Thursday, August 16, 2012

Beda Aidilfitri kali ini

Firman Allah swt bermaksud :
"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNYA, dan supaya kamu bersyukur"
al-Baqarah 183

Daripada Abu Aiyub al-Ansari r.a, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
" Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian ia ikuti pula dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, nescaya ia mendapat ganjaran puasa setahun"
Riwayat Muslim

Lagu raya mula kedengaran dicorong radio. Termasuklah di pembesar suara dekstop saya di pejabat. Hanya gara-gara saya ada koleksi lagu raya(dulu2) dan pembesar suara, saya diminta oleh rakan-rakan agar "kuat"kan supaya mereka dapat mendengarnya sekali...lagu "cahaya aidilfitri" antara lagu yang mesti dengar. Mahu atau tidak, bagi saya tiada salahnya permintaan itu ditunaikan walaupun masih ada Ramadhan hari ini. 

Kegembiraan untuk menyambut kedatangan Syawal itu mesti dijelmakan dan dalam masa yang sama matlamat Ramadhan masih lagi ditempatnya untuk digapai. Tidak bermakna Syawal jika Ramadhan ditinggalkan dengan seribu satu persoalan yang "kurang baik".

Saya tidak sabar menanti malam raya, kerana kita disuruh untuk bertakbir bukan kerana esok raya. Tetapi melahirkan puji-pujian atas keagungan Allah, kebesaran Allah dan bersyukur kerana masih lagi berada dalam Islam. Berjaya berada dalam nikmat Islam dan Iman yang berjaya mengharungi puasa dengan sebaiknya. Kerana Aidilfitri bukan sahaja satu perayaan yang disambut setiap tahun atau satu budaya tetapi ianya lebih kepada anugerah Allah swt sebagai tanda kasih dan rahmat ke atas hambanya yang taat dan ikhlas dalam menjalani ibadah puasa.

Walaubagaimana pun, jelmaan kegembiraan itu

Oleh itu, sambutlah kedatangan Syawal sepertimana kita menyambut kedatangan Ramdhan dalam keadaan iman, tunduk bertaqwa sebagai seorang hamba yang bersyukur. Dimana, kita menghiasi kegembiraan Syawal dengan penuh rasa 'izzah dan memuji serta membesarkan Allah swt (tahmid dan takbir).


Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Dunia penjara orang mukmin dan syurga orang kafir"
Riwayat Muslim

Hari ni, Insyaallah...selepas berbuka saya akan bertolak untuk pulang beraya di kampung halaman di utara tanah air, Sungai Petani. Kedah. Dari Bandar Seri Putra Bangi, saya menghala Shah Alam terlebih dahulu untuk menjemput adik. Kepulangan kami dinanti keluarga. Tahun ini, Aidilfitri saya disambut bersama Isteri tercinta. Kami akan beraya dirumah keluarga saya dan isteri..Jarak antara Bertam dan Sungai Petani seolah "pejam mata" sudah boleh sampai ke sana.

Cuti tahun ini saya peruntukkan seminggu sahaja. Mungkin agak sedikit. Tapi, itulah kemampuan perancangan saya. Saya perlu bercuti lagi pada bulan September selama seminggu untuk pendakian ke dua dalam tempoh setahun ke puncak Gunung Kinabalu...

Salam Aidilfitri 1433H..taqabbalullah minna wa minkum..