Sunday, August 28, 2011

kpi Puasa kali ini?

Alhamdulillah wa syukrulillah..

Puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah swt. Sedar atau tidak sekarang kita berada dipenghujung Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang penuh keberkatan, kerahmatan dan keampunan akan meninggalkan kita. Yang mana, adakah kitaa dapat atau tidak menjamin akan bertemu lagi bulan ini ditahun hadapan.

Firman Allah swt didalam surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud:

" Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ketas kamu berpuasa sepertimana kaum terdahulu dari kamu, moga-moga kamu bertaqwa"

Sejauh manakah prestasi kita pada penghujung Ramadhan ini? Kerana taqwa adalah matlamat puasa seperti didalam kalam Allah swt. Bermakna, kita mesti mencapai darjat taqwa ini apabila sehabisnya bulan mulia ini.

Jika kita melihat ayat-ayat Allah swt yang bermula dengan "Wahai orang-orang beriman" sedar atau tidak terdapat 3 komponen yang menjadi panduan untuk kita. Iaitu terdapatnya komponen "Input","Proses" dan akhirnya "Output atau Outcome". Ini berlaku pada ayat dimana puasa di fardhukan.

" Wahai orang-orang yang beriman" - Input
"diwajibkan ketas kamu berpuasa sepertimana kaum terdahulu dari kamu" - proses
"moga-moga kamu bertaqwa" - Output/Outcome

Input dimulakan untuk kita tahu siapakah yang berhak berpuasa. Dan ini adalah golongan sasaran yang mesti menunaikan perintah Allah swt. Siapakah orang-orang yang beriman? Didalam surah Al-Mu'minunn ayat 1-9 diceritakan ciri-ciri orang beriman, iaitu;

1 - Iaitu orang-orang yang kusyuk didalam solatnya
2 - Iaitu orang-orang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang tidak berguna
3 - Iaitu orang-orang yang menunaikan zakat
4 - Iaitu orang-orang yang memelihara kemaluanya kecuali terhadap suami/isteri
5 - Iaitu orang-orang yang menjaga amanah-amanah dan janjinya
6 - Iaitu orang-orang yang memelihara solatnya

Ini adalah pengetahuan(input) untuk kita apabila hendak berpuasa. Perlunya mempunyai ciri-ciri orang beriman dalam menjadikan puasa itu sempurna. Bermakna kita mesti memiliki solat yang kusyuk terutaman pada solat fardhunya. Dan solat yang kusyuk itu mampu diperolehi sekiranya kita mendirikan secara berjemaah, tidak melewatkan walaupun urusan dunia menghimpit. Jangan sekali kita segaja membuat tuli semasa azan berkumandang kerana sibuk dengan pekerjaan. Apabila petang meninggalkan solat asar kerana pulang dari pejabat. Seterusnya pada malam hari kita berjalan-jalan sehingga letih dan akhirnya meninggalkan solat Isya'. Keesokkan paginya, kita tidur sehingga siang dan subuh berlalu meninggalkan kita. Tiada kebasahan wudu' pada wajah kita. Adakah kita seperti itu?

Dan ciri-ciri yang lain itu adalah "panduan" untuk menjadi seorang yang beriman kepada Allah swt. Mana mungkin kita berpuasa dalam keadaan kita melakukannya hanya disebabkan untuk memenuhi tuntutan sebagai seorang Muslim. Tetapi bagi seorang Mu'min, puasa itu dilaksanakan sebagai tanda cinta, patuh dah taat kepada perintah Allah swt dan mencari keredhaan Allah swt.

Tatkala kita hendak berinfak, kita merasa terlalu berat melakukanya. Samalah ketika hendak memberi kita berkira-kira untung rugi. Dan hanya kerana Zakat Fitrah setahu sekali kita laksanakan dengan rasa ragu-ragu dan akhirnya pada saat akhir baru dijelaskan, itupun kerana takut dikatakan miskin.

Saya tidak akan menghuraikan kesemua ciri-ciri yang disebutkan diatas kerana ianya sudah cukup jelas untuk dijelaskan. Dan tedapat lagi ciri-ciri orang yang beriman yang disebutkan didalam Al-Quran. Mahu atau tidak ciri-ciri ini perlu dimiliki oleh kita sekiranya kita mengakui bahawa kita beriman kepada Allah swt. Jika tidak, kita hanya dikenali sebagai seorang Muslim sahaja. Itu pun kerana dilahirkan sebagai Muslim.

Prosesnya adalah Puasa disyariatkan juga terhadap umat terdahulu dari kita. Seperti juga puasa kaun Nabi Daud a.s yang sehari puasa sehari berbuka, Puasa Nabi Nuh a.s pula selama tiga hari sebulan sepanjang tahun, Nabi Musa a.s berpuasa 40 hari 40 malam, begitulah cerita puasa kaum dan Nabi terdahulu. Persamaanya adalah puasa dan perbezaannya umat Islam hanya berpuasa selama sebulan dalam setahun, dan ianya berlaku pada bulan Ramadhan. Bulan yang penuh dengan kemulian dan diliputi dengan anugerah-anugerah yang dikurniakan Allah swt.

Menurut Dr. Syeikh Wahbah Az-Zuhaily, puasa adalah alat untuk memerangi hawa nafsu, juga puasa dapat mendidik diri agar bersabar, berdisplin, jujur dan menjernihkan fikiran. Didalam konteks manusia, puasa dapat memupuk rasa kasih dan sayang serta persaudaraan yang tinggi.

Dan apabila dengan berpuasa itu kita memiliki pengetahuan dan bagaimana perlaksanaan puasa itu disyariatkan, maka hasilnya(Outcome/Output) semestinya darjat Taqwa itu berjaya dicapai. Bermakna hari ini kita bertanya pada diri, adakah kita mencapai matlamat puasa seperti yang dikhabarkan didalam Al-Quran? adakah Taqwa itu berjaya kita perolehi dengan dipersiapkan pada sebelum memperolehinya dengan sifat-sifat orang beriman?

Ingatan untuk saya dan perkongsian kalian yang membacanya.....