Thursday, February 21, 2013

tiada alasan untuk putus asa

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, saya masih ingat lagi bahawa ini blog saya. Saya tercari-cari jugak masa untuk menulis kembali. Dek kerana penghujung tahun lepas kekangan masa yang agak mendesak saya. Maklum sahajalah, bekerja dalam bidang kewangan dan akaun ini apabila tiba suku terakhir tahun kesibukan pasti ada. Itu yang dikatanya fitrah kerja kewangan dan akaun.

Dan pengajian saya mulai dengan semester yang bar, dan kini sedang bergelut menduduki peperiksaan akhir. Pelajaran sepanjang hayat, itu lah program saya. Selagi mana, saya diberi kesempatan dan peluang untuk belajar, saya akan terus belajar. Tidak kira la peringkat M.A, Phd, atau Diploma/Ijazah/Sijil di bidang lain pun, mencari ilmu itu wajib bagi saya. Masakan tidak, menjadi orang jahil tanpa berusaha untuk mencari pengetahuan tentangnya adalah satu musibah bagi saya untuk diri saya. Kerana makin saya belajar, makin tidak tahu itu bertambah. Bermakna, saya perlu belajar lagi.

Tesis perlu disiapkan dalam tempoh empat bulan dari sekarang. Saya perlu kuat dalam mengharunginya. Kemudahan sudah ada, apalagi alasan untuk saya tidak menyempurnakanya. Selalu saya berdoa kepada Maha Esa agar diberi kekuatan dan kefahaman dalam kehidupan dan pengajian saya.

 


jom datang - permulaan 2013