Tuesday, July 17, 2012

Diari Cinta

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Alhamdulillah, agak lama saya menyepi dalam blog sendiri. Dek kerana kekangan masa dan tuntutan yang mesti saya dahulukan. 

Alhamdulillah, sudah sebulan genapnya saya melangsungkan perkahwinan. Pernikahan saya dengan isteri tercinta dipermudahkan Allah swt dalam segala urusan. Saya sekarang memiliki seorang isteri yang saya cintai, wanita solehah yang saya dambakan cintanya. "Aku terima nikahnya Farhana Binti Mohamad Suhaimi dengan mas kahwin **** tunai", masih segar 15.06.12 diingatan lafaz sakinah-ku dihadapan ayah mertuaku sebagai wali nikah, kadi dan disaksikan oleh saksi serta ahli keluargaku dan isteriku, kerabat terdekat. Moga kehidupan kami berjalan bagaikan perjalanan sebuah keluarga yang mengharap keampunan, petunjuk, kerahmatan dan keredhaan Allah swt. Perjalanan sepasang kekasih yang sama-sama mencintai Allah dan Rasul-NYA. Cinta saya sebagai suami kerana Allah dan juga Isteri saya. Firman Allah swt yang bermaksud :

"Sebaik-baik kamu ialah orang yang berbuat baik terhadap isterinya" al-tirmizi

Meneladani Rasulullah SAW sebagai seorang suami adalah cita-cita saya ketika era angan-angan menjadi suami suatu ketika nanti. Hari ini, saya adalaha seorang suami, dan cita-cita saya itu adalah matlamat saya sekarang. Baginda SAW adalah contoh suami terbaik. Mencintai isteri dan sentiasa menghiburkan isteri dengan peribadi cukup mulia.

"Jika Allah mencintai seorang hamba, maka Allah memasukkan kecintaan ini ke dalam hati para malaikat. Jika Allah membenci seorang hamba, maka Allah memasukkan kebencian ini kedalam hati para malaikat, kemudian memasukkanya pula ke dalam hati manusia" - anas

Kami meniti hari-hari dengan penuh rasa bahagia dalam diri, saya membeli sebuah rumah untuk kami membina keluarga yang sakinah. Disitu adalah "site" bagi Projek Generasi Soleh&Solehah yang akan kami sama-sama harungi..

sambungan...