Surah Al-Baqarah Ayah 218
Tuesday, December 7, 2010
Hijrah - Jangan Pandang Belakang
Tuesday, October 26, 2010
MehnahMU
"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri".-Surah Al-Hadid Ayat 22-23
Hampir sebulan tak keluarkan entry. Kotak email pun baru dibuka. Selepas raya datang pelbagai ujian dari Allah SWT kepada hamba ini. Mana mungkin saya yang mengakui beriman kepada Allah SWT sedang saya tidak diuji. Walhal umat terdahulu, dan orang - orang selain saya diuji..entry kali ini sekadar ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada teman-teman yang menghantar undangan perkahwinan, ada juga yag sekadar email dan sms. Tidak kisah la yang mana pun. Ada yang baru lepas dan akan menyusul cuti sekolah ini.. Alhamdulillah, kalian dipilih oleh Allah SWT untuk terus melaksanakan perjuangan dalam agama Allah melalui perkahwinan. Moga ianya direstui dan diredhai.
Saya teringat kisah hidup Nabi Ayob a.s bilamana baginda sakit. Diuji Allah SWT sedemikan rupa. Bila sakit terlantar sakit begini, yang tidak seteruk Nabi Ayob a.s, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana ini mungkin satu mehnah. Mehnah yang saya mengharapkan dapat menghapuskan dosa saya, sebagai ganti hukuman di akhirat. "Setiap musibah yang datang menimpa mukmin, baik berupa wabah, rasa lelah, penyakit, rasa sedih, sampai kekalutan hati, pasti Allah jadikanya pengampun dosa-dosanya" Bukhari&Muslim. Sejak dari awal bulan dalam keadaan begini. Hanya pelbagai jenis ubat diberi doktor. Moga ianya cepat sembuh. Ianya datang bertimpa. Ini perancangan dari Allah SWT untuk saya. Mana ditahu akan hikmah dari ujian ini. Hikmahnya akan cuba saya cari. Bila pulih? mahu secepatnya sebab ianya hampir sebulan. Walhal ianya mungkin mengambil masa berbulan atau bertahun. Tetapi Nabi Ayob a.s bertahun lamanya menanggung dengan penuh sabar.
”Bergembiralah, kerana Allah Azza wa Jalla berfirman, ‘Inilah neraka-Ku. Aku menganjurkannya menimpa hamba-Ku yang mukmin di dunia, agar dia jauh dari neraka pada hari akhirat.” (Ditakhrij Ahmad, Ibnu Majah, dan AL-Hakim. Menurut Syaikh Albani: isnadnya shahih)
* tidak tahu bila lagi boleh keluarkan entry. melihat kepada tahap kesihatan dahulu yang mengizinkan. InsyaAllah..
Wednesday, September 29, 2010
iklan sebentar..?
(4:114) tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang Yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. dan sesiapa Yang berbuat demikian Dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala Yang amat besar.
....perjuangan tidak mengenal erti keletihan..letih yang bagaimana dimaksudkan itu?.diri bertanya dan "koreksi diri" supaya tidak terlalu terikut dek buaian nafsu..bagaimana pula dengan imanku hari ini?..bukan untuk menilik dan meneroka kelemahan diri tetapi mahu memperbaiki kelemahan diri..apa maksud kata-kataku ini?..Allahu Akbar,.terasa penat rupanya aku sehingga banyak "iklan" keluar sebagai ingatan untuk aku..
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."
Al-Imran : 139
Tuesday, September 28, 2010
Wednesday, September 8, 2010
cerita hati
rindu betul....rindu untuk menulis seperti sebelum ini. tulisan-tulisan yang adalah hasil dari garapan fikiran, hati dan kitab-kitab serta kuliah di kampus sebagai rujukan...bukan hasilnya dari khayalan dan nafsu yang sering mencengkam..hari ini seperti nya sudah hilang...hilang dalam "rebah" dan "hanyut"....
hujan lebat diluar seperti tidak menampakkan hendak berhenti..keadaan sunyi dek hampir semua sudah pulang beraya. cuti.
Ramadhan sudah hampir menyentuh garisan penamatnya. tetapi terbit 2 rasa hati yang sangat rahsia. rasa khauf. takut!. takut bila fikirkan selama 3 semester (rahmat,keampuan dan dijauhkan dari api neraka) berada di Universiti Ramadhan ini, adakah ibadah, doa, taubat dan segala amal diterima Allah? adakah masih berpeluang lagi bertemu Ramadhan pada tahun hadapan?..........maka timbulah rasa kedua ini dalam diri, thoma'an. ada harapan. masih ada "peluang" segala ibadah, doa dan amal diterima Allah. masih ada harap bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan. bukan untuk menghambakan diri pada Ramadhan, tetapi menghambakan diri pada Allah yang menciptakn Ramadhan.
Berakhir satu episod bukan tanda tamat sebuah cerita, tetapi episod seterusnya menanti dengan kesinambungan dari episod sebelum ini. adakah ada kesan yang diharapkan selepas berakhirnya Ramadhan? adakah episod seterusnya seolah-olah sebuah cerita baru yang tiada kesanya pada episod Ramadhan. Maka sia-sialah bertemu Ramadhan tahun ini jika selepasnya diri seperti "syaitan yang dilepaskan dari dibelenggu/dirantai". Dan beruntunglah bagi diri kerana berjaya menjadikan Ramadhan satu medium untuk mentarbiyah diri dengan wajah yang lebih sempurna....................muhasabah Ramadhan
Sunday, August 8, 2010
Anak Bulan
Alhamdulillah wa syukr lillah..
Ramadhan kembali lagi. Kembalinya Ramadhan bukan untuk didatangi seperti biasa. Tetapi jauh dari luar biasa. Masakan Ramadhan kali ini disambut seperti Ramadhan yang lepas. Mungkin ini Ramadhan yang terakhir bagi kita yang mana mungkin kita tahu masih adakah lagi "kita" di Ramadhan tahun hadapan. Jika ianya terakhir bagiku.
Saya ingat lagi nota yang saya catitkan ketika saya didalam penerbangan dr KLIA-Langkawi. Saya memikirkan tentang Ramadhan di Malaysia. Kerana disini negara saya dilahirkan dan dibesarkan. Kebudayaan dan mungkin juga "respon" bagi mereka ketika datangnya Ramadhan. Apabila datangnya bulan yang sangat sarat dengan keberkatan ini, ada tiga macam golongan dengan setiap golongan ini dengan reaksi yang pelbagai. Pertama apabila datangnya Ramadhan golongan ini akan zahirkan "Bulan pose, biase je"..yang kedua pula" pose dah dekat? aduhh..mesti letih. Tak larat la macam ni". Study yang bg study. Keje yg bg keje. Yang ketiga pula adalah gologan yang lain2. Lain-lain disini adalah mungkin mereka ternanti-nanti Ramadhan (alhamdulillah), ada yang bila datang Ramadhan, boleh buat duit! dan tak lupa pula bila datang Ramadhan "Bang, kena tukar langsir baru la bang"...inilah macam-macam cerita bila datangnya Ramadhan di Malaysia.
Thursday, July 15, 2010
Sorotan di IKIM...
Friday, July 9, 2010
Kontrak Hidup
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (dengan berfirman kepada mereka): ‘Bukankah Aku ini Tuhanmu?’. Mereka menjawab: ‘Betul, (Engkaulah Tuhan kami), kami bersaksi’. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan; ‘Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini’”. (al-A’raf: 172)
Hampir sebulan lamanya menyepi dari berkongsi sesuatu disini. Mana tidaknya, saya perlu berjuang dengan musim peperiksaan akhir semester saya. Sebelum semester saya dihujani dengan ujian semester. Ini kebiasaan sebagai seorang pelajar. Baik di universiti, Kolej Universiti, Kolej, Maktab dan mana-mana tempat IPT. Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Mohon agar diberi kejayaan sepertimana diharapkan dan setimpal dengan apa yang diusahakan. Kerana mana mungkin balasan yang "terbaik" yang saya akan dapat jika usaha saya hanya pada tahap "baik" sahaja. Begitulah seterusnya.
Saya agak leka dibuai kontrak sesama manusia. Janji-janji antara manusia lebih dipentingkan. Sedangkan ada janji lain yang jauh lebih penting dan jauh lebih awal dan adalah perjanjian terawal manusia. Saya dan kalian semua mengikat janji pertama yang sama. Bukan sesama kita. Tetapi perjanjian kita dengan Allah. Seperti dinyatakan didalam surah al-a'raf ayat 127. Mungkin saya dan segelintir dari kita lupa akan perjanjian ini. Kontrak yang pertama ini. Terma dan syarat yang sudah ditetapkan mungkin sudah dilupai oleh manusia.
Atas perjanjian ini kita dilahirkan ke dunia ini dan atas perjanjian itu juga kita akan bertemu Allah s.w.t dalam keadaan kita mengikut "term and condition" yang ditetapkan dan dipersetujui. Malangnya, ramai yang melupai perjanjian ini, syarat perjanjian ini dan merugikan diri mereka sendiri.
Inilah perjanjian yang telah dimeterai, satu hakikat yang perlu manusia maklum, dalam keadaan suka atau tidak. Benarlah kebenaran itu suatu yang pahit bak hempedu. Yang sebenarnya mesti ditelan oleh manusia. Dan atas dasar itulah kita wajib memberikan keutamaan pada Islam. Tidak mengira aspek mana. Tidak ada istilah hidup didunia ini, perbuatan kita didunia ini 50% kerana manusia/harta/seronok dan 50% kerana Allah s.w.t. Ini bukan perjanjian perkongsian antara syarikat dan pemaju yang berkongsi-kongsi. Perjanjian antara Allah s.w.t dan manusia adalah 100% kerana Allah. Tiada yang lain.
Lupakah kita pada pencipta tangan kita, kaki, anggota yang ada pada tubuh kita, akal yang membezakan kita antara binatang. Udara yang dihirup sebagai satu sumber untuk kita bernyawa yang tidak pernah Allah s.w.t sekat dan tidak perlu membayarnya. Waktu siang dan malamnya. Ya Allah yang memiliki zat yang agung!, benarlah firman-MU, andai dihitung nikmat-MU, dakwat tinta sebanyak selaut luasnya tidak mungkin cukup menghitung nikmat-MU. Ya Ghaffar, ampunilah aku yang lupa akan perjanjian hidup ini.
Jauhnya aku dari-MU,Ya Allah. Sedangkan dalam keadaan hanya berjalan aku kepada-MU, ENGKAU akan datang kepadaku seolah berlari.
*sekadar untuk berkongsi dalam mengingati diri. moga ianya memberi manfaat.
Saturday, June 26, 2010
Pesan Umar Al-Khattab R.A
• Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut
• Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya
• Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan
• Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku
• Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat
• Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu
Friday, June 4, 2010
Kisah Untuk Pemimpin - sempena Keputeraan DYMM
PADA satu hari, Abu Dzar al-Ghifari meminta Rasulullah SAW melantik dirinya menjadi pegawai, tetapi Rasulullah menolaknya.Sambil menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu, Baginda bersabda: ''Tidak, Abu Dzar, engkau orang lemah. Ketahuilah, jawatan itu amanah.
Ia kelak di hari kiamat merupakan kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi orang yang mendapatkannya dengan betul dan melaksanakan tugas serta kewajipannya dengan betul pula.''
Imam Nawawi menyebut hadis di atas merupakan pedoman dasar dalam berpolitik. Politik mampu menjadi sumber petaka bagi orang yang tidak bertanggungjawab.
Namun kata Nawawi, politik juga boleh menjadi ladang pengabdian dan amal soleh yang subur bagi orang yang mampu dan bertanggungjawab. Politik (kekuasaan) bukan sesuatu yang buruk. Ia ibarat pisau bermata dua; ada baik dan buruknya.
Ia menjadi baik dengan tiga syarat - seperti dalam hadis di atas - iaitu berada di tangan orang yang berkemampuan, diperolehi dengan cara yang betul dan dipergunakan untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
Malangnya, dalam percaturan politik kini, orang kerap hanya bercakap satu perkara, iaitu bagaimana merebut kekuasaan. Bukan bagaimana mempergunakan kekuasaan itu serta melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan lebih daripada itu kepada Allah SWT.
Sesiapa pun tidak dapat menafikan bahawa kuasa sememangnya sesuatu yang menggiurkan kerana dengan kuasa, individu berkenaan membayangkan dia boleh mencapai apa juga impiannya. Menurut Imam Ghazali, dibandingkan dengan harta, kuasa jauh lebih menggoda.
Ia berasaskan kepada tiga alasan iaitu, pertama, kuasa mampu menjadi alat untuk memperbanyakkan harta. Dengan kuasa, seseorang boleh mengayakan dirinya.
Keduanya, pengaruh kekuasaan lebih kuat dan lebih lama. Harta, kata Imam Ghazali, boleh hilang kerana dicuri atau berkurangan.
Namun itu tidak berlaku kepada kekuasaan kerana ia bererti pengaruh seseorang pemimpin di kalangan pengikut dan penyokongnya. Ketiga, kekuasaan menimbulkan kesan populariti yang sangat luas.
Bagaimanapun apa yang harus difahami menjadi pemimpin tidak hanya menerima amanah rakyat, tetapi juga menerima amanah Allah. Pemimpin adalah 'hamba' kepada rakyat. Pemimpin yang mengkhianati dan menodai hak rakyatnya, bererti menggugat dan mengabaikan amanah Allah.
Hakikatnya, menjadi pemimpin bukan mencari kekayaan, tetapi pengabdian. Menjadi pemimpin bererti melaksanakan ibadah yang paling berat untuk melunaskan amanah rakyat dan Allah.
Seorang pemimpin yang baik sentiasa membersihkan batinnya kerana dia sedar niat yang tidak baik boleh menjadikan kekuasaan yang dimiliki sebagai sesuatu yang boleh dijual beli.
Akibatnya, dia mungkin akan tergoda untuk menipu dan membohongi rakyat. Rasulullah bersabda: ''Tiada seorang hamba yang diberi amanah Allah untuk memimpin rakyat kemudian menipu mereka, melainkan Allah mengharamkan syurga baginya.''
Apabila masyarakat lebih mementingkan kebendaan sehingga segalanya harus dibayar dan kemuliaan seseorang hanya diukur oleh berapa banyak harta yang dimilikinya, maka godaan yang paling besar bagi para pemimpin, birokrat dan mereka yang berada dalam lingkaran kekuasaan ialah harta.
Para pemimpin atau wakil rakyat yang lemah imannya, nescaya akan mudah terperangkap dalam penjara hawa nafsu yang dibungkus dengan kata-kata indah, iaitu korupsi, kolusi dan nepotisme.
Oleh itu seorang pemimpin tidak harus terpengaruh dengan kekuasaan yang dimiliki, sebaliknya berusaha menjadi pemimpin yang dihormati dan melaksanakan amanah dengan sebaik-baik.
Dalam soal ini apa yang dilakukan ialah Khalifah Umar Al Khattab seperti mana yang dipaparkan dalam cerita berikut boleh dijadikan teladan.
Satu hari, selepas selesai mengimamkan solat Asar, Khalifah Umar bertanyakan mengenai seorang sahabatnya yang tidak datang.
Dia diberitahu bahawa sahabat tersebut sedang sakit. Umar segera meluangkan masa menziarah sahabatnya itu.
Sampai di rumah sahabat yang sakit tersebut, Umar mengetuk pintu memberi salam. Dari dalam sahabat berkenaan menjawab salam dan bertanya: ''Siapa di luar?'' Umar menjawab: "Umar bin Khattab." Mendengar yang datang adalah Amirul Mukminin, sahabat tersebut terus bangun dan segera membuka pintu.
Melihat keadaan sahabatnya itu, Umar bertanya: ''Kenapa engkau tidak bersolat berjemaah bersama kami? Sedangkan Allah telah memanggilmu dari langit yang ketujuh, tetapi engkau tidak menyambutnya! Sedangkan panggilan Umar bin Khattab membuatkan kau gelisah dan ketakutan?"
Hikmah di sebalik peristiwa ini ialah, pertama, seorang pemimpin yang baik bukan semata-mata berasa cukup dengan kesolehan dan ketakwaan dirinya, tetapi dia juga berasa bertanggungjawab untuk mengajak mereka di bawah tanggung jawabnya untuk menjadi soleh.
Kedua, pemimpin yang soleh tidak akan pernah berasa bangga dengan penghormatan yang diberikan oleh orang bawahannya. Dia tidak mahu mereka hanya mengikut apa sahaja katanya biar pun apa yang dilakukan adalah salah.
Jika itu berlaku maka terjadilah apa yang disumpahkan Allah dalam surat Al-Ashr bahawa mereka semua akan berada dalam kerugian. Itulah sebabnya ketika seorang sahabat melarang sahabat lainnya kerana terlalu sering menegur Khalifah Umar dengan ucapannya: ''Takutlah kepada Allah, hai Umar''. Ternyata teguran itu justeru disokong Umar sendiri. Umar berkata: ''Biarkan dia mengatakannya. Kalau orang-orang ini tidak menegurku sedemikian, maka mereka menjadi tidak berguna dan jika aku tidak mendengarkannya, maka aku bersalah.''
Oleh itu kepada mereka yang bergelar pemimpin dan keluarga mereka sedarilah tanggungjawab yang ada di bahu mereka. Janganlah ingat apabila kita berkuasa dan berpengaruh kita boleh melakukan apa sahaja.
Janganlah memperdayakan rakyat dengan mainan politik kita kerana akhirnya kebenaran pasti akan mengatasi kebatilan. Mungkin demi kepentingan politik dan berebut kekuasaan, kita rela melakukan apa sahaja tetapi percayalah hasrat untuk berkuasa dengan menggunakan kepalsuan sebagai senjata tidak akan bertahan lama.
Akhirnya, pemimpin seumpama itu pasti akan kecundang, kesudahannya dia bukan sahaja akan mengalami kerugian di dunia tetapi juga akhirat.
Begitulah juga dengan keluarga mereka, janganlah kerana ada ahli keluarga kita pemimpin yang berkuasa, kita berasaskan boleh melakukan apa sahaja.
Ingatlah seseorang pemimpin itu berada di tampuk kekuasaan berikutan sokongan rakyat dan sokongan tersebut diberikan demi kesejahteraan mereka bukan untuk diri pemimpin atau keluarga pemimpin berkenaan.
Rasulullah SAW bersabda: ''Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu cintai dan mereka mencintai kamu dan kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Dan, seburuk-buruknya pemimpin adalah mereka yang kamu benci dan mereka membenci kamu, dan kamu melaknat mereka dan mereka pun melaknat kamu.''
Tuesday, May 18, 2010
Monday, May 10, 2010
Hari hari, hari ibu
( sahih bukhari)
“…ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah…” surah al-Ahqaf 46
(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!” surah maryam ayat 19
"tau dah, mesti minta balik kedah punya. memang nak balik, jadual penuh pulak. cuba jugak la balik. lagi pun memang nak balik la. lama tak balik rumah. hari sabtu dan ahad bulan mei memang penuh dengan kelas. kalau ada janji pun, lepas kelas je boleh jumpa. minum dengan kawan2" monolog saya sendiri.
itu semua bagi saya komitmen yg perlu diberi perhatian serius. ya! sebagai anak, tanggungjawab kepada ibubapa adalah satu kemestian! tambah pulak saya la satu-satunya anak lelaki. rasa terpukul jika memandang sebelah mata soal ini. "salah satu amlan yang dibawa pada kematian kelak, doa anak yg soleh. bagaimana hendak berdoa jika tiada rasa tanggungjawab dalam diri" saya cuba berbahas dengan diri sendiri.
emak seorang yang tidak banyak "kerenah"nya dengan saya. mungkin saya sebagai seorang lelaki. dan saya bukanlah anak manja kepada emak mahupun ayah. tiada istilah anak emak atau anak ayah. soal tanggungjawab sebagai anak lelaki kena saya mesti study untuk itu.. "anak emas" mungkinlah..hehe..hero sorang. dari kecil lagi emak, perwatakan emak banyak menunjukkan satu keperluan yg kena buat. jarang emak mengarah pada saya. emak lebih suka menunjukkan perbuatan yang akhirnya akan mendorong saya untuk lakukan sesuatu. ini " strategi" emak dari dulu. garang? biasa la. sikit je la. buat salah pun kadang ada garang, tak salah pun ada jugak garangnye. buat tak betul pun macam tu jugak. bagi saya ini praktikal untuk anak-anak. tegas seorang ibu. jagn garang/tegas sahaja ketika si anak melakukan salah. cukup saya katakan dia, emak terbaik saya. yang itu je la emak saya.
ingat saya lagi, masa sekolah dulu..bila dh belajar itu ini dalam Islam, timbul pulak rungutan. "aduih, sorang anak lelaki pulak ini. banyak pikul" garu kepala saya. tapi itu mungkin lbh10thn dahulu. " teruklah kalau aku merungut. parents wat macam-macam, nak merungut apa lagi. kena jaga je pun. tanggungjawab. kalau anak aku tak jaga aku, itukan akibatnya aku mengabaikan ibubapa sendiri. lagi pun syurga aku ada pada ibu, selamanya. tak ade pindah tmpt hatta dah punya isteri sekalipun. tak de sebab untuk aku tak boleh jaga mereka. THIS IS MY JOB!" saya motivasikan diri saya suatu ketika dahulu. dan sehingga ini, itu tag line yang saya lekatkan dalam diri sebagai bukti saya sebagai seorang anak. Ya, semua itu adalah satu proses tindakan. proses yg memerlukan saya ada rasa tanggungjawab.
Unutk emak, terima kasih dari saya untuk dari mula saya "menginap" diperutmu sehinggalah hari ini. terima kasih segalanya. sebagai anak, adalah menjadi matlamat saya untuk sentiasa melengkapkan dan menzahirkan tanggungjawab saya kepada emak. ini perintah dari Allah dan RasulNYA. terima kasih jugak pada abang2 hijjaz sebab amik emak saya sebagai ibu untuk lagu Belaian Ibu. boleh jugak buat "ole-ole" dengar selalu masa driving ke. automatik ingat dia....jom pakat berbakti pada ibubapa kita
Monday, April 26, 2010
يا أباذر اعبد الله كأنك تراه فان كنت لاتراه فلنه يراك
Wahai Abu Dzarr, Sembahlah olehmu akan ALLAH seolah-olah engkau melihat-NYA, apabila kamu tidak melihat-NYA, maka sesungguhnya DIA melihat Engkau
Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat ALLAH Yang Maha Pemurah, atas taufiq, hidayah, rahmat dan kurnia-NYA, saya dan anda semua masih lagi diberi kesempatan untuk terus menghirup udara dan segalanya yang ada di dunia ini yang sebenarnya adalah satu pinjaman sementara. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w, para ahl bait dan para sahabat, para tabi’in dan tabi’ tabi’in seluruhnya.
Takut saya membaca tajuk-tajuk di akhbar. Buang bayi dah jadi satu kemestian dan kita mesti mengakuinya. Hari-hari mesti ada kes pembuangan ini. Nak tak nak, kita mesti akuinya. Ada hospital rekod 1 hari 16 orang, badan lain siasat 1 hari 50 orang, purata perangkaan mengatakan 1 hari 120 orang anak yang “berjaya” dilahirkan luar nikah oleh pasangan melayu yang kita sedia maklum orang melayu ini beragama Islam.
Saya tidak tahu dimana silapnya. Ulama kita meletakan bahawa ilmu adalah senjata yang ampuh untuk mengelak dari berlakunya maksiat. Tetapi ilmu itu mesti disertai dengan iman yang mantap dalam diri. Setelah itu baru amalnya dilaksanakankan. Ya! Saya sokong dalam pendapat ini. Ilmu itu penting. Tapi mesti disertai dengan iman seterusnya dengan amal. Tidak ada guna memiliki sebanyak ilmu jika kehidupan penuh dengan dosa dan maksiat. Tetapi jika memiliki ilmu dan diselaputi iman nescaya amalnya adalah amalan yang baik dan terbaik. Amal soleh. Dan bila amalanya itu menjadi “istiqamah” maka akan wujud taqwa didalam dirinya. Itu yang kita cari. Itulah pencarian dan sasaran orang beriman. Menjadi hamba yang bertaqwa.
Orang kita ada yang meletakan ilmu agama itu hanya sampingan. “ala ustaz, petang saya hantar anak mengaji+fardhu ain cukupla. Ada juga basicnya. Yang penting cemerlang akademiknya”. Allahu rabbi, jika inilah yang digarapkan didalam cara kehidupan kita, “conform” kelahiran anak luar dan pembuangan bayi akan terus berada didlam kedudukan teratas carta “liga social anak muda”. Dan sebenarnya inilah yang berlaku pada hari ini. Suka saya katakan peranan ibubapa adalah yang utama. Ilmu cukup penting dalam merealisasikan kejayaan manusia. Ibubapa perlu tegas dalam soal agama.
Bagaimana nak jadi ibubapa yang hebat?, jadikanlah ibubapa diluar sana terutama Nabi Muhammad s.a.w sebagai role model kita. Akan lahirlah anak yang berkualiti. Yang menepati acuan Islam.. Saya tak boleh nak bicara panjang lebar, sebab saya pun tak miliki anak.hihi.
Akhir bicara, saya cukup terkesan bilamana setiap hari kes-kes yang membabitkan moral anak muda seolahnya kelihatan “tenat”. Mungkin saya juga salah seorang anak muda hari ini, tempias itu dirasai. Cukup hangat. Seolah saya terlibat sama. Perasaan saya ini timbul dek kerana mungkin tidak menjalankan “nahi mungkar” yang sememangnya perlu dilakukan. Kerana saya tahu itu salah tapi tidak menegurnya. Ya Allah, ampunilah aku. Lemah aku rasakanya. Ingin melihat anak muda @ syabab hari ini adalah termasuk dalam 7 golongan yang mendapat naungan Allah bilamana pada hari yang tiada naungan melainkan naungan Allah. Termasuk juga saya yang serba kerdil dan lemah ini. Yang sentiasa cuba dan cuba untuk memperbaiki diri. Wahai semua anak muda, jom sama-sama kita berubah ke arah kebaikan sepertimana yang di tetapkan kepada kita. Kita sama-sama jadikan Al-Quran dan As-sunnah itu panduan utama dalam kehidupan kita. Mohon petunjuknya.
Friday, April 9, 2010
Masih ada waktu
Dapat jugak "mencuri" masa untuk masuk blog sendiri. Nak kata ada kekangan masa, masa selalu tak cukup jika kewajipan memenuhi setiap ruang masa. Malah kewajipan itu melangkaui masa seperti yang pernah saya katakan pada entry sebelum ini. busy tu tak de la. sbb saya tak set busy dalam kamus hidup saya, akan ikhtiarkan untuk memenuhi. busy nanti org lari. Hanya persinggahan sebentar di sini. Sekadar nak sampaikan ucapan kepada kawan2 yang akan melangsungkan perkahwinan. Tau-tau je minggu ni saya free. Kena la dengan keadaan saya. Kena-kena pun ada yang tak dapat saya hadir dek kerana dari hujung ke hujung tempat yang perlu saya hadiri. Jeram (tak pernah sampai pun, yg tau jauh ler) satu lagi di Melaka (bertam malim)..ada yang perlu dikorbankan jika pilihan mesti dibuat..(itu yg boleh, yg tak boleh pilih tue, aduh mesti tak tau nak pilih. tak pun yang tak d pilihan tetapi hilang yg satu itu. tue pun kena hadapi)..inilah kehidupan. adakalanya apabila ruang nafsu itu timbul kerana "kesilapan" diri sendiri, pilihan mula menjelma. Iman vs Nafsu...(itu pun jika iman itu sebagai calon pilihan. jika "kesilapan" itu teruk dan ketara nescaya hanya nafsu sebagai panduan. Conform dah iman tolak ketepi." takut bila memfikirkan soal ini. cepat2 mulut dan hati berkata " Subhanallah wa bihamdihi astaghfirullah waatubu ilaih" di ulang-ulang dan dihayati seterusnya diselami agar ianya mendidik jiwa.
Kepada teman-teman yang akan melangsungkan perkahwinan, tahniah saya ucapkan. moga pernikahan dan perkahwinan kalian mendapat rahmat dan barakah dan Allah s.w.t dan hidup dalam keluarga yang bahgia. keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmat.
Allah berfirman didalam surah ar-rum : "dan tanda-tandanya telah ku ciptakan untukmu pasangan-pasanganmu agar kamu hidup tenang bersamanya dengan bahagia dan cinta (mawadda wa rahmah) . dan itu tanda-tanda bagi orang yang berakal"
ada entry yg masih belum di postkan. dok dalam peti simpanan lagi. kena audit dulu sebelum keluar.
saya perlu undurkan diri. ada perkara lain yang menanti untuk dilakukan. saya rindukan pengajian kelas di ukm. tak de kelas mggu ni. mggu depan br ada semula. InsyaAllah, jumpa lagi. kepada yang menghantar email bertanya, saya ucapkan terima kasih kepada kalian semua. moga diberikan keampunan dan kerahmatan dari Allah s.w.t.
Tuesday, March 30, 2010
Sunday, March 21, 2010
tEropoNg HaluaN
.kewajipan itu memang melangkaui masa yang ada. tetapi adakah masa yang ada itu dipenuhi dengan kewajipan untuk diri atau dalam ertika yang lain sebagai seorang hamba, khlaifah, pelajar, pekerja, penduduk, masyarakat, tetamu dan sebagainya...cumanya adakah apa yang disibukkan itu benar-benar satu kewajipan?...jadi kena check list la. ini kerana "sia-sia" satu yang cukup yang merugikan. tidak ada istilah manfaat pada "sia-sia".
saya terima beberapa email dari teman-teman diluar. yang baru sahaja terima keputusan SPM. alhamdulillah, semuanya baik. cemerlang. walaupun keputusanya baik dan cemerlang, persoalan yang timbul apakah perjalanan mereka selepas ini. "akh, saya tak tau nak ambil kos ape?" "ntah la, isi je upu. dapat u masuk je" "market sekarang nak pakai graduan lepasan mana bang?" dan macam-macam lagi yang saya terima. sekadar berkongsi, suka saya katakan belajarlah untuk meminati sesuatu dan cipta dari sesuatu. saya ketika form 4, saya mula mencongak haluan saya selepas SPM. saya mencari sesuatu yang saya mahu kerana saya tahu dimana kemampuan tak seberapa ini. " kaunseling, psikologi, pentadbiran @ pengurusan islam @ awam dan sejarah tamadun islam. tak ade " syariah, al-quran as-asunnah, dakwah dan dlln"..Alhamdulillah saya dah dapat bidang Pentadbiran Islam saya. kini Syariah, bidang yang saya highlight kan ketika saya diploma. selepas Syariah? dah ada dah. tunggu habih dulu Syariah ni.. untuk email-email yang dihantar saya ucapkan terima kasih. hanya untuk berkongsi dan memberi mana yang mampu dan ada. Tetapi jauh dalam sudut hati nak sangat ke Timur Tengah. Tempat dimana kemasyuran pelbagai ilmu ada disana. khususnya Pengajian Islam. saya tak tahu apa perancangan Allah pada saya, untuk kehidupan saya. cuma sabagai hamba, saya perlu ikut garis panduan sebagaimana tercatat didalam Al-Quran dan As-Sunnah. semampu mana ikut, mesti kena ikut dan buat., yang tak mampu bukan beerti kena tinggal, tapi usahakan untuk ikut dan buat. walau hari-hari dilalui penuh mencabar dan menduga.
saya tak akan berceloteh panjang untuk entry kali ni, ada entry yang akan saya siapkan untuk kalian semua. adakalanya kita perlu memberi peringatan dan dalam masa yang sama peringatan itu mesti salah satu sasaranya kepada diri kita dan serentak dengan itu kita lakukan.
p/s= sekarang tengah berlangsung Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. saya nak pergi ni. emm, cadang hari ni, tak jadi pulak. InsyaAllah, esok lps kelas nak kesana. ada sesuatu yang nak dicari. emm..dok tggu sms nie.....
Tuesday, February 23, 2010
Pembela Agama
Tanggal 12 Rabiulawal
Lahirlah nabi
Ke dunia membawa rahmat
Untuk semua manusia....
(Lambaian Kasih-Dunia oH Dunia-Pembela Agama)
Selalukan selawat ke atas Nabi s.a.w. Jumaat ni 12 Rabiulwal 1431H. jika disingkap kembali secara ringkas, lahirlah Nabi Muhammad s.a.w..Seorang yang diutus Allah s.w.t yang mana di dalam Al-Quran banyak menceritakan "watak" Muhammad s.a.w ini. Adapun kita sebagai umat Muhammad s.a.w, kita disuruh Allah s.w.t untuk sentiasa berselawat ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w sepertimana disebutkan dalam Al-Quran
"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat ke atas Nabi, Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atas Nabidan ucaplah salam penghormatan kepadanya" surah al-ahzab ayat 56.
Suka saya berpesan pada diri saya dan kalian yang membaca tulisan saya diblog ini, "dimestikan" rasa cinta kepada Rasulullah s.aw ada pada diri kita. Saya guna kalimah "mesti" ini kerana Rasulullah s.a.w itu kekasih Allah. Mana mungkin kita mentaati Allah tetapi tidak mencintai kekasihnya, Muhammad s.a.w. Adalah penting untuk kita rasakanya, rasa cinta. Jika dengan kekasih sendiri yang tidak ada "halal"nya kita cukup ambil berat, sayang dan cinta. tu tak masuk rindu lagi. Jadi bagaimana dengan Nabi? nak nyatakan pengorbanan nabi cukup banyak. kita tak lahir lagi nabi dah risaukan kita, dah minta kepada Allah segala kemudahan untuk kita. Baginda pembela agama. . Jika kita takutkan Allah, sudah pasti kita cintakan Rasul-NYA. Disini saya gariskan beberapa cara untuk hati kita sentiasa ada rasa cinta pada Nabi Muhammad s.a.w
- Banyak mengingati Nabi Muhammad s.a.w
- Banyakkan Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w
- Selalu sebutkan kemulian, keutamaan seperti sifat Nabi s.a.w, akhlak dan perilaku
- Berharap dan rasa rindu untuk bertemu Nabi s.a.w
- Mencintai orang yang Nabi s.a.w cintai (ahl bait, para isteri, para sahabat)
- Membenci sesuatu/orang yang dibenci oleh Nabi s.a.w(maksiat, orang yg memusuhi agama Allah)
Katakanlah : " Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutlah aku, nescaya Allah akan mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang " ali-imran 31
Sempena Mauld Nabi, pada yang ada kelapangan, boleh la ke Masjid Al-Ghufran Pinggir Tmn Tun Dr Ismail. Ahad-Rabu ada diskusi kitab "Mukhtasar Syamail Muhammadiah" Al Hafiz Muhammad Ibn Isa Ibn Saurah Al-Tarmizi. Ada pun ada dua versi yang kita boleh dapatkan. Keluaran dari Telaga Biru dan Sofa Production. Mana-mana pun sama. Yang penting kita ambil manfaat apa yg ada dalam kitab tersebut. Manfaat untuk kita hadirkan cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w..
Balik kedah cuti minggu nie. tak de di KL la cuti hujung minggu ni. next month baru ada. Dah lama tak balik sana. nak prepare diri untuk menghadapi bulan mendatang.