Sempadan Rafah-Gaza dibuka semula hari ini
2011/05/28
RAFAH: Mesir hari ini membuka semula sempadan Rafah yang menghubungi Semenanjung Gaza yang membolehkan orang ramai bebas menyeberanginya untuk kali pertama selepas empat tahun.Antara yang pertama menyeberangi sempadan itu melalui pos kawalan hari ini ialah dua kenderaan ambulans yang membawa pesakit dari Semenanjung Gaza untuk mendapatkan rawatan di Mesir, selain bas mini yang membawa ratusan pelawat.Menteri Luar Mesir, Nabil al-Arabi pada 29 April lalu mengumumkan pembukaan semula sempadan Rafah selepas penyatuan semula kumpulan Fatah dan Hamas di Palestin. - AFP
Saya terkejut dan terharu membaca berita terbaru dari Berita Harian Online. Buka website Palestine yg lain. Semua memaparkan berita gembira ini. Alhamdulillah..