Thursday, January 20, 2011

Racun

Dari Ibnu Mas'ud berkata: Sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda kepada sahabat-sahabatnya:"Malulah kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar malu". Lalu mereka berkata :"Kami malu wahai nabi Allah dan bersyukur kepada Allah. Lalu Nabi s.a.w berkata:"Bukan begitu, tetapi orang yang malu kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar malu hendaklah menjaga kepalanya dan apa yang terkandung di dalamnya, menjaga perut dan apa yang terkandug di dalamnya, mengingati mati dan kehancuran yang berlaku akibatnya, dan sesiapa yang mahukan akhirat hendaklah meninggalkan perhiasan dunia. Sesiapa yang berbuat demikian, maka ia telah malu kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar malu.-Riwayat Imam Bukhari.hadith No. 1662-

Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah swt, Tuhan sekalian alam. Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Dapat jugak buka blog ini sekali lagi, cuti pula hari ini. Hajatnya hari isnin lagi. Tapi ada batas yang menyebabkan tak boleh nak buka. Nak cerita la sikit pada hari Isnin lalu. Ceramah yang disampaikan oleh Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. Ceramah bulanan yang diadakan di Al-Ghufran. Bulan depan tak tahu la siapa yang dijemput oleh pihak masjid. Lama dah Al-Ghufran tak panggil orang hebat. Kali terakhir rasanya tahun lepas, Syeikh Sa'ad Nomani, keturunan Imam Hanifah. Masih lagi ingat pesananya. Syeikh Nuruddin menyampaikan tajuk " Bahaya Liberalisme dan Pluralisme". Satu tajuk yang sebenarnya bagi saya penting diketahui umum terutama bagi kita, seorang muslim dan beriman.

Saya tidak mahu mengulas apa yang disampaikan pada ceramah tersebut, akan tetapi Liberalisme dan Pluralisme adalah satu serangan yang mudah untuk meracuni diantara kita. Tatkala kita masih tercari-cari indentiti, masih meraba-meraba dalam mencari makna iman, saya risau jika takut-takut kita memahami Islam mengikut ideologi yang bukan sebenarnya datangnya dari Islam. Mohon kepada Allah swt agar dijauhkan..

Bagi mereka yang mempunyai ilmu dan pengetahuan, ini adalah tanggungjawab kalian dalam konteks dakwah. Ada diantara kita yang mampu menampal lubang-lubang yang ada, maka tampalah dengan sempurna. Kerana keadaan seperti ini saya secara langsung alaminya. Agak sedih bilamana ada dikalangan rakan pejabat menceritakan kekeliruan mereka bilamana meraka ada mendengar itu dan ini berkenaan soal akidah, hukum hakam dan muamalat. Saya agak sedih mendengarnya dan hanya mampu memohon kepada Allah agar saya diberi kekuatan dan mereka diberikan sesuatu yang terbaik dan petunjuk. Bagi saya, perkara-perkara furu' hanya perlu diperbahaskan diantara mereka-mereka yang "ahlinya", ahli fiqh. Kenapa perlu di beritakan kepada umum sehingga menyebabkan ada merasa kesal atas amal yang dilakukan selama ini. MasyaAllah.

Dan di antara manusia ada orang yang berkata: "Kami beriman kepada Allah", maka apabila ia disakiti (karena ia beriman) kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab Allah. Dan sungguh jika datang pertolongan dari Tuhanmu, mereka pasti akan berkata: "Sesungguhnya kami adalah besertamu." Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada semua manusia? - Al-Ankabut Ayat 10 -

Didalam konteks Islam di Malaysia, saya melihat ada satu perkara yang kurang yang kelihatanya penting sebenarnya. Kita tidak ada seorang tokoh agama yang kita semua "respect"nya, yang boleh kita sepakat, dengar dan hormatinya. Saya ambil contoh, kalau pada zaman Nabi s.a.w, umat Islam ada seorang tokoh agama yang mereka semua sepakat. Begitu juga Khalifah Abu Bakar, Khalifah Umar, Khalifah Uthman, Khalifah Ali, Khalifah Umar Ibn Aziz, Khalifah-khalifah dizaman Abasiah sehingga Uthmaniah. Jika kita ambil seorang tokoh agama seperti Tuan Guru Nik Aziz, hanya yang hijau sahaja terimanya, biru? merah?, begitu juga jika kita ambil Mufti Perak, ada yang mengata dia seperti ini, ada itu. Tidak berlaku seperti di Iran (hanya contoh sahaja) iaitu Ayatollah, tidak kiralah berapa banyak puak di Iran, pergaduhan antara puak itu dan ini, tetapi bilamana Ayatollah ini berkata, maka semua puak, pihak di Iran akan terima dan tunduk. Begitu juga di Mesir, ada Syeikhul Al-Azhar. Kepatuhan dan taat kepada khalifah/imam dalam konteks negara kita, tidak ada. Mungkin kita nak tunggu Imam Mahadi atau Nabi Isa a.s. Kita tiada tokoh. Perlu ada dan mesti ada. Sebanya, kita tidak mahu ada anasir-anasir yang memecah belahkan umat Islam kita di Malaysia. Samada dari aspek ideologinya, methodnya, kefahamanya, apa-apa unsur yang mampu merosakan aqidah, kefahaman dan identiti umat Islam.

Hanya sekadar pandangan, untuk entri kali ini. Saya hanya melahirkan rasa risau dek masalah umat hari ini. Tetapi siapa saya yang hanya insan kerdil serba punya kurang dan lemah ini. Hanya taubat sebagai pengubat duka perjalanan hidup ini.

Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta - Surah Al-Ankabut Ayat 2 -