan segalanya pada aku walaupun sesaat, aku tidak akan sekali keluar dari agama yang dibawa Muhammad.

Lalu disediakan sebuah kuali yang besar dan diisi dengan minyak yang mendidih, ketika Abdullah dibawa kesana maka menangislah Abdullah. Lalu dibawa kmbali kepada Raja Rom lalu ditanya, " Adakah engkau sudah bersedia untuk masuk ke agama Nasrani?
Jawab Abdullah,"Aku menangis kerana aku ingin mati didalam peperangan ( fi Sabilillah ), malangnya hari ini aku akan mati dalam keadaan sebegini rupa"

Seterusnya? kalian gali sendiri kisah sahabat ini dalam mempertahankan aqidahnya. Mereka benar-benar yakin serta ketaqwaan mereka ini tidak sama sekali boleh diragui. Andai kita hidup ketika zaman mereka dalam keadaan iman kita pada hari ini, mampukah kita mempertahankan kalimah tauhid dan keyakinan kita?

Wednesday, October 5, 2011

Asiff Jiddan@Maaf@Sorry@Mianhamnida@Het Spijt Me

Manusia adakah makhluk ciptaan Allah SWT yang sempurna dan istimewa serta yang paling indah. Wajah yang Dia ciptakan dengan indah, padanya ada dua mata yang mampu melihat puluhan, ratusan, bahkan ribuan gambar dan apa jua yang terhidang didepan mata. Begitu juga dengan nikmat mendengar, nikmat berkata-kata, rasa dan deria-deria yang yang diciptakan semuanya berfungsi dalam sedetik untuk kemanfaatan dan ibadat kepada-NYA serta membuktikan Maha Kuasa-NYA. Penciptaan yang sempurna ini seharusnya dijadikan kayu ukur dalam perhubungan sesama manusia. Oleh sebab semua manusia diciptakan sempurna, antara sifat semulajadi manusia itu bersifat penyayang dan kasih kepada manusia dan makhluk. Dengan sifat ini, manusia akan saling menyayangi antara satu sama tanpa perlu wujud permusuhan, persengketaan dan benci walaupun manusia kadang-kadang terjerumus ke dalam pujukan hawa nafsu dan perasaan sehingga menenggelamkan rasional dan tidak dapat membuat pertimbangan yang betul kerana kelemahan juga adalah sifat semulajadi manusia.

Kemaafan atau memaafkan bererti menghapuskan. Jadi, seseorang itu boleh dikatakan memaafkan orang lain jika dia telah menghapus kesalahan orang lain kemudian tidak menghukumya walaupun dia mampu berbuat demikian. Dalam bahasa mudahnya, kita adakalanya akan membalas kejahatan atau perbuatan negetif orang lain terhadap kita sedangkan kita mampu untuk bersabar atau mampu menahan marah. Kerana mafhum sabda Nabi Muhammad s.a.w pernah mengatakan bahawa orang yang kuat itu bukan kuat bergusti(bergaduh) tetapi yang kuat menahan marahnya. Apabila marah dan sifat tidak sabar menguasai diri, akan terhapuslah kemaafan dalam diri. Makanya, kita akan terus-terusan menyakiti diri sendiri dan orang lain. Dari Muaz r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud :

“Barangsiapa menelan/menahan kemarahanya sedang ia berkuasa untuk membalas kemarahanya itu, maka pada hari kiamat kelak Allah akan memanggilnya dihadapan seluruh makhluk dan dia diberi peluang untuk memilih bidadari mana sahaja yang dia sukai.” ( Riwayat Abu Daud )

Kemaafan perlu disertai dengan dorongan untuk memaafkan orang lain. Dorongan agar kita mahu memaafkan orang lain telah disebut oleh Allah s.w.t berulang kali didalam AL-Quran;(al-A’araf ayat 199,al-Hijr 85 dan as-Syu’ara 43. Ini kerana, manusia diciptakan untuk saling kenal-mengenali dan saling berkerjasama antara satu sama lain serta bantu-membantu demi membina kehidupan yang sejahtera dengan di dokong iman dan takwa kepada Allah SWT.

Dari Atta bin Abdullah Khurasani r.a meriwayatkan bahawa, Rasulullah saw bersabda: “Berjabat tanganlah di antara kamu kerana ia akan menghapuskan kebencian, dan berilah hadiah antara satu sama lain kerana ia akan menimbulkan kasih sayang dan menjauhi permusuhan.” (Riwayat Imam Malik)

Sifat suka memaafkan satu perbuatan yang terpuji. Ia menzahirkan kebersihan hati yang suci murni. Orang yang suka memaafkan orang lain adalah hasil dorongan keredhaan hatinya terhadap Allah SWT. Dia memahami tentang dirinya sendiri sebagai insan yang bersifat serba kekurangan dan tidak sunyi dari melakukan kesalahan sama ada cara sedar atau tidak sedar. Siapakah kita untuk tidak memaafkan orang lain sedangkan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang terhadap hambaNYA?

Adalah tidak menjadi kehinaan jika kita menjadi seorang yang pemaaf kerana ianya menggambarkan bahawa kita telah menunjukkan kebijaksanaan dalam mengawal emosi dan nafsu. Selain itu seorang yang pemaaf itu menunjukkan dia bersih dari sifat kesombongan, dendam, hasad dan mempunyai keimanan yang tinggi. Sifat-sifat ini merupakan ikatan yang sangat kukuh dalam memantapkan persaudaraan Islam.

Islam adalah agama persaudaraan. Kerana itulah setiap mukmin itu adalah bersaudara. Dan persaudaraan ini tercetus kerana kasih sayang antara semasa manusia yang lahir daripada sifat saling berbaik-baik, bermaafan, memaafkan, sabar, tolak ansur dan saling menghormati. Jesteru nilai-nilai murni ini menjadi tunjang di dalam kehidupan kita dan kehidupan bermasyarakat. Oleh itu, tuntutan berbuat baik atau melakukan kebajikan tidak terbatas kepada ibu bapa, adik beradik, ahli keluarga atau orang-orang yang ada pertalian darah dengan kita sahaja. Bahkan kita dituntut berbuat baik atau melakukan kebajikan kepada kawan-kawan, jiran tetangga, rakan sepejabat bahkan kepada orang-orang yang kita tidak kenali termasuk juga terhadap haiwan dan makhluk-makhluk yang lain. Firman Allah SWT didalam Surah al-Fusilat ayat 34 bermaksud :

Maksudnya: Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan yang jahat. Tolaklah kejahatan dengan cara yang baik; apabila tiba-tiba orang yang di antara kamu dan antara dia ada permusuhan, seolah-olah dia seorang sahabat karib”

Kemaafan adalah sifat yang terpuji didalam Islam. Saling bermaafan akan mengeratkan lagi hubungan persaudaraan Islam. Kerana manusia tidak boleh hidup bersendirian. Oleh sebab itu, manusia tidak dapat lari dari hidup bermasyarakat yang saling perlu memerlukan dan saling bergantung antara satu sama lain. Tuntutan untuk saling bermaafan merupakan satu tuntutan dalam menunaikan tanggungjawab sesama umat Islam atau melaksanakan hak mereka yang juga merupakan salah satu dari cabang iman. Sesiapa yang melaksanakan tuntutan ini akan mendapat ganjaran pahala serta dikasihi Allah SWT dan RasulNYA. Makanya, akan terbinalah semangat bantu membantu dan hidup berkasih sayang serta bertolak ansur dapat membentuk perpaduan yang jitu. Disamping ia dapat menghindarkan dari anasir-anasir yang tidak sihat, perbuatan khianat, fitnah dan sebagainya yang boleh mengancam persaudaraan dan perpaduan sesama Islam. Firman Allah SWT didalam Surah ali-Imran ayat 110 yang bermaksud :

‘Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik’.

Ibnu Qayyim Rahimahu Allah menyatakan bahawa sesiapa yang berbuat baik dengan orang lain. Allah akan berbuat baik kepada dirinya, dan sesiapa yang bersifat rahmah kepada orang lain, Allah akan bersifat rahmah kepadanya, dan sesiapa yang memberi manfaat kepada orang lain, Allah akan memberi manfaat kepada dirinya, dan sesiapa yang menutup keaiban orang lain, maka Allah akan menutup keaibannya, dan sesiapa yang menegah kebaikan orang lain, maka Allah akan menegah kebaikan kepadanya dan sesiapa yang berhubung kepada yang lain dengan sifat tertentu Allah akan bermuamalah denganya sama dengan sifat itu di dunia dan di akhirat.

Sunday, October 2, 2011

The Last Stand - Hiking G.Kinabalu

Tak habih cerita sebenarnye episod sebelum ni. Jadi kene tambah baik la sikit.

Persiapan

Kene tengok jugakla keadaan cuaca di sana. Kalau kene time sejuk+hujan+angin ni memang pkaian sejuk yang mampu tahan sejuk dengan baik kena ada. Termasuk sarung tangan, stokin yang tebal, baju, seluar, sarung kepala yang padan dengan kita. Disebabkan saya pertama kali ke G.Kinabalu, dan keadaan cuaca sana sejuk, sarung tangan saya memang tak mampu nak tampung kesejukan yang ada di sana. Alhamdulillah, saya hanya bergantung pada kekuatan fizikal dan dalaman yang dikurnikan Allah untuk hadapinya. Bayangkan anda bermula dari suhu dibawah 10 darjah dan terus turun seiring bertambah tinggi tempat anda di sana.

Baju hujan perlu, head lamp perlu, ubat-ubatan sangat perlu kerana anda akan alami Acute Mountain Sickness (AMS) contoh macam tak de selera makan, sukar bernafas, susah nak tido, nak muntah, sakit kepala. Ini disebabkan perubahan altitude.. Makanya kene selalu berhenti ketika mendaki sekiranya terdapat simptom AMS pada diri. Kecederaan fizikal dan dalam seperti dalam anggota kaki seperti lutut, buku lali, betis dan peha kemungkinan akan dialami sekiranya cara pergerakan dan ketahanan anggota terbabit tidak mampu menahan dan tidak mempunyai kekuatan. Kene pakai knee guard, angkle guard sekiranya nak tampung dan lindungi kecederaan. Rumusanya anda perlu memiliki kecerdasan dan kekuatan fizikal dan mental yang maksima.

Walaupun trek hanya bolh dikatakan "boleh ni!" tetapi jika tidak mempunyai ketahanan dan kecerdasan yang maksima, tewaslah jawapanya. Kelengkapan peribadi sangat perlu dan kene pandai uruskan agar beg yang dibawa tidak berat dan mengganggu perjalanan dan kemampuan diri walaupun anda boleh mengupah orang untuk galaskan beg anda. Makanan? mesti bawa seperti power bar, glokus dan minnuman tenaga dan air mineral. Tongkat? perlu sebab nak menongkat anda sekiranya penat dan sakit. Ianya penting bagi saya ketika itu sebab kecederaan lutut saya yang sudah sebulan sakit ni makin terasa sakitnya.

Kelengkapan lain perlu rasanya anda boleh layari laman web yang saya tuliskan dibawah. Ianya cukup membantu.


"bergambar di Timpohon Gate"


" Dah rupa macam angkasawan, sejuk. Jam baru pukul 1 pagi "


" Berhenti rehat. Tak tahan sejuk, dan kandungan oksigen berkurang dengan cuaca yang sejuk. Sejuk boleh menyerang otot kaki terutamanya "


" Nak turun dah "

Ya Allah! Selamatkanlah Perjalanan Mereka



KL - Christchurch
2 Oktober Jam 08.40 am ( departure ) 18.55 pm ( arrive )


Christchurch - KL
8 November Jam 04.10 pm ( departure waktu NZ ) 22.25 ( arrive )


لاَاِلَهَ اِلاَّاللهُ الْعَظِيْمُ الَحَلِيْمُ، لاَاِلَهَ اِلاَّاللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، لاَاِلَهَ اِلاَّاللهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ الأَرْضِ
وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيْمِ

Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Agung Lagi Maha Pemurah, Tiada Tuhan Melainkan Allah yang merajai A'rasy Yang Agung, Tiada Tuhan Melainkan Allah yang merajai Langit, Bumi dan A'rasy yang mulia.

بِسْمِ اللهِ مَجْريهَا وَمُرْسَاهَا إِنَّ رَبِّي لَغَفُوْرٌرَحِيْمٌ

Dengan menyebut nama Allah diwaktu belayar dan berlabuh, sesungguhnya Tuhanku benar benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

يآحَيُّ يآ قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ

Ya Allah Yang Maha Hidup dan Maha Kuasa, aku memohon pertolongan dengan kasih sayangMU.

Saturday, October 1, 2011

Hiking Kinabalu, Sabah

Dah hampir seminggu baru pulang dari mendaki Gunung Kinabalu, Sabah. Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik selamat, dan dipermudahkan. Kesihatan yang dikurniakan, sihat wal'afiat.

Hari pertama
Hari Rabu 21hb bertolak dari KLIA ke Kota Kinabalu dengan menaiki pesawat Firefly, FY 528 pada pukul 7.10 petang. Sampai Airport KK lebih kurang pukul 9.30 malam. KK dah mula golap, sebab sana awal berbanding di semenanjung. Kami tunggu kereta projek untuk pick-up ke hotel di Kampung Air. Sampai di Hotel, kami check-in dan terus cari kedai makan. Sangat mudah sebab hotel berada betul-betul dengan kedai makan. Tapi bukan makan sangat pun, banyak menyembang sampai awal pagi.

Hari Kedua
Sarapan dan terus ke tapak projek. Kereta projek awal lagi dah stanby depan hotel. Selesai sahaja di tapak, terus balik hotel mengemas barang. Sebab pukul 1, van yang disewa khas untuk hantar kami ke Kinabalu Park akan jemput. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kinabalu Park, Ranau mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Ini pun bergantung pada bilangan kenderaan ke sana. Sebabnye jalan pun tak berape nak besar, mendaki pulak tu. Macam lalu jalan Gerik nak ke Kelantan pulak. Jadi, kalau ada lori, treler ke makanya kene la slow dan cari peluang nak potong. Sepanjang perjalanan ke sana, Gunung Knabalu dah kelihatan. Sangat cantil. Subhanallah. Pemandangan sekitarnya pun sangat indah. Keadaan cuaca mulai rasa nyaman dan sejuk.
Sampai di Kinabalu Park, kami daftar di bahagian pendaftaran. Check-in. Cantik tempatnya. Suhu dah berada dibawah 10 darjah. Sejuk. Ada la yang bertukar jadi angkasawan dah masa tu. Saya tak mo lagi, sebab nak cuba tahan sejuk semampu mungkin. Sebabnye? nanti kat atas lagi sejuk. Jadi, belaja untuk tahan sejuk.
Sempat jugak berjalan-jalan kawasan sekitar. Tengok bunga, pokok2. Cantik. Mulut tak berenti memuji kebesaran Allah. Memang cantik. Tak macam Cameron Higlands.
Malam, kami siap untuk makan, lepas makan kami berkumpul di ruang tamu yang dipasang unggun api sebagai pemanas badan. Sambil tu, main UNO Card.

Hari Ketiga
Pukul 8 pagi kami dah mula bergerak ke Timpohon Gate, di mana tempat untuk bermulanya mendaki. Kami di kawal emm bukan jugak, selia kot oleh 2 orang guides. Jadi bermulalah episod perjalanan kami mendaki. Kilometer pertama masih lagi dalam kumpulan ( 9 orang ), lepas tu apa lagi, pecut la. Macam F1 keluar dari Pit Stop. Penat, letih, itulah yang mesti dirasai. Suhu semakin sejuk, kabus mulai turun menutupi kawasan pendakian. Tapi bergambar, tetap bergambar. Hihihi..Berbekalkan Power Bar, bukan Power Root, tenaga terasa dikembalikan semula. Macam bateri kene charge la.
Alhamdulillah, lebih kurang 5 jam perjalanan, kami sampai di Laban Rata. Rest House. Ketika itu kami berada pada ketinggian 9 ribu kaki lebih la. Suhu dah berada dibawah paras 5 darjah. Sangat sejuk. Saya masih lagi berpakaian seperti awal pendakian, walaupun kawan yang lain dah macam angkasawan nak ke ISS.
Malam, Laban Rata dah dipenuhi pendaki, baik dari dalam Msia mahupun luar Msia. Tapi yang ramai adalah dari luar Msia. Jepun, Korea, Poland, Oman, Syria, Belanda, England, Jerman, China dan banyak lagi. Sempatla tanya dan berkenalan. Bergambar pun ada. Nak tengok? mai rumah la. Disitu kami makan, rehat sebab kami akan bangun pada 1 pagi untuk mulakan pendakian ke puncak. Malam tu difahamkan suhu sudah berada pada bawah 3 darjah.

Hari Keempat
Pukul 1 pagi bangun dengan penuh rasa menggigil. Sejuk. Almaklumlah, tak penah hadapi keadaan sejuk macam ni. Kami diberikan makan dulu, lepas tu bersiap untuk mulakan pendakian. Gelap, angin tiup dengan kuat. Huh, sejuk. Lidah tidak berhenti memohon kekuatan dari Allah agar dapat bertahan menahan sejuk dan berjaya. Boleh dikatakan hampir setiap 10 langkah, mesti berhenti. Dengan keadaan oksigen yang semakin berkurang, suhu ketika itu dibawah 1 darjah, angin lagi, gelap, tawakkal kepada Allah sahaja. Ada jugak timbul nak berhenti, letih, macam dah beku pun ada.
Hampir 2 jam 45 minit pendakian, sampai jugak di Low Peak, iaitu puncak tertinggi di Gunung Kinabalu. Alhamdulillah. Masa tu keadaan masih lagi gelap walaupun jam sudah menunjukkan hampir pukul 6 pagi. Angin kuat, badan ni terasa seperti diselaputi ais. Keras. Bergambar lebih kurang, kami turun. Sebab dah tak tahan sejuk. Kami mendiri solat Subuh di atas gunung, di permukaan batu. Allahu Akbar. Allah Maha Besar, segala pujian hanya padaNYA.
Bila dah cerah sikit, baru kami nampak rupa Gunung Kinabalu. Masyaallah! macam ni rupanya? mental-mental. Menggerukan. kalau waktu siang ni, conform tak naik dah. Mujur naik tengah gelap.
Kami turun semula ke Laban Rata untuk sarapan. Selesai bersarapan kami cepat-cepat turun ke kaki. Sebab? kepala, hati dah ada kat hotel. Nak mandi air panas, nak rehat, tido. Masa tu macam-macam jenis enjin la. Ada yang pasang turbo, intercooler, dah macam marathon pulak. Berdesup turun.
Alhamdulillah, sampai di kaki kami diberikan sijil pengiktirafan, kami makan tengahari dan bertolak balik ke KK. Kami menginap di hotel yang sama ketika tiba dahulu. Malam tu, kami berjalan-jalan di Pasar Malam Kampung Air. depan pintu hotel je. Beli la ape yang boleh.

Hari Kelima.
Nak balik dah. Penerbaangan pesawat Firefly pukul 12.50. Pagi tu sempat ke Pasar Pilipin dan Pasar Basah. Beli udang segar dan besar punya. Saya suka makan udang. Udang disana segar dan isinya manis.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah..kami selamat tiba di KLIA..penat, letih itulah yang dirasai. Itu pun tak termasuk dengan pakej sakit kaki, sengal badan, lenguh kaki.


" Bergambar bersama kontraktor Projek Loji Rawatan Kumbahan Kota Kinabalu Fasa 1, Salcon Engineering Sdn Bhd...amacam, dah macam jurutera dah. Jurutera Islam. Generasi Al-Jazari "


" Siap sedia untuk mendaki, Gunung Kinabalu akan ditawan! "


"Ni, baru jalan sikit, bergambar. Macam mana nak sampai"


"Alhamdulillah, dalam keadaan suhu mencecah 1 degree, berjaya jugak sampai di Low Peak. err..sejuk"


"Maha Suci Allah. Doa dipanjatkan tanda rasa syukur. Memang terasa kerdil bila bersujud diatas gunung ni"


" Bergambar kenangan ketika tiba di KLIA dari Kota Kinabalu"