Thursday, March 31, 2011

teNgaH susaH hati...

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imanya) iailah mereka apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNYA) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatnya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Allah jualah mereka berserah" [Al-Anfal ayat 2]

"Ketahuilah, bahawa didalam jasad terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasad itu, dan bila ia rosak maka rosaklah pula seluruh jasad itu. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati" [ Bukhari dan Muslim]


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzil ah Kamsah.

1.. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tido– Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhuwaallah” sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tido, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).

-ada lagi pesananya. yang ini je saya titipkan.

Monday, March 28, 2011

Mana poei?


“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim).

Dah dua hari tangan ni dok rasa ringan je. Mana letak jam Casio ni? conpius betul!..Allah, Subhanallah. Jarang sangat tanggalkan jamni. Biasanya 24 jam dok melekat kat tangan ni. Kalau ditanggalkan pun sebab nak lap-lap bagi bersih, kilat ke..Aduh, gawat ni..Satu rumah dah cari. Tak jumpa jugak. NI la kelemahan yang tak berapa nak ketara saya ni. Jam, matrik card, access card akan lupa letak mana kalau ditanggalkan atau ditinggalkan. Sedar jam ni tak de pun sebab basuh tangan tempoh hari. Rasa pedih pulak, 1,2,3,4,5,6 eh? banyak pulak calarnya kat tangan. Tadi tak terasa pulak masa buat kerja. Mana poei jam den? hilang pulak?... Masa saya berpandukan jam tu. Tak banyak kelebihan yang ada. Tapi tetap ada jugak. Ada No. tel semua family saya dan sorang yg penting dalam hidup saya, world time, alarm+snooze yang gerakkan saya setiap pagi. Nak cari yang jauh lebih canggih tak boleh, sebab semuanya besar dari tangan saya. Kena la cari yang sepadan. Mana la duhai jam..

Ada satu benda yang saya sampai hari ni cari tak jumpa lagi adalah buku akaun Bank Islam. Tahun lepas masa nak update buku, baru sedar letak mana la. Dok perasan letak sekali dengan Tabung Haji, Geran Kereta, Surat kereta, resit2 byr keta..musykil betul. Lupa aje. Setiap bulan saya akan upadate buku akaun. Banyak ke sikit ke bakinye tetap kena update. Bila dah hilang ni, tak ber-update la. Walaupun guna kad, tetapi disebabkan buku akaun ni merupakan satu dokumen / daftar keluar masuk duit, ianya menjadi penting.

Macam mana nie? kena ingat balik shafiq..cuba ingat dan ingat. Istighfar banyak-banyak...

Saturday, March 12, 2011

Aku Jatuh Cinta

" Jika kami taat menjalankan perintah Allah, Allah akan kurnikan kepada kami balasan yang baik ( di dunia dan di akhirat ), dan jika kamu ingkar dan berbuat jahat seperti dahulu, kamu akan diseksa dengan seksaan yang tidak terperi peritnya "
maksud Surah Al-Fath ayat 16

Untuk apa kecintaan pada manusia itu jika ia mengundang murka Allah. Ilmu itu bukan untuk ditunjuk kepandaian malah adalah untuk diamalan dan dimanfaatkan.

"Aku cintakan kamu". Itu ungkapan yang selalu dilafazkan oleh pasangan bercinta baik dari terbit seorang lelaki atau perempuan. Jika tiada ungkapan itu, maka cinta itu belum mampu membuktikan isi hati sebenar. Rindu pula sangat asyik dek kerana tiada berjumpa lamanya. " Rindu awak la" jawapan Sang Kumbang bila ditanya Si Bunga. Kehidupan seolah sempurna dan terisi bila angin rindu membadai. Kehidupan seumpama miliki sejuta ketengan bila cinta ada dihati.

"Tak boleh keluar la minggu ni. Aku dah janji dah dengan my love aku" itu kenyataan sang kumbang bila kawan-kawanya mengajak keluar hujung minggu. " Maaf la, hujung minggu ni abang ajak keluar. Nak beli barang katanya " Jawapan Si Bunga pada teman bilik. Komitmen yang diberikan kepada pasanganya mengatasi komitmen terhadap kawan-kawanya. Katanya dia adalah masa depanku. Masa depan kami. Siang malam detik kehidupan diisi dengan "call", "video call", " sms ", "mms", "3G" dan pelbagai kemudahan termasuklah " dating". Kewajipan yang tidak pernah ditaklifkan ke atas manusia yang mahu mencari kesempurnaan dalam iman. Cinta Sang Kumbang bagaikan Si Bunga adalah isterinya. Komitmen yang diberikan jauh melebihi komitmenya sebagai Muslim mahupun Mukmin. Komitmen sebagai seorang hamba jauh ditinggalkan. Tanggungjawab pada Si Bunga dipikul semahu mahunya seolah itulah kewajipanya, begitu juga Si Bunga, ketaatanya pada Sang Kumbang seolah dia mahu menjadi salah seorang isteri yang dapat cium bau syurga. Kesibukan menjaga hubungan, menjaga perasaan pasangan diutamakan tanpa melihat kesibukan yang jauh lebih penting dan menjamin kehidupan di dunia dan di akhirat.

Alangkah indahnya komitmen yang dirasakan sangat besar itu, alangkah beruntungnya jika tanggungjawab yang dirasakan penting itu diletakkan kepada Maha Pencipta Sang Kumbang dan Si Bunga. Cinta Allah seolah dilupakan kerana hamba ini tahu Allah Maha Penyayang. Walhal cinta kepada Allah swt itu adalah cinta yang abadi. Tidak ada ruginya jika mencintai Allah, malah akan beruntung akan diperolehi baik di dunia dan juga di akhirat. Jika derhaka, kerugian yang amat besar ditanggung selamanya. Mana yang mahu? mengejar ketaatan kepada Allah atau melawan perintah Allah?

"Tak kan tak boleh bercinta kot?"
"Ni kan fitrah manusia. System lelaki ni hanya ada software perempuan."
" Dah nama pun manusia. Normal la"

Tidak dilarang sama sekali percintaan itu didalam Islam. Tetapi garis panduanya wajib dipatuhi. Setiap perintah Alah itu, mana mungkin boleh dikatakan "tidak" melainkan ada ayat yang menasakhkanya.

" Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan Rasulullah, dan melampui batas-batas syariatnya, akan dimasukkan ke dalam api neraka, berkekalan ia di dalamnya dan baginya azab yang menhinakan "
maksud Ayat 41 Surah An-Nisa

Siapakah kita jika tiada ada rasa cinta kepada Allah? DIA yang menciptakan bumi, jika tidak mana mahu diletaknya kaki ini? jika tidak kerana Allah yang mencipta khazanah bumi, mana mungkin ada kemewahan dunia. Tunjuk kepada diri sendiri, jika kerana Allah yang mencipatakan manusia, maka adalah kita didunia ini. Maka, Allah itu layaklah dengan selayaknya untuk dicintai melebihi segalanya. Allah, tuhan yang menciptakan sekalian alam. Hanya cinta pada Allah itu cinta yang hakiki. Jika tidak ada rasa itu, maka pada makhluk dan dunia rasa cinta itu disuburkan. Ingat! cintakan dunia dan isinya adalah ibu kesalahan.

Boleh bercinta wahai Sang Kumbang dan Si Bunga, tetapi janganlah kamu melampaui batas syariat yang ditetapkan oleh agama. Nikah itu adalah kebaikan yang telah menyempurnakan separuh iman kalian. Tinggal lagi separuhnya lagi untuk diselesai sepanjang pernikahan itu. Setiap larangan itu ada hikmahnya. Begitu juga setiap apa yang diperintah-NYA. Percayalah dan yakinilah bahawa sesungguhnya setiap manusia itu dibebani dengan atas kemampuanya. Bukan beban yang tidak tertanggung oleh manusia. Allah itu Maha Penyayang, Maha Berkuasa dan Maha Perkasa. Mana mungkin fitrah manusia itu dinafikan. Dan mana mungkin perasaan itu ditolak tepi. Sesungguhnya Allah itu bersama orang yang sabar. Sabarlah dengan perasaan cinta kalian, rindu kalian, kasih dan sayang kalian.

Taatlah kepada Allah dengan ketaatan yang sebenar. Promosikanlah dalam diri kalian dengan keindahan dan kenikmatan yang dijanjikan Allah terhadap hamba-hambanya yang mentaati perintahnya dan menjauhi laranganya. Disitu akan terbit rasa cinta. Maka jatuh cinta kepada Allah itu timbul. Dan akan kekal selagi nafsu dan dosa tidak diberikan kesempatan untuk menjajah diri dan kehidupan. Matlamat kehidupan ini hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah swt. Ini yang mesti saya kena ingat dan tahu.

Cukuplah. Panjang pulak. Ini hanya peringatan untuk diri saya dan perkongsian bersama. Saya tertarik menulis isu ini dek kerana statistik yang dikeluarkan Jakim yang menyatakan setiap 15 minit satu pasangan bercerai. Makanya setiap jam ada 4 pasangan dan sehari sebanyak 96 pasangan. Setahun? banyak!. MasyaAllah. Samada statistik itu tahun sudah atau tahun ini, ini adalah masalah umat. Masalah kita sebagai orang Islam. Saya sangat terkejut dan takut. Bagaimana orang yang lemah ini mampu menolong keadaan yang timbul sekarang. Kebanyakan perceraian adalah terdiri dari pasangan muda. Cantik-cantik, hensem-hensem. Allahu Akbar, Dimana letaknya institusi keluarga hari ini? Dimana kepercayaan dan kefahaman sebelum nikah dan sepanjang perhubungan? Dimana letaknya peranan yang dipertaruhkan? Jangan salahkan modul kursus perkahwinan jika perceraian berlaku jika masih ada lagi perlanggaran syariat dibuat dan dilakukan dalam kehidupan. Saya cukup risaukan pasangan muda bercerai. Kerana mereka adalah generasi pewaris. Ya Allah, aku berlindung dengan-MU dari perkara demikian.

# Baru dapat netbook. si kecil ni baru lepas kena format. Guna Windows 7 ultimate. Ok la setakat ni. Harap ok macam ok nya sebelum ni. Tak de meragam la setakat ni. Tukar windows ni pun sebab lama dah dok guna XP. Minggu depan dah start kuliah. Tapi dok pening lagi nak selesaikan masalah kerja yang datang menimpa. Ya Allah, berilah aku kekuatan. Kawan-kawan suruh nikah, baru ada ketenangan dan penyelesaianya. Macam mana ek? Ya Allah, berilah aku kemudahan dan kelapangan dalam kehiupan.

Wednesday, March 2, 2011

Misi

"Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong agama Allah, Nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedududkanmu"
surah Muhammad ayat 7

Sampai rumah awal jugak hari ini. Habih urusan di Putrajaya pukul 4ptg. Elok-elok azan Asar, ada dah di Masjid Al-Mujahideen Damansara Utama. Lepas solat balik umah gi siap nak joging, nak panas badan. Ada misi esok. Esok nak final futsal. Ni kali kedua dapat masuk final. Last masa tahun 2008. Kejohanan Futsal UDM kali pertama. Tapi tersungkur kat team yang kami kalahkan pada peringkat kumpulan. Mana tidaknya, pemain kami cukup-cukup orang. Sorang je simpananya. Walhal, satu team kouta 8 pemain. Maknanya ada 3 simpanan. Tapi dek kerana nak puas main, amik cukup-cukup je. Last-last sorang dah injured, maka bermainlah dari suku akhir sampai akhir 5 pemain je. Mana larat. Tumbang juga akhirnya. Kalau tak, jadi juara sulong la. Kali ni punya kejohanan liga futsal pun edisi pertama. Jd, nak target jadi juara sulong lagi. Tahun 2008 dah terlepas, InsyaAllah
tahun ni tak nak bg lepas. Kasut merah tu dalam keadaan baik lagi. Baru je gam, sbb tapak tertanggal sikit. Nak beli baru elok lagi, makanya gam dan jahit terus je. Dok berkira-kira nak gantung kasut futsal ni, kesnya kaki ni asyik tak selesa je. Bila
main je, mula nak merengek. Tapi tu la, bola ni macam dah jadi kawan. Dari sekolah rendah sampai hari ni.ermm....fikir shafiq, fikir..fikir..

Pertengahan bulan ini, dah mula kelas. Kena pastikan diri ni sedia nak menghadapinya. Result semester lepas, Alhamdulillah, naik banyak. Harapnya akan naik untuk baki semester seterusnya. UKM, tunggu..
.

Dalam psikologi, warna ni memainkan peranan jugak. Merah ni dikatakan bersifat membara, tegas. Adakalanya sifat "pemilik"nya pun macam merah. Sebab tu saya akan "kawan"kan merah dengan biru, hijau dan putih. 4 warna tu, memang saya suka. Itu bab warna, tapi bab yang penting yakni kita sebagai seorang muslim mesti kena ada iman. Baru jadi orang yang beriman(mukmin). Lepas iman kena ada taqwa. Baru jadi Muttaqin..Misi yang wajib dicapai bila hidup kat dunia ini.

Saya agak risau keadaan umat hari ini. Ntahla, mungkin dek kerana politik di negara sebelah "sana" bergolak dan tak lupa juga negara sendiri. Dengan negara lain ditimpa musibah dan bencana lagi. Terasa sangat diri ini sangat kerdil dan hina. Ya Allah, menggunung dosa ini, tapi aku tak sanggup menahan seksaan api neraka-MU...