Friday, August 12, 2011

Iktikaf

Allah swt berfirman yang bermaksud:

" Dan pada sebahagian daripada malam, maka sujudlah kepada-NYA dan bertasbihlah kepada-NYA pada sebahagian yang panjang pada malam hari"
(Surah al-Insan Ayat 26)

Bila sebut Bulan Ramadhan, maka iktikaf adalah salah satu sunnah yang digalakkan dilakukan pada bulan yang baik ini. Iktikaf beerti mendampingi masjid dengan tujuan membersihkan hati dengan mengingati Allah swt dan bertaqarrub(berdamping) dengan Allah swt dengan hati yang bersih dan ikhlas. Jika kita fikirkan dan ingat kembali amalan yang disukai Allah swt adalah amalan yang mampu mendekatkan diri kepada Allah swt.

Iktikaf adalah sati keadaan dimana seorang hamba itu mampu menikmati amalan dengan tenang dan khusyuk. Iaitu dengan melakukan ibadat sunat seperti membaca Al-Quran, solat sunat, bertasbih, bertahmid, beristighfar, berselawat, berdoa dan membaca kitab-kitab. Mudah bukan?

Mungkin masa yang ada dikala waktu kebiasaanya melakukan aktiviti lain pada bulan sebelum Ramadhan patut digantikan dengan melakukan iktikaf. Ini kerana, sebagai contohnya waktu tengahari yang diisi dengan menjamu selera dan rehat digantikan dengan beriktikaf di masjid seterusnya bersama-sama mendirikan solat fardhu secara jemaah. Begitu juga pada malam harinya. Terutamanya pada malam minggu dan sepuluh malam terakhir.

Nabi saw bersabda yang bermaksud :

"Hendaklah kamu bersolat malam, Sesungguhnya ia amalan soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa"
(Riwayat Muslim)

Inilah ganjaran yang besar yang di tawarkan kepada seluruh muslim didalam Bulan Ramadhan. Tawaran yang tiada tolok bandingnya dengan tawaran-tawaran yang kita nikmati di dunia. Justeru itu, bersabarlah dalam melakukan amalan sunat pada bulan ini. Dan bersabar dalam membiasakan diri mengerjakanya.

Mana mungkin, seorang pekerja ditawarkan gaji yang lumayan tetapi tugasnya begitu mudah dan senang. Dan mana mungkin seseorang yang mahukan ganjaran yang lebih tidak melakukan perkara yang setanding dengan ganjaranya. Begitulah dalam kita dalam menjalani tugas sebagai seorang hamba Allah. Makanya, janganlah kita mensia-siakan peluang keemasan ini yang diberikan kepada kita. Mahu atau tidak mahu Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terbaik dalam sejarah Ramadhan yang pernah dilalui oleh kita sepanjang hidup ini. Kerana mungkin juga "andai Ramadhan ini adalah yang terakhir buat kita". Mampukah kita menjaminya akan berjumpa lagi? wallahu 'alam


*alhamdulillah, sudah 12 hari di bulan mulia ini. Dan aku, baru sahaja memasuki semester kedua (keampuanan). Bagaimana pula semster pertamaku? adakah benar-benar aku mencari dan mendapat rahmat-NYA?