Thursday, January 13, 2011

UsiA YanG PendeK

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan sungguh-sungguh." (Surah at-Tahrim, ayat 8)

Akhirnya sempat jugak saya ambil masa nak post di blog ni. Sambil dok tengah update antivirus netbook kecil ni, saya cuba-cubalah luang sikit masa yang sangat terhad untuk post kali ni.

Masih lagi bertarung dengan peperiksaa akhir di ukm. Dah lepas separuh, ada separuh lagi menanti Jumaat, Sabtu dan Ahad ni. Mujurlah pihak sana susun jadual bagi yang "berat" dulu exam. Yang nak mari ini tak bermakna "ringan". Tetap dipandang berat jugak. Sama sahaja sebenarnya. Mohon dipermudahkan.

Agak cepat masa berlalu. Rasanya baru sahaja temu janji dgn doktor di PPUM. Bulan depan ada lagi. Awal bulan dgn doktor PPUM mata ( mana tau makan ubat ada kesan pada mata-colour blind) dan hujung bulan dengan doktor yang merawat saya. Harap keputusanya lebih baik dari sebelum ni. Tak nak dah makan ubat yang banyak tu. Besar lagi. Kecergasan pun tak berapa nak baguih lagi. Main bola pun dah kurang pick-upnya. Sampai gear 3 je boleh. Masuk je gear 4, mula la rasa macam-macam. Mac pulak dah start kelas semula. Dan juga kena "get ready" sebab opis berpindah kat Cyberjaya pula. Ini yang buat jadi pening-pening lalat ni. Nak kena plan betul-betul, macam-macam aspek dan perkara kena kaji, teliti dulu. Nak berulang atau nak kena cari rumah kat sana. Tapi kalau ada yang lain dr duanya, itu lebih baik sebenarnya. Apa dia? shhh..shhh..

Orang sibuk memperkatakan azam baru di tahun baru 2011 ni. Padahal yang dok merisaukan saya adalah usia saya makin pendek, makin sikit dan makin dekat. Mana tidaknya, bila memikirkan soal mati, bermaksud usia makin pendek. Sekarang hidup lagi la, esok? lusa? tak tahu lagi. Dengan amal yang tak seberapa ni, fikiran jadi runsing, andai yang sikit ni tak berapa ada nilainya disisi Allah s.w.t.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."

al-baqarah ayat 277

Saya teringat kisah seorang sahabat Nabi s.a.w yang tertinggal satu rakaat solat Asar dalam jemaah dek kerana sibuk menguruskan hartanya yang banyak. Lalu dia rasa menyesal dan bagitau Nabi s.a.w macam mana nak cover balik tertinggal satu rakaat jemaah tu. Dia offer nak bagi sebahagian hartanya pun Nabi s.a.w kata tak cukup nak tampung. Hatta seluruh hartanya sekalipun masih lagi tak cukup......huh. Jadi kat mana saya dan kalian? Sahabat r.a ni sangat-sangat peka dalam soal "silap" ni. Padahal mereka mati dalam keadaan meraka ini dijamin Allah s.w.t. Ada cop mohor lagi. Apa? Radhiallahu anhu ( R.A ) . Meraka mati dalam redha Allah s.w.t. Tu dh jamin masuk syurga tu. MasyaAllah....saya dan kalian?. Kenapa para sahabat? Sebabnya ada diri Rasulullah s.a.w pada diri meraka. Kita ? ada tak dalam diri kita ni Nabi s.a.w ? Kita tahu sejarah hidup Nabi s.a.w dari A hingga Z. Tapi apa yang kita tak tahu adalah " How To Do?". Bagaimana nak jadikan kehidupan Nabi s.a.w itu sebagai "itulah cara hidup saya". Dari falsafahnya, orang tak nak berubah bkn sahaja sebab diri sendiri tetapi ada lagi satu sebab utama adalah tak tahu macam mana nak berubah. Jadi, andai ada diantara kalian yang berilmu tahu bagaimana, isilah ruang-ruang yang ada yang sesuai dengan kemampuan kalian..

"Sesungguhnya kemaksiatan itu berjalan menuju kekufuran. Manusia berpindah dari satu bentuk kemaksiatan kepada kemaksiatan berikutnya, sampai akhirnya dia keluar dari agamanya."

Tahun 2011 ni, Ust Mohd Faisal dari UM bagi kuliah kat Masjid Al-Ghufran. Pihak masjid panggil, terima kasih la kepada pihak Al-Ghufran. Pensyarah subjek sejarah UM ni. Sebelum ni di At-Taqwa, TTDI. Pernah sekali dia di Al-Gufran tahun lepas, seminggu berkuliah dalam membicarakan tentang kitab Syamail Muhammad karangan Imam Tarmizi. Tahun ni dia datang untuk kuliah setiap hari ahad. Memang best la. Ahad lepas, Ust bagi intro la untuk kuliahnya. Nak guna pendekatan baru katanya. Intronya sahaja dah buat para jemaah senang dan bagi tumpuan yang sangat baik. Lalu tegurlah sorang "Uncle" sebelah saya ni. " Ust macam ni la kita mahu, ada pemikiran dan sentiasa berfikir"..saya senyum. Sambungnya " You kena jadi macam ust tu sebab you masih muda"..saya senyum.." Saya ada jugak ikut pengajian Ust faisal ni. Memang bagus. Saya setuju apa Pak Cik kata tu" saya membalas ringkas. Pak Cik ni yang saya tau memang costumer tetap saf pertama disini. Pak Cik ni asal orang Penang. Butterworth kalau tak silap. Dia India Muslim. Memang baik orangnya. Lebih fasih berbahasa Inggeris dari melayu, jd saya pun kena cakap la Inggeris jugak walaupun "balaghah" dan "nahu" saya tunggang terbalik.

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

at-taubah ayat 71

" Ya Allah, berilah naugan-MU pada hari yang tiada naugan melainkan hanya naugan ArasyMU Ya Allah "