بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ.
semoga Allah memberi bekat kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan
selamat pengatin baru saya ucapkan pada kakak saya. alhamdulillah, majlis semalam berjalan dengan lancar. alhamdulillah, cuaca pun ok. Pagi diadakan majlis akad nikah di Masjid Al-Ghufran, Pinggir Taman Tun Dr. Ismail. Ustaz Syahid(imam masjid) sbg juru nikahnya. terima kasih ustaz. Terima kasih juga kepada pihak Masjid diatas persiapan yang dilakukan. Lepas nikah, tengahari diadakan sedikit kenduri. Majlis yang sederhana ini diadakan di Dewan Komuniti TTDI. Terima kasih kepada tetamu yang hadir. Nak sebut nama pun ramai. Sebutlah jugak. Terutama rombongan pihak lelaki. Jauh datang. Dari Terengganu. Memang hargai sangat rombongan kalian. Kepada Pak Ndak sekeluarga, Paksu sekeluarga, Mak Lang sekeluarga, Pak Teh sekeluarga, Pak Cakq sekeluarga, Mak Cik sekeluarga, Mak Tam sekeluarga, baik sebelah family ayah dan emak, terima kasih sangat sebab datang dari jauh jugak. Utara tanah air. Kepada kawan2 saya, terima kasih. Ustaz2 yang ngaja kuliah di Al-Ghufran, imam dan bilal serta jemaah Al-Ghufran dan masjid At-Taqwa TTDI, Komuniti TTDI, Damai, tetangga, kenalan ayah dan emak, terima kasih atas kehadiran kalian. Moga Allah merahmati, panjang umur, memberkati dan mengampuni kalian. Kepada Ustaz Mohd Nor (bilal 1 Al-Ghufran) terima kasih dan setinggi penghargaan atas bacaan doa untuk pengantin dan hadirin dan selawat pada majlis kenduri semalam. Sedap selawat ustaz. Mmg sangat hargai ustaz. Buat anak ustaz yang sedang terlantar di hospital, saya doaakan agar Allah memberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik dan seluruh keluarga ustaz. Kepada Pihak Catering, Alya Jaya Catering (en.khairi n team) dan pihak dewan. Dan smua yang terlibat la.
Kepada kakak yang dah menjadi isteri, jadilah isteri yang solehah. yang penyejuk mata penenag dihati. Yang melayani suaminya, mentaati. Yang menjaga maruah dan harta ketika suami tiada. Untuk abg ipar saya, anda adalah yang terpilih dan yang terbaik untuknya. InsyaAllah, rumahtangga kalian berdua akan dirahmati Allah s.w.t dan kekal selamanya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: " Kaum lelaki(suami) adalah pemimpin bagi kaum wanita(isteri) oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atau atas sebahagian yang lain dan disebabkan kerana para suami telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu isteri yang soleh ialah yang taat kepada Allah, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak di tempat (sebagai rasa syukur) kerana Allah telah memelihara mereka..."
(An-Nisa':34)
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir
(ar-rum 21)
(An-Nisa':34)
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir
(ar-rum 21)
Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami isteri sebagai pakaian bagi satu sama lain. Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian bagi manusia untuk menghindarkan diri daripada hujan dan panas, begitulah pentingnya kepada pasangan suami isteri. Sebagai pakaian suami/isteri diperlukan setiap masa oleh pasanganya untuk menutupi keaibannya dan melindunginya daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan. Oleh itu suami/isteri perlulah menjadikan diri pasangan sebagai pakaian yang terbaik untuknya dan menjauhkan diri daripada menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak berguna.
cukup disini sahaja. bab kahwin ni entry sebelum ni banyak dah..... 13hb kena gi Terengganu. ada majlis sedikit dari keluarga pihak lelaki. Lama tak kesana. saya bila pula? kena mencari cinta Allah dahulu..pesannya...
cukup disini sahaja. bab kahwin ni entry sebelum ni banyak dah..... 13hb kena gi Terengganu. ada majlis sedikit dari keluarga pihak lelaki. Lama tak kesana. saya bila pula? kena mencari cinta Allah dahulu..pesannya...