Monday, April 26, 2010


يا أباذر اعبد الله كأنك تراه فان كنت لاتراه فلنه يراك

Wahai Abu Dzarr, Sembahlah olehmu akan ALLAH seolah-olah engkau melihat-NYA, apabila kamu tidak melihat-NYA, maka sesungguhnya DIA melihat Engkau

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat ALLAH Yang Maha Pemurah, atas taufiq, hidayah, rahmat dan kurnia-NYA, saya dan anda semua masih lagi diberi kesempatan untuk terus menghirup udara dan segalanya yang ada di dunia ini yang sebenarnya adalah satu pinjaman sementara. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w, para ahl bait dan para sahabat, para tabi’in dan tabi’ tabi’in seluruhnya.

Takut saya membaca tajuk-tajuk di akhbar. Buang bayi dah jadi satu kemestian dan kita mesti mengakuinya. Hari-hari mesti ada kes pembuangan ini. Nak tak nak, kita mesti akuinya. Ada hospital rekod 1 hari 16 orang, badan lain siasat 1 hari 50 orang, purata perangkaan mengatakan 1 hari 120 orang anak yang “berjaya” dilahirkan luar nikah oleh pasangan melayu yang kita sedia maklum orang melayu ini beragama Islam.

Saya tidak tahu dimana silapnya. Ulama kita meletakan bahawa ilmu adalah senjata yang ampuh untuk mengelak dari berlakunya maksiat. Tetapi ilmu itu mesti disertai dengan iman yang mantap dalam diri. Setelah itu baru amalnya dilaksanakankan. Ya! Saya sokong dalam pendapat ini. Ilmu itu penting. Tapi mesti disertai dengan iman seterusnya dengan amal. Tidak ada guna memiliki sebanyak ilmu jika kehidupan penuh dengan dosa dan maksiat. Tetapi jika memiliki ilmu dan diselaputi iman nescaya amalnya adalah amalan yang baik dan terbaik. Amal soleh. Dan bila amalanya itu menjadi “istiqamah” maka akan wujud taqwa didalam dirinya. Itu yang kita cari. Itulah pencarian dan sasaran orang beriman. Menjadi hamba yang bertaqwa.

Orang kita ada yang meletakan ilmu agama itu hanya sampingan. “ala ustaz, petang saya hantar anak mengaji+fardhu ain cukupla. Ada juga basicnya. Yang penting cemerlang akademiknya”. Allahu rabbi, jika inilah yang digarapkan didalam cara kehidupan kita, “conform” kelahiran anak luar dan pembuangan bayi akan terus berada didlam kedudukan teratas carta “liga social anak muda”. Dan sebenarnya inilah yang berlaku pada hari ini. Suka saya katakan peranan ibubapa adalah yang utama. Ilmu cukup penting dalam merealisasikan kejayaan manusia. Ibubapa perlu tegas dalam soal agama.

Bagaimana nak jadi ibubapa yang hebat?, jadikanlah ibubapa diluar sana terutama Nabi Muhammad s.a.w sebagai role model kita. Akan lahirlah anak yang berkualiti. Yang menepati acuan Islam.. Saya tak boleh nak bicara panjang lebar, sebab saya pun tak miliki anak.hihi.

Akhir bicara, saya cukup terkesan bilamana setiap hari kes-kes yang membabitkan moral anak muda seolahnya kelihatan “tenat”. Mungkin saya juga salah seorang anak muda hari ini, tempias itu dirasai. Cukup hangat. Seolah saya terlibat sama. Perasaan saya ini timbul dek kerana mungkin tidak menjalankan “nahi mungkar” yang sememangnya perlu dilakukan. Kerana saya tahu itu salah tapi tidak menegurnya. Ya Allah, ampunilah aku. Lemah aku rasakanya. Ingin melihat anak muda @ syabab hari ini adalah termasuk dalam 7 golongan yang mendapat naungan Allah bilamana pada hari yang tiada naungan melainkan naungan Allah. Termasuk juga saya yang serba kerdil dan lemah ini. Yang sentiasa cuba dan cuba untuk memperbaiki diri. Wahai semua anak muda, jom sama-sama kita berubah ke arah kebaikan sepertimana yang di tetapkan kepada kita. Kita sama-sama jadikan Al-Quran dan As-sunnah itu panduan utama dalam kehidupan kita. Mohon petunjuknya.