Saidina Ali r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Didiklah anakmu attas tiga sifat, cintakan Nabimu, cintakan keluarganya dan membaca Al-Quran. Ini kerana pembawa Al-Quran berhak mendapat bayangan lindungan arasy Allah pada hari tiada sebarang lindungan kecuali lindunganNYA bersama para Nabi dan orang-orang terpilih."
Rasanya belum terlambat nak ucapkan Salam Maulidur Rasul. Alhamdulillah, sekurangnya dapat jugak ingat pada Nabi Muhammad s.a.w, dan sambutan ni setidaknya dapat mendidik generasi anak-anak yang masih kecil untuk tahu siapa Nabi mereka. Kena bawa watak Nabi Muhammad s.a.w dalam diri kita sepertimana para sahabat. Maka, barulah kita boleh tiru gaya hidup Nabi Muhammad s.a.w dalam ertikata yang lain sebagai manusia.
Sesungguhnya Allah dan Malaikatnya berselawat ( memberi segala penghormatan dan kebaikan ) kepada Nabi ( Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
( Maksud ayat pada surah Al-Ahzab ayat 56 )
Banyaklah program sempena Maulidur Rasul. Tahun ni, saya berjaya tempatkan diri dalam kontijen perarakan. Dari Masjid Putra ke Masjid Besi. Jauh jugak tu perjalananya. awal pagi dah kena drive ke Putrajaya. Nak kena solat subuh disana. Pagi2 dah kena berjalan jauh. Parking kereta jauh tempatnya. Jalan banyak kena tutup dah. Jadi pagi lagi dah berarak. Ceramah pun macam tu. Satu minggu sarat dengan ceramah di Masjid berhampiran. Sempat menyelahkan diri dengar ceramah yang disampaikan oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, pensyarah USIM di Masjid Taqwa. Sebelum ceramah, Adik Muhammad memperdengarkan bacaanya. Tenang je dengar bacaan yang penuh tartil tu. Di Masjid Mujahideen Damansara Utama, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor dari Aqsa Syarif. Sempat jugak shopping barang yang dibawa oleh pihak Aqsa Syarif. Al-Ghufran, macam-macam program dibuatnya sempena Maulidur Rasul. Alhamdulillah, pengisian yang mantop-mantop. Harapnya iktibar dan hikmah dapat kita koreksi dan zahirkan dalam diri.
Bermula dari Maulidur Rasul hingga hari ini, agak ketat juga program dan aktiviti. Jumaat, sabtu dan ahad minggu lepas pergi program di Excel Training Consult, ala tempat Dato' dr. Fadzilah Kamsah. Bagus traineernya. Macam Dato' juga. Outdoor ke Indoor, sama hebat pengisianya. Tak lupa, kena jadi Imam solat 5 waktu sepanjang 3 hari program disana. Satu amanah dan tanggungjawab tu. Besar tu. Nak ketuai solat jemaah yang seramai 150 orang. Harap solat diterima Allah, dan yang penting saya sebagai imam diterima makmum selapangnya. Baru ni dapat juga menempatkan diri dalam Program Majlis Penjelasan Fatwa ESQ 165 oleh Pejabat Mufti W.P, Majlis Fatwa W.P di Dewan Muktamar, Pusat Islam. Hari ini pun baru lepas balik dari bercuti. Kat Nur Laman Bestari, dekat dengan Ulu Yam. Bermalam disana. Abang ipar punya permintaan, akak-akan pun nak riadah katanya. Kena aturkan la program keluarga. Alhamdulillah, semuanya selmat dan selesai dengan baik, moga bertambah lagi kekuatan dalam keluarga, moga dirahmati Allah s.w.t.
Mata pun dah mengantuk ni. Sebelum tu "organizer 2011" yang dihadiahkan oleh agensi pelancong, saya kena isi dulu sebelum tido.
Ya Allah, KAU tahu isi hati hambaMU yang sunyi ini, perkenankanlah dan rahmatilah.
Ibn Qayyim berkata :" Hari kelahiran baginda adalah pada Tahun Gajah. Perkara Gajah merupakan hadiah yang diberkan Allah swt bagi Nabi dan rumahNYA. Ini kerana tentera bergajah merupakan tentera dari kelompok Nasrani Ahli Kitab, dimana agama mereka lebih baik dari agama penduduk Makkah pada waktu itu. Ini kerana mereka adalah orang-orang yang menyembah berhala, maka Allah swt memberikan pertolongan kepada mereka untuk mengalahkan ahli kitab denga pertolongan yang tidak pernah diberikan untuk manusia lain. Hal ini merupakan mukjizat dan hadiah yang diberikan kepada Nabi Muhammad saw yang telah dilahirkan di Makkah dan juga untuk mengagungkan Bait al-Haram."