Saturday, December 26, 2009
akan datang
Sunday, December 13, 2009
mEnCorak KaiN PutiH
Cuti sekolah dah..paling seronok adalah anak-anak yag bersekolah. Dah nama cuti sekolah. murid-murid, pelajar –pelajar mungkin sesetengah mahasiswa ipt juga tengah hangat bercuti. Saya lebih suka berbicara mengenai pelajar/murid ini. Mungkin keadaan mereka sudah pernah diharungi saya suatu ketika dahulu. Dan inilah waktu yang terbaik bagi saya untuk mula mengenal diri. Mana mungkin saya melupakan keadaan seperti ini. Bagi saya masa disekolah menengah adalah satu waktu yang saya akan pilih sekiranya saya diberi peluang untuk kembali.
Tatkala solat dimasjid ghufran kelihatan anak-anak mula menampakkan ramai dek cuti sekolah ini. Alhamdulillah, saya bangga bila melihat anak-anak ini. Mereka perlu dididik dengan hadir ke masjid. Dengar kuliahselepas maghrib. Melihat situasi ini, saya teringat masa saya kecil dahulu. Disebabkan saya hanya seorang sahaja anak lelaki didalam keluarga, kemana ayah saya pergi disitula saya ada. Tidak kira la sehingga lewat malam dan awal pagi sekalipun, saya tetapi ada disisi ayah saya. Dengar perbualan org-org tua ni dah biasa sangat la. Macam-macam isu. Tu yang banyak cakap bila besar. Banyak menjawab pun ada.hihi. bila dalam lingkungan umur begini, nak pupuk diri agar sehati bersama masjid nie agak sukar. Mungkin saya boleh katakan “tak sah” la jika budak2/kanak2 akan tidur time kuliah maghrib. Sbbnya saya pun macam itu dulu. Saya tak tahu itu adalah permulaan mendidik hati agar terpaut pada masjid. Bila dah besar nie baru mula sedar akan hikmah disebaliknya. Itu pun jika cuba mencari kebaikan disebalik setiap yang berlaku yang akhirnya ianya sampai hari ini. Ada bapa2, ibu2 membawa anak ke masjid. Bila dah besar nie rasa seronok melihatnya. Hati mengusik “bila eh dapat bawa anak sendiri” hehe.. saya suka lihat dari surah al-luqman kerana pesan luqman kepada anaknya itu perlu dijadikan subjek pertama, modul pertama dan pelajarn pertama untuk anak-anak.
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan Yang mungkar, dan Bersabarlah atas Segala bala bencana Yang menimpamu. Sesungguhnya Yang demikian itu adalah dari perkara-perkara Yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
Inilah yang perlu anak-anak kita didedahkan. Saya tak pandai nak bercerita secara langsung tentang didikan anak-anak ini. Tapi saya cuba dedahkan melalui perjalanan saya menjadi seorang anak yang mungkin sama perjalanan dengan anak2 yang lain. Mungkin cara corakan agak berbeza.
Kenalkan anak dengan Allah. Bagi saya ini penting. Sebelum anak-anak ini dikenalkan dengan yang lain, adalah lebih baik kenalkanya dengan Allah s.w.t. bagaimana? Pertamanya kita kenalkan pada anak-anak tentang wujudnya Allah. Perkara tauhid. Saya ad baca dalam tafsir ibnu kathir dimana ada menyebutkan bahawa anak-anak ini yg masih kecil ini kita bawa mereka dalam perjalanan dakwah Nabi Muhammad s.a.w kita di Makkah. Yakni anak-anak ini diperkenalkan dengan surah2 yang diturunkan di Makkah. Surah makkiah. Jika kita lihat pada surah2 tersebut, anak-anak akan didedahkan dengan siapa yang mencipta bintang, bulan, matahari iaitu segala apa yang menyatakan kebesaran Allah s.w.t. “bintang kat langit yang cantik nie, Allah yang cipta. Cantik tak” si ayah menunding jari ke langit sambil mendukung anaknya. Anak kecil itu hanya melihat. Ternganga mulutnya dek meungkin belum petah bercakap. “tue bulan pun sama. Allah yang cipta” si ayah tunjuk lagi ke arah bulan.
Ceritakanlah segala bentuk macam kebesaran Allah s.w.t. tak payah la kerahkan kudrat nak ceritakan apa itu “qawaid fiqhiah” ke yang mampu buat ibubapa pening dan anak pun tak tahu apa nak mengerti. Hari ini anak-anak diperkenalkan dengan teknologi yang memakan diri. Hiburan lah makanan, dan kawan pertama anak-anak kini. Letak kat depan tv, diamla anak itu. Anak-anak diperlihatkan dengan adegan2 yang tidak kena pada peringkat umurnya. Peringkat matangnya. Peringkat ilmunya.
"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman Yang besar" surah luqman ayat ke-13
Anak-anak hari ini tidak diberitahu dimana sebenarnya asal manusia. Siapa pencipta segalanya. Termasuk siapa yang yang menciptakan manusia. Anak-anak tidak di “maklumkan” bahawa Allah itu sentiasa berada bersama makhluknya. Bagaimana anak ini akan mengingati Tuhan jika dia sendiri tidak diperkenalkan. Bagaimana anak ini tahu bahawa dia adalah hamba. Dia ini ber Tuhan. Dekatkan lah anak-anak dengan Al-Quran. Kerana bilamana kita jauh dengan Al-Quran bermakna kita sebenarnya jauhkan diri dengan Allah. Sedangkan Allah itu bilama kita datang kepadanya dalam keadaan kita berjalan, DIA akan datang kepada kita dalam seumpama berlari. Allahu Akbar. Al-Quran sebenarnya adalah pengisian untuk rohani yang terbaik yang mampu mewatakkan pada zahir manusia itu.
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."
Siapkah kita jika nanti besar anak-anak bertanya “kenapa nak kena pakai tudung?” “solat 5 waktu” dan pelbagai soalan lagi berkait dengan aqidah. Saya teringat pada drama “cinta sempurna” . huh, berpeluh jugak saya fikirkan jawapan pada soalan yang timbul pada dialog dalam drama tersebut. Tetapi itulah hakikat. Dan itulah juga realiti hari ini. Reality sehingga terpapar didada akhbar “anak ugut bunuh ibu”, “anak dera ibu”, “anak tikam ibu kerana marah” dan macam-macam lagi. Wal’iyazubillah. Mohon dijauhkan. Doa seorang anak itu adalah yang diantara 3 perkara yang jamin utk dibawa & kekal bersama sepanjang berada di alam barzakh nanti. Begitu juga saya, saya tidak mahu menjadi manusia di alam sana yang merangkak2 mengutip pahala dari manusia diluar sana yang bersedekah. Sedangkan doa anak-anak mampu menjadikan saya hanya duduk tanpa mengutip “belas” dari orang lain. Dan saya juga tak mahu kedua ibubapa saya juga merangkak-rangkak mengutip pahala “belas” sedangkan saya sebagai anaknya mampu berdoa setiap hari. Paling kurang pun ketika waktu berdoa selepas solat.
“Ya Allah, Ya Tuhanku, jadikanlah aku anak yang soleh. Ampunilah dosaku, doa kedua ibubapaku, kasihanilah mereka sepertimana mereka menjagaku sejak kecil lagi. Ya Allah kurniakanlah padaku isteri dan anak-anak yang soleh/hah, penyejuk mata penenang dihati dan bertaqwa kepadaMU. Jadikanlah aku sebagai seorang suami yang menjadi sahabat kepada isterinya didunia dan diakhirat. Aku mohon Ya Allah, agar sentiasa berjalan menuju ke arah kebaikan dalam mencari keredhaanMu. Ya Allah, kurnikanlah“
Masih belum lewat untuk kita hisab diri. Masih belum terlambat untuk kita u-turn untuk bermula semula. Manusia yang dekatkan diri kepada Al-Quran adalah manusia yang inginkan kebaikan. Dan manusia yang berfikir untuk kebaikan adalah manusia yang telah memberikan peluang dan membuka ruang untuk dirinya kearah kebaikan.
# yang baik itu dari Allah s.w.t, dan yang buruk itu datang dr saya yang serba lemah dan kurang ini. Perkongsian ini hanya untuk peringatan diri saya yang mungkin juga mampu dikongsi untuk kalian. Agar ianya bermanfaat.
Monday, November 30, 2009
Hari yang indah
BismillahirRahmanirRahim....
huh...lenguh betul badan. dari lebih krg pukul 4 petang semalam bertolak dari Sg Petani nak balik KL, pukul 2 pagi jugak sampai. keta betul-betul banyak. sesak teruk. letih kaki asyik brek. kena check la brek pad lepas nie..kaki yg dok pakai kasut, saya tanggal...rasa kebas lagi saya tanggalkan stokin..lenguh lagi, nak tanggal apa ada kat kaki? kuku?hhee...jangan buat pasai. apa pun perjalanan semalam hingga ke awal pagi hari ini , letih la.......dah la pagi2 lagi dh bersiap nak ke Jitra. classmate masa sekolah di Islah buat makan2. budak laki ada la 4 orang. perempuan berapa eh? tak pasti. lagipun krg ingat la akhawat. ada sorang tue lain dr lain. masa sekolah dulu len, dh jumpa len plak. mujur la dia tegur. kalau dia tak tegur, saya lagi tak akan tegur..wui..segan oooo.... .yg saya tau empat keta la masa nak ke Jitra. konvoi....
saya nak berterima kasih kat Najmi sbb amik saya kat umah.hehe.."best naik reta kancil hang, macam naik go-kart pun ada. banyak plak borak dalam reta hari tue"..kat Fazli bg tumpang balik dr Jitra.."macam naik reta Karamjit Sigh plak"... tuk Hamdi yg aturkan program..semua banat yg hadir...terima kasih banyak untuk tuan rumah, terutama Sumaiyah, uish..dah habih blajaq pun kat Mu'tah, Jordan. Selamat Kembali ke Malaysia. saya tak tegur pun dia. segan oooo...ada magnet. kutub segan tu kuat sgt. agaknye dua2 belah kutub magnet saya mmg segan..hhe..antahla. mmg segan. mujur ada hamdi, pali n najmi yg kaki borak. kalau tidak, mati kutu saya nie..lagi gelabah biawak ler..kesian biawak. tak pasai masuk sekali..
Apa pun saya sebenarnya rasa bersyukur sangat pada Allah s.w.t kerana masih ada peluang dan kesempatan untuk saya bertemu "keluarga" saya. ada terpalit kesan 'persaudaraan' itu. sepertimana didalam Al-Quran ada disebutkan bahawa setiap org yg beriman itu adalah bersaudara. masa sekolah dulu mmg baik la hubungan antara kami. saya rasa tak de masalah. ejek n gelar tue mmg jadi masalah sket la. nak buat macam mana "budak-budak pra matang" hhheee..uniknye mungkin kami antara banin dan banat "satu kelas la" tak de la "rapat" yg mungkin macam kat sekolah "kerajaan" tue. yang tue lekat sangat. tak dak la toleh semata-mata nak nyembang kosong, ngusik ka apa-apa yg seronok2. seolah wujud diantara kami rasa hormat dan respect seperti banin hormat banat sebg perempuan yg ada Islam pada diri dan banat juga yg hormat pada banin kerana sbg tanda "tunduk pandangan" sepertimana disebutkan didalam Al-Quran. tiada kesempatan dan peluang untuk seronok diambil. walaubagimana pun hasilnya masih ada lagi hubungan itu sehingga hari ini. dan buktinya adalah sebuah pertemuan pada semalam. dan saya harapkan masih ada lagi hubungan ini. hubungan indah ini. ini mungkin kesan dan hasil tarbiyah dan didikan dari muallim dan muallimah kat SMAI. syukran jazilan saya ucap kepada mereka. Moga ada balasan yg baik mereka peroleh dari Allah s.w.t...dan inilah sebenarnya antara batas-batas yg digariskan didalam Islam antara lelaki dan perempuan. batas untuk mengawal dan menundukan nafsu, memperbaiki hati melalui membawa hati kepada Allah s.w.t. pertemuan semalam dan perpisahan semalam juga ada kerana Allah. akan ada kemanisan jika semua dilakukan kerana Allah. biar sekecil mana pun, nescaya Allah akan balasnya. walaupun sekadar nak pergi riadah sekalipun.
" Allah Azza wajalla mewajibkan tujuh hak kepada seorang mukmin terhadap mukmin lainnya, yaitu: (1) melihat saudara seimannya dengan rasa hormat dalam pandangan matanya, (2) mencintainya di dalam hatinya, (3) menyantuninya dengan hartanya, (4) tidak memburuk atau mendengar yg buruk terhadap kawannya, (5) menziarahi bila sakit, (6) melihat jenazahnya; (7) dan tidak menyebut kecuali kebaikannya sesudah ia wafat. "
Pertemuan smlm adalah sbg satu ziarah. bukan umrah dan ziarah lerr.. ini raya dan ziarah..hhuu..yg gembiranye adalah "hawa". sbb kami ziarah pun "hawa". rindu diorg tue pham-paham la. banyak ler yg nak di "chat"..dah dapat add, so chatting la. yg "adam" plak tak kan rindu macam hawa. "adam" dengan cara dia la. kawan-kawan. nak tanya banyak-banyak soalan semua dh ada kat hawa. adam keja dia semalam menjamu selera la. thanks atas masakan smlm. mmg sedap sebb tgh lapar masa tue. kebetulan. hhii..tambh pulak semalam macam dok rumah kampung. suasana mmg damai. cantik. subhanallah, mmg kena dgn pertemuan smlm. selain dr rasa bersyukur, diri memuji2 kebesaran Allah.. segala yg ada dibumi dan dilangit adalah sebagai tanda kebesaranya. jika kita ingkar, seolah kita tidak mengakui kebesaranya..Segala puji-pujian bagi Allah s.w.t, pemilik sekalian alam semesta. Hanya kepada DIA kita sembah dan hanya kepada DIA juga kita pohon pertolongan...
* mungkin entry akan datang lambat sket saya "publish"..bulan nie pun agak sesak sket jadual dan pengisian. saya mohon agar diberikan kemudahan diatas segala urusan dan mengharapkan kejayaan diatas segala urusan. kepada DIA saya mohon sangat kekuatan, bantuan dan petunjuk..
Sunday, November 29, 2009
Sampai bila begini?
Best pulak tengok drama ulangan cinta madinah. Dalam keadaan channel yang dipenuhi cerita yang “mengarut”, saya cuba cari drama yang boleh dijadikan santapan hiburan. Ingat ke bila dah habih reality AF, dah reda. Rupanya lagi memuncak. Sambung-menyambung. Sehati berdansa, one in million, anak wayang, idola kecik, macam-macam la. Yang sememangnya menjanjikan kelekaan dan rasa “teruja” dengan hidangan hiburan menghancurkan jiwa. Moga kita dijauhkan dari kelalaian dunia yg fana ini. Cukupla yg pernah dan sedang kita bertarung.. . Kebetulan cinta madinah ditayang semula, baek saya tengok. 10malam mula. Astro oasis. Masa study tue. Teman study. Kalo tak sunyi la saya.
“Dunia sudah maju zaman sudah berubah”. Ini mungkin moto segelintir daripada kita. Ada kebenaran yang terpalit dek slogan itu. Kebenaran yang dijadikan sandaran oleh segelintir daripada kita. Saya nak bercakap soal couple dahulu, tetapi saya tidak tahu bagaimana hendak memulakan cabang ini. Adakah agama kita menghalalkan “couple” ini?..dengan sedikit ilmu yang ada saya mulakan dengan apakah arah couple ini. Cinta monyet, cinta pandang pertama dan macam-macam kalimah dalam soal ini. Dan bila “couple” ini dikaitkan dengan cinta, apakah ianya benar-benar cinta? Sejauh manakah cintanya itu?dan apakah benar ianya cinta? fahamkah apa sebenarnya cinta ini? dari mana datangnya cinta ini? Kepada siapa cinta ini hendak kita dahulukan? Bagaimanakah cinta antara lelaki dan perempuan ini Islam gariskan? Andai terjawab segala persoalan soalan ini bagi saya ianya sudah cukup untuk kita menilai semula tujuan kita. Tujuan hubungan antara lelaki dan perempuan. Hubungan yang mulanya kata nak “kawan”.
Couple - Rasanya cukup membuang masa jika halnya kita berhubung tanpa seurat niat kerana Allah. “eh mana boleh dating antara bukan mahram kerana Allah” hhheee…mmg la tak boleh. Jadi bagaimana? Secara overallnya saya melihatnya couple ini sntsrs faktornya persekitaran, trend, suke-suke, cuba-cuba, dlln yang mungkin kita tak tahu. “awak bercinta dengan dia ke?” “eh tak lah.kami kawan je”.. “habih tu yang I love u ni apa cerita?” “hehehe..sengih nampak seperti pembohong”…. “rasanya kita tak sehaluan.kita berpisah” setelah bertahun, berkepit sana sini, berpengangan, berduan akhirnya dilepaskan kerana “tiada sefahaman” mungkin juga “tak sanggup” atau mungkin juga “tak de jodoh”..jadi carila yang lain. Dah jumpa “awak ada 98% yang saya nak. Teste saya. Faham saya”… “boleh berkenalan?” lepastu menjadi kenalan dan hari hari jalani proses kenal-kenalan. macam baju ada. Pakai ada. Buang ada. Naka kata macam lampin pun mungkin ye. Sebabnya sekian lama menghabiskan masa, duit, lelah, nafsu dibuang begitu sahaja. Baik lelaki mahupun perempuan. Lelaki dengan kepintaran “ayat-ayat cinta” mereka. Yang perempuan mungkin dengan “bertakhta dihati” mereka.
Tunang – “aku hari-hari jumpa tunang aku. Ada je bende nak gaduh”… “aku minggu nie penuh la. Pas keje je jumpa tunang aku. Bincang nak kahwin. Maghrib baru dia hantar rumah. Kadang tue makan malam dulu”…. “minggu nie tunang aku datang rumah family aku. Saja dia nak kenal family aku. Tido kat rumah family aku la semalam dua. Parents aku ok je”….macam-macam ragam lagi. Naik moto bersama tak kira lagi. Bertahun lamanya berhubung tak termasuk lagi. Ini fesyen tunang zaman yang maju ini. Masa couple pun dah macam laki bini, tunang ermmm..tepuk tangan dengar la bunyi kuat ke tak.
Sebenarnya tiada sebab untuk kita menghalalkan cara jika ianya sudah terang tidak halal. Dosa adakalanya dilihat dari aspek mencuri, merompak, rogol, bunuh dan macam-macam kesalahan. Sedangkan jika dilihat berduan pun kira berdosa jika walau sudah bertunang sekalipun. “tak kan tak boleh kot”..yap, memang tak boleh. Sebab? dah memang tak boleh. Jika dalam Islam mengharamkan antara lelaki dan perempuan bukan muhram berduan, sehingga ada hubungan yang halal antara mereka yakni nikah, jadi bagaimana dengan tunang? Masih halalkah mereka? Jika halal itu telah digariskan iaitu mesti “nikah”, sudah terang-terang tunang masih lagi tidak halalkan? “susahla macam nie. Nak bincang kahwin macam mana?” aih, tak kan hari2 bincang kot. Nak buat besar mana? Satu malaysia? Tak boleh ke bawa mahram yang lain. Kakak ada. Adik ada. “tapi niat kami baik” ye, mmg baik. Yang tak baiknye cara. Jangan menjadikan matlamat untuk menghalalkan cara. Masih ada cara lain yang Islam gariskan dalam hal ini. Cumanya bergantung kepada kita nak ikut atau tidak. Tiada masalah sebenarya jika tidak keluar, tidak bercinta, tidak bertemu dan sama waktu denganya.
Untuk kali ini saya lebih suka mulakan dengan soal perkahwinan. Matlamat perkahwinan dalam Islam juga adalah untuk satu ikatan yg sah. Bila sah, halal la. Saya rasa saya tidak perlu huraikan perkahwinan dalam Islam. Mungkin dalam entry yg akan datang. Hhe…bagi saya tiada masalah jika Islam melarang berduan apa-apa yg seangkatanya. Kalau nak sangat kat sesorang, bagitau. Plan je untuk kahwin. Dah dapat result, sedia, nikahlah. Tak perlu keluar-keluar dulu, nak tahu hati budi, kenal mengenali sampai rapat sangat, usung sana sini yg semstinya merugikan dari segi fizikalnya (duit,waktu,keadaan) dan rohaninya (solat lambat, jarak hubungan dengan Allah mungkin makin jauh). Susah sebenarnya bila jauh dengan Allah. Bila kita dekat, kita berdoa pun, kita sangat rasakan doa kita sedang didengar oleh Allah. Nak mengaku buat salah pun tak de masalah. Habih semua diceritakan antara kita dengan DIA.
Sekadar untuk berkongsi dan peringatan untuk saya dan kalian disana, memang tidak dapat dinafikan, perasaan, cinta, sayang, rindu dan inginkan pasangan itu adalah fitrah yg ada pada manusia. Memang wujud. Mana mungkin si lalaki mampu menipu diri dari menyukai perempuan. Dan begitulah halnya perempuan kepada lelaki. Tetapi persoalanya bagimanakah Islam menggariskan agar hubungan ini senantiasa mendapat “sijil halal” yg tiada mengandungi “perisa haram” didalam kandunganya. Begitu juga saya dan mungkin juga kalian disana, nafsu sentiasa membelai dengan kemanisan yg kadangkala membuat kita terkandas. Ujian yg mampu memperlihatkan sejauh mana kemantapan kita. Kemantapan dari sudut iman dan seterusnya taqwa. Tidak takutkah kita membaca kes-kes buang bayi? Zina? Khalwat? Rogol? Ada sumber yg mengatakan kes-kes seperti rogol membabitkan pasangan ini sebenarnya dari kerelaan pasangan. Dan cara terbaik untuk menutup malu, si pihak keluarga perempuan melaporkan bahawa anak mereka di rogol. Saya tidak pasti tentang ini. Tapi jika kita melihat dari satu sudut ada kebenaranya jika bila berdua sudah semestinya ada yg ketiganya. Bagi pandangan saya tak perkahwinan itu adalah permulaan dan segalanya untuk perasaan yg bersarang dalam diri kita. Rindulah, sayanglah, cintailah, kasihlah tika di alam perkahwinan. Kerana jika kita tidak bermula dengan indenks-indeks maksiat, maka akan lahirlah perkahwinan yg sakinah dan hubungan yg erat. Disitu saya dapat melihatnya adalah permulaan, kesudahan, praktikal yg ideal lagi bernas serta kena pada haknya. Rasulullah s.a.w ada sarankan kita supaya berpuasa jika tidak mampu. Kerana puasa itu dapat melewati hawa nafsu. Saya yakin Islam telah menggariskan panduan yg cantik dan terbaik dalam soal ini. Si isteri akan menepati sebagai isteri yg taat pada suami. Dan suami juga akan memengang watak suami yg digariskan oleh Islam. Sudah terdapat cara yg dianjurkan. Cara nak berkenalan. Soal selidik. Latar belakang. Tiada lopong-lopong yg boleh kita mempersoalkan dan mempertikaikan panduan yg sudah ada dala akta Islam. Dan tiada masalah si isteri keluar tanpa izin, tidak melayan suami, suami tidak member nafkah, suami bermain kayu tiga, kayu hoki ke. Kerana proper kepada semuanya ini adalah dari Allah s.w.t, Muhammad s.a.w, Para sahabat dan seterusnya para ulama yg sentiasa memelihara dan menjaga kesucian Islam itu. Dan kita akan tahu dimana letaknya dan waktunya “I love you” itu disampaikan dan diungkapkan..InsyaAllah.
Entry diatas hanya untuk berkongsi pendapat dan pandangan. Saya berharap ianya mampu menyumbang walaupun sedikit Cuma untuk menjadi panduan atau peringatan sesame kita khususnya saya. Sebab saya pun belum berkahwin. Hhheee….
Buat kawan-kawan saya yg ada la nak melangsungkan perkahwinan tu pada bulan 12 nie, selamat pengantin baru saya ucapkan. Semoga berkekalan, dirahmati, diberkati, diredhai oelh NYA sehingga akhir hayat kalian. Mungkin sehingga “Syurga Cinta” , macam filem pulak. Kui kui..ada 4 ke 5 undangan dari kawan bulan depan. Lepas raya baru ni pun ada. Bagi belum berkahwin tu anda tahu apa yg perlu dilakukan.
Wednesday, November 25, 2009
Nak Tukar templete lain la
hihi...Raya Haji nie seronok, sebabnye takbir tu banyak hari. seronok bertakbir ler..
Lega rasanya bila tugasan dah nampakkan penghujungnya. esok nak balik kampung. mana lagi, Sg Petani Kedah laa..lama tak balik. Agaknya nie mungkin kali terakhir balik sana untuk tahun nie. Cuma esok balik dalam keadaan cuaca yg sekarang nie tgh musim hujan. harapnye perjalanan esok tak hujan la. Raya Fitrah yg lepas ni pun balik tgh hujan lebat.dari kl smp Jawi hujan lebat. mmg lebat la. siap boleh berlumba lagi dengan "Ustaz Rock" dunia hiburan tanah air. hhe..berapa hari balik? ahad atau isnin kot balik semula kl. hujah paling kuat hari isnin...ikut la plan mak ayah. time2 gini la nak "berbakti" pun pada mereka...selagi mana 'nikmat' sebagai anak ini masih ada dan harapnye ada smpai bila-bila selagi itu "tanggungjawab" itu perlu peduli.
(surah luqman ayat 14)
Esok Malaysia gempar satu Filem baru. saya rasa terpanggil nak bangkitkan filem ini. "Jalang".huh..dengar pun dah boleh agak. apa yg akan diisi. Dan saya ada baca keratan tentang filem ini bahwa filem ini tidak ditapis dan hanya untuk 18thn keatas. melayu? mmg pun pelakonya melayu. Agama? saya tak tahu. apa pun bila sebut melayu sudah semestu sinonim dengan Agama Islam. "berkemban" itu mungkin yang saya dapat lihat pada keratan di akhbar. saya ingat lagi filem "Lenjan","rempit" dlln yg aksinya dikhabarkan panas. saya sempat tgk "rempit" yg dikatakan ingin memberi mesej "jgn rempit"...Astaghfirullahal 'Azim..tak de ape mesej pun. dedah sana sini, sudah semestinya. aksi "menarik" dan "tertarik" sudah dijanjikan. tak de mesej pun. lastnye accident. so ape mesej yg nak disampaikan? jika dilihat dari sudut ilmiahnye mmg conform tak de ape mesej yg nak disampaikan dalam filem2 seperti ini. yg memalukan first yg saya dapat ditectnye adalah orang islam yg berbangsa melayu. memalukan. dan saya cukup benci keadaan seperti itu. seolahnye malaysia bangga dengan keadaan seperti ini. ikut arus kemodenan yg menghancurkan Agama, Fitrah Manusia itu sendiri dan ianya langsung tidak mampu membuatkan sebuah negara itu boleh mencapai satu tahap tamadun pada suatu hari nanti (mana la tahu).
agak emosi sikit saya soal ini. dan inilah yg saya dapat kenapa sejak kejatuhan Tamadun Islam Uthmaniah, tiada lagi tamadun Islam mahupun tamadun lain muncul..saya perhatikan dan hasil dari pembacaan buku dan penyampaian oleh pensyarah saya, faktor yg mendirikan sebuah tamadun itu bukan sebab jajahan, mahupun satu kuasa mutlak yg berkuasa, tapi keberadaban, akhlak, kesopanan, ketaatan rakyat, trade mark yg baik2 yg ada pada pada negara tersebut yg akhirnya menyumbang kepada perluasan demi perluasan sehingga berjaya mencipta dan menjadi sebuah tamadun. berbeza dengan sekarang, Negara-negara maju pun tak mampu mencipta tamadun sendiri. bukan suruh perang, Negara Maju yg ada sekarang ini yg tak mampu membina keberadapan negara mereka. majulah macam manapun, dok tahap tu lah. tak ade ape yg nak dicontohi atau kagumi.
Begitulah halnye disini. anak muda dengan caranya muda.yg tua pun nak jadi muda. kes yg membabitkan moral? huh..hari-hari ada. saya berharap sangat agar Allah tetap saya dalam agamaNYA. cakap senang, nak elokkan orang bukan senang. hatta diri sendiri pun belum tentu. Ya!, Atleast kita ada usaha. kita benci pada maksiat, mungkar, dan kita nak kearah kebaikan walaupun kita khususnya saya pun tak berapa baik. Kadang bila bawa kereta nak balik rumah, tgk kiri kanan ,manusia. macam-macamlah keadaan mereka. terlintas dan tercuit dihati "bagaimana aku nak jadi seorang bapa pada anak aku? aku kena pastikan dia menjadi anak dalam acuan Islam. mampukah aku "larikan " dia dari kejahilan yg dah ada didepan mata mahupun apa yg didengar di telinga?...bagaimana nak jadi keluarga yg sakinah? yg penuh ada rasa kecintaan dan kebahgiaan? Isteri aku bagaimana? penguat aku, pemberi semangat, penenang dan memberi ketenangan dikala susah dan senang..."...akhirnya hanya dengan tangan yg menyapu muka sebagai jawapan pada persoalan yg timbul...."Ya Allah, kuatkan aku yang Allah"..
Dan barang siapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman, lagi sungguh-sungguh telah beramal saleh, maka mereka itulah orang-orang yang memperoleh tempat-tempat yang tinggi (mulia),
(surah thohaa ayat 74 & 75)
Monday, November 16, 2009
Sungguh! ini keputusanya
Sakit pulak kaki nie pas maen futsal...jatuh sendiri.kuang2. maen plak tak cukup korum. 4org lawan 4orang. target "botol"...tak de keeper la. nak target botol tu yg kena fokus betul bila nak lepaskan "peluru" kaki..dulu masa sekolah, bola la tempat lepas "beban"..selagi tak cukup jam tamat, selagi tu saya akan pastikan bola "on target" ke gawang..tak kirala kedudkan kat mana pun. Make sure keeper tak boleh dok rileks. dan yang pastnya lepas maen tu kaki mula la nak meragam. urat lari la. macam2 "ter" ada. Tapi tue mungkin 5 / 6 tahun dulu. nampak "zalim" tp tu la tugas dan peranan. Mesti konsisten. Gol perlu dicari. Macam tu la kita sebagai hamba. Nak bermujahadah dalam melaksanakan perintah Allah dan nak bermujahadah dalam meninggalkan larangan Allah. target kat perkara baik. Mungkin diantara kita boleh kata "striker pun boleh missed score gol, nie kan pula kita manusia"...Allahu Rabbi, mentaliti yg kadangnya meracuni saya. nak buat macam mana, alasan mesti dicari untuk lepaskan diri. tetapi alasan lah yang membawa kegagalan pada diri.
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]
Seperti dalam kehidupan kita, yang banyak memerlukan kita pilih. pilih jalan. pilihan cukup banyak. bergantung kepada kita menilai "value" yg ditawarkan secara "terus" atau "faedah" selepas pemilihan itu. apa yang pastinya semua pilihan ini tak semuanya enak dan mudah untuk dipilih bagi yang "memilih" dan cukup enak dan mudah dipilih jika pilihanya itu sudah terang-terang menjanjikan ke"enakan" dan nilai value yg tinggi....begitu juga bagi orang yang bermujahadah pada jalan Allah, Allah akan membuka jalan-jalanNYA yang terang. itulah janji Allah...Tetapi bagaimanakah jika kita kalah kepada "indikator" dlm mujahadah?..tup tup jalan-jalan yang dijanjikan Allah dikaburkan daripada kita(mungkin juga ditangguhkan)..terus menyerah kalah..jd,bagaimana nak bermujahadah?
Oleh itu, jangan sekali menyalahkan Allah tatkala jalan itu masih kabur dan sukar kerana itu menjadi indikator akan mujahadah kita yang sebenarnya masih dalam "pembikinan" . Ertinya, kita perlu bermuhasabah diri kita dan meneruskan usaha mujahadah. Adakalanya usaha ini sebenarnya membawa kita kepada mengenal Allah. Selain dari memperkemaskan watak kita sebagai seorang hamba yang hanya mengabdikan diri, seleruh kehidupan kepada Allah s.w.t..berat jugak nie. Inilah tugas kita. ermm, tp dosa banyak lagi nie. asyik wat salah je.....nak jawab macam mana?...tu la kena segera bertaubat. Sabar juga perlu untuk membantu diri agar sentiasa konsisten dalam mengerjakan kebaikan dan bersabar atas sebarang dugaan yang datang. Bersabar dalam ketaatan supaya iman tidak goyah jika dimamah putus asa. Bila kita sabar dalam ketaatan pada Allah, sebenarnya pada ketaatan itu mampu membuatkan kita redha atas apa yg berlaku pada kita. baik berbentuk nikmat senang, kemudahan, atau mungkin ujian.
( Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman (yaitu): "Berimanlah kamu kepada Tuhan-mu", maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang berbakti ) ali 'imran ayat 193
Hakikatnya, buat apa yang disuruh oleh Allah dan tinggalkan apa yang dilarang oleh Allah itulah cara yang terbaik dalam menempatkan diri dalam lingkungan orang-orang "bermatlamat".
Ape yang nak saya ceritakan untuk entry kali nie? terbelit-belit je.. falsafah pun ada...hihi..carila sendiri ape yang nak saya sampaikan.hhu..matlamat kehidupan kita sebenarnya adalah "DIA". mana ada org yang matlamat hidupnya nak senang. itu saya selesa jika dikategorikan dengan cita-cita atau impian. soal matlamat, saya lebih cenderung memilih kepada last destinasi kita. baik kat dunia mahupun "sana"..amik contoh, kita tgh dok nazak, kita mesti sentiasa ingat Allah. kalimah "La ilaha illalah" itu menjadi mainan dibibir dan dalam hati kita. thats why kita kena setting semula matlamat hidup kita. Sebab paling kurang 5 kali kita ikrar bahawa seluruh penghidupan kita hanya kerana Allah. Ini dah cukup menjadi bukti penyaksian kita. Andai kita hanya sekadar berikrar tetapi memungkiri ikrar yang di ikrarkan, kita seolah termasuk pada golongan yang dusta. hidup hanya mencari "keredhaan Allah" = "Mardhotillah". Takut sebenarnya bila melihat dikanan dan dikiri banyak "fitnah dunia". Tengok sahaja di dada akhbar, setiap sudut helaian tak sah jika tak ade berita bunuh, rogol, zina, buang bayi, maksiat, rompak (tak mean curi-curi ni ), rasuah, salah guna kuasa, gaduh aduhh tue tak masuk lagi cerita dari "artis" lagi. pasangan couple berduan lagi. Berkerut dahi membaca keratan akhbar sekarang nie. Dan yang merisaukan lagi takut jika terlibat dengan perkara dosa jugak. "Jauhkanlah aku Ya Allah dari perkara maksiat. Takutnya aku akan azab Mu. Cukuplah mehnahmu itu yg aku terima kat dunia ini"....
Saya nak berhenti disini pada tajuk kali ini. Ada entry baru yang nak saya keluarkan. Ada permintaan minta saya keluarkan satu entry secara ringkasnya lebih kurang macam ni la couple+tunang+kawen. dimana batasnya. simple tp cabaran cukup besar. emm...berkelip-kelip mata saya bila ada permintaan ini. dah la tak kawen lagi. tunang? errmm belum jugak. couple? hanya Allah sahaja yang tahu. bagaimana org muda seperti saya mampu untuk keluarkan isi-isi yang sememangnya ia dari seorang yg cukup berilmu lagi berpengalaman. Jadi saya cuba keluarkan semampu ilmu yg ada. Mungkin raya haji baru keluar entry nie. nak cari kekuatan dulu.keputusan perlukan juga mujahadah. saya nak bermujahadah nie..hhe..hhe