Saturday, March 12, 2011

Aku Jatuh Cinta

" Jika kami taat menjalankan perintah Allah, Allah akan kurnikan kepada kami balasan yang baik ( di dunia dan di akhirat ), dan jika kamu ingkar dan berbuat jahat seperti dahulu, kamu akan diseksa dengan seksaan yang tidak terperi peritnya "
maksud Surah Al-Fath ayat 16

Untuk apa kecintaan pada manusia itu jika ia mengundang murka Allah. Ilmu itu bukan untuk ditunjuk kepandaian malah adalah untuk diamalan dan dimanfaatkan.

"Aku cintakan kamu". Itu ungkapan yang selalu dilafazkan oleh pasangan bercinta baik dari terbit seorang lelaki atau perempuan. Jika tiada ungkapan itu, maka cinta itu belum mampu membuktikan isi hati sebenar. Rindu pula sangat asyik dek kerana tiada berjumpa lamanya. " Rindu awak la" jawapan Sang Kumbang bila ditanya Si Bunga. Kehidupan seolah sempurna dan terisi bila angin rindu membadai. Kehidupan seumpama miliki sejuta ketengan bila cinta ada dihati.

"Tak boleh keluar la minggu ni. Aku dah janji dah dengan my love aku" itu kenyataan sang kumbang bila kawan-kawanya mengajak keluar hujung minggu. " Maaf la, hujung minggu ni abang ajak keluar. Nak beli barang katanya " Jawapan Si Bunga pada teman bilik. Komitmen yang diberikan kepada pasanganya mengatasi komitmen terhadap kawan-kawanya. Katanya dia adalah masa depanku. Masa depan kami. Siang malam detik kehidupan diisi dengan "call", "video call", " sms ", "mms", "3G" dan pelbagai kemudahan termasuklah " dating". Kewajipan yang tidak pernah ditaklifkan ke atas manusia yang mahu mencari kesempurnaan dalam iman. Cinta Sang Kumbang bagaikan Si Bunga adalah isterinya. Komitmen yang diberikan jauh melebihi komitmenya sebagai Muslim mahupun Mukmin. Komitmen sebagai seorang hamba jauh ditinggalkan. Tanggungjawab pada Si Bunga dipikul semahu mahunya seolah itulah kewajipanya, begitu juga Si Bunga, ketaatanya pada Sang Kumbang seolah dia mahu menjadi salah seorang isteri yang dapat cium bau syurga. Kesibukan menjaga hubungan, menjaga perasaan pasangan diutamakan tanpa melihat kesibukan yang jauh lebih penting dan menjamin kehidupan di dunia dan di akhirat.

Alangkah indahnya komitmen yang dirasakan sangat besar itu, alangkah beruntungnya jika tanggungjawab yang dirasakan penting itu diletakkan kepada Maha Pencipta Sang Kumbang dan Si Bunga. Cinta Allah seolah dilupakan kerana hamba ini tahu Allah Maha Penyayang. Walhal cinta kepada Allah swt itu adalah cinta yang abadi. Tidak ada ruginya jika mencintai Allah, malah akan beruntung akan diperolehi baik di dunia dan juga di akhirat. Jika derhaka, kerugian yang amat besar ditanggung selamanya. Mana yang mahu? mengejar ketaatan kepada Allah atau melawan perintah Allah?

"Tak kan tak boleh bercinta kot?"
"Ni kan fitrah manusia. System lelaki ni hanya ada software perempuan."
" Dah nama pun manusia. Normal la"

Tidak dilarang sama sekali percintaan itu didalam Islam. Tetapi garis panduanya wajib dipatuhi. Setiap perintah Alah itu, mana mungkin boleh dikatakan "tidak" melainkan ada ayat yang menasakhkanya.

" Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan Rasulullah, dan melampui batas-batas syariatnya, akan dimasukkan ke dalam api neraka, berkekalan ia di dalamnya dan baginya azab yang menhinakan "
maksud Ayat 41 Surah An-Nisa

Siapakah kita jika tiada ada rasa cinta kepada Allah? DIA yang menciptakan bumi, jika tidak mana mahu diletaknya kaki ini? jika tidak kerana Allah yang mencipta khazanah bumi, mana mungkin ada kemewahan dunia. Tunjuk kepada diri sendiri, jika kerana Allah yang mencipatakan manusia, maka adalah kita didunia ini. Maka, Allah itu layaklah dengan selayaknya untuk dicintai melebihi segalanya. Allah, tuhan yang menciptakan sekalian alam. Hanya cinta pada Allah itu cinta yang hakiki. Jika tidak ada rasa itu, maka pada makhluk dan dunia rasa cinta itu disuburkan. Ingat! cintakan dunia dan isinya adalah ibu kesalahan.

Boleh bercinta wahai Sang Kumbang dan Si Bunga, tetapi janganlah kamu melampaui batas syariat yang ditetapkan oleh agama. Nikah itu adalah kebaikan yang telah menyempurnakan separuh iman kalian. Tinggal lagi separuhnya lagi untuk diselesai sepanjang pernikahan itu. Setiap larangan itu ada hikmahnya. Begitu juga setiap apa yang diperintah-NYA. Percayalah dan yakinilah bahawa sesungguhnya setiap manusia itu dibebani dengan atas kemampuanya. Bukan beban yang tidak tertanggung oleh manusia. Allah itu Maha Penyayang, Maha Berkuasa dan Maha Perkasa. Mana mungkin fitrah manusia itu dinafikan. Dan mana mungkin perasaan itu ditolak tepi. Sesungguhnya Allah itu bersama orang yang sabar. Sabarlah dengan perasaan cinta kalian, rindu kalian, kasih dan sayang kalian.

Taatlah kepada Allah dengan ketaatan yang sebenar. Promosikanlah dalam diri kalian dengan keindahan dan kenikmatan yang dijanjikan Allah terhadap hamba-hambanya yang mentaati perintahnya dan menjauhi laranganya. Disitu akan terbit rasa cinta. Maka jatuh cinta kepada Allah itu timbul. Dan akan kekal selagi nafsu dan dosa tidak diberikan kesempatan untuk menjajah diri dan kehidupan. Matlamat kehidupan ini hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah swt. Ini yang mesti saya kena ingat dan tahu.

Cukuplah. Panjang pulak. Ini hanya peringatan untuk diri saya dan perkongsian bersama. Saya tertarik menulis isu ini dek kerana statistik yang dikeluarkan Jakim yang menyatakan setiap 15 minit satu pasangan bercerai. Makanya setiap jam ada 4 pasangan dan sehari sebanyak 96 pasangan. Setahun? banyak!. MasyaAllah. Samada statistik itu tahun sudah atau tahun ini, ini adalah masalah umat. Masalah kita sebagai orang Islam. Saya sangat terkejut dan takut. Bagaimana orang yang lemah ini mampu menolong keadaan yang timbul sekarang. Kebanyakan perceraian adalah terdiri dari pasangan muda. Cantik-cantik, hensem-hensem. Allahu Akbar, Dimana letaknya institusi keluarga hari ini? Dimana kepercayaan dan kefahaman sebelum nikah dan sepanjang perhubungan? Dimana letaknya peranan yang dipertaruhkan? Jangan salahkan modul kursus perkahwinan jika perceraian berlaku jika masih ada lagi perlanggaran syariat dibuat dan dilakukan dalam kehidupan. Saya cukup risaukan pasangan muda bercerai. Kerana mereka adalah generasi pewaris. Ya Allah, aku berlindung dengan-MU dari perkara demikian.

# Baru dapat netbook. si kecil ni baru lepas kena format. Guna Windows 7 ultimate. Ok la setakat ni. Harap ok macam ok nya sebelum ni. Tak de meragam la setakat ni. Tukar windows ni pun sebab lama dah dok guna XP. Minggu depan dah start kuliah. Tapi dok pening lagi nak selesaikan masalah kerja yang datang menimpa. Ya Allah, berilah aku kekuatan. Kawan-kawan suruh nikah, baru ada ketenangan dan penyelesaianya. Macam mana ek? Ya Allah, berilah aku kemudahan dan kelapangan dalam kehiupan.