Monday, November 30, 2009

Hari yang indah

30-11-2009

BismillahirRahmanirRahim....

huh...lenguh betul badan. dari lebih krg pukul 4 petang semalam bertolak dari Sg Petani nak balik KL, pukul 2 pagi jugak sampai. keta betul-betul banyak. sesak teruk. letih kaki asyik brek. kena check la brek pad lepas nie..kaki yg dok pakai kasut, saya tanggal...rasa kebas lagi saya tanggalkan stokin..lenguh lagi, nak tanggal apa ada kat kaki? kuku?hhee...jangan buat pasai. apa pun perjalanan semalam hingga ke awal pagi hari ini , letih la.......dah la pagi2 lagi dh bersiap nak ke Jitra. classmate masa sekolah di Islah buat makan2. budak laki ada la 4 orang. perempuan berapa eh? tak pasti. lagipun krg ingat la akhawat. ada sorang tue lain dr lain. masa sekolah dulu len, dh jumpa len plak. mujur la dia tegur. kalau dia tak tegur, saya lagi tak akan tegur..wui..segan oooo.... .yg saya tau empat keta la masa nak ke Jitra. konvoi....

saya nak berterima kasih kat Najmi sbb amik saya kat umah.hehe.."best naik reta kancil hang, macam naik go-kart pun ada. banyak plak borak dalam reta hari tue"..kat Fazli bg tumpang balik dr Jitra.."macam naik reta Karamjit Sigh plak"... tuk Hamdi yg aturkan program..semua banat yg hadir...terima kasih banyak untuk tuan rumah, terutama Sumaiyah, uish..dah habih blajaq pun kat Mu'tah, Jordan. Selamat Kembali ke Malaysia. saya tak tegur pun dia. segan oooo...ada magnet. kutub segan tu kuat sgt. agaknye dua2 belah kutub magnet saya mmg segan..hhe..antahla. mmg segan. mujur ada hamdi, pali n najmi yg kaki borak. kalau tidak, mati kutu saya nie..lagi gelabah biawak ler..kesian biawak. tak pasai masuk sekali..

Apa pun saya sebenarnya rasa bersyukur sangat pada Allah s.w.t kerana masih ada peluang dan kesempatan untuk saya bertemu "keluarga" saya. ada terpalit kesan 'persaudaraan' itu. sepertimana didalam Al-Quran ada disebutkan bahawa setiap org yg beriman itu adalah bersaudara. masa sekolah dulu mmg baik la hubungan antara kami. saya rasa tak de masalah. ejek n gelar tue mmg jadi masalah sket la. nak buat macam mana "budak-budak pra matang" hhheee..uniknye mungkin kami antara banin dan banat "satu kelas la" tak de la "rapat" yg mungkin macam kat sekolah "kerajaan" tue. yang tue lekat sangat. tak dak la toleh semata-mata nak nyembang kosong, ngusik ka apa-apa yg seronok2. seolah wujud diantara kami rasa hormat dan respect seperti banin hormat banat sebg perempuan yg ada Islam pada diri dan banat juga yg hormat pada banin kerana sbg tanda "tunduk pandangan" sepertimana disebutkan didalam Al-Quran. tiada kesempatan dan peluang untuk seronok diambil. walaubagimana pun hasilnya masih ada lagi hubungan itu sehingga hari ini. dan buktinya adalah sebuah pertemuan pada semalam. dan saya harapkan masih ada lagi hubungan ini. hubungan indah ini. ini mungkin kesan dan hasil tarbiyah dan didikan dari muallim dan muallimah kat SMAI. syukran jazilan saya ucap kepada mereka. Moga ada balasan yg baik mereka peroleh dari Allah s.w.t...dan inilah sebenarnya antara batas-batas yg digariskan didalam Islam antara lelaki dan perempuan. batas untuk mengawal dan menundukan nafsu, memperbaiki hati melalui membawa hati kepada Allah s.w.t. pertemuan semalam dan perpisahan semalam juga ada kerana Allah. akan ada kemanisan jika semua dilakukan kerana Allah. biar sekecil mana pun, nescaya Allah akan balasnya. walaupun sekadar nak pergi riadah sekalipun.

" Allah Azza wajalla mewajibkan tujuh hak kepada seorang mukmin terhadap mukmin lainnya, yaitu: (1) melihat saudara seimannya dengan rasa hormat dalam pandangan matanya, (2) mencintainya di dalam hatinya, (3) menyantuninya dengan hartanya, (4) tidak memburuk atau mendengar yg buruk terhadap kawannya, (5) menziarahi bila sakit, (6) melihat jenazahnya; (7) dan tidak menyebut kecuali kebaikannya sesudah ia wafat. "

Pertemuan smlm adalah sbg satu ziarah. bukan umrah dan ziarah lerr.. ini raya dan ziarah..hhuu..yg gembiranye adalah "hawa". sbb kami ziarah pun "hawa". rindu diorg tue pham-paham la. banyak ler yg nak di "chat"..dah dapat add, so chatting la. yg "adam" plak tak kan rindu macam hawa. "adam" dengan cara dia la. kawan-kawan. nak tanya banyak-banyak soalan semua dh ada kat hawa. adam keja dia semalam menjamu selera la. thanks atas masakan smlm. mmg sedap sebb tgh lapar masa tue. kebetulan. hhii..tambh pulak semalam macam dok rumah kampung. suasana mmg damai. cantik. subhanallah, mmg kena dgn pertemuan smlm. selain dr rasa bersyukur, diri memuji2 kebesaran Allah.. segala yg ada dibumi dan dilangit adalah sebagai tanda kebesaranya. jika kita ingkar, seolah kita tidak mengakui kebesaranya..Segala puji-pujian bagi Allah s.w.t, pemilik sekalian alam semesta. Hanya kepada DIA kita sembah dan hanya kepada DIA juga kita pohon pertolongan...

* mungkin entry akan datang lambat sket saya "publish"..bulan nie pun agak sesak sket jadual dan pengisian. saya mohon agar diberikan kemudahan diatas segala urusan dan mengharapkan kejayaan diatas segala urusan. kepada DIA saya mohon sangat kekuatan, bantuan dan petunjuk..