Friday, November 6, 2009

Cerita Hatiku...

Firman Allah SWT, "Jangan kamu mengatakan kamu sudah beriman, sedang kamu belum diuji"

Perkara ini disebut oleh Imam Ghazali r.a. dalam Kitab Ihya, bahawa apabila kita nak melintas Siratul Mustaqim kelak,.. kita akan dapati banyak halangan2 berupa pengkait atau sabit di atasnya!. Katanya, pengkait2 tersebut adalah jelmaan dari sifat2 Mazmumah semasa kita hidup di dunia.

Jika kita ada 20/30 macam sifat2 mazmumah, seperti dengki, irihati, riak, ego, dsb.nya, maka ia akan menjelma menjadi 20/30 berupa pengkait di atas titian Siratul Mustaqim!. Kalau terkait pada langkah kaki kita, alamak terjerumuslah ke bawah.. ke dalam api neraka jahanam. Waliyazubillah!.

inilah hakikat kehidupan.barangkali fikiran mula fikirkan mahu sahaja lari dari apa sahaja yang dinamakan "fitnah dunia". Rasa gerun bila takut akan berbuat dosa. ops..cukuplah dosa yang yg lalu yang membuatkan hati menjadi terlalu kerdil bila bersujud dihadapan-NYA..adakalanya timbul rasa lemah bila ujian sering datang bertimpa-timpa.mahu ape ujian ini pada aku?....

Dari Abu Hurairah r.a katanya: “Bahawasanya nabi s.a.w sering berdoa minta perlindungan kepada Allah Taala dari suratan takdir yang buruk, dari mendapat celaka, dari kegembiraan musuh (kerana penderitaan baginda) dan dari tekanan ujian.”

Jika ujian ini mampu menjadi mehnah penghapus dosaku, aku mohon kekuatan dalam menempuhinya..Tapi bagaimana jika ianya merupakan nikmat?..kuatkah aku melaluinya. sedangkan ramai yg jatuh bila ujian ini berupa nikmat. bisik hati kecil "cukuplah. laluinya sahaja. anggap ianya untuk tambahkan keimanan kau. andai merasa diri tidak mampu, berhentilah seketika dengan larikan diri dari dunia. bawa hatimu kepada Allah"..aku termenung sendirian...melihat "Syaamil Al-Quran" langsung ku bukakanya. Ayat-ayat indah ini mula menjadi penenang hati. pemujuk hati. menampakan jawapan demi jawapan. persoalan demi persoalan yg ada.. "Subhanallah", Maha Suci Engkau Ya Allah yang memiliki segala kesempurnaan..

. "cerita hati" mula berpanjangan bila membaca email yang diterima.."adakah ini bentuk ujian?" ku renung setiap bait kata-kata pada email tersebut. rasa sejuk mula memenuhi segenap ruang dlm anggota ini..hidung mula merasakan kemerahan seolah menahan kerlipan mata. Tunduk!..mahu saja aku lari berpuluh-puluh kilometer daripada terus berada dalam keadaan duduk seperti ini.

… dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…
(albaqarah:286)...

aku jadi menyerah bila membaca ayat ini. bermakna aku ada kesanggupan atas bebanan ini. mana mungkin aku harus merungut. DIA Maha adil.

(ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan…
(alinsyirah:5&6)

"biarlah Ya Allah, aku serah segalanya pada Engkau. Engkau Maha Mengetahui...cumanya aku mohon jangan Engkau palingkan pemilihanku ini. aku mohon pertolonganMU, perkenankanlah Ya Allah. Biarpun lama penantian aku sekalipun, biarlah keteguhan hati ini tidak rapuh. Aku mohon Ya Allah" rintih hati kecil aku.

subuh - Bila melihat keadaan yang dikatakan "ujian" ini, memang istilah berat akan terpacul dalam kamus saya. mana tidaknye ujian adalah satu bentuk ketahanan iman seseorang. mana mungkin seorang yang beriman itu mampu menghadapi segala bentuk macam ujian ini jika tidak kembali kepada Allah..teringat saya akan bait lirik lagu "Kembali" nyanyian Far-East..mohon jangan gagal dalam ujian ini. "kekuatan"! itu adakalanya saya terlupa dimana hendak carinya. sedangkan kekuatan itu segalanya ada pada Allah SWT. dan dari Allah itu kekuatan jika Allah sandarkan kepada hambaNYA untuk menjadi kekuatan pada orang lain.

Saya tidak tahu bagaimana hendak mentafsirkan cerita hati saya. ujian yang berbentuk melawan hawa nafsu dan syaitan ini yang saya khuatirkan. bertambah khuatir lagi jika perang yang besar ini disertai dengan fitnah dunia. terduduk saya. lidah tidak berhenti ber-istighfar. pelbagai persoalan yang timbul dek kerana pelbagai persoalan yang datang menimpa. persolan yang jawabnya adalah persoalan. tak tahu bagaimana halnya diterbitkan, sedangkan ianya sudah hilang dan menjadi "khazanah" yang tak akan dijejaki saya. itu muktamad bagi saya. celaru jadinya hati saya. mahu saja lari dari perasaan..tapi inilah fitrah. walau apapun keputusan sudah berada ditangan. perancangan sudah siap untuk dilaksana. .bagaimana dengan sebarang kemungkinan?........ seperti biasa masjid menjadi tempat saya menyorokkan diri. saya berasa tenang.

Tengah hari - Perjalanan sepanjang balik dari Putrajaya ke tempat saya dipenuhi kehijauan pokok-pokok dan bunga. Jauh fikiran melayang. En.Rozairi terus menekan pedal minyak dengan tenang dan meneruskan kewajipanya agar selamat sampai ke destinasi. Berada dibahagian belakang membolehkan saya melayan fikiran sendiri. Asgment in progress. ada sebulan lagi masa untuk submit. ada sikit lagi. dan ada beberapa paper untuk Mid Term lagi sebelum exam akhir. saya mencongak masa agar ianya lebih nampak tersusun. Diari pemberian dari En.Safry Pegawai Perhubungan Grand Dorsett Hotel saya buka dan pen pantas mentafsirkan task "cerita hati". Saya tutup kembali diari tersebut. Subhanallah, ucap saya spontan. "cantik pokok ini". walaupun sekadar tumbuhan, pokok ini juga ada "task" untuk dilakukan. Jika ianya menjadi tempat perteduhan, itulah antara "task" yang ia perlu lakukan. Begitulah manusia.......kehambaan itu perlu dijadikan watak tetap pada diri manusia. Ya! diri kita !. Sejauh manakah ibadah yang dilakukan oleh kita termasuklah setiap perlakuan dari bagun tidur sehingga tidur semula di "ertikan" sebagai tanda kehambaan kita kepada Allah? walau seinci mana pun lalainya kita dari "terlupa" untuk setkan segala perbuatan dari segala macam bentuk ianya pasti dikira juga.

فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ.وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ.
Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah,nescaya dia akan melihat balasanya.Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, dia akan melihat balasanya pula.


Ingatlah keindahan dan keselesaan kehidupan di dunia ini menuntut kepatuhan dan kehambaan pada Allah. Nun di sana ada lagi kehidupan yang perlu ditempuh oleh manusia dan ia bergantung kepada keadaan kehidupan di dunia ini. Patuhlah pada Allah pastinya anda selamat. Engkar kepada Allah tanda anda akan celaka ..

# siap pun cerita hati ini.dah lama agaknya "hold". ada perkara yang perlu diselesaikan. diperjuangan.moga segala perancangan dapat dirancang dengan baik. InsyaAllah,moga diperkenankan. ape pun Allah SWT juga sebaik-baik perancang dan perancangan-NYA adalah juga sebaik-baik kejadian...ada lagi cerita hati saya lagi....