Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Alhamdulillah, 27.01.1935/21 Syawal 1353H, ayahanda tercinta selamat dilahirkan. Adapun tarikh sebenar kelahiranya pada 14.10.1935/16 rejab 1354H. Alkisahnya surat beranak hilang. JPN dapat detect pun 27.01.1935. Tak tau la macam mana. Sehingga hari ini 27.01 la tarikh tu melekat kat i/c ayah.
Soal tarikh saya tolak tepi. Saya nak ketengahkan karekter "pahlawan" hati saya. Untuk karekter seorang ayah, ramai diantara kita akan cerita "ayah saya selalu ajar anaknya belajar, tanya masalah anaknya, kaunselor anaknya, caring, dlln la. Tapi lain bagi saya. Berbeza dengan saya. Saya dilahirkan ketika ayah berumur 51. Dalam usia begitu karekter seorang ayah mungkin tidak seperti karekter yang dimiliki bagi ayah yang lingkungan umur 27-40. Setiap ketentuan Allah itu ada hikmahnya. Setiap hikmah dari Allah s.w.t itu baik-baik belaka. seperti dalam entry saya sebelum ini. Ada dua perkara yang datang dari Allah pada hambaNYA iaitu ujian dan azab.
Saya seorang yang bertuah. Itu yang saya katakan pada diri saya. Saya memberi motivasi untuk diri saya. Kerana apa? dengan karekter ayah saya itu saya belajar banyak perkara. Perkara yang saya dapati setelah saya "pening-pening" fikir kenapa ayah macam nie, macam tu.. Kerana tindakan ayah akan memberi kesan jika saya bertindak untuk berfikir dan menerima. Nak diceritakan disini, disebabkan saya sahaja anak lelakinya, kemana dia pergi sayalah orang kananya. Contoh mudah ke masjid. Ayah seorang yang cintakan masjid. Setiap waktunya akan ke masjid. Biar jarak lebih dari 1km dari rumah pun.... Alhamdulillah, rumah kami di sini dan di kedah, masjid dalam lingkungan kurang 1km. Itu karekter yang saya kagum pada ayah saya. Saya dapat lihatnya sejak kecil lagi. bila ada kuliah, ayah akan setia di masjid. Kalau tak silap saya, bilamana setiap kali yassin dibaca pada malam jumaat, terkebil-kebil saya menyebutnya. Biarpun agak praktikal alasanya iaitu ketika umur 5-6 untuk melancar surah yassin ini. Taqdir Allah mengatasi segalanya. Cukup saya katakan ikut je setiap kali bacaan pun dah memadai pada usia ketika itu. Saya beruntung berada dalam suasana itu. Alhamdulillah. Saya bangga mempunyai "ayah" ini. "ayah" ni seorang yang sabar. Cukup saya katakan sikap merendahnya buat saya mula mengukur diri sendiri.
Nabi Saw bertanya kepada malaikat Jibril As, "Wahai Jibril, tempat manakah yang paling disenangi Allah?" Jibril As menjawab, "Masjid-masjid dan yang paling disenangi ialah orang yang pertama masuk dan yang terakhir ke luar meninggalkannya." Nabi Saw bertanya lagi," Tempat manakah yang paling tidak disukai oleh Allah Ta'ala?" Jibril menjawab, "Pasar-pasar dan orang-orang yang paling dahulu memasukinya dan paling akhir meninggalkannya." (HR. Muslim)
Tiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah (islam). Ayah dan ibunya lah kelak yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi (penyembah api dan berhala). (HR. Bukhari)r
cerita saya lagi - Setiap kali ayah berjumpa dengan kawan-kawanya, berbual kadangkalanya sehingga larut malam, saya akan setia berada disampingnya. Jika saya ter"lentok" di akan cepat-cepat untuk beransur. Balik kerumah. Paling lewat rekod pernah saya bertahan sehingga jam 4 pagi. Bagus sebenarnya berada dalam lingkungan ini. Terima kasih ayah. Kerana percaya "ayah" bawa saya kemana saja, berada dalam kumpulan kawan-kawan ayah, pelbagai ilmu(bagi saya la)yang saya dapat. Pelbagai perkembangan yang saya dapat lihat. Saya dapat terokai dr mereka. Pelbagai yag saya pelajari. Kalian boleh fikirkan tajuk bualan, tajuk cerita kumpulan yang berumur antara 55-70 bila berada satu meja. Pengalaman mereka. Kehidupan mereka yang semuanya berlainan pendidikan, kerjaya, asal tempat dan kedudukan.
Bertakwalah kepada Allah dan berlakulah adil terhadap anak-anakmu. (HR. Bukhari dan Muslim)
Saya kagum melihat ayah membesarkan anak-anaknya. 7 orang bukan senang. Orang sekarang anak dua tiga orang pun merungut susah. ayah tak akan merungut. Sebab dia pernah pesan pada saya jangan merungut dan jangan rasa tak cukup. Pergi sekolah ayah yang hantar dan balik pun. Saya ingat masa Sekolah Rendah Agama tmn Tun Dr Ismail, waktu untuk mengambil "report card". lepas kelas akak, dia ke kelas satu lagi. Lepas itu satu lagi sehingga la kelas terakhir adik saya. Kerana kami adik beradik hanya beza setahun. Jadi tak hairanla satu sekolah sampai 3,4,5 orang. Ustaz,ustazah memang cam sangat la ayah. Keperluan kami memang cukup. Ayah akan pastikan anak-anak cukup. Terutama yuran. itu mmg ayah dahulukan. Terharu saya bila ingat semula diwaktu sekolah ini.
"keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa"(HR alhakim)
"ayah" ini memberi peluang untuk saya membuat keputusan. Soal keluarga, ayah akan bertanya dahulu dengan saya. Adakah ini cara ayah untuk "membangunkan" saya? saya akan katakan ya. Sebab yang dekatnya adalah sejak saya bersekolah rendah lagi ayah tak lekang pesan pada saya "hang anak lelaki. hang kena bela orang perempuan. belajaq sungguh-sungguh sampai tinggi manapun"..cukup ringkas pesanan seorang ayah yang ketika itu mula memasuki fasa umur 65-68thn. Dia cukup memberi peluang pada saya. Mungkin kerana saya seorang anak lelakinya. Peluang yang se"wajib"nya untuk saya berterima kasih dan memberi penghargaan yang tinggi pada ayah. Dia seorang kaunselor saya walau dia tidak memberi kaunseling pada saya. Dia seorang muallim saya, walau dia hanya bertanya tentang perkembangan pelajaran saya. Dia ketua saya, walau dia tidak memerintah. Dia miliki pelbagai watak yang berkesan, walau dia tidak memperlihatkan wataknya itu. Cukup halus dan seni cara ayah. dia menjadi aspirasi saya sehingga hari ini dan selamanya.
Hari ini usianya 75thn. Alhamdulillah, satu usia yang dalam lingkungan "maksima" dikurniakan Allah kepada ayah. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat. Moga Allah memberkati kehidupanmu, tubuh badanmu dan umurmu.."ya Allah, aku mohon agar aku terus diberikan peluang dan ruang untuk berbakti pada ibubapaku"
Usia umatku antara enam puluh dan tujuh puluh tahun. Sedikit dari mereka yang melampauinya. (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah)
"Ya Allah, Ampunilah dosa dan kesalahan kami juga dosa dan kesalahan kedua ibu bapa kami, peliharalah mereka ya Allah sepertimana mereka memelihara kami ketika kami masih kecil. Amin...