bismillahir rahmanir rahim..alhamdulillah..
Agak lama saya menyepi. Menguruskan beberapa perkara. Untuk sebulan dua ini pelbagai urusan yang perlu diselesaikan. alhamdulillah, segala berjalan lancar... Tengah cuti belajar. Jadi kuliah pun off la. Input tu kurangla dapat. Jadi saya cuba dapatkan “bekalan” semasa cuti ini agar saya dapat ber”kuliah” sendiri. Sampai minta bekalan pada teman. “ Bekalan” saya dah habih saya “jamah”. Mungkin cara terbaiknya saya mengulangi “bekalan” saya agar menjadi “bekalan” yang lebih baik dan “enak” atau ziarah ke toko-toko buku.
Seorang sahabat saya, Saiful Islam telah selamat masuk ke alam tentera. Saya doakan agar dia berjaya. Walaupun pada mula saya agak kurang bersetuju rancanganya. Saya lebih cenderung agar dia memilih profesion guru dan dia hampir ke arah itu. Kita hanya merancang Allah s.w.t yang menentukan. Saya tetap sokong pilihanya. Dah lama kami berkawan. Sejak dari Islah lagi. Sehingga kini dan “mesti” selamanya. Bertemu berpisah kerana Allah s.w.t.
Hidup bukan untuk hidup. Tetapi hidup itu untuk Maha Hidup. Hidup kerana Allah. Mencari redha Allah adalah “main target” hidup di dunia. Seorang datang berbual dengan saya bilamana saya duduk melepaskan penat berjoging. Lepasan spm. Yang sedang menunggu result dan akan menyambung pelajaran keperingkat seterusnya. Saya catatkan beberapa perbualan kami.
“assalammualaikum..boleh duduk?” anak muda ini memberikan salam.
“waalaikummusalam. Shafiq. Boleh, duduk la.” Saya menjawab sambil menghulurkan salam
“ Daniel. Abg ni orang sini? Belajar lagi?” Daniel bertanya
“ye. Belajar lagi. di ukm” saya berkata.
“ambil course ape” sarjana atau sarjana muda? Bertalu pertanyaan.
“ saya ambil pengajian islam. Syariah. Sarjana muda.” Saya cuba menjawab sekadar pertanyaan.
“ye ke. Saya ni buntula nak ambil kos ape bang. Ntah la. Parents minta ambil kos lain. Saya minat lain. Dalam masa yang sama malas nak belajar pun ada. Keje lagi pun ok jugak. Ada duit sendiri. Sekarang pun ada ijazah pun keje kat shopping mall, buat bisness sendiri. Baik saya macam tu” Daniel lepaskan kata-katanya.
“saya dulu ambil diploma. 3 tahun. Lama tue. Sambung degree sekarang ni pun 3 tahun. Tak ade nak boleh convert ke tahun akhir terus. Tak macam timur tengah mungkin. Tempoh tu lama bagi setengah orang. Tapi tak bagi saya” saya mula bersedia untuk menjawab.
“letih tue. Abg amik masa 6 tahun hanya kerana segulung ijazah. Dah la belanja tinggi” Daniel sekali mahu berkongsi dengan saya.
“ mula fikir tue memang letih. lama. Cuma yang jadi tak letihnya dan tak rasa lamanya kerana ini perancangan saya buat sejak saya sekolah lagi. ianya jelas. Dan sekarang saya ikut flow ape yang saya rancang. Soal berape lama tu tak jadi masalah. Yang penting kita nak belajar. Menuntut ilmu. Kalau nak fikirkan soal kerja, tak kemana. Rezeki ni Allah bagi. yang penting usaha dan kita ikhtiar.” Bebel saya. “ tapi kalau Daniel sambung terus ijazah tak sampai rasanya 6 tahun bg lepasan spm. Tak payah buat diploma. Melainkan amik perubatan, lama la. Kalau setakat amik business, accounting, art ke 4 tahun boleh dah dapat ijazah.” Cukup rasanya saya kata
“ betul tu bang. Belanje pulak tinggi. family saya bukan keluarga senang. Adik-adik ramai lagi. saya anak sulong…….Ntah la bang.” satu keluhan terbit dari mulut anak muda ini.
“ hidup ini kena ada matlamat, Daniel. Mesti kena ada. Kalau tak de kita ni seolah tak menghargai sebuah kehidupan. Tak bersyukur. Cukup saya katakan keje la sekuat mana pun, banyakla duit mana pun, tinggi la ilmu setinggi manapun kalau kita tak tau ape yang kita sasarkan dalam ape yang kita miliki/hidup semua tu jadi sia-sia. Tambah pulak kita orang Islam. Beriman. Kena ada ilmu. wajib percaya qada qadar Allah. Rugi la jika orang Islam tu tak de matlamat. Sbb matlamat kita adalah Allah. Saya ni pun bukan bagus mana, cuma sama-sama kita beringat. Daniel masih muda. Saya dulu pun macam Daniel. Asal niat kita kita nak berubah mesti berubah. Jangan bertangguh. Nanti rugi, jadi satu penyesalan dalam diri. Saya dah lalui itu, cukuplah “. Saya cuba berkongsi bukan nak bermotivasi. Kerana itu bukan “kelayakkan’ bagi saya.
“ trima kasih la bang. Kuat betul abg ni cakap. Huh, macam ustaz.” Daniel senyum. “ insyaAllah, saya akan fikir sebaiknya. Cikgu saya pun kata macam tu jugak. Kena tunjuk contoh kat adik-adik “
“ sekarang ada bantuan pelajaran, zakat, boleh wat pinjaman pendidikan, biasiswa ada. Boleh apply tu. InsyaAllah, Tak de masalah. Nak bayar balik, mesti. Tak nak bayar kena la dapat first class. Usaha+doa, InsyaAllah dipermudah dan dimakbulkan. Solat jaga. Doa tu kena sungguh2. Penuh dengan harap. Cuba la hadirkan diri merasa seolah doa kita didengar oleh Allah. Ni pun tips ustaz saya bagi dulu. Sbb saya ni doa tak bersungguh kot dulu. Hihi” saya teringat pesan ustaz masa di kusza dulu.
Kami bangun dari kerusi. Alhamdulillah, berjalan untuk “round akhir” sebagai regangan penutup. Sambil dok borak lagi tentang perkara yang sama. Saya Nampak dia seorang anak yang tabah. Malu rasanya bila diukur dengan saya. dia cukup mementingkan keluarga sehingga korbankan diri. Padahal sebenarnya ada cara lain yang boleh menunjukkan pengorbananya. Saya doakan kejayaanya.
Kita diciptakan oleh Allah swt dengan miliki potensi. Dan dengan potensi itulah kita bangunkan diri walau perjalananya adakala perlahan, sedikit laju, atau laju atau terangkak-rangkak. Sejauh mana kita melihat potensi yang ada sejauh itulah keyakinan pada diri. Hanya ada dua yang Allah datangkan kepada kita, pertama dikira sebagai azab dan keduanya dikira sebagi ujian. Suka saya sentuh bab ujian. Kerana setiap ujian itu adalah pengukur tahap keimanan kita kepada Allah. Adapun azab Allah swt mungkin datang disebabkan keterlanjuran kita, kesalahan kita, dosa kita. Sebagai hamba, kita kena tahu dimana letak duduknya sebagai hamba. Tahu peranan sebagai hamba. Tanggungjawab hamba. Cumanya mungkin kita tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Kesalahan. Ape pun bergantung pada diri termasuk saya untuk kita kendalikan. Bukan bermaksud saya atau kalian boleh melakukan dosa dengan sengaja, cumanya bila dah terasa ada dosa, kena alert la. Saya dan kalian, kita juga boleh didik diri dengan cuba untuk terasa dengan dosa.
Cukup disini saya rasakan. Panjang jugak ni. Ini perkongsian dari saya, untuk saya dan mungkin juga untuk kalian yang membaca jika ianya bermanfaat. kepada Allah saya mohon ampun dan kepada kalian saya mohon kemaafan.