Monday, July 23, 2012

Perisai diri

Maksud Hadith ; Daripada Sahl Bin Sa'ad, Nabi s.a.w bersabda." Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya. - Riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim

Alhamdulillah, sudah masuk hari ke-3 Ramadhan, bermakna sudah tiga hari saya berpuasa. Ibadah yang merupakan salah satu daripada lima rukun Islam. Bermakna Ibadah Puasa ini adalah perkara pokok yang mesti diambil dengan perhatian yang cukup teliti. Bila sebut mengenai perkara pokok, ianya akan menghubungkan sejauh mana keperibadian seseorang itu dalam melaksanakan tuntutan Puasa itu. Puasa itu mampu membentuk peribadi seorang Muslim menjadi seorang beriman seterusnya mencapai darjat taqwa.
"Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda : " Puasa adalah pelindung daripada nerka. Sekiranya seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, maka janganlah bercakap kotor dan janganlah menengking. Jika seseorang mencela atau ingin bergaduh denganya, katakanlah ' Sesungguhnya aku berpuasa'."-Riwayat al-bukhari dan Muslim

Anehnya ibadah puasa kerana terpaksa melalui detik menahan lapar dahaga, keletihan dan lesu, tidak dibenarkan makan di siang hari dan perkara yang membatalkan puasa itu selama sebulan. Mahu atau tidak, itulah Puasa, satu perintah yang wajib dilaksanakan sebagai seorang hamba. Mana mungkin Allah SWT itu mahu menyeksa hamba-hambanya. Sedangkan DIA telah menciptakan hambanya itu dengan sebaik-baik kejadian.

Puasa adalah medan mengukur diri sejauh mana kesabaran kita dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Sejauh mana ketaatan kita yang mengaku sebagai seorang yang beragama Islam untuk melaksanakan segala tiah perintah yang diperintahkan terus melalui wahyu Al-Quran dan Hadith. Medan yang menguji kesabaran yang tinggi juga mempunyai pulangan ganjaran yang tinggi. Percaya? atau Yakin? Semuanya terletak pada permulaan menghadapi puasa itu. Hanya yang ingin puasanya dikategorikan sebagai puasa biasa sahaja bagi saya, mereka hanya melihat Ibadat Puasa in sebagai satu yang bersifat adat tatkala tiba Ramadhan. Mereka tidak makan disiang hari, tapi malangnya perasaan mereka sama sahaja seperti biasa-biasa sahaja. Mereka seperti orang tidak berpuasa kerana puasa mereka sia-sia yang hanya mendapat lapar dahaga sahaja.
" Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi s.a.w bersabda : " Bersahurlah! Sesungguhnya terdapat padanya keberkatan."- Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Allag SWT terhadapat hambanya, walaupun dikala keletihan berpuasa dek kerana tidak makan dan minum seperti biasa diwaktu siangnya, perkara fardhu yang dilakukan di gandakan sehingga 70 kali ganda ganjaranya dan perkara sunat itu digandakan seperti melakukan amalan fardhu. Itulah kasih sayang Allah SWT kepada kita sehingga tidur disiang hari pun akan mendapat pahala. Walhal, jika kita tidur sebagai hamba dunia sekalipun, satu sen pun kita tidak peroleh.
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda : " Binasalah hamba kepada diinar dan dirham, dan hamba kepada kain tebal yang berbulu dan kain bercorak (ghairah kepada kemewahan dan kesenangan); sekiranya kepadanya ia meredhai, sekiranya tidak diberikan ia tidak meredhai" - Riwayat al-Bukhari

Dari Anas r.a, Nabi s.a.w bersabda : " Seandainya anak Adam mempunyai dua lembah harta tentu dia masih menginginkan yang ketiga. Padahal yang memenuhi perut anak Adam hanya tanah-tanah(kuburnya) dan Allah tetap menerima taubat orang yang ingin bertaubat."-Riwayat al-Bukhari dan Muslim