Sunday, November 29, 2009

Sampai bila begini?


Best pulak tengok drama ulangan cinta madinah. Dalam keadaan channel yang dipenuhi cerita yang “mengarut”, saya cuba cari drama yang boleh dijadikan santapan hiburan. Ingat ke bila dah habih reality AF, dah reda. Rupanya lagi memuncak. Sambung-menyambung. Sehati berdansa, one in million, anak wayang, idola kecik, macam-macam la. Yang sememangnya menjanjikan kelekaan dan rasa “teruja” dengan hidangan hiburan menghancurkan jiwa. Moga kita dijauhkan dari kelalaian dunia yg fana ini. Cukupla yg pernah dan sedang kita bertarung.. . Kebetulan cinta madinah ditayang semula, baek saya tengok. 10malam mula. Astro oasis. Masa study tue. Teman study. Kalo tak sunyi la saya.

“Dunia sudah maju zaman sudah berubah”. Ini mungkin moto segelintir daripada kita. Ada kebenaran yang terpalit dek slogan itu. Kebenaran yang dijadikan sandaran oleh segelintir daripada kita. Saya nak bercakap soal couple dahulu, tetapi saya tidak tahu bagaimana hendak memulakan cabang ini. Adakah agama kita menghalalkan “couple” ini?..dengan sedikit ilmu yang ada saya mulakan dengan apakah arah couple ini. Cinta monyet, cinta pandang pertama dan macam-macam kalimah dalam soal ini. Dan bila “couple” ini dikaitkan dengan cinta, apakah ianya benar-benar cinta? Sejauh manakah cintanya itu?dan apakah benar ianya cinta? fahamkah apa sebenarnya cinta ini? dari mana datangnya cinta ini? Kepada siapa cinta ini hendak kita dahulukan? Bagaimanakah cinta antara lelaki dan perempuan ini Islam gariskan? Andai terjawab segala persoalan soalan ini bagi saya ianya sudah cukup untuk kita menilai semula tujuan kita. Tujuan hubungan antara lelaki dan perempuan. Hubungan yang mulanya kata nak “kawan”.

Couple - Rasanya cukup membuang masa jika halnya kita berhubung tanpa seurat niat kerana Allah. “eh mana boleh dating antara bukan mahram kerana Allah” hhheee…mmg la tak boleh. Jadi bagaimana? Secara overallnya saya melihatnya couple ini sntsrs faktornya persekitaran, trend, suke-suke, cuba-cuba, dlln yang mungkin kita tak tahu. “awak bercinta dengan dia ke?” “eh tak lah.kami kawan je”.. “habih tu yang I love u ni apa cerita?” “hehehe..sengih nampak seperti pembohong”…. “rasanya kita tak sehaluan.kita berpisah” setelah bertahun, berkepit sana sini, berpengangan, berduan akhirnya dilepaskan kerana “tiada sefahaman” mungkin juga “tak sanggup” atau mungkin juga “tak de jodoh”..jadi carila yang lain. Dah jumpa “awak ada 98% yang saya nak. Teste saya. Faham saya”… “boleh berkenalan?” lepastu menjadi kenalan dan hari hari jalani proses kenal-kenalan. macam baju ada. Pakai ada. Buang ada. Naka kata macam lampin pun mungkin ye. Sebabnya sekian lama menghabiskan masa, duit, lelah, nafsu dibuang begitu sahaja. Baik lelaki mahupun perempuan. Lelaki dengan kepintaran “ayat-ayat cinta” mereka. Yang perempuan mungkin dengan “bertakhta dihati” mereka.

Tunang – “aku hari-hari jumpa tunang aku. Ada je bende nak gaduh”… “aku minggu nie penuh la. Pas keje je jumpa tunang aku. Bincang nak kahwin. Maghrib baru dia hantar rumah. Kadang tue makan malam dulu”…. “minggu nie tunang aku datang rumah family aku. Saja dia nak kenal family aku. Tido kat rumah family aku la semalam dua. Parents aku ok je”….macam-macam ragam lagi. Naik moto bersama tak kira lagi. Bertahun lamanya berhubung tak termasuk lagi. Ini fesyen tunang zaman yang maju ini. Masa couple pun dah macam laki bini, tunang ermmm..tepuk tangan dengar la bunyi kuat ke tak.

Sebenarnya tiada sebab untuk kita menghalalkan cara jika ianya sudah terang tidak halal. Dosa adakalanya dilihat dari aspek mencuri, merompak, rogol, bunuh dan macam-macam kesalahan. Sedangkan jika dilihat berduan pun kira berdosa jika walau sudah bertunang sekalipun. “tak kan tak boleh kot”..yap, memang tak boleh. Sebab? dah memang tak boleh. Jika dalam Islam mengharamkan antara lelaki dan perempuan bukan muhram berduan, sehingga ada hubungan yang halal antara mereka yakni nikah, jadi bagaimana dengan tunang? Masih halalkah mereka? Jika halal itu telah digariskan iaitu mesti “nikah”, sudah terang-terang tunang masih lagi tidak halalkan? “susahla macam nie. Nak bincang kahwin macam mana?” aih, tak kan hari2 bincang kot. Nak buat besar mana? Satu malaysia? Tak boleh ke bawa mahram yang lain. Kakak ada. Adik ada. “tapi niat kami baik” ye, mmg baik. Yang tak baiknye cara. Jangan menjadikan matlamat untuk menghalalkan cara. Masih ada cara lain yang Islam gariskan dalam hal ini. Cumanya bergantung kepada kita nak ikut atau tidak. Tiada masalah sebenarya jika tidak keluar, tidak bercinta, tidak bertemu dan sama waktu denganya.

Untuk kali ini saya lebih suka mulakan dengan soal perkahwinan. Matlamat perkahwinan dalam Islam juga adalah untuk satu ikatan yg sah. Bila sah, halal la. Saya rasa saya tidak perlu huraikan perkahwinan dalam Islam. Mungkin dalam entry yg akan datang. Hhe…bagi saya tiada masalah jika Islam melarang berduan apa-apa yg seangkatanya. Kalau nak sangat kat sesorang, bagitau. Plan je untuk kahwin. Dah dapat result, sedia, nikahlah. Tak perlu keluar-keluar dulu, nak tahu hati budi, kenal mengenali sampai rapat sangat, usung sana sini yg semstinya merugikan dari segi fizikalnya (duit,waktu,keadaan) dan rohaninya (solat lambat, jarak hubungan dengan Allah mungkin makin jauh). Susah sebenarnya bila jauh dengan Allah. Bila kita dekat, kita berdoa pun, kita sangat rasakan doa kita sedang didengar oleh Allah. Nak mengaku buat salah pun tak de masalah. Habih semua diceritakan antara kita dengan DIA.

Sekadar untuk berkongsi dan peringatan untuk saya dan kalian disana, memang tidak dapat dinafikan, perasaan, cinta, sayang, rindu dan inginkan pasangan itu adalah fitrah yg ada pada manusia. Memang wujud. Mana mungkin si lalaki mampu menipu diri dari menyukai perempuan. Dan begitulah halnya perempuan kepada lelaki. Tetapi persoalanya bagimanakah Islam menggariskan agar hubungan ini senantiasa mendapat “sijil halal” yg tiada mengandungi “perisa haram” didalam kandunganya. Begitu juga saya dan mungkin juga kalian disana, nafsu sentiasa membelai dengan kemanisan yg kadangkala membuat kita terkandas. Ujian yg mampu memperlihatkan sejauh mana kemantapan kita. Kemantapan dari sudut iman dan seterusnya taqwa. Tidak takutkah kita membaca kes-kes buang bayi? Zina? Khalwat? Rogol? Ada sumber yg mengatakan kes-kes seperti rogol membabitkan pasangan ini sebenarnya dari kerelaan pasangan. Dan cara terbaik untuk menutup malu, si pihak keluarga perempuan melaporkan bahawa anak mereka di rogol. Saya tidak pasti tentang ini. Tapi jika kita melihat dari satu sudut ada kebenaranya jika bila berdua sudah semestinya ada yg ketiganya. Bagi pandangan saya tak perkahwinan itu adalah permulaan dan segalanya untuk perasaan yg bersarang dalam diri kita. Rindulah, sayanglah, cintailah, kasihlah tika di alam perkahwinan. Kerana jika kita tidak bermula dengan indenks-indeks maksiat, maka akan lahirlah perkahwinan yg sakinah dan hubungan yg erat. Disitu saya dapat melihatnya adalah permulaan, kesudahan, praktikal yg ideal lagi bernas serta kena pada haknya. Rasulullah s.a.w ada sarankan kita supaya berpuasa jika tidak mampu. Kerana puasa itu dapat melewati hawa nafsu. Saya yakin Islam telah menggariskan panduan yg cantik dan terbaik dalam soal ini. Si isteri akan menepati sebagai isteri yg taat pada suami. Dan suami juga akan memengang watak suami yg digariskan oleh Islam. Sudah terdapat cara yg dianjurkan. Cara nak berkenalan. Soal selidik. Latar belakang. Tiada lopong-lopong yg boleh kita mempersoalkan dan mempertikaikan panduan yg sudah ada dala akta Islam. Dan tiada masalah si isteri keluar tanpa izin, tidak melayan suami, suami tidak member nafkah, suami bermain kayu tiga, kayu hoki ke. Kerana proper kepada semuanya ini adalah dari Allah s.w.t, Muhammad s.a.w, Para sahabat dan seterusnya para ulama yg sentiasa memelihara dan menjaga kesucian Islam itu. Dan kita akan tahu dimana letaknya dan waktunya “I love you” itu disampaikan dan diungkapkan..InsyaAllah.

Entry diatas hanya untuk berkongsi pendapat dan pandangan. Saya berharap ianya mampu menyumbang walaupun sedikit Cuma untuk menjadi panduan atau peringatan sesame kita khususnya saya. Sebab saya pun belum berkahwin. Hhheee….

Buat kawan-kawan saya yg ada la nak melangsungkan perkahwinan tu pada bulan 12 nie, selamat pengantin baru saya ucapkan. Semoga berkekalan, dirahmati, diberkati, diredhai oelh NYA sehingga akhir hayat kalian. Mungkin sehingga “Syurga Cinta” , macam filem pulak. Kui kui..ada 4 ke 5 undangan dari kawan bulan depan. Lepas raya baru ni pun ada. Bagi belum berkahwin tu anda tahu apa yg perlu dilakukan.