Tuesday, April 19, 2011

Islamic Song Festival

Antara artis :
30 April :
Opick ( Indonesia ),
La Rappel ( France )
Brotherz ( Malaysia )
Khalid Berlhouzi ( france) feat Bennami ( Morocco ) & Ziryab ( Brazil )
The Brothahood ( Australia )
Khaleel Muhammad ( UK )
Fez Meghani & Aftab Ali ( USA )

1 Mei :
Zain Bhikha ( South Africa )
Native Deen ( USA )
Debu ( Indonesia )
Aashiq al-Rasul ( UK )
Yasin ( Malaysia )
Budi ( Germany )
Noor ( USA )

* Tiket dari RM 103 - RM 353
maklumat lanjut sila layari http://www.isfestival.com.my/

Sila ambil perhatian!

Jom pakat pi Pesta Buku Antarabangsa 2011 di PWTC. Setiap tahun saya tak pernah ketinggalan pi sana. Mungkin minggu depan kot pi. Tak pun hujung minggu ni. Tapi ada kelas. Lepas balik kelas kot. Ada buku yang nak dicari.

Monday, April 18, 2011

Salamfone

Salamfone adalah pengendali mudah alih pertama yang menawarkan produk dan perkhidmatan dengan perkhidmatan berteraskan prinsip-prinsip Syariah dan lima rukun Islam untuk ketenangan jiwa dan minda anda.

Yang saya tahu liputanya sama banyak dengan liputan produk lain. Perkhidmatanya pun sama. Jadi saya rasakan tiada sebab kenapa kita "liat" nak guna produk ini. Siap ada infaq satu sen pada panggilan yang dibuat. 0.25sen panggilan untuk semua rangkaian dan 10sen sms untuk semua rangkaian. Mahal ke murah? biasa aje. Dan ada yang bestnya, ada talian hidayah. Pengguna boleh guna talian ini untuk bertanyakan soal agama. Yang jawabnya orang agama jugakla. Ianya merangkumi Tele-Ustaz, Tele-Fatwa dan Direktori Halal. Nak tanya fatwa boleh, nasihat agama boleh, nak tahu pasal halal pun boleh. Dan pada setiap hari Jumaat dan hari kebesaran Islam, pengguna akan dapat tazkirah melalui sms. Bonus pulak akan diberikan mengikut hari-hari kebesaran Islam. Menarikan? nak tau lebih lanjut kena la masuk website Salamfone di http://www.salamfone.my/ atau klik je pada icon salamfone di sidebar blog saya.

Itulah serba sikit intro Salamfone. Saya terkejut jugak bila tahu produk ini. Masa di WHR 2011, Salamfone adalah penaja utama program berkenaan. Saya ingatkan handphone ke, ape ke. Rupanya talian prabayar mudah alih. Terbit rasa bangga juga sebab ada juga produk orang Islam. Dah lama dok tunggu, timbul juga. Lepas ni ape pula? saya kalau boleh berharap ada pembuat kapal terbang yang ber"company" orang Islam. Dok guna Boeing, Airbus, Airspeed, ATR, Fokker, Douglas dan macam-macam lagi bila nak pergi menunaikan haji dan selainya. Sebabnya, kalau diingatkan kembali pada zaman Islam di Madinah dulu, ekonomi Nabi Muhammad s.a.w cukup pentingkan. Perkara pertama yang dibuat oleh baginda s.a.w adalah dengan membeli telaga air untuk diwakafkan bagi kegunaan orang Islam di Madinah. Sebabnya, masa tu puak-puak bukan Islam yang jadi pemegang utama sektor air. Kena beli air tiap kali nak guna air. Lama kelamaan, bankrup puak-puak ni punya, dan akhirnya sektor air madinah semua orang Islam punya. Jadilah JBAIM ( Jabatan Bekalan Air Islam Madinah ) ini jabatan saya reka sendiri, tak de dalam fakta pun, hehe...kui.kui. Dan bila keadaan sekarang ini, umat Islam kena menguasai kembali ekonomi dunia semula. Ada sorang Prof saya cerita, dia ada dapat maklumat, antara faktor utama 11 September 2001 adalah orang yahudi laknatullah 'alaih tengok kewangan Islam makin hari makin naik. Kerisauan timbul. Macam firaun bila mana mimpi buruk, habih semua anak lelaki dibunuh. Macam tu la, kira kalau dibiarkan, habisla sistem kapitalis mereka tu. Bila saya fikir, ada jugak kebenaranya. Risau-risau. Ya Allah bantulah Islam.

Minggu ni ada kelas. Ada sebulan setengah lagi nak final exam. Bulan Jun dijadualkan. Tapi semester ni kira ok sebab antara nak kelas terakhir dan final tu ada masa yang agak lama untuk buat pecutan. Boleh la dok bertapa kat Kedah macam dua semester yang lepas. 18-20hb ada di Cyberjaya. 21hb ada temujanji. 27-29hb ada di Kuantan, Pahang. Semalam dapat jugak turun main futsal dengan kawan-kawan. Cuma minggu lepas terlepas trip daki gunung. Next trip tak nak bagi lepas lagi. Rugi2.

Saya cuma harapkan pada Allah swt mohon semuanya baik-baik aja keatas kedua ibubapa saya, ahli keluarga saya, sedare mare dan semua muslimin dan muslimat. Dijauhkan dari sebarang hal berkaitan maksiat. Sihat wal'afiat dan dipermudahkan segala urusan didunia untuk menuju ke akhirat. Takut-takut saya jadi hamba kepada dunia, sedangkan dunia adalah ladang untuk ke akhirat.

Monday, April 11, 2011

WHR 2011 - Summit -

Dari Abu Abdullah Nu’man bin Basyir Radhiallahuanhu dia berkata:

Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat bererti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan binatang gembalaannya disekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahawa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahawa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh. ketahuilah bahwa dia adalah hati “.
(Muttafaqun 'alaih)

WORLD HALAL RESEARCH SUMMIT 2011
Catalyst For Growth In The Halal Industry

Director,
Nanotechnology & Catalyst Research Center (NANOCEN), Universiti Malaya, MALAYSIA

Paper 2 : Building Successful Business Through Research and Development

Professor,
Massachusetts Institute of Technology (MIT), US

Director,Center for Phytotheraphy and Research (CEPHYR), MAURITIUS

President,
Malaysia Association of Creativity and Innovation (MACRI), MALAY
SIA

Professor,
Faculty of Hospitality & Tourism Management, University of Tun
Abdul Razak, MALAYSIA.

Director,
CCM Pharmeceuticals Division, MALAYSIA.

Lecturer,Department of Biotechnology Engineering, IIUM, MALAYSIA

Professor,
Pharmaceutical Chemistry, USM, MALAYSIA

Head,
Department of Pharmacy, Faculty of Medicine, University of Malaya, MALAYSIA.

International Technical Director,
FoodReg, AG, SWITZERLAND

Head,Food and Health Research, Food and Environment Research Agency, UNITED KINGDOM

Director,Yakin IT Sdn Bhd., Malaysia

Deputy Dean,
Post Graduate Studies and Research, USM, MALAYSIA

Professor,Kulliyyah of Laws, International Islamic University of Malaysia, MALAYSIA.

Professor,Food Science, Cornell University, US

Ada 16 kertas dibentangkan. Macam masuk kelas pun ada. Penat. Sebabnya saya kena study dulu apa yang pembentang nak bentang. Dalam bahasa inggeris. Jenuh buka kamus. Tapi bagus jugak, kalau tak maka diamla kamus tu. Rasa beruntung jugakla pergi. Satu pengalaman bagi diri. Pembelajaran yang sangat berguna, pelbagai ilmu diperoleh melalui program ini. Dan ada yang penting lagi, sudah semestinya saya tak boleh cerita disini. Kiranya tak sia-sia saya minta cuti 2 hari dari jabatan. Bulan lepas lagi dah mohon selepas pendaftaran saya berjaya. Kat Malaysia halal tu ada, cuma toyyiban itu masih lagi samar-samar. Itu yang hendak dicari sebenarnya. Ayam orang Islam yang ternak kemudian bukan Islam beli kemudian orang Islam tukang sembelih kemudian lagi yang bawa lori hantar ayam pulak bukan Islam, siang lori bawa khinzir, malam bawa ayam dan akhirnya dapat kepada pemborong orang Islam kat pasar borong. Macam tu la contohnya. Maknanya, halal la. Baik? sudah pastinya "tidak". Adakah selama ini kita membuat perkara yang syubhah? itu kena buat satu majlis perbahasan ulama fiqh la. Umat Islam kena tahu duduk jelas kedudukan ini. Kerananya, sudah tiba masa, dan sebenarnya masanya telah lama tiba, Umat Islam jadi pengeluar dan Umat Islamlah itu juga yang menjadi penggunanya. Saya rasa tiada sebab kenapa Malaysia tidak boleh berbuat demikian. Dari sudut prinsip ekonominya, saya yakin ianya jauh lebih membantu dalam mempertingkatkan ekonomi negara. Sebabnya putaran yang aktif dalam kuasa ekonomi domestik.

Halal Industry bagi saya satu "niat" yang baik. Akan tetapi kerajaan perlu meletakkanya sebagai salah satu dasar negara. Walaupun ada HDC, Matrade, Kem. Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI), ianya belum cukup kuat lagi kalau pada dasarnya halal bukan satu matlamat yang ingin dicapai dalam misi kerajaan. Jika hal ini berlaku, Malaysia hanya mahu hendak mencari "popular" dan "market" dalam jenama halal ini. Jika halal merupakan satu dasar negara, kerajaan, yang pertama - saya yakin bahawa ARAK, JUDI, NOMBOR, KELAB MALAM, mungkin akan berhadapan dengan kesukaran dan mulai terhakis dan keduanya umat Islam khususnya telah menyempurnakan tuntutan fardhu kifayah dengan sebaiknya. Saya tidak tahu adakah komen yang diberikan ini adalah wajar, tetapi itulah yang saya lihat sebagai seorang rakyat Malaysia. Kerana yang di "bold" kan pada empat perkataan diatas sebenarnya tidak membantu dari sudut keharmonian pelbagai kaum, dan tidak sama sekali menunjukkan ianya merupakan satu cara tolak ansur yang berkesan untuk Malaysia sebagai sebuah negara Islam terhadap agama lain.

Jika Halal Industry ini kerajaan tidak memberi kedudukan yang sewajibnya, halal hanya sekadar penjenamaan dan komersial bagi sesebuah negara. Ianya bukan satu yang "wajib" bagi Malaysia sebagai negara Islam. Bermakna kerajaan perlu mengambil tindakan sewajarnya. Berkata mengenai halalan toyyiban ini sebenarnya mengaitkan keberkatan dalam rezeki yang diberikan oleh Allah swt. Saya akan menyambung entry ini dengan beberapa tips untuk memudahkan urusan kelapangan rezeki. Walaupun rezeki yang diperolehi banyak lagi halal, jika dibelanjakan ditempat yang haram ianya mengubah darjat sebagai hamba Allah dihadapan Allah swt. Jangan difikirkan bahawa mata pencarian yang bersumberkan halal itu 100% halal toyyiban, kemana ianya disalurkan perlu dititik beratkan. Walaubagaimanapun saya tetap sokong perkembangan ini. Industri Halal. Dan akan terus sokong.

*sehari sebelum nak ke WHR, boleh pulak tayar ni pecah dek kerana paku menusuk dibahagian tepi tayar. Dah tukar terus ke kedai tayar. Dapat tukar 2 biji je la sebab nak bagi stabil. Terpaksa amik Continental punya brand sebab itu sahaja pilihan yang terbaik ada. Melayang RM500.00 bukan bermakna saya mesti takut kehabisan duit. Jika saya takut kehabisan duit, bermakna saya sayangkan dunia. Duit sangat penting tetapi bukan segala-galanya. Saya teringat pesanan Saidina Umar r.a " Jika seseorang yang kuat agama dan ilmunya sayang kepada dunia, maka kamu perlu meragui akan agamanya" saya seolah mengigil akan "warning" tersebut. Takut-takut ianya ada pada saya.

dalam paper bag yang diberi, dah memberatkan saya. tag sebagai delegate WHR 2011, tag trade visitor MIHAS 2011. Buku, folder, ada lagi. Saya guna tiket sebagai pelajar IPTA untuk peserta WHR ni, tu yang masuk free.
Hadiah dari HDC. Thumb Drive 4Gb. Macam besi, aloi pun ye jugak. Tk de di pasaran ni. Tq HDC

Ada iras tak???.saya lagi hensem ke datuk?.bergambar dengan Datuk Lee Chong Wei. Masa tu nak ronda kejap tengok pameran halal, nampak datuk jadi jemputan kat gerai mana ntah, apalagi terus cekup Datuk, pass hp kat sapa ntah minta amikkan gambar. Main serbu macam tu.