Sesungguhnya orang-orang Yang beriman, dan orang-orang Yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang Yang mengharapkan rahmat Allah. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Surah Al-Baqarah Ayah 218
6.45 petang semalam saya dan ayah sudah menenmpatkan diri kami di Masjid Al-Ghufran, Kompleks Balai Islam Pinggir Taman Tun Dr.Ismail. Mana tidaknya, kami tidak mahu ketinggalan bersama-sama jamaah lain untuk turut serta untuk mengaminkan doa akhir tahun 1431H dan doa awal tahun 1432H. Ini tahun baru untuk umat Islam. Ini kenyataan dari diri saya.
Cuba anda kira, jika satu masjid mampu "menjana" 300 orang untuk sama-sama berdoa dan menyambut datangnya tahun baru dengan suasana penuh keberadaban dan islamik, bayangkan jika 2000 buah masjid di Malaysia berbuat demikian? bilanganya mencecah 0.6 juta yang beragama Islam dan semestinya mereka adalah orang-orang yang beriman. Angkanya kecik jika dibandingkan dengan bilangan penduduk Islam di Negara kita. Kuantiti tidak menjamin kualiti. Tapi dalam aspek ini, kuantiti menjamin kualiti yang akan dipasarkan. Kenapa saya berkata
demikian? kerana mana mungkin sejumlah ini "senang-senang" hadirkan diri ke Masjid hanya untuk berdoa bersama-sama dan menyambut tahun baru Hijrah yang mana rata-rata lebih cenderung memilih untuk menyambut tahun baru Masihi. Betul atau tidak, saya kata "betul dan anda terserah pada anda menilainya.
Bagaimana kita dalam sejumlah 0.6 juta benar memahami Muharram itu? jawapan saya adalah pengisian yang akan dibuat selepas kita berdoa. Tetapi tidak keterlaluan jika saya katakan 0.6 juta itu memiliki kefahaman tentang tahun hijri ini....fikir-fikirkanlah.
Saya tinggalkan petikan saya ini dengan sedikit persoalan, jawapan, tanggapan mahupun kritikan.
Selesai sudah solat Maghrib, Para jamaah duduk dengan penuh tertib. Anak-anak yang ramai membarisi barisan dibelakang. Penceramah yang tidak asing lagi, hari Isnin sememangnya hari beliau akan menyampaikan kuliah selepas maghrib, kali ini dijemput untuk memberi ceramah dalam slot malam pertama tahun Hijrah. "Apa yang sering kita lupa pada Muharam ini" tajuk tang akan dikupas oleh Ustaz Hanafiah. Saya tertanya-tanya dan persoalan timbul sejak minggu lepas lagi berkenaan tajuk ini. Mungkin juga saya lupa tentang ada apa dengan Muharam..Hijrah Nabi s.a.w, itu sudah semestinya saya ingat. Tetapi yang lain?
Satu letupan kuat kedengaran didalam Masjid yang dipenuhi para jamaah yang sedang "khusyuk" dalam memberi tumpuan pada penceramah. Ustaz Hanafian baru sahaja selesai menyampaikan salam dan selawat keatas junjungan Muhammad s.a.w, para ahl bait, para sahabat, tabiin...."boom!" seorang jamaah bangun untuk keluar melihat dan diiukuti jamaah lain. "ada kebakaran di tingkat atas masjid" jerit seorang jamaah. Langsung semua jamaah termasuk pihak masjid keluar untuk kosongkan dewan solat. penyewa-penyewa kamar musaffir juga. Api ditingkat atas yang menempatkan kamar musaffir terbakar. Alhamdulillah, keadaan tidak panik ataupun kelam kabut walaupun ini satu kejadian yang sememangnya menghidangkan kecederaan ataupun kematian.
Api marak ditingkat atas. agak lambat api marak, mungkin unsur api kurang disitu, kain langsir ke, kayu yang boleh menyebabkan kemarakan api. Tetapi api makin kuat kerana dibiarkan membakar segenap penjuru tingkat atas masjid. Timbul sedikit kekecewaan dalam diri saya kerana tidak membantu. Sedangkan saya tahu bagaimana hendak membantu. Bila memikirkan banggunan masjid tidak memiliki hos pemadam api yang sepatutnya ada, saya sedikit lega. Tetapi masih besar kekecewaan lagi. Kerana jika dapat tangani pada awalnya, ianya dapat mengurangkan keadaan api. Itu yang saya dapat pada ceramah keselamatan oleh pihak bomba tempoh hari. Timbul lagi kekecewaan kerana banggunan masjid tidak memiliki alat mengesan kebakaran. Jika masjid memiliki alat tersebut langkah lebih awal dapat dibuat kerana siren keselamatan berbunyi.
Ini ada satu ikhtibar. Kepada semua Masjid di Malaysia dan seluruh dunia mesti ada sistem keselamatan. Masjid bukan dinilai dengan indahnya banggunan dan besarnya, tetapi keselamatan perlu. Ini fizikal sebuah Masjid. Malah boleh jadi wajib kerana masjid adalah tempat beribadat, selain mendirikan solat-solat fardu, solat sunat Masjid memainkan pelbagai peranan sebagai sebuah institusi umat islam. One Stop Centre. Dan ini satu kewajipan kita sebagai umat Islam. Bukan sehaja tetamu Allah yang datang itu tenang untuk beriktikaf dan beribadat, tetapi ada rasa selamat dari aspek keselamatan fizikalnya. Ini ada anugerah yang Allah kurniakan kepada kita iaitu akal. Mampu berfikir untuk kemanfaatan yang baik untuk disumbangkan kepada yang lain. Musibah yang datangnya dari Allah swt, adalah diluar kemahuan kita. Kebakaran adalah satu perintah dari Allah swt. Semuanya datang dari Allah swt dan kembali pun kepada Allah swt.
Bila masuk tahun baru, nescaya soalan tentang azam baru ditanya. Pencapaian yang ingin dilakukan untuk tahun ini. Jangan pula ada suara-suara sumbang pada hati yang mengatakan "macam biasa je, tak tau lagi la, emm..jap fikir dulu, azam tu apa?.alaa ape2 je la yang ok..".Bab susah itu pasti ada dan senang itu juga pasti ada. Sebab itu kita kena susah senang. Mana yang dulu, dua-dua itu pasti ada. Kerana ini adalah "tanggungjawab" kita. Selagi kita didunia, itulah yang ditanggungkan untuk kita, atas kita dan pada kita. Dan bilamana tiba hari perhitungan, diwaktu itulah "jawab" itu memainkan peranan. Kita akan men"jawab" apa yang dipertangunggkan kepada kita sewaktu dahulu, di dunia. Sebagai contohnya solat 5 waktu yang fardhu itu adalah satu tanggungan kita. Sejauhmana kita menanggung itu terpulang pada rasa "iman" kita. Dan rasa yang menyebabkan kita kejap solat kejap tinggal itu kita akan "jawab" dihadapan Allah swt atas tanggungan kita. Bersiapkah kita? saya? jom fikirkan jawapanya..(azam la, lepas ni tak nak bawa kereta melebihi had laju kat highway. Dah kena saman baru nak beringat..ish..ish)
Bulan ini agak ketat jadual saya. Saya perlu siapkan diri Final Exam yang menanti pada awal Januari. Ape pun saya mesti pastikan diri dalam keadaaan terbaik. Sihat. Hujung bulan ini ada janji dengan Doktor di PPUM. Sabtu lepas saya sempat menyertai Treasure Huntut. Perjalanan sepanjang 180km yang menjanjikan pelbagai soalan yang diluarkan "senang". Minggu depan dua hari saya di Melaka Bandaraya Sejarah. Sejauhmana saya manfaatkan setiap waktu dan penyertaan, itu yang membuat saya "susah hati" takut-takut ianya membuat saya jauh dari Allah swt. Kerana setiap detik dan kesempatan itu adalah tempoh dan peluang untuk kita sentiasa ingat pada Allah swt walau bagaimana caranya.
Ada lagi, mungkin tidak untuk sekarang. Saya berhenti dulu disini.....disini Aku Hamba-NYA