> semasa Rasulullah s.a.w berada didalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Kehamilanya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia. Selain itu, kehamilanya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.
>Ketika nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah SWT memerintahkan Malaikat supaya membuka pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langi dan bumi. Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkanya.
>Peperangan tentera bergajah yang disebut didalam Al-Quran pada Surah Al-Fil, datang menyerang Kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah yang besar bernama Mahmudi. Apabila mereka hampir ke tempat tesebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah. Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang mneyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana disebut didalam Al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan disebut didalam kitab-kitab sejarah.
>Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau manadah tangan ke langit danmelihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa. Kemuadian Malaikat tersebut berdiri dihadapanya. Ia berkata "Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang Nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad". Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad s.a.w lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Musa dan Nabi Isa. Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang Nabi pada akhir zaman.
>Semasa Baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan Nur atau cahaya keluar dari tubuh badan Baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota trsebut dapat dilihat. Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini pendapat menyatakan bahawa satu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila Baginda dilahirkan.
>Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring sedang dua tanganya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian, bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar seruan " Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat. Supaya mereka tahu dan Dialah yang kaan menghapuskan segala perkara syirik". Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat mengtakan Nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tanganya ke tanah sebgai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.
>Selain itu, di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di Mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Kejadian ni merupakankan di antara tanda-tanda keruntuhan kerajaan tersebut.
>Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi. Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran Baginda, Tasik sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah. Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai alam ghaib sudah tamat. Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika Baginda di asuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'adiah, ladang-ladang Halimah kebali menghijau setelah megalami kemarau...
Apa yang hendak disampaikan? Perkara-perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemulian Baginda di sisi Allah, sekali gus sebagi bukti keRasulanya. Disamping itu, bukti-bukti tersebut dijelaskan didalam kitab-kitab terdahulu seperti Taurat, Zabur dan Injil sebagai Rasul yang terakhir.