Monday, November 16, 2009

Sungguh! ini keputusanya


وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.

Orang-orang yang berjihad disebut Mujahid. Seorang Mujahid akan sentiasa mujahadah. Mujahadah ertinya bersungguh-sungguh, berazam, berusaha sehabis baik dengan mengerahkan seluruh potensi yang ada. Ia mudah disebut tapi tak mudah direalisasikan/dijelmakan. Kerana itulah orang-orang yang berjihad benar-benar akan diberikan petunjuk oleh Allah atas kesungguhan dan keazaman yang dibuktikan dengan amal. Hanya orang-orang yang mujahadah dapat memahami erti kesabaran dan kesusahan. Tidak ada perjuangan tanpa mujahadah. Tidak ada mujahadah tanpa kesabaran.

Sakit pulak kaki nie pas maen futsal...jatuh sendiri.kuang2. maen plak tak cukup korum. 4org lawan 4orang. target "botol"...tak de keeper la. nak target botol tu yg kena fokus betul bila nak lepaskan "peluru" kaki..dulu masa sekolah, bola la tempat lepas "beban"..selagi tak cukup jam tamat, selagi tu saya akan pastikan bola "on target" ke gawang..tak kirala kedudkan kat mana pun. Make sure keeper tak boleh dok rileks. dan yang pastnya lepas maen tu kaki mula la nak meragam. urat lari la. macam2 "ter" ada. Tapi tue mungkin 5 / 6 tahun dulu. nampak "zalim" tp tu la tugas dan peranan. Mesti konsisten. Gol perlu dicari. Macam tu la kita sebagai hamba. Nak bermujahadah dalam melaksanakan perintah Allah dan nak bermujahadah dalam meninggalkan larangan Allah. target kat perkara baik. Mungkin diantara kita boleh kata "striker pun boleh missed score gol, nie kan pula kita manusia"...Allahu Rabbi, mentaliti yg kadangnya meracuni saya. nak buat macam mana, alasan mesti dicari untuk lepaskan diri. tetapi alasan lah yang membawa kegagalan pada diri.

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Seperti dalam kehidupan kita, yang banyak memerlukan kita pilih. pilih jalan. pilihan cukup banyak. bergantung kepada kita menilai "value" yg ditawarkan secara "terus" atau "faedah" selepas pemilihan itu. apa yang pastinya semua pilihan ini tak semuanya enak dan mudah untuk dipilih bagi yang "memilih" dan cukup enak dan mudah dipilih jika pilihanya itu sudah terang-terang menjanjikan ke"enakan" dan nilai value yg tinggi....begitu juga bagi orang yang bermujahadah pada jalan Allah, Allah akan membuka jalan-jalanNYA yang terang. itulah janji Allah...

Tetapi bagaimanakah jika kita kalah kepada "indikator" dlm mujahadah?..tup tup jalan-jalan yang dijanjikan Allah dikaburkan daripada kita(mungkin juga ditangguhkan)..terus menyerah kalah..jd,bagaimana nak bermujahadah?

( Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? ) al-ankabut ayat 2.

( Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta ) al-ankabut ayat 3

( Ataukah orang-orang yang mengerjakan kejahatan itu mengira bahwa mereka akan luput dari (azab) Kami? Amatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu. ) al-ankabut ayat 4

( Barang siapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah itu, pasti datang. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.) al-ankabut ayat 5

Oleh itu, jangan sekali menyalahkan Allah tatkala jalan itu masih kabur dan sukar kerana itu menjadi indikator akan mujahadah kita yang sebenarnya masih dalam "pembikinan" . Ertinya, kita perlu bermuhasabah diri kita dan meneruskan usaha mujahadah. Adakalanya usaha ini sebenarnya membawa kita kepada mengenal Allah. Selain dari memperkemaskan watak kita sebagai seorang hamba yang hanya mengabdikan diri, seleruh kehidupan kepada Allah s.w.t..berat jugak nie. Inilah tugas kita. ermm, tp dosa banyak lagi nie. asyik wat salah je.....nak jawab macam mana?...tu la kena segera bertaubat. Sabar juga perlu untuk membantu diri agar sentiasa konsisten dalam mengerjakan kebaikan dan bersabar atas sebarang dugaan yang datang. Bersabar dalam ketaatan supaya iman tidak goyah jika dimamah putus asa. Bila kita sabar dalam ketaatan pada Allah, sebenarnya pada ketaatan itu mampu membuatkan kita redha atas apa yg berlaku pada kita. baik berbentuk nikmat senang, kemudahan, atau mungkin ujian.

( Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman (yaitu): "Berimanlah kamu kepada Tuhan-mu", maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang berbakti ) ali 'imran ayat 193

Hakikatnya, buat apa yang disuruh oleh Allah dan tinggalkan apa yang dilarang oleh Allah itulah cara yang terbaik dalam menempatkan diri dalam lingkungan orang-orang "bermatlamat".

Ape yang nak saya ceritakan untuk entry kali nie? terbelit-belit je.. falsafah pun ada...hihi..carila sendiri ape yang nak saya sampaikan.hhu..matlamat kehidupan kita sebenarnya adalah "DIA". mana ada org yang matlamat hidupnya nak senang. itu saya selesa jika dikategorikan dengan cita-cita atau impian. soal matlamat, saya lebih cenderung memilih kepada last destinasi kita. baik kat dunia mahupun "sana"..amik contoh, kita tgh dok nazak, kita mesti sentiasa ingat Allah. kalimah "La ilaha illalah" itu menjadi mainan dibibir dan dalam hati kita. thats why kita kena setting semula matlamat hidup kita. Sebab paling kurang 5 kali kita ikrar bahawa seluruh penghidupan kita hanya kerana Allah. Ini dah cukup menjadi bukti penyaksian kita. Andai kita hanya sekadar berikrar tetapi memungkiri ikrar yang di ikrarkan, kita seolah termasuk pada golongan yang dusta. hidup hanya mencari "keredhaan Allah" = "Mardhotillah". Takut sebenarnya bila melihat dikanan dan dikiri banyak "fitnah dunia". Tengok sahaja di dada akhbar, setiap sudut helaian tak sah jika tak ade berita bunuh, rogol, zina, buang bayi, maksiat, rompak (tak mean curi-curi ni ), rasuah, salah guna kuasa, gaduh aduhh tue tak masuk lagi cerita dari "artis" lagi. pasangan couple berduan lagi. Berkerut dahi membaca keratan akhbar sekarang nie. Dan yang merisaukan lagi takut jika terlibat dengan perkara dosa jugak. "Jauhkanlah aku Ya Allah dari perkara maksiat. Takutnya aku akan azab Mu. Cukuplah mehnahmu itu yg aku terima kat dunia ini"....

Saya nak berhenti disini pada tajuk kali ini. Ada entry baru yang nak saya keluarkan. Ada permintaan minta saya keluarkan satu entry secara ringkasnya lebih kurang macam ni la couple+tunang+kawen. dimana batasnya. simple tp cabaran cukup besar. emm...berkelip-kelip mata saya bila ada permintaan ini. dah la tak kawen lagi. tunang? errmm belum jugak. couple? hanya Allah sahaja yang tahu. bagaimana org muda seperti saya mampu untuk keluarkan isi-isi yang sememangnya ia dari seorang yg cukup berilmu lagi berpengalaman. Jadi saya cuba keluarkan semampu ilmu yg ada. Mungkin raya haji baru keluar entry nie. nak cari kekuatan dulu.keputusan perlukan juga mujahadah. saya nak bermujahadah nie..hhe..hhe